Wednesday, December 7, 2011

lamanya tak update

Hmm.. memang busy semenjak dua menjak nie.. Banyak berlaku konflik jiwa dan perasaan.. saya sendiri tak faham nak selesaikan macam mana.. Tapi hidup mestila diteruskan jugak kan.. Dulu saya memang kata satu hari satu post.. tapi memang tak larat.. walauun banyakk idea, tak semua boleh diluahkan dengan peulisan kan?? fikirkan..

hari saya tak mahu menetapkan atau menghuraikan peristiwa. hari ini saya hendak melakukan beberapa luahan tidak puas hati saya.. maklum la.. nak luah klat orang masing-masing ada masalah sendiri.. mr.blog la menjadi mangsanya.. ye la dari saya luah kat facebook or twitter lagi tak elok kan..

Hmm.. peristiwa yang berlaku depan saya adalah satu pengajaran dan saya sepatutnya belajar dari situ.. saya sepatutnya pandai mengambil peluang yang ada depan mata.. tapi apa yang menghampakn saya adalah peristiwa yang selalu depan saya semua adalah tentang keburukkan.. kenapa?? adakah memang saya dilahirakn untuk menjadi buruk?? fikirkan..

segala konflik yang saya lalui sekarang adalah masa depan saya dan semua orang.. pertama sekali saya berjanji menjadi seorang yang cool.. tak mahu menggelabah tak tentu pasal.. tak mahu melenting tanpa tahu sebab musabab yang benar.. saya sedang mencuba menjadi seperti kawan baru saya.. saya yakin saya boleh.. sebab Allah akan bantu kita untuk menjadi seorang yang baik..

memang tak dinafikan saya memang dikelilingi orang yang amat menyanyangi saya.. dari atas hinggalah kebawah.. tapi saya rasa saya tak pandai mengambil peluang itu.. family, awek dan kawan-kawan selalu menyokong saya.. terima kasih..

selain itu saya juga mahu menjadi seorang yang profesional.. Tapi setakat berada disini, dari lecterur hinggalah tukang sapu, saya tak nampak lagi mana sikap profesional dorang.. macam mana saya nak ikut.. Masing-masing mempunyai agenda sendiri yang masih belum saya ketahui.. WaAllahualam.. Hanya tuhan faham apa yang mereka ingin lakukan..

minggu lepas, saya telah berpijak dilangkawi atas alasan belajar.. disitu, saya lihat ramai disitu tidak menjanjikan kebaikkan kepada saya.. saya lihat pada mata sorang-sorang tak tahu apa yang mereka fikrkan.. kadang-kala saya sedih.. dan dari peristiwa itu juga saya perasan saya telah lari dari perangai saya yang sebenar.. dan dari situ jugak saya menjadi seorang yang lebih tenang dan cool dalam semua hal..

Sunday, October 9, 2011

Kisah Nila dan Susu

Semalam, kat kawasan rumah saya ada kenduri oleh bangsa lain.. Mungkin kenduri kahwin bagi kaum itu la.. Biasala bila dah kenduri kawin nie, ramai la etamu yang datang.. Dan secara tidak lansung rumah saya sekarang juga terlibat.. Terlibat secara tidak lansung la maknanya.. Ramai plak yang datang dengan kereta-kereta mewah nie.. Memang penuh la sampai ke rumah saya.. Sebab itulah rumah saya terlibat.. Tapi saya tak terlibat pun.. Saya tidak dijemput.. Hehehe..

OK, untuk dijadikan cerita, jalan raya kerumah saya ni tersangatlah sempit muat untuk kereta sebiji je.. Bayangkan kalau kereta kita bertembung?? Menyasaarla kami mencari jalan siapa yang nak beralah.. Tapi kebiasaannya saya yang mengalah la.. Sebab saya memang suka mengalah.. Hahaha.. Boleh plak kan..

JADI, sewaktu saya adan cikTAN nak keluar, banyak kali jugakla bertembung dengan kereta-kereta yang nak pergi ke kenduri itu.. Saya tak kisah.. Sebab cikTAN saya seorang yang diet.. Kecik je.. Macam tuan dia.. -------

DALAM saya memberi laluan adala beberapa cerita:

Cerita pertama: Bangsa saya
Setelah saya memberi jalan kepada seorang mamat yang tersangat control macho yang bawak kereta lebih mewah dari kereta saya, saya pun tunjuklah baik angkat tangan.. Tapi brother dalam kereta mewah dia tuh buat bodoh je.. Takper2.. Saya bertembung lagi dengan bangsa saya.. Naik motor.. Saya angkat tangan, dia balas sengan angkat tangan siap senyuman.. Saya rasa nak brek kereta keluar pergi bersalam cium tangan je.. Nasib baik ada jugak bangsa saya yang begitu ikhlas..

Cerita kedua:Bangsa lain
Dah la bawa kereta laju.. Tahulah diri itu nampah gagah dan perkasa.. Tapi dah tahu jalan kampung janganlah tunjuk diri itu ego.. Sebenarnya tiada masalah pon kalau anda nak tunjuk anda pandai bawa kereta.. Sekali lagi perkara pertama saya buat ialah angkat tangan, memang tak dilayannya la.. Hahaha.. Ada aku kesah.. Lepas tuh ada bangsa dia perempuan yang agak old memakai pakaian traditionalnya berjalan kaki.. Saya angkat tangan.. Saya dapat dengan senyuman.. Sejuk ati saya..



Masyarakat Malaysia, hidup dalam satu jajahan hendaklah memahami antara satu sama lain.. Bila terjadinya perkara macam nie saya terfikir satu ayat...

"ANGAKT TANGAN BUKAN KENE BAYAR PUN..!!!"




Peace-No-WAR

Saturday, October 8, 2011

Bila mengundi

DI Malaysia, bila sahaja perkataan mengundi keluar dari bibir rakyatnya, mereka pasti akan fikir satu pesta bendera kerana dipenuhi dengan bendera-bendera, banner-banner dan gambar-gambar wakilnya.. Tapi dalam tak sedar, banyak situasi yang tidak enak dipandang oleh masyarakat yang sedar seperti saya.. Hmmm..Eh..

APA tidaknya, bendera yang diperbuat daripada plastik. Kemana 'mereka' setelah mengundi?? DIsimpan?? tidak mungkin sama sekali.. Lagipun duit banya nak simpan buat apa kan.. Ada yang warna biru, biru muda, hijau, merah dan purple.. Purple?? Part saya kot..

KEDUANYA banner.. Sedar tak sedar ungkapan, ayat yang ditulis berunsur menghasut.. Agama saya tidak mengajar saya menghasut.. Agama saya juga tidak mengajar saya berkata-kata tidak baik walaupun benda itu terbukti.. Perjuangankah itu?? Sia-sia..
Saya bukan berpihak pada mana-mana parti, tapi saya bercakap sebagai saya pro-pendidikan.. Cewahhh..

BUKAN ini yang saya hendak perkatakan pada kali ini.. Tapi saya akan jelaskan 3 situasi yang biasa kite lihat, dengar dan rasa pada setahun sebelum proses pengundian..

Yang pertama:
Banyak dana, duit raya, duit itu dan duit ini akan diberi kepada rakyat.. Tidak kira kulit putih, hitam, coklat, sawo matang (macam saya, perasan.. HAhah) hijau, biru, kuning atau warna apa-apa pun.. Semua dapat.. Tak dapat RM500 dapat RM100..Begitu juga pelajar. Juga mendapat kesannya.. Akan diberi segalanya asalkan balik mengundi.. Selepas setahun menang pilihanraya, hampeh, semua pelajar kebuluran, tak ada duit sebab dah tak dapat bantuan dari mana-mana pihak.. Macam saya.. Saya tak kisah.. Ma ngan abah saya masih ada.. Heheehe..
Pada saya, apa salahnya jika kita terus membantu tanpa mengira waktu usia hendak mengundi.. Bantu tidak kira tempat, masa dan ketika.. Barulah kami yakin yang kami berada dipihak yang betul.. Nak pangkah pun rasa sejuk hati ni..

Yang kedua:
Banyak fatwa, hadis dan hukum dikeluarkan.. Dengar je ura-ura nak ada proses pengundian, adalah pihak yang akan keluarkan fatwa yang berkaitan dengan agama.. Kalau saya, orang mempergunakan agama saya, saya amat marah.. Agama saya bukan untuk ditarik pancing undi.. Agama saya juga tidak suruh menjatuhkan orang dengan menyebarkan sesuatu yang tidak baik..Banyak kes begini berlaku.. Kadang-kadang saya sendiri berasa tidak faham.. Kadang-kala mereka ini bercakap tidak serupa bikin.. Ditempat ibadat, berkata-kata sesuatu yang buruk.. Baikkah itu?? Saya juga pelik.. Mungkin agama dorang ajar dorang macam itu.. Padahal banyak ulama' yang ada untuk dirujuk.. Berbalik pada proses pancing undi.. Saya hairan apabila tibanya musim mengundi, masa itulah keluar topik yang paling hangat seperti Hukum **.. Yang herannya lepas setahun menang.. Tak ada pula topik yang hanagt ini.. Yang ada hanyalah buang 'berhala' penyu yang tak ada kaitan dengan itu.. *Mungkin orang trerengganu faham* Tak nak cakap lebih-lebih.. Saya hanya pro-pendidikan.. Saya mengamalkan apa yang AGAMA saya ajar.. Tak semestinya saya tidak berda pada pihak ini, AGAMA saya abaikan.. Betul tak..?? Hmmmm

Yang ketiga:
Perbalahan sesama kaum.. Hmm.. No komen la.. Nanti saya pula disaman.. Maklumlah.. Dekat-dekat nak mengundi.. Tapi untung jugak. Kalau saya disaman mebi dapat jumpa Perdan Menteri kan.. Jadi hero filem pun jadila.. Hahaha.. Eh, berbalik pada topik.. Untuk pengetahuan saudara-saudari sekalian, kalau kita duk canang keburukan bangsa kita kat bangsa lain, tak malu ka?? Tak rasa macam makan tahi sendiri ke?? Kalau saya bangsa saya buat macam tuh saya selalu la keluar umah pakai topeng.. Nanti malu la saya orang kata bangsa saya tak guna, tak sopan, sama sendiri nak berkelahi.. Logik tak??


Bangsa Malaysiaku, kita boleh nak berparti.. Tapi janganlah terlalu taksub sehingga melibatkan orang yang tidak berdosa.. Dan pada pelajar yang masih berstatus PELAJAR, janganlah kita duk merapu-merapa tentang menda ini.. Yer memang benar kita BAKAL pemimpin negara, tapi kalu duk amik kos MARINE TECHNOLOGY hang nak jadi Perdana Menteri macam mana.. Susah la sikit.. Kita just jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk mengundi.. Kalau kita duk taksub, pembelajaran kemana, semua ke mana.. Contohilah saya.. Hahaha.. Sekali lagi saya perasan.. Ok la.. renungkanlah situasi-situasi diatas.. Mungkin anda juga pernak alaminya kan??


Salam 1Malaysia, Majulah Islam untuk Negara..!!

Thursday, October 6, 2011

Ragam dan Jenis

Manusia.. Memang dengan ragamnya sendiri.. CUba bayangkan jika 1 juta manusia berada ditempat anda dan disitu juga anda terpaksa menerima 1 juta jenis ragam.. Tapi pada persekitaran yang pernah saya alami tidaklah sampai 1 juta.. Tapi sepanjang hidup saya yan bakal berada pada angka 22 nanti, banyak jugak la ragam dan jenis manusia yang saya pernah alami.. Jom kita ikuti antara ragam dan jenis yang saya tak akan lupakan seumur hidup saya.. Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan..


Ragam dan Jenis 1:
"Cek dari utara.. Cek tak heran la apa yang orang nak cakap pasal cek.. Kita hidup nie mestila pandai cari peluang.. Apa yang ada depan cek, cek sapu je.. Cek tak kisah la apa orang nak cakap.. Yang penting diri cek ni bahagia.. Cek kalau nak sesuatu tuh pandai cek memujuk.. Sampai cek dapat.. Tapi hangpa jangan cuba pujuk cek nak mintak cek sesuatu.. Memang tak dapat aih.. Barang cek barang cek.. Barang hangpa, barang hangpa ngan cek.. Begitula moto hidup cek.. Jadi hangpa jangan terkejut kalau ramai orang perangai macam cek.. Kasi tembak asal kami bahagia.."


Pertanyaan yang selalu bermain difikiran jenis pertama nie adalah:
"Kenapa orang susah nak tolong cek.."



Ragam dan Jenis 2:
"Aku berupaya menjadi perhatian orang.. Dan akhirnya berjaya.. Aku bukan sahaja dah mengambil hati semua orang..Aku juga dikenali seorang yang serba tahu.. Ye la.. Tanya apa sahaja.. Aku memang tahu.. Aku tahu bagaimana, mengapa, apakah, berapa dan siapa.. Kalau korang nak tahu kan, korang semua berada dibawah aku.. Aku yang menjadi tempat korang bertanya.. Aku lah hebat.. Aku la yang bakal menjadi seorang yang bakal dibanggakan.. Semua kata-kata orang sekeliling aku tak mahu dengar.. Mereka semua bukanlah pandai seperti aku.. Jangan mengada-ngada nak ajar aku macam-macam.. Aku tahu cara aku dan semua perlu ikut cara aku.."

Saya: "Ko salah buat nie.. Boss kita nak plan rumah banglo bukan kandang lembu"
Dia: "Ape plak.. inilah trands zaman sekarang.. AKu tahula apa yang buat.. Menyibuk.."
Boss: "Kalau plan macam kandang kambing nie anak saya boleh buat..."
Dia: "Mbeeekkkk.. Mbeeekkkk"


Pertanyaan yang selalu bermain difikiran orang jenis 2 adalah:
"Kenapa dia nie nak tunjuk pandai lebih daripada aku..??"


Ragam dan Jenis 3:
"I banyak duit.. I nak apa segalanya I boleh beli.. I nak beli lori?? Boleh sahaja.. I nak beli kapal terbang?? Lagi la boleh.. I kalau masalah kewangan ni bukanlah sesuatu yang pernah berlaku dalam hidup I.. Hari ini I nak pergi melancong kat Europe.. Esok nak terbang ke Moscow.. Pastu patah balik ke Singapura.. I tak kesah.. Semuanya I boleh handle..

Penjaga tandas: "Dua puluh sen kak.."
Dia: "Ape masuk tandas pun kene bayar?? Kalau I ada tanah I dah buat tandas merata-rata tau.. FREE plak tuh.. Ingat 20 sen nie tak de harga ke..??"
Saya: "Mungkin itulah sebab dia boleh kaya.."


Pertanyaan yang selalu bermain difikiran orang ketiga ini adalah:
"Mana nak cari tempat percuma dalam dunia ini erk..?"


Jadi.. Tidak menjadi masalah kita untuk kita dekati atau selami kedalam masyarakat begini.. Mereka juga ada kelebihan mereka sendiri.. Cuma dalam sedar atau tidak sahaja mereka menampakkan keburukkan mereka.. Saya berkata-kata begini bukanlah bermakna diri saya perfect.. Tetapi saya berasa amat bertuah kerana Allah sedarkan saya bahawa apa yang kebaikkan mereka untuk saya contohi dan apa keburukkan mereka saya akan sempadani.. Memang la.. Kata orang kita tak tahu keburukkan kita.. Sebenarnya kitalah yang lebih arif tentang diri kita..


Kerana setiap langkah yang kita harungi perlu bertindak menggunakan akal dan turun kehati supaya segalanya ikhlas.. Tidak sewenang-wenangnya tidak berfikir apa hati dan perasaan orang lain.. Kata-kata saya juga ini tidaklah ditujukan kepada teman-teman saya, tapi saya nak teman-teman saya tahu dimana mereka berada sekarang.. Saya juga pernah alami dan saya sendiri yang menjadi orang2 seperti diatas.. Sebab itulah saya berkongsi dengan semua agar semua dapat mengambil iktibar dan sedar atas segala tindak tanduk kita sebelum bertindak..

"Tiada orang perfect tetapi untuk jadi perfect muhasabahlah diri kita setiap malam"
Wasalam..

Tuesday, October 4, 2011

kelebihan dalam kekurangan

Malaysia, dalam masyarakat ini sangat tidak menitikberatkan tentang soal maruah.. Bila dapat berita je tak tahu asal usul terus melenting.. Malaysia juga adalah negara saya sendiri.. Saya juga tidak sanggup sehingga Malaysia dilabel sebegini.. Kadang-kala apa yang kita tak tahu ialah banyak kelebihan dalam kekurangan dan banyak kekurangan dalam kelebihan.. Sebagai contohnya:


Contoh pertama:
Dia adalah pelajar terpintar dalam kelas.. Dia dikenali ramai.. Dia juga kelihatan kemas.. Dia juga adalah pembersih yang disegani.. Kita nampak betapa besarnya kelebihannya itu.. Semua orang respek giler ar.. Tapi saya yang satu meja dengan dia dalam kelas tahu apa kekurangannya.. Saya tak la suka jaga tepi kain orang.. Apa yang saya maksudkan sebenarnya gambaran yang orang ramai lihat tak satu gambar dengan apa yang saya alami..
Saya "Awak, boleh awak tgk cara saya menyelesaikan ini dengan senang??"
Dia "Ish, saya lebih pandai dari awak.. Kene la tgk jawapan saya"
So, apa yang anda nampak, dia LANGSUNG tidak boleh terima kepandaian juga kelebihan orang lain.. Itulah kekurangan dalam kelebihan..


Contoh kedua:
Dalam situasi semua orang tengah berduit atau senang dikatakan gaji baru masuk..
Pengarah mestilah berduit banyak kan.. Nama pun pengarah kan.. Akan tetapi kelebihan yang dia itu pengarah adalah kekurangannya..
Staff "Bos, hari ini saya pergi ke bank menggunakan saya punya kereta. Jadi, saya nak claim duit minyak"
Pengarah "ALahh.. setakat sepuluh ringgit pun awak nak mengira.."
Staff "Ok boss"
Situasi yang sama sewaktu pengarahnya makan bersama staffnya di sebuah restoren..
Pelayan:"Harganya RM19.90"
Pengarah:"Nah"
Note RM20 diberikan.. Sedangkan direstoren pada masa itu tiada duit syiling.. Lalu pelayan menyatakan kepada pengarah itu..
PEngarah:"Awak tahu 10 sen adalah duit..... bla bla bla.."
Staff bangun dan berkata:
"Tuan, antara 10 sen dengan minyak kereta saya mana patut lebih mengira??"
Pengarah "Hmm. ermmm.."



Contoh ketiga:
Saya tidaklah sehensem orang lain.. Apatah lagi pandai seperti orang lain.. Nak kata kaya jauh sekali.. Saya seorang pendiam.. Tapi bila sahabat dalam kesusahan saya lah orang pertama yang akan datang.. COntoh pendek tapi besar maknanya.. Kan kan kan?? Kelebihan dalam kekurangan..


Jadi apa yang kita lakukan, apa jua yang terjadi tidak boleh membezakan kita la kekuranan dan kita lah kelebihan sebab yang mengaturnya ada semuanya dari Allah..

^_^

Menjeling

Menjeling sangat sinonim dengan mata.. Mata kita berfungsi pelbagai reaksi termasuklah menjeling.. Tapi tak sama dengan Fatimah Juling ok.. Itu hanyalah cerita karut zaman-zaman sekarang.. Menjeling bermaksud anda melihat sesuatu atau manusia atau haiwan atau hantu atau segalanya dengan hanya mengalihkan anak mata yang warna hitam tanpa memalingkan muka.. Faham??

Sebenarnya menjeling membawa kepada pelbagai maksud..

Maksud pertama:
Saya seorang yang bijak dalam kelas.. Semua cikgu sayangkan saya.. Apa jua soklan yang dibagi saya jawab dengan senyuman.. Belakang saya ada seorang pelajar yang tidak kurang hebatnya.. Cuma tak pandai dalam seni lukis.. Apabila saya dapat no 1 dia dapat no 2.. Apabila saya menang lumba lari pingat Emas dia akan dapat pingat Perak.. Apabila saya menang dalam pertandingan melukis poster AntiDadah, dia.... hmmm.. dia.. dapatt... hmmmmm..
saya: Kenapa hang jeling kat aku??
Subjektifnya, dia selalu nak bersaing dengan saya dan saya faham jelingannya itu.. Satu yang positif..


MAksud kedua:
Makcik A: Weyh banyopknye gelang mah mung nie.. Laki mung beli blake ke Kioh??
[[Translate: Wah.. Banyaknya gelang emas awak nie.. Suami awak ke yang beli Kiah??]]

MakCik B: Ho la.. Suami aku sayang kat aku.. Mung nie, tengok suami mung keje tanang sayor wape sen ngat dapat..
[[Translate: Ye la.. Suami aku sayang kat aku.. Awak ni, suami kerja tanam sayur je, brapa ringgit la dapat]]

MakCik A menyinsing lengan sampai ke siku maka ternampaklah barang kemasnya yang berlingkar-lingkar mengalahkan MakCik B..
MakCik A: Bakpe mung jeling ke aku??
[[Translate: Kenapa awak menjeling kat saya??]]
Menjeling cemburu.. Satu yang negatif..


Maksud 3:
Satu kumpulan besar mengdakan jamuan pada meja yang kecik.. Orang yang paling besar akan DIJELING oleh semua..
Satu kumpulan askar sedang menjalani ujian ketahanan mental.. Orang yang paling kecil akan DEJELING oleh semua..
Satu kumpulan penyanyi nasyid sedang membuat persembahan.. Orang yang Overshadow dengan gaya walaupun dia hanya backup vocal akan DIJELING oleh semua..
Dan..
Satu kumpulan pelajar yang sedang makan, dengan tiba-tiba saya lalu disitu dan saya DIJELING keranan saya yang paling hensem dikalangan mereka..
TUT..



Nak menjeling biarlah mempunya niat yang baik.. Selalunya orang yang suka menjeling akan menggambarkan diri mereka adalah tidak sempurna kerana tidak senang oleh kesempurnaan orang lain..
Hehehehe...




Menjeling kat makan jugak tak baik tau..!!! Hahahahahaha..

Sunday, October 2, 2011

Ambil Perhatian

Memang banyak cara untuk mengambil perhatian.. Terbahagi pula kepada dua.. Ada yang positif ada yang negatif.. Hari ini saya tak nak sentuh yang positif.. Saya nak sentuh yang negatif.. Negatif ni mestila bermaksud perkara yang burukkan..?? Mungkin..

Pertama:Situasi ditempat awam
Dia selalu membuat perkara yang kurang sopan.. Contohnya dengan memakai pakaian yang entah apa-apa.. Tak pun caranya dapat membuat semua orang tengok kat dia.. Cuba bayangkan didepan anda ada orang masukkan baju dalam seluar sampai ke dada.. Anda tengok tak?? Mesti anda tengok kan.. Bukan anda je.. Semua orang juga akan tengok.. Tapi apa yang anda fikir.. Dalam hati saya hanya kata....
"Fesyen zaman sekarang ker" sambil ambil2 gambar nak wat masuk dalam majalah maskulin.. Hahahaha


Kedua:Didalam meeting
Dia tak lah sehebat mana pun.. Jawatannya hanyalah AJK paling bawah.. Tapi dia yang bersuara mengalahkan pengerusi majlis atau pengarah..
"Okay bulan ni kita akan buat program yang berbentuk ilmiah agar semua staff kita akan menghargai hidup didunia yang tak lama lagi akan kiamat.. bla.. bla.. bla.."
Dalam hati pengarah
"Tahun depan harap dia disingkirkan dari apa-apa jawatan"
Dalam hati saya
"Kalau dia jadi pembancuh kopi untuk meeting jugak dia kan bersuara"
Kalau dia pembancuh kopi
"Kopi yang perlu kite sediakan pada abad ini mestilah setaraf dengan hotel2 5 bintang yang ada di Perlis ini...."
Erk.
Hmmm
Ada ke hotel 5 bintang kat Perlis nie..??


Ketiga: Datang lambat
Hmmm.. Datang.. Lambat.. Lambat yer.. Hmmmm.. Saya.. Pernah jugak lam..
Hmmm.
...
..
...
...
..

Keempat: Serba tahu
Serba tahu juga negatif.. Dalam maksud lain mereka-reka cerita..
Saya "Brand A sangat hebat kan.."
Dia "Dulu saya dah beli dah pakai semua ni.. tak ada yang elok yer.."
Kat tangan dia Nokia 3310..
hmmm
hmmm



Ambil perhatian ni bergantung pada niat kite.. Kalau bagusnya niat kita ambil perhatian nie akan bagusla.. Sebenarnya tak perlulah kita mengambil perhatian orang sangat sebab Allah telah meletakkan level dimana kita berada.. Jadi bersyukur dengan apa yang ada..

FUSKET BALL

Kih kih kih..
Banyak sangat topik sepanjang saya berada beberapa jam dengan kawan-kawan.. Petang tadi kami telah menerima ahli baru kami.. Hahaha.. COmel.. Perempuan plak tuh.. Cute je.. Tak cayer nanti saya postkan gambarnye..


FUT+SKET ball..
JAdah ape plak ni..?? Maklumlah saya ni bukanlah dikategorikan sebagai atlet mahupun raja sukan.. Main suker2.. Kalau Basket tuh saya dah ceburi sem lepas lagi.. Tapi Futsal nie.. Baru nak ceburi.. Ish tak suke la.. Ape tak yer tendang depan pergi kelain.. Adoiii.. Malu pun ada.. Nasib baiklah support dari kawan-kawan membina saya untuk terus bermain..


Sebenarnya apa permainan yang kita main adalah sama.. Cuma caranya berlainan.. Kalau futsal banyak pakai kaki.. Kalau basket banyak pakai tangan.. Hmmm.. Kaki plak kemana kalau kite main basket????
?
?
?
?
?

Kedua.. Berdasarkan niat kite.. kite turun petang-petang untuk main atau nak bertanding?? Kalau kami sengaja nak saiko masing-masing.. Sapa kalah belanja la minum.. Baru ada semnagat kesukanan kan.. Tapi malangnya hari ni ramai turun esop hanya saya dan bola..
dum
dum
dum
dum
dum
dum
GOAL.. (Main sorang-sorang)


Ketiga.. Kalau nak cuba kasut baru.. Kasut baru?? Hahahaha.. Nie bagi orang yang ada kasut baru la.. Tapi kalau saya nak cuba kasut baru kat kedai kasut saya dah try..
"Amacam ok tak kasut nie.. bak sini bola tuh.."
Pang
Pang
Ha ha
Tak tahu...


Keempat..Taksub.. Semalam saya pergi main beadminton..
"Awak"
Hari ini main basket..
"Awak lagi??"
Esok main bola baling..
"Awak jugak."
Dan..
Awak
Awak
Awak
Awak


Seperti yang kite sedia maklum.. Bersukan atau lebih dikenali riadah adalah satu benda yang bukan asing lagi.. Tak kira la seminggu sekali ke.. setiap hari ker.. Tiap2 malam ke............
tettttttttttt

siaran tertunda..


Inila perempuan yang bakal buat semua kerja rumah kami.. Welcome to d Club Sayed eh Raini eh Roni.. Eh Rama eh Rina.. ikutla apa nak panggil pun.. Hahahaha

Saturday, October 1, 2011

Gila coolblog..

Menatang ape plak tu kan.. Hahaha.. Kalau sape2 pernah dengar mesti rasa nak g beli nie.. Wakaka.. Saje je kan.. Maklumlah.. bukan nak buat promosi atau memfemeskan diri.. Tapi sini aje la tempat untuk berkongsi dengan korang semua.. Dia dengan cara dia ---->> Mat Luthfi eh knape mamat ni plak kan.. Wakaka..

Ok.. Apa itu Coolblog..
-Cool blog adalah satu minuman yang aisnya dihancurkan.. Ditambah dengan 25 perisa asli dan setiapnya ada 'toping' tersendiri..

Apa yang aku paling minat..
-Hahaha,.. Kalau aku mestila Blue Coral.. Rasanya macam aku minum bayu laut.. Wahh.. Sangat menawan hati..

'Toping' yang ada suka??
Asalnya ini la yang menyebabkan aku minum mende ini.. Toping inilah yang membuat aku mengigau-ngigau..
Aku suka 'Black Pearls'.. Sedap woo.. Ni kompem kalu kawan aku yang dengar ni nak minum jugak.. Hahaha..

Sesuai tak minum ngan awek??
Ehemmm.. Ape punye soklan nie?? Bagi aku tak sesuai.. sebab aku suka makan sorang-sorang.. Lagipun mende ni bukan romantik pon.. bukan macam salji kan..

Apa yang anda tak suka..?
Hmmm.. Bila nak belinya.. ALAMAK.. Bukan main ramai..
Cerita bermula:
Makcik: Ni macam ais kacang ke dik..??
Gadis: Tak la mak cik.. Ini ice blended..
Makcik: Ada kacang tak kat dalam..

*Aku kat belakang ternganga!!

Gadis: Abg nak apa??
Dengan bangga aku balas:
Aku: Blue Coral toping Black pearls RM3.10 satu..

Makcik: MEnjeling..

Hahaha.. Bukan aku nak bangga.. tapi kalau dah lambat sangat orang lain yang beratus sampai dalam C-Mart pong marah..

*Maaf ampun makcik.. Hahhaha*


Kalau ada orang belanja nak??
Mestila nak kan.. Orang belanja.. Tapi kalau nak belanja tolong belikan saya..
"Blue Coral toping Black pearls RM3.10 satu"



Majulan coolblog untuk Negeri Perlis..!!


Friday, September 30, 2011

Sesungguhnya aku rindu Ma..!!

KALAU SAYANG IBU, BACA LA..X LAMA PUN, 5 MINIT JE..

Orang kata aku lahir dari perut mak...

(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
...
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak

Bila bangun tidur, aku cari.... mak

Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak

Bila nak bermanja, aku dekati....... mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak

Bila nakal, yang memarahi aku.... mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma...... mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak

Bila takut, yang tenangkan aku.... mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak

Aku selalu teringatkan ..... mak

Bila sedih, aku mesti talipon.... mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak

Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak

Bila takut, aku selalu jerit... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak

Yang selalu berleter kat aku... mak

Yang selalu puji aku.... mak

Yang selalu nasihat aku...... mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari..... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku ( yg Islam jgn sambut tau.. haram!!! he2)

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu... aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila.... aku akan talipon pasanganku

Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?

mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya..........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya



Tuesday, May 17, 2011

Ini cara cakap orang berilmu.. Bahagian 2

Alamak.. Esok dah nak bertolak balik Terengganu.. Rasa malas nak drive.. bukan dekat.. Jauh tuh.. hahaha.. Kalau la dapat jadi orang perlis kan seronok.. Nanti rindula kat Perlis.. Bulan 9 pulak sampai Perlis.. Samapi pong orang yang kita suka dah berpindah ke negeri lain.. Sedihnya..
Dalam 2-3 hari ini ada masalah perhubungan sikit.. Ok la.. Mungkin takdir tak menentukan kita bersama.. Mungkin juga sifat ego aku membuatkan orang yang selama ini menyanyangi aku menyampah dengan aku.. Tahu-tahu la sifat ego aku ini memang tahap maksimum..

Fikiran negatif ops Positive dulu la..
-Aku tak dapat membahagiakan orang yang sayangi aku..
-Aku memang cepat boring kalau ada yang suka ambil berat tentang aku..
-Aku memang bodoh sebab tak tahu menilai..
-Aku la penyebab ramai perempuan menangis..

Fikiran negatif plak..
-Aku memang tak suka hal2 peribadi yang dikongsi diceritakan kepada orang lain..
-Aku memang tak suka bila kita bagi sesuatu tuh barang yang kita bagi diletakkan dirumah orang lain..
-Dan paling aku tak suka bila sifat suka menunjuk-nunjuk dalam perhubungan..

Awak maafkan saya.. Saya memang tak layak untuk awak.. Bukan saya pengecut.. Tapi awak lebih berhak untuk orang lain.. Saya tak mau menyakiti awak lagi.. Maafkan saya.. Terima kasih atas segalanya..


Ok la.. Habis pasal hari ini.. Nak sambung plak pasal kem.. Alamak. Tetiba mood berubah.. Kenapa nie.. Sabar.. Sabar.. Hidup tak selalunya bahagia.. Mungkin kita bertemu yang lebih cocok dengan kita kan..

Sambungan Tiba-tiba..





Tiba-tiba kami sampai ditempat pembinaan.. Mana kemnye QA?? berdetik hati aku.. Sorang-sorang muka cuak giler.. Hahaha.. Turun dari bas kami disambut oleh instrator-instraktor.. Memang unik tempatnya.. Kami kene berjalan dalam 1/2 km dalam kelapa sawit.. Wah sapa menyangka dalam tuh ada satu tasik yang tersergam indah.. Kedatangan kami disambut dengan salaman dan lagu 'kenangan terindah'..

Memang masa tuh kami dah rasa lain macam.. Berbeza dengan kem Randau sebelum nie.. Hihihiihi.. Jgn marah eh.. bukan buat perbandingan.. Tapi just memberitahu apa kelebihan dan kekurangan.. Apa yang lebih kita mantainkan dan apa yang kurang kita baiki kan..??

Then, kami diberi 5 minit taklimat.. Petang kami samapi tiada lagi aktiviti berlangsung.. Kami hanya diberi khemah untuk dipasang..

Satu lagi kelebihan.. Kami tidor dalam khemah yang selesa.. Apa yang selesa??

1- Satu khemah hanya 2 orang pelajar.. Muahahah seronok la kan.. Luas giler.. Lantas aku amik Razlan as my partner sebab dia kecik macm aku.. Lagi la selesa.. Kalau aku amik Saleh..?? Opssss.. Amponn

2- Kami disediakn blanket dimana benda tuh macam carpet tempat kami lapik untuk tidor.. Korang g kem mana dapat mende nie..?? Hahaha.. Lagi la selesa kan.. Aku apa lagi siap pasang khemah rasa nak tidor teros jer.. Hahahaha.. Sabar malam pertama belum tiba.. Hahahaha..






3- Dah la dalam khemah.. Khemah plak bawah bangsal.. Tak boleh blaah.. Lagi la tak takut hujan ke, panas ke.. Haahaha.. Memang terbaik la.. Sape kate tidor tak selesa bila g kem.. Inilah cara cakap orang yang cerdik.. Hahaha..


Aku ambil port sebelah anak PM kami.. Macam biasa la.. Lepas kami pasang khemah kami lepak tepi tasik sambil bergambar.. Kenangan terindah.. Inringan lagu tak habis-habis sepanjang kem.. pengumuman paling best kami dapat yang mengembirakan hati semua orang adalah.......



ADALAH?????





Bersambung...

Sunday, May 15, 2011

Ini cara cakap orang berilmu.. bahagian 1

Hehehe.. Selamat bercuti.. bukan sekejap.. tapi lama nie.. hari aku menulis post ini cuti aku berbaki 119 hari lagi.. Memang lama lagi.. Tapi sebelum cuti aku terpaksa berkampung du Kuala Kangsar untuk menjalani kursus.. Kursus apa tu..?? Kita baca kisahnya dari awal hingga akhir dan ini adalah post aku paling IKHLAS aku pernah buat.. SUMPAH..


Sehari sebelum kem:

Perasaan ingin balik ke kampung memang la tak ada.. tapi kalau rasa pong sikit la.. sebab semua housemate belum lagi balik.. tu yang rasa begitu.. Tapi dengan adanya program yang dianjurkan oleh KPT Malaysia, ini membuatkan aku lagi la rasa tak boleh balik..
Berceria]ta mengenai kem tuh, aku langsung tak tahu apa kem yang akan dihadiri aku ni.. Maklumlah.. Aku nie ikut je orang suruh.. LURUS bendol.. Hahaha.. Malam tuh sempat mengadu kat seseorang yang memang betul2 malas nak g program sebabnya malas nak kemas barang.. 4 hari tuh.. Lama.. Hahaha..
Tapi aku masih lagi sempat bersuka ria menyambut kemerdekaan ketamatan Final Exam.. Hahaha.. Ayat apa yang aku guna nie..
Tapi dalam benak aku.. Aku masih bertanda soal aapakh program yang aku akan pergi.. Seronokkah?? Stress kah..??

Pada hari pertama kem:

Pagi itu sempat aku membuat amal kat senoir aku.. Aku membantu apa yang aku termampu.. Barang-barang pong aku dah siap packing.. Kecik dan sikit je pong aku bawk.. tak banyak mana.. nak bandingkan ngan orang lain besar gedabak.. Hahaha..
Housemate aku hanya syafur saje yang ikut.. kamilah yang berjaya terpaksa pergi.. Takper la Syafur.. Redha je.. Walaupn tak dapat tidor selesa.. Makan tak sedap.. Letih.. Kite just bagi sokongan.. Macam mana nak timba ilmu kalau tak mahu rasa semua tuh kan.. Hikhikhik.. Ingat kem Randau.. Meriah dahsyat.. Hahaha..

Paagi tuh aku naik kat depan matrik.. Aku just antar msj dan call part 3 yang nak pergi.. tapi ada jugak yang TARIK DIRI saat-saat akhir.. alasan..?? Tak tahu la.. Panas jugak muka bila Pn. Norsila tanya "Mana lagi GIRLS part 3..??" Aku jawab la "Tak tahu la Puan.. Letih kot..".. Tu la aku.. Kawan-kawan kan.. Mana ada nak BURUKKAN sama sendiri.. Lainlah orang yang selalu burukkan aku.. Memang seronok hampa.. Hahaha.. Takper la habis story tuh.. Mende yang lepas.. Kesia kat QA la sebagai penjaga program.. Tak henti2 menelefon yang 'tak larat' nak pergi..

Ok.. Kami bertolak jam 11.. Kumpulan aku yang pergi Razlan, Wan J, Saleh n Zul.. Mereka ini sangat aku bangga sebab sudi teman aku.. Sukernyer.. Hahaha.. Macam biasa kalau dalam perjalanan ke utara tak sah kalau tak singgah kat Hentian Gurun.. Sungguh laju bas uitm memecut.. sekejap je dah sampai Gurun.. Kat situ kami makan-makan sambil bergosip, mengata, memperli saper2 yang ada kat situ.. Hahaha.. Seronok pong bermula..



Nie kami posing kat lori treller sebelah bas kami.. Kat sini kami bertembung ngan Kapten Amri yang odw nak g khidmat masyarakat kat Teluk Intan.. Then kami terus bergerak ke Kuala Kangsar simana tempat lahirnya salah sorang sahabat kami Saleh.. Gembira dia dapat melihat kampung halaman.. Aku hanya tersenyum.. Dia seorang yang bagus taw.. Cerita semua asala usul kawasan-kawasan kat situ.. Aku memang suka sgt bila ada orang bercerita bila aku pergi tempat yang tak pernah aku pergi.. Korang suka..?? Hahaha..

Dalam jam 330 ptg.. Kami sampai ke Pekan KK.. Kat situ kami makan celdol dan bersuka ria.. BERSUKA RIA.. tak ada tekanan lagi.. Hahaha.. Macam suspen jer.. Wakakka.. maklumla.. Kem ni penuh misteri..

Dan setelah penat lelah mentertwakan diri sendiri kami bergerak ke Kem tersebut.. Dan tiba-tiba.........



(to be continue)..

Tuesday, April 26, 2011

up kepada date

Ok selamat kembali..
Kesihatan aku tak beberapa baik la.. Rase lain macam je.. Nak kata demam badan tak panas.. Tapi tekat nie rasa mencucuk-cucuk je..
Beginilah keadaan aku setiap kali datangnya FInal Exam..
Letih.. Hanya tuhan je yang tahu..
Tak der banyak nak merapu..
Mata pong dah kuyu..
Hati pong dah latu..
I tidor dulu..

Friday, April 15, 2011

JUMAAT, 15 APRIL 2011

Hari ini tiada apa-apa yang spesel untuk dilakukan.. Bagi aku menyiapkan assignment ada sesuatu yang spesel dan indah sekali..

Mana tak yer dapat mengadap lappy 24 hours.. T

api kalau diberi peluang, aku nak je siapkan untuk kawan-kawan sekali..

Buat assignment nie tak penat.. Tangan akan berasa ringan dan akan menjadi kuat selepas buat assignment..

Otak pong menjadi segar dan tenteram.. Segala baris tutur ayat yang keluar ikut mulut pong semua son-sopan semuanya..
Hahaha..

Ini semua kes buat dari awal sem.. Kalau start last minute kan bagus..

Kerja yang ditangguh-tangguh memang seronok..

Dapat memikul beban kat otak nie membuatkan kita menjadi gembira.. Gembira sangat-sangat..

Segala ayat-ayat diatas hendaklah digunapakai dengan

"TANGAN DI DADA MATA DIATAS"


Hahaha.. Moral of the story.. Lu pikirlah sendiri..


Bermula dari kerja-kerja yang tertangguh..




Akan menyebabkan tekanan yang tinggi..





AKHIRNYA>.....




Menjadi begini sambil memegang result.. Hahahahahhaha..

Wednesday, April 13, 2011

Tolonglah

ORANG
DAH
TOLONG
TU
PLIS
LA
UCAP
TERIMA
KASIH
BUKAN
DENGAN
PERLI
NADA
CEMBURU

macam haram perangai!!


KALAU
DAH
RASA
PANDAI
KENAPA
TAK
BUAT
SAMPAI
SIAP

KALAU
RASA
TAK
PANDAI
BUATLAH
CARA
TAK
PANDAI
DENGAN
BERTANYAKAN
ORANG

MENYESAL
AKU
TOLONG!!


DASAR
MANUSIA
TAK
KENANG
BUDI





Orang macam nie kene ada DUNIA sendiri.. Serabai je hidup kat bumi.. Susah!!




Tapi tak semua macam tuh kan.. Yang penting kita sama2 nilai diri kite.. Adakah kite sama dengan apa yang aku tulis kat atas.. Selamat beramal..

SAYA SAYANG KAWAN-KAWAN SAYA DI PERLIS NIE.. :)

Perhentian Island, we LOVE you!!

Ok la.. dalam masa terluang nie.. aku nak post sedikit cerita tentang Pulau perhentian.. Bukan nak cerita pong.. Nak tunjukkan gambanr jer.. Apa-apa pun kami happy kat sana.. Betul tak kawan-kawan?? Selepas korang tengok ni kalau ada sape2 nak buat jugak sile la.. Saya sokong anda 100%.. Hehehe..





Nie aku with my buddy, masa nie kedalaman dia 18 meter.. tak dalam pong.. Tapi sempuk jugak nak ke sampai bawah sana.. Hahaha.. Yang paling seronok kami jumpa kehidupan yang hanya selama nie kami melihat ikot buku jer.. Tu yang seronoknyer.. Keempat-empat dive, aku suka dive yang ketiga dimana aku dapat melihat seekor ikan warna kuning yang bentuknya petak.. Hahaha.. nanti aku try cari apa nama ikan tuh.. Berbaloi bayar mahal pong.. Hahaha..





Ni masa dah habis empat-empat dive.. masa bersuka ria sebab dah dapat lesen.. Lepas nie tak la mahal gedebok nak bayar.. Someday aku akan merantau seluruh pulau kat terengganu.. Sesungguhnya negeri aku itu cantik.. Aku cuma tidak sedar.. Bila kita datang sebagai pelawat barula kita sedar yang negeri kita tuh memang menarik.. Bak kata orang hujan batu dinegeri sendiri..




Nie bersama orang kuat jgak dalam program nie.. Bersama kapten Amri.. Hehehe.. Yang mana?? Ala.. yang jari bawah bibir tuh.. Hahaha.. Kelakar kan.. Nie adalah group B.. Dibawah instructor mr. Azwar.. Dia memang ajar kami habis-habisan.. Hhaaha.. Kelakar plak tuh bila cik Azwar nie bercerita tentang pengalaman dia.. Melalui pengalaman dialah kami tahu macam mana kami nak lebih advanced dalam dive mengdive ne.. hahaha





Sebelum kami masuk laut.. Kami akan masuk pool dulu.. Ye la.. Di laut cabaran lebih getir kan.. So, kenelah belajar kat dalam pool dulu..




Akhirnya kami berjaya menamatkanya!! Yeahaaaaaa!!!
Assalamualaikum.. Lama benar dah tinggal blog nie.. Hahaha.. maklumlah busy la sikit bila dah akhir sem nie.. Sebenarnya aku baru je balik dari Pulau Perhentian dan itulah tempat terakhir untuk sem ini.. Sekarang nie aku rasa begitu aman sedikit.. Setelah meninggalkan segala titik-titk hitam.. Rasa selesa dan aku memang berharap begini la selamanya.. Hahaha.. Tak payah fikir soal masalah orang.. Fikir diri sendiri.. Just buat apa yang kite suka.. Tak perlu fikir orang yang tak pernah berterima kasih.. Hahaha.. Ops terlebih sudah..

Lagi beberapa minggu aku akan mendapat cuti yang panjang.. Dalam empat bulan.. Selepas raya baru aku kembali kepada pelajaran aku.. Untung cuti lama2 nie.. Banyak aku nak cover balik..

Ok sebelum tuh aku nak ucapkan tahniah kepada abg aku no 2, Ahmad Ieme Ikhwan kerana telah mendapat ikatan tali pertunangan dengan bakal kakak ipar aku, kak za.. Walaupun aku tiada pada majlis tersebut aku yakin majlis tuh mesti mengembirakan hati kedua ibu bapa aku.. Kini hanya tinggal aku dan adik aku sahaja untuk bawah jagaan ibu bapa aku..

Sejujurnya aku bangga denga ma dan abah.. Menjaga, membesarkan kami tanpa pernah kenal jerit dan lelah.. Dan hati seorang ibu mana tidak akan tersentuh anak jagaannya selama 20 tahun akan berdikari suatu hari nanti.. Im proud with my parents..

Dengar kata bulan 6 nie mereka nak lansungkan perkahwinan.. Nasib baik aku cuti masa tuh.. Rasanya dah lama dah tak ada majlis besar2 kat umah aku.. Aku tak sabar menanti hari tersebut.. Teringat masa kakak dan abang sulung aku.. Seronok.. Apa-apa pong tahniah.. Semoga abg mie terus berfikiran matang dan menjaga satu-satunya "harta" yang Allah bagi.. Amin.. Sebab adik is yakin abg mie dapat membimbing keluarga abg mie seperti mana abah dan ma menjaga kita..

Lepas abg mie aku kahwin giliran seterusnya aku adalah AKU.. Alamak.. Takutnya.. Bersediakah aku?? Aku tak tahu macam mana dan apa yang aku cari.. Sebab lidah itu mudah berbicara, perit deritanya tiada yang rasa.. InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja.. :)

Thursday, March 31, 2011

K.A.R.M.A

Hari ini saya memmang berada dibawah..
Dibawah dia, awak, kau, anda, diaorang, mereka..

Hari ini memang saya difitnah..
Difitnah dia, awak, kau, anda, diaorang, mereka..

Hari ini memang saya diburukkan..
Diburukkan dia, awak, kau, anda, diaorang, mereka..

Hari ini saya memang dibenci..
Dibenci dia, awak, kau, anda, diaorang, mereka..
Juga orang yang terima cerita buruk tentang saya..

Tapi..

Ikhlas..
Saya hanya senyum..
Kerana karma hidup seseorang akan berubah..
DImana saya berada sekarang disitulah dia, awak, kau, anda, diaorang, mereka akan berada juga suatu hari nanti..






Saya tahu..
Ada orang cuba untuk menjadi gunting dalam selimut..
Sebab saya atau dia, awak, kau, anda, diaorang, mereka yang berubah..

Tapi hakitnya saya tak pernah..
Tak pernah mengungkit..

Ungkit apa yang telah berlaku..
Tapi saya tahu lebih dari apa yang dia, awak, kau, anda, diaorang, mereka tahu tentang awak..


Biarlah mereka menjadi mangsa 'bomoh' awak..


saya tak kesah..

Yang saya tahu setiap kali dia, awak, kau, anda, diaorang, mereka 'terkena'..
Saya SENYUM..






Satu lagi..
Saya hanya berubah supaya tidak menjadi BODOH seperti DULU..


INGAT..
hidup ada karmanya..
Hari ini hari dia, awak, kau, anda, diaorang, mereka..


Bila saya berubah tempat nanti..
Jangan pulak nak menyebarkan lagi dosa yang dia, awak, kau, anda, diaorang, mereka telah buat..

Sebab saya sayang dia, awak, kau, anda, diaorang, mereka..
Tak nak dia, awak, kau, anda, diaorang, mereka menjadi ahli NERAKA paling bawah..


INGAT..
dia, awak, kau, anda, diaorang, mereka..

kerasa siapa yang makan cili akan terasa pedasyer..




saya tetap dengan hidup saya tanpa perlu menyebarkan KEBURUKKAN orang untuk mengaut atau perasan sorang2..


sebab..





HIDUP ada karmanya..





INGAT..





dan satu lagi..
saya tak sabar menunggu KARMA itu berubah..




Barulah kebenaran timubul..


Semoga berjaya dengan penipuan, pemfitnahan, pemburukkan dia, awak, kau, anda, diaorang, mereka terhadap saya..



TERIMA KASIH je saya mampu balas!!

Sunday, March 20, 2011

penghujung rindu

wah, macam sadis je kan title kali ini.. dah la update tak selalu.. datang2 terus tajuk yang GAH.. Sorry.. Aku terlalu busy dengan kos ini.. So, tak dapat nak berdepan dengan blog selalu.. Lagipong orang sekarang asik layan fesbook.. dah tak kesah sangat pasal blog..
Ok ayuh kite bercerita..

Kali ini aku nekad.. Aku selalu sedapkan hati aku dengan berkata "Senyum.. Senyum..".. Malah aku dapat mengawal beberapa emosi.. Aku dapat menghilangkan resah gusar aku nie.. Tu la aku kate.. Segalanya dah penghujung sekarang..
Dulu memang aku bermain dengan emosi.. Kali ini aku tampil dengan dunia, wajah yang baru.. Dengan sokongan kawan-kawan aku yakin aku dapat hadapi semuanya.. Hahaha..
Berjenaka..

Dan sejak beberapa minggu ni memang perubahan ada pada diri aku.. Aku kembali kepada zaman diploma aku dulu.. Dimana setiap aku lalui aku kene bersungguh-sungguh.. sebagai contoh adalah dalam pembelajaran.. Aku cuba menjadi yang terbaik sem ini berbanding sem lepas.. Alhamdulillah ada sedikit perubahan.. Walaupun tak banyak.. At least aku sedikit jujur dalam menentukan masa depan aku..

Ya Allah,
Satu hal lagi.. Bagamana aku nak berubah supaya aku lebih banyak kali aku bersujud kepadaMU.. Sukarnya untuk aku mengekalkan momentum itu.. Setiap kali aku mahu cuma hangat-hangat tahi ayam.. Fenomena sekeliling aku kah yang membuat aku terus lalai??
Aku rasa macam terlalu obses terhadap dunia.. Dan aku minta kepadaMU Ya Allah supaya membuka hatiku ini lagi..

Memang sukar untuk lakukan perubahan serentak.. Allah sudah memberi jalan.. Cuma kita saja memilihnya.. Aku harap sangat aku dapat berubah se[rti yang lain.. Aku takut..

Setiap kali aku berdepan masalah, aku mengenang masa aku senang aku lupe segalanya.. Aku memang khilaf..

Moga aku diberkatinNya.. Aminn..















Aku memang kene banyak lagi berubah.. Jangan aku jadi hipokrit.. Dan aku harap PERUBAHAN aku ini tidak menjarakkan hubungan persahabatan aku dengan dia dan mereka..










:(

Thursday, March 3, 2011

Perubahan yang aku rasa meluat

Entah la..
Awak..
Kenapa awak berubah..
Awak kata saya..

Saya tengok awak dah seperti dulu..
Kalau saya buat sesuatu tak ajak awak, awak kata tak ajak..
Tapi bila saya berubah..
Saya ajak awak..
Awak plak yang beribu alasan..

Saya tunggu saja perubahan awak itu..

Terima kasih awak!!

Tuesday, March 1, 2011

<"">

Selamat pagi!!

Pagi ni nak merapu sedikit.. Tak dapat tidor la.. Tadi gatal minum nescafe.. Sebab tu la jadi macam nie.. Tapi bagus jugak, dapatlah berbloging sekejap..

Post kali ini tak de kene mengena dengan perasaan yer.. Saje nak bertanya khabar.. Sebab 2-3 minggu ini tersangat la sibuk.. Tahu-tahu la kan.. Sibuk macam biasa la..

Cuma kali ini aku nak bagi nasihat kepada kawan-kawan..

Kawan-kawan..
Pandang depan..
Pejam mata..
FIkirkan..
Apakah kita adalah terbaik untuk kawan kita??
Apakah yang telah dia korban??


p/s: Mood tiba-tiba lari..

Thursday, February 17, 2011

Kasih sahabat

Orang kate awak ni tak lah baik.. Tapi bagi saya awaklah terbaik.. Kadangkala awak dapat perhatian dari semua orang.. Saya tak kisah.. Tatkala awak termenung saya berharap sayalah yang punca awak senyum.. Bila awak suruh saya buat sesuatu saya buat yang terbaik.. Tak nak bagi awak kecewa.. Tapi bila saya tak mampu lakukan cepat-cepat saya mintak maaf.. Awak marah lagi.. Setiap hari kalau saya tak tatap muka awak saya akan rasa awak akan berubah.. Saya takut awak dah tak kenal saya lagi.. Bila mood awak ok awak layan saya macam sayalah satu-satunya sahabat awak.. Awak jugak ambil berat tatkala saya dalam susah.. Tapi bila mood awak berubah saya dah kehilangan semua..
Awak..
Itulah awak..
Saya pula??
Orang kata saya ini tak suka berkawan dengan orang lain sebab hanya berkawan dengan awak.. Saya tak kesah.. Asalkan awak senyum bila orang kata macam tu.. Kadangkala bila saya dapat perhatian dari orang lain awak tiba-tiba murung.. Bila saya termenung awak langsung tak ambil kisah.. Saya hanya berharap awaklah punca senyum saya.. Bila saya awk tolong saya awak rase berat.. saya perasan itu.. Awak marah saya lagi.. Saya masih sabar walaupun dalam hati saya sangat perit.. Bila saya tiada saya tahu awak tak kisah.. bila mood saya ok, saya akan buat segalanya untuk awak.. Tak kira awak senang atau susah..
Awak..
Itulah saya..
Tapi..

Saya tahu.. Awak hanya mengharapkan peluang keemasan dari saya.. Awak hanya nak menumpang kesenangan yang saya dapat berikan.. Saya tahu bila awak ikhlas dan bila awak harapkan balasan.. Saya tahu.. Walaupun saya hanya sekerdil makhluk tuhan, awak tak berhak lakukan begitu..

tapi..

Saya masih berharap awak berubah.. Bukan saja terhadap saya.. Tapi terhadap orang lain juga..

Walau apapun..
Saya ucapkan terima kasih kerana sanggup berkawan dengan saya.. Saya mintak maaf kalau buat awak rasa saya ini menyusahkan awak.. Dan sekali saja sya nak suruh awak fikir dan bayangkan.. Sebanyak mana telah saya berkoban untuk awak..

Wednesday, February 9, 2011

keraskan hati

Hah.. baru balik bercuti.. rasa macam sengal sebab jalan jauh.. Malas nak cter.. Sebab bukan ada kenangan best pong masa balik sini.. biasa-biasa ajer.. Aku nak highligt kan sedikit aje tentang topik aku kali ini..

Terima kasih.

Masa cuti baru ini ada la g jalan-jalan dengan kawan yang disukai.. Kami berpakat pergi ke Sekayu, Terengganu.. Ceh.. Macam jauh la plak kan.. Jauh la jugak.. Masing-masing ada tugasnya masing-masing.. Macam aku kene sediakan makanan-makanan ringan.. Hahaha.. Biasa lah aku memang malas nak bergelumang dengan ayam-ayam dan mee-mee goreng.. Hahaha.. Kerja aku g Mydin cari makanan sikit-sikit.. Selesai..
So, ari Khamis tuh kami bertolak dalam 1200 ++ jugak.. biasalah kalau janji awal pong lewat jugak gerak.. Hahahaha.. Mase nie aku termenung.. Lama dah kami tak bersama macam nie.. Teringan zaman kecik-kecik dulu.. Indah benar perasaan itu datang balik.. Memang sahabat yang disukai akan bahagia sampai akhir hayat kata orang.. InsyaAllah..

Biasalah.. Setiap pertemuan ada perpisahan.. Setiap gembira pasti ada dukanya.. Setiap masalah ada penyelesaian..

Malam ini aku tak tahu apa yang akan berlaku.. Yang penting aku taknak kawan-kawan yang membenci bertambah benci terhadap aku.. Mebi aku banyak berubah.. Mungkin jugak perasaan gila-gila merasuk kat minda kau nie.. Tapi aku rasa aku betul.. Firasat aku betul selama ini.. Aku rasa aku kene lepaskan perasaan itu.. Biarkan ia jadi kenangan yang akan berkurang suatu hari nanti.. Lepaskan.. Lepaskan.. Haahaha.. Dah lepaskan.. Sebab perasaan itu bukan milik aku sorang..

TAPI..

Aku takut kalau nanti perubahan!!
takpe la kot.. hihihi..

*melepaskan tanggungjawab aku sekarang sebagai seorang yang menyukai*

Ok habis cerita bermasalah.. Sekarang nak cerita sesuatu yang seronok la pulak..

Kawan-kawan yang disukai..

Aku nak citer satu story.. Bila bangun pagi biasanya apa yang korang buat.. Mesti korang bersiap nak nak mandi sebab bangun lewat ke kelas kan.. Ok la tuh... Manusia normal la tuh..
Nie aku..
Aku apabila bangun pagi, aku suka bangun awal semampu yang boleh.. sebab aku suka tgk muka orang sedang tidor.. tak kira sape pong.. hahaha.. dan sambil berkata-kata

"Apa yang dia tengah bermimpi erk?? Gembirakah?? Sedihkah?? Kalau aku dapat masuk dalam mimpi dia kan bagus.. boleh aku tahu dia mimpi apa"

hahaha.. tu masa orang lain tengah idor..

Satu lagi impian aku adalah aku nak tengok aku tidor.. Macam mana agaknya aku tidor.. Hensemkah?? smartkah?? Machokah?? atau comelkah?? Kah kah kah.. tu la.. tapi semua tuh tak akan jadi kenyataann.. Sebab semua tuh palsu.. takdew orang boleh buat macam tuh.. Hahahaha.. Itulah namanya impian.. hahahha


Ok la.. dah terlalu lama aku cari idea.. xdatang2.. baik aku tidor.. hahah ZzzZZ..




p/s: aku sayang ko yang tak sayang aku.. kenapa erk??

Thursday, January 27, 2011

Aku menulis lagi..

Wah, cuti dah start dah.. Walaupong seminggu tapi cukup bermakna untuk aku menenangkan fikiran yng kusut.. Lari dari orang berada dari sisi aku selama sebulan ini.. Rasa tenang pula.. Aku rasa cuti raya cina nak melakar memori lagi bersama kawan-kawan yang disukai.. Hahaha.. Kami ada plan yang agak besar.. Dah lama kami tak all out bersama.. Maklumlah masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing..

Inilah tempat rancangan pertama kami nak pergi.. Macam best kan.. Last sekali aku pergi ke waterpark adalah form 5.. Rasa-rasa inilah peluang aku untuk bergelak ketawa kuat-kuat dengan kawan aku.. Lupakan masalah yang ada.. Yeahh.. Tak sabar pulak rasenyer..

Kami sedar kami tak adalah segempak mana.. Nak pergi jauh-jauh dan tempat yang mahal.. Sebab kami bukannya pelajar-pelajar yang cerdik.. Tambah-tambah aku.. Hanya SI BODOH yang KECOH.. Kan.. Itulah aku pada pandangan dorang.. Walau macam mana pong kami tetap bersatu hati.. Kerana membesar bersama menjadikan ikatan kami lebih kukuh daripada benda yang paling kukuh didunia ini..

Ok la.. Aku nak rehat,, Nanti nak dive balik Terengganu.. Seronoknyer.. Tapi laparlah.. I think Aku kene g makan dulu larh..

Aku benci situasi itu!!

Entah kenapa hati aku rase tak selesa.. Rase macam tak sedap jew.. Setiap kali tengok makhluk-makhluk tuhan yang menimbulkan perangai yang pelik.. Segala mood aku hilang.. Baru nak bergelak ketawa dah jadi masam.. Baru nak bergumbira dah jadi pendiam.. Bodoh betul lah.. kalau aku tahu aku tak teruskan.. Tapi bagi aku itu cuma mainan perasaan.. Macam sakit perut.. Kalau sakit kite buang la.. Perasaan semua tuh..

Hari ini.. Aku rasa ada satu perubahan terhadap satu makhluk tuhan yang dulunya lain.. Dia hari ini tak sama seperti dia yang lalu.. Aku rasa setiap kali aku celik mata aku rasa berat untuk teruskan kehidupan aku pada hari biasa.. Macam dibomoh pulak.. Sapekah yang berani cuba memutuskan satu ikatan persahabatan yang kami jalin selama ini.. TAK BOLEY.. Hanya tuhan saje yang mampu.. Tapi memperlihatkan peragainya yang begitu aku rasa standard ya jatuh sedikit.. Gurau sedikit marah.. Cakap sikit tak kena.. Ok Aku terima.. Aku bukanlah makhluk tuhan yang sempurna.. Tapi Aku nak bagitahu yang aku adalah manusia yang bertuah hidup didunia ini..

Ya Allah.. Betapa rindunya Aku pada keluarga Aerospace.. Doang semua tuh lain benar.. Mungkin kesusahan yang kami lalui bersama selama ini mengajar kami untuk menghargai antara satu sama lain.. Tiada helah antara kami.. Aku merindukan setiap kali kami belajar dalam satu kelas.. Gelak, Ketawa, Kecewa, Mengantok, semua dikongsi bersama.. Tonggak utama kami bukanlah hendak menjadi seperti lalang.. Kami semua tidak pernah memandang rendah antara satu sama lain.. Hebat anugerah Allah yang diberikan kepada Aku..

Benarlah kata orang.. Perkara yang selalu disukai kita tak selamanya berada ditapak tangan kite ini.. Cuma seketika.. Seketika itu la membuat Aku belajar lebih banyak tentang erti persahabatan yang sebenar.. Atau mungkin jugak perkara ini masih baru.. Baru dalam diari hidup Aku.. Dari A-Z, aku akan belajar untuk menguatkan diri menerima apa saje yang berada depan aku.. Kata Aku, buatlah sejuta mana program pong, tapi kalau hati sudah keras seperti batu, tak ada gunanya.. Maaf kan aku jika ada yang terasa.. Cume luahan hati yang merasakan satu kejadian aneh..

Kali ini dalam format yang betul.. Aku akan teruskan jua.. Bak kata kawan baik Aku, "Teuskan aja.. Buat-buat tak tahu sudah..".. Betul jugak kata dia.. Now, aku just normal.. Aku dah serik nak menamakan seseorang itu SAHABAT BAIK kerana belum tentu dia menganggap kita SAHABAT BAIK mereka.. Ayat satu inilah membuat Aku kecewa..

Memang senang nak melabelkan seseorang sebagai SAHABAT, tetapi menanggungnya adalah satu beban.. Ok lah cukup sudah bual bicara aku.. Seakan-akan berbaur ketidakpuasan hati.. Tapi inilah realiti yang perlu Aku tanggung disini sekarang.. Apa-apa pong, aku tetap aku yang dulu.. Korang nak menyampah pi mampos korang lah.. Sebab dalam banyak-banyak mesti ada sorang yang mempunyai hati nurani yang ikhlas yang akan menerima aku sebagai SAHABAT walaupong aku tak tahu bila, berapa lama atau aku kene menunggu pisang berbuah dua kali..

p/s: Apa yang nak highlight kan disini adalah.. AKU MERINDUI KAWAN-KAWAN SELAMAN SESISWA aku.. I miss uols so much!!

Tuesday, January 25, 2011

huh

kali ini aku sudah tahu yang bkan semua orang boleh apa yang aku ada.. Terima kasih kawan.. Aku rindu kaw yang semester lepas!!

Monday, January 24, 2011

Aku suka bila bangun pagi senyum--
Aku suka orang panggil aku budak kecik--
Aku suka bila semua orang senang--
Aku suka orang care kan aku--
Aku suka orang sentuh kepala aku--
Aku suka orang dekat dengan aku--
Aku suka orang menyakat aku--
Aku suka orang yang memahami aku--
Aku suka bila orang kata aku adalah tulang belakang mereka--
Aku suka bila orang gelak bersama aku--
Aku suka orang bersedih bersama aku--

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tak bermakna aku suka orang yang suka aku--



Aku tak suka orang yang amik kesempatan--
Aku tak suka orang tak mengharapkan aku sesuatu--
Aku tak suka orang panggil aku bodoh--
Aku tak suka orang yang perlukan aku waktu suah saje--
Aku tak suka bila kita susah dia senang--
Aki tak suka orang yang suka menyisihkan--

-
-
-
-
-
-
-

Tapi tak bermakna bila aku tak suka aku tak cinta mereka--

"Mereka pada awalnya merendah diri, sembunyikan kelebihan, tetapi sekarang, mereka mengeluar kelebihan itu dengan meninggi diri, hanya untuk menunjuk-nunjuk, aku memang tak faham, kalau begitu jadilah diri kita yang sebenar dari awal"

alaahh..

baru nak tulis post pagi nie.. g jtmur baju jap tadi tetiba idea hilang..

!@#$%^&*()

alaahh..

baru nak tulis post pagi nie.. g jtmur baju jap tadi tetiba idea hilang..

!@#$%^&*()

Sunday, January 16, 2011

pengalaman yang memenatkan dan mengalirkan segalanye..

Wah.. kate penat.. tapi tulis tajuk panjang nak mampos.. hahaha.. Ala setakat tekan keyboeard nie orang yang tak dew tangan boleh tekan kan.. hahaha.. Ok la.. aku nak story sikit kemana kami pergi hari jumaat lepas.. no no no.. korang tak tahu kan.. tapi nie aku nak story.. boleh la korang curik2 idea macam aku nie..

Ok kite mulakan dengan salam.. Assalamualaikum.. Jawab tau.. hahaha.. Tanggal 14 January ari Jumaat yang lepas aku dengan geng2 rumah telah memenatkan diri nak pergi jalan-jalan.. padahal nanti trip marine boleh pergi.. tapi sajew makan2 angin awal sem.. lain kalau pergi sendiri dengan pergi dengan lawatan group..

Dalam jam 300 petang kami bertolak dari perlis ke alor setar dulu pekena Nasi Ayam TAT.. hahaha.. aku rasew tak de spesel mana pong nasi ayam dia.. biasa2 jew.. hahaha.. mungkin aku makan kat my own place lagi best kot.. hahaha..

lepas makan kitaowang terus gerak pergi penang.. Owh lupe.. aku pergi dengan cikTAN la.. cikTan yang spesel.. hahaha.. Yang naik cikTAN adalah bebudak taman ira yang lepas.. 4 saje.. tak boleh lebih.. sebab nanti minyak pong lebih..

Baru dalam permulaan hiway dorang bertiga dah mengeraskan dan menaggukkan diri masing2 dalam ruang cikTAN.. tinggalah aku dengan lagu2 yang mengasyikkan.. lebih kurang satu jam setengah kami sampai ke plaza tol jambatan penang.. jalan sesak mase tuh.. orang baru balik keje.. tapi takpe.. cikTan kecik sajew.. senang nak celah2.. sampai jugak buat kali kedua cikTan ke Penang.. hehehe

Then kitaowang bergerak ke TESCO penang.. kenapa kami pilih itu?? ada sedikit salah faham kat sini.. hahaha.. tapi biasalah mende tak rancang kan.. sepatutnya kami pergi la ke Queensbay dulu.. lepas tuh kami ke Padang kota tgk ombak..tak habis disitu kami mewayangkan diri kat Gurney.. tgk citer melayu.. Khurafat.. ada yang bagi positif komen.. ada yang negatif.. bagi aku biase2 je.. sedap lagi cerita Hooperz.. hahaha.. korang heran kan.. hooperz jugak aku suke.. hahaha

lepas wayang.. kami bertolak ke Ulu Lenggong Baling.. nak mandi air kolam panas.. mula tuh terkejut gak aku sebab giler ape nak mandi pagi2 bute.. pukul 3-4 pagi.. pastuh dorang kate.. habis tuh ko nak mandi tengahari?? hahaha.. mana la aku tahu.. takpernah aku pergi tempat air panas nie..

On d way ke sana.. Ijat yang drive sebab aku rase tak larat.. kekenyangan sebab makan mcD kat Gurney sebelum movie.. hahaha.. sampai sane aku tgk ramai plak orang.. hahaha.. nie first tyme aku tgk kolam berasap-asap.. hahaha.. memang panas la air dia.. wakakaka.. takut gak aku nak turun.. tapi atas dorongan motivasi diri yang kuat.. hahaha.. aku berjaya berenang dalam kolam panas tuh.. orang kata lautan api sanggup direnangi.. hahaha..

Dalam pukul 6 paagi kami bertolak balik.. aku drive sampai umah kat perlis nie.. nak accident jugak sebab terlelap.. tapi alhamdulillah aku masih dapat tulis blog.. hehehe.. ok la.. korang layan la gambar2 nie.. hakcipta terpelihara taw.. hahahaha..




Nie sebelum bertolak.. Effni sediakan kamera dulu.. ape lagi kami possing la.. hahaha.. thanks a lot to Effni sebab memberi kitaoang gambar2 ini.. hehehe



cikTan yang dilindungo.. hehehe.. semua orang sayang cikTan.. hahaha.. amik berat.. tapi aku jugak yang kene.. hahaha.. takpe.. harap susah sama2.. senang pong same2..





Sampai kat Tesco Penang.. aku datang sini makan kfc mase dip dulu.. hehehe.. mase banyak duit.. tgk atm belakang tuh.. banyak duit tuh.. hahahha



nie adalah muke2 driver cikTAN.. hahaha.. pandai cikTAN pilih orang yang macho2.. hahaha.. hope tak dew orang bace post nie.. kan termuntah pulak.. hahaha




kami sampai kat padang kota lama.. cantik plak gambar nie kan... hehehe.. harap orang dalam gambar nie pong secatik gambarnyer.. hahaha.. kecuali yang tengah2 tuh.. memang dah macho.. hensem.. baik.. comell.. hahaha.. khurafat sangat statement nie.. wakakkaka



nie lepas tgk Khurafat..




menuggu sebuah lagi kereta sewa..



lepas tuh terbang jauh ke Baling..
-



-

-
-

-
-
-
-



-

-


-


-


-









kenangan dapat disimpan dalam sekeping gambar.. tetapi perhubungan sahabat hanya dapat disimpan disalam hati yang suci dan ikhlas.. tengs kawan2 build memoirs bersama aku sepanjang aku bersama korang..

*GELAK JAHAT*
HAHAHAHAHAHAHAHAHA

Wednesday, January 12, 2011

tanggal 11 Januari

Arini macam berapi jew.. entah kenapa.. panas kot.. eh tak la.. arini hujan macam biasa.. cuma perubahan kawan-kawan membuat aku rasa macam tak seperti dulu.. Lagi-lagi nak dibandingkan dengan kawan yang berada di Shah Alam sekarang.. Aku bukanlah seorang yang suke banding-banding.. tapi bila rasa macam panas terasa jugak hati yang kecil nie..
Hari ini sekali lagi hari tak bertuah aku.. Kerana aku sentiasa menganggap apa yang aku miliki tahun lepas adalah sama pada tahun ini.. nyatanya tidak sama sekali.. Huh.. mengeluh pong tak ada gunanya.. Lebih baik diamkan diri menanti hari esok..
pada tahun ini tak ada lagi hari terbaik aku.. Semuanya suam-suam kuku jew.. langsung tak ada kenikmatan hidup.. Bangun saja tidor terus berdepan dengan masalah.. Oi banyak betol lah..
Apabila perhatikan muka sorang-sorang yang berada di Arau nie.. Ya Allah.. Lain.. Semuanya nek mengejar apa mereka ciptakan.. Ada yang merendah diri tapi sekadar mengharapkan pujian orang.. Ada yang telah berubah dengan drasti.. bahawa mereka sudah tidak sama sekali dengan mereka pada semester lepas.. mungkin pelajar baru kot.. hahaha..
Kalaulah kat dahi ada cop pelajar part berapa.. hahaha.. tak leh nak mention kat sini.. kan ada plak yang berbisik-bisik dan lari dari aku.. Sekarang apa yang aku fikirkan mereka yang berapa dalam kawasan Arau nie menjengkelkan.. Jengkel.. Entah macam mana nak cakap.. kadangkala terlampau.. cuba kita menjadi seperti biasa.. kan.. jadi seperti diri kita.. oh mungkin inilah diri mereka..
Tapi tak apa aku akan cube sedaya upaya aku untuk bertahan.. tak kira berapa lama mana pong.. Lepas ni p mampos doranglah nak buat apa.. hahaha..

Tadi (Ahad malam) aku nak keluar cari ketenangan.. tapi aku tak tahu mana tempat yang best.., tak jumpa.. hahaha.. takpe.. insyaAllah aku akan cari satu tempat yang penuh dengan ilham.. duk termenung.. baling-baling batu.. semua itu seronok daripada berkurung dibilik.. rimas.. lemas.. hahaha..

Aku jugak rindu nak belajar sesuatu yang mengira-ngira.. sebab semester ini semua subject aku tiada yang mengira-ngira.. boring.. tapi sem lepas pong tak hebat jugak mengira.. hahaha.. setakat dapat result cukup makan je.. hahahha

ok la.. sekarang aku nak tidor.. nak tenangkan fikiran sebab esok makin celaru.. selamat tinggal!! ::))

Sunday, January 9, 2011

Hari ini Hari Ahad

Memang hari ahad adalah cuti buat semua yang duk Perlis.. Aku arini jugak cuti.. Malam tadi aku tak dapat melelapkan mata kerna runsing.. Entah apa yang aku pikirkan semalam.. Perasaan "gler" itu semakin membuak-buak.. Padahal tak ada apa-apa pong.. Memang aku terasa sakit hati sangat semalam.. Celik-celik tetiba macam dirasuk.. Hahaha.. Mungkin tingkap umah bilik aku tak tertutup kot semalam.. Tu yang aku terkejut tuh.. Sejuk lain macam..

Bangun pagi macam biasala.. Kalau bukan Israr Mainong .. Aku memang mudah bangun pagi.. Bangun-bangun aku mandi.. Online.. Bergurau senda dengan twitter .. Dan lepas tuh aku nak kejutkan kawan aku Izzat Wahid alih-alih aku yang tertidor balik.. Bangun-bangun dah pukul dua.. kejut dia dan terus g makan..

Arini tak banyak story.. oh lupe.. cikTAN arini diborrow kawan aku.. Kerie.. dia nak g alor star.. nak ambik lappy.. Aku kalau orang nak pinjam2 nie tak kesah.. tapi kene bertanggungjawab la yep.. Bukan ajaran family aku kedekut dengan saper2.. sebab masa kite susah nanti kite jugak nak mintak tolong dari dorang kan.. hahaha.. soleh tak aku?? soleh kan?? Satu hal lagi.. Kite ini berasal dari ajaran apa yang ibu bapa kite ajar.. kalau kite diajar baik mase kecik baiklah kite.. hehehe.. bukan nak kate aku baik.. hahahaha..

TErpesan lebih pulak kali nie..

Ok la.. aku nak sambung tidor ni..
malam nie kite tak payah tgk ajl.. duniawi semua tuh.. hahaha.. tapi kalau akim ada tak duniawi la plak kan.. wakakakak

Saturday, January 8, 2011

..

sekarang dapat rumah sewa baru.. rasa selesa sedikit berbanding yang dulu.. Ye larh ada privacy cikit.. Bukan nak banyak pong.. Nie nak pakai spender pong 20 orang boleh nampak.. sekarang alih-alih kawan sebilik jew.. Hahaha.. Sekarang jugak dapat kemudahan yang banyak.. Motor, kereta, bas.. Dah tak berbilang dah.. Syukur alhamdulillah.. Kalau sem lepas, nak g kelas kene siap awal-awal.. Kalau lambat tertinggal bas.. Sekarang kalau hujan naik TAN 980, kalau tak hujan naik motor ngan roomate..

Tapi tak selamanya indah kan.. TAN980 masih menerima takungan air hujan didalam.. Jenuh aku mencari kat mana bocor.. Eh korang tak tahu ke.. Bukan manusia je bocor tapi TAN980 aku pong bocor ok.. Hahaha.. Kalau panas baru lega cikit hati aku.. Kalu hujan gusar dan bimbang..

Oh, sekarang musim AJL.. Aku dah tak der mood mana dah mende2 macam nie sebabnyer tak dew sape2 aku nak sokong.. hahaha.. Kalau tahun lepas sanggop ponteng kelas dengan cik Pyka semata-mata pergi AJL.. Tahu ini aku tak dew pergi dan ambik port sedikit pong pasal AJL.. So, korang yang terlibat semoga berjaya yer.. Harap yang menang bukan lagi artis stesen tv semata-mata.. Aku masih mencari-cari zaman AJL yang dulu.. Jujur dan penuh dengan keadilan.. Kan kan kan?? Korang pong setuju kan..

Dalam bersenang lenang nie, aku jugak banyak hadapi masalah.. Masalah yang kecik-kecik tapi bila digabungkan besar dari had tubuh aku.. Sekarang masalah aku ialah perasaan Cemburu. Entah kenapa tak senang dengan hati ini.. Ada saje fikir yang bukan-bukan.. Kalau diikutkan aku bukanlah seorang yang mudah lemah dengan mende2 macam nie kan.. Tak pe la kita tengok 2-3 minggu lagi..

Satu lagi rahsia "Air Dicencang Tak Akan Putus".. Baru-baru ini takputus.. Then putus.. Pastuh sambung balik.. Sekarang makin laju.. Tapi kalau aku tegur kan semua air lain masuk.. Susah betol.. Harap sangat something ajaib berlaku.. Aku berada dalam kondisi menakutkan sekarang.. Pemikiran jugak bercelaru.. Aduhh.. Pedana menteri tak susah macam aku taw.. Hahaha..

So, apa pong aku kene lalui mende2 macam nie sekarang.. Doakan aku berjaya..

p/s: kelas renang malam lagi.. Sejukk!!!

Monday, January 3, 2011

Padah tak tahu menahu

hahaha..
Sekarang aku dah menulis pada tahun 2011.. pada kali ini kita mulakan dengan story yang aku paling tak suke.. dah awal2 tahun dah ada hal yang tak best.. macam mana lah nak jadikan tahun nie tahun terbaik..
So korang tgk la sendiri..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



amek.. nanti aku ceritakan selanjutnya..