Thursday, December 27, 2012

Datangnya Bulan

Terlintas disaat-saat aku tengok bulan diluar tadi.. Terus teringat nak menulis.. Assalamualaikum.. Hurm.. Lagi beberapa hari nak habis tahun 2012 yang penuh cabaran dan gembira.. Tapi aku mengakui tahun 2012 adalah tahun yang paling mencabar untuk aku tempuhi.. Terasa lama je tahun 2012.. Mungkin khayalan aku kot.. Sekarang aku ingat kita masih dipertengahan tahun 2012.. Oh 2012, kenapalah hidup kamu sangat sukar..

Kembai kepada bulan.. Bulan.. Kenapa setiap kali kita rindu, bulan yang menjadi kata-kata azimat.. Tidakkah kita sedar bulan itu adalah cahaya pinjaman daripada sang matahari yang penat lelah memancar pada siang hari.. Tapi satu kelebihan bulan, dia masih dapat dilihat pada waktu pagi walaupun matahari telah menunjukkan dirinya...
Rindu dan bulan.. Serius, aku pun suka tengok bulan.. Tak kira la bulan sabit ke, bulan penuh ker.. Datang bulan ke.. Bila tengok bulan, ia mampu buat aku tersenyum.. Macam sengih kambing pun ada.. Apa yang aku fikir agaknya?? Hahaha.. Berkhayal..

Oh ya.. Tadi masa main basketball, bukan main awal bulan keluar arini.. Bulan nak hampir penuh ni dilindung sikit-sikit oleh sang awan yang jeles dengan hubungan aku dengan bulan.. haahaha.. Selalu macam tuh.. Awan jugak la buat aku tak dapat main basketball petang-petang sebab hujan.. Tapi sekarang tak la.. Jangan tiba-tiba esok terus dia merapu.. Hahaha.. Awan pulak dah..

Fuh.. banyak betul kenangan 2012 nie.. Dari A sampai ke Z tak cukup nak aku ceritakan.. Memang penuh suka dan duka.. Dan bagi aku semua itu ada hikmahnya.. Tapi ada yang aku terpaksa ubah.. :'(

Aku terpaksa:

-Setiap petang aku lepas aku habis belajar, tidak akan diisi dengan sukan kegemaran aku, Basketball.. Sangat merindui!!

-Tiada lagi tenaga pengajar basketball yang tak pernah tahu penat lelah mengajar aku secara percuma.. Aku pun tak tahu nak balas jasa baik dia macam mana.. Sebab tuh selagi aku termampu tolong, aku tolong.. Tapi sampai sekarang aku masih ditakuk lama cara bermain.. Sampai dia sendiri dah fedup nak ajar aku.. Hahaha.. Sorry la.. Dan aku janji, segala ilmu yang ko ajar aku, aku akan terus ingat dan tertulis dalam diari buku aku.. Hahaha

-Tiada lagi Mummy.. huhuhu... Mummy yang jaga babby.. Walaupun mummy tiri tapi mummy seorang yang baik.. Menjaga baby dari kecil sampai besar.. Belai, bagi makan.. Semualah.. Terima kasih ya Mummy.. Sebab bila mummy suh kita amik babby sebagai haiwan peliharaan, banyak kita belajar mengenai kasih-sayang sesama makhluk.. Kadang-kala kita fedup jugak nak jaga dengan kenakalan babby.. Tapi, sebab mummy, kita buat jugak.. :'( Lepas ni tak tahu la babby nak ikut sape.. Kita belum bincang kan?? 


Inilah Akim yang ajar aku main basketball.. Seorang yang terror.. Eh tapi terror aku lagi.. Apa yang aku tengok, aku banyak ajar dia main basketball dari dia ajar aku.. Hahahaha... *berlagak* 


Ni la mummy kepada babby.. Nama dia zana.. Eh.. Betol ke ni.. Hahaha..  Asal banyak bulu macam monyet??


Hahaha.. Gurau saja.. Yang ni la namanya Zana.. Orangnya lawa.. Tapi kalo ko wat dia marah.. Dia selam ko dalam kolam.. hah.. Ko ader??


Korang nie banyak benar mengubah hidup aku.. Buat aku semakin hari semakin matang.. Eh jap.. Bukan yang lain tak ubah aku.. Tak sampai turn korang lagi untuk aku kutuk korang kat sini.. Sabar yer.. Kalau nak tahu bila anda akan terkena, sila la jenguk-jenguk selalu blog nie yer.. :')


Tuesday, December 25, 2012

Kecelaruan jiwa

Pernah tak diantara kalian sayang sesuatu/seseorang sehingga sanggup buat apa sahaja untuk mengambil perhatian dan memenuhi keinginan jiwa??

Tipu la kalau aku kata tak pernah.. Tapi aku tak tahu adakah benda yang aku sayang ini akan berkekalan atau memang tak akan pernah menjadi milik aku.. Kerana semua itu adalah mustahil.. Duu memang la aku tak berapa berkenan benda ini.. Tapi bila lama-lama, kenal dan saling berkongsi apa jua, menempuh pahit dan manis, tiba-tiba hati ini rasa lain.. Rasa tak mahu kehilangan.. Walhal suatu hari nanti aku dan benda itu pasti akan berpisah.. tidak hari ini, esok dan hari-hari yang akan datang..


Eeee..
Kenapalah aku kenal kau.. Susah benar rasanya.. Padahal bukan senang nak dekat ngan ko.. Ko pun bukan benda yang suka dekat ngan aku.. Tapi kenapa setiap kali aku tgk ko, aku rasa mcm degupan jantung aku lain.. Tapi tak bermakna aku jatuh cinta.. Mungkin perasaan sayang antara aku dan ko dah terjalin.. Tapi aku je la yang ada perasaan tuh.. Sebab tuh aku ini manusia..

Tapi..
Aku tak tahu macam mana suatu hari nanti, aku akan berjauhan dengan ko.. Aduhh.. Setiap hari kalau tak tgk pun dah rasa lain.. Inikan bila kita dah haluan masing-masing.. Ya Allah, seolah-olah aku tak sanggup semua ini.. Aku bukan lah hamba yang kuat untuk tempuh semua ini..

Hey..
Tolonglah jangan buat aku macam ini lagi.. Walaupun kadangkala ko marah, stress dan gembira, aku tetap nak tgk ko.. Walaupun aku tak dihiraukan pun takper la.. Ish.. Apa la perasaan aku ini.. Bercampur baur..

Dan..
Aku hanya nak kita berkawan selamanya walaupun hanya aku sorang sahaja yang bernyawa.. Aku tak mau kita akhiri semua ini dengan sia-sia.. Sebab, setiap gerak-geri ko mengajar aku menempuh kehidupan.. Dan pasti suatu hari nanti, AKU akan RINDU ko.. :'(

Entah kenapa fikiran aku celaru.. Menghabiskan waktu-waktu yang sedikit bersama ko!! 

:'( 

Dan aku harap, kalau ko ada perasaan rindu, pandanglah langit yang sama..


 Dan aku pasti, perpisahan kita adalah yang termanis

 *Lepas ini tiada lagi budak gila bayang dalam UiTM Perlis.. :'( 

Sunday, December 23, 2012

Bagaimana nak habiskan sesebuah cerita..

23/12/2012

Malam tadi macam biasa aku keluar dengan besty aku untuk bercerita tentang apa yang akan berlaku selepas kami semua habis belajar.. Bila dah bukak cerita, maka lama la kami dikedai makan tuh.. Samapai terbawa-bawa kisah silam.. Dan kisah-kisah lama ni bring me and us to more matured for the future..

Kehidupan aku ni mula-mula masuk Marine adalah keseorangan.. Tanpa teman mahupun kenalan.. Aku hanya berserah pada Allah untuk tentukan sahabat-sahabat aku disini.. Dan syukur Ahamdulillah, Allah itu maha kuasa.. Maka aku tidak tersilap memilih kawan.. Kadangkala, aku merasakan sesuatu yang aneh untuk berkongsi.. Untuk apa aku menceritakan jika semua ini masih belum habis.. Bagaimana aku nak habiskan..

Maksud aku, selepas bulan satu tahun hadapan, masing-masing akan meneruskan perjuangan bersendirian.. Tanpa sokongan teman-teman yang sedia ada.. Mungkin ada yang kembali kepada jalan dahulu.. Mungkin ada yang melangkah ke simpang lain.. Mungkin ada yang akan meneruskan perjalanan asal dan mungkin yang ada memilih untuk mencari kehidupan baru..

Hidup aku disini bagai sebuah drama yang saling tak tumpah mempunyai saat-saat membanggakan, sedih, ketawa, kelakar, annoying, menyampah dan tersisih.. Dan aku sebagai salah seorang watak yang ada dalam drama ini sepatutnya bersyukur tidak tersingkir awal untuk melangkah kebelakang.. Dan aku percaya sokongan kawan-kawanlah juga membuat aku jatuh dan bangun..

Sepanjang drama ini, bukan sahaja aku mempunyai satu watak.. Kadangkala aku jahat, baik, skema dan nakal.. Biasalah manusia, tak lari dari menjadi apa yang mereka nak.. Tetapi aku masih tidak melupakan kisah aku.. Masih berada dalam lingkungan yang benar..

Bukannya aku tidak pernah melalui semua ini.. Pernah la masa diploma dulu.. Tapi waktu itu kematangan masih tumpul.. Sekarang, bila dah ketawa bersama, menangis bersama (eh macam lagu plak),  ia membuat aku untuk terus bersama pelakon-pelakon dalam drama ini.. Walaupun kadangkala mereka tidak sekepala, mereka menyatakan hak masing-masing, mereka tidak matang, mereka terlebih matang dan macam-macam lagi, tapi itulah watak yang ada dalam drama ini..

Serius, satu keajaiban dan satu hikmah untuk aku menukar jalan dan berada pada jalan ini.. Tak mungkin aku dapat menimba semua ini jika aku tidak bertukar arah.. Kemungkinannya hanya Allah yang tahu..

Dan sini aku nak beri sedikit perasaan dan jiwa aku untuk kita berkongsi sepanjang hayat kita..

"Aku tidak pandai bersiul, untuk memikat sang burung-burung.. Malah aku tidak pandai menyanyi untuk menghiburkan sang Raja.. Tapi ada sekelumit dihati ini rasa kasih-sayang untuk dikongsi.. Kerna setiap kali lafaz kita yang membuat kita suka dan duka, itulah yang kita dapat lupakan.. "

"Aku tidak fasih berbicara untuk menjadi seorang pendeta.. Aku tidak fasih melukis untuk menjadi seorang seni.. Tapi ada sekelumit jiwa untuk menyajikan satu jalan kejayaan bersama kalian.. Kerna jika kita berada pada satu jalan, cerita kita masih ada untuk dikenang.."

"Dan aku tidak bijak untuk mengatur langkah.. Aku juga tidak bijak mencari sesuatu yang hilang.. Tapi dengan sedikit ruang dalam hati ini, IsnyaAllah cukup untuk aku menyimpan wajah-wajah kalian yang memberi aku siulan, nyanyian, bicara dan lukisan dalam hidup aku.."

(Israr M.,2012) 

Saturday, December 22, 2012

Back to School Night..

Assalamualaikum.. lama tak menaip.. Busy la katakan. Dengan FYP dan macam-macam benda. Bila ada cerita best barulah terasa nak menaip. Semalam, 21 Dec, persatuan yang aku pernah memegang jawatan majlis tertinggi dulu mengadakan satu majlis makan malam untuk meraikan pelajar tahun akhir (aku la tuh) dan anugerah dekan (aku jugak kot).. Biasalah, majlis macam nie diadakan setiap sem yang dihandled oleh pelajar dari semester tiga. Secara keturunannya. Jadi aku nak mark ponitkan lah sedikit corat-coret majlis ini dari awal hingga akhir.. Dan berbekalkan sedikit gambar untuik tatapan sendiri.. Hahaha..

Corat-coret Back to School Night

Idea yang menarik dari pelajar semester ini dengan tema Back to School. Mulanya aku rasa tema macam ni simple dan tak susah nak cari pakaian untuk dinner. Ternyata meleset sekali. Tapi tak apa. Ada jugak pakaian yang aku pakai. Macam biasa majlis start 8.30 malam tapi tahu-tahulah pelajar kan, tak solek, tak toyoh kuat-kuat kat muka tak sah.. aku just simplen and nice kata kau!!

Sampai didewan, mcm biasa la kena daftar. Tapi unik sikit, kami daftar bawah nama Form 6!! Bukan part 6!! Tua. Ko hader?? Hahaha.

Sebelum majlis bermula, kami ex-MT dapat msj yang semua lecturer tak dapat hadir.. so sad for us as last semester students.. ye la.. nak bergambar dengan lecturer.. tapi masa majlis nak bermula, penasihat persatuan, Mdm Rosnani datang untuk rasmi jer.. Dalam sejam je dia datang..

Ex-MT ni gila glamour sikit.. nak duduk meja VIP.. ahh.. ada aku kesah.. dah lecturer tak datang, kami hambek lah.. hahaha.. duk depan kau!! Tak disangka meja vip kami tuh cukup-cukup untuk kami yang akan mewakili part kami untuk buat persembahan.. Kihkihkih.. kena sangat la tuh..

Pembahagian hadiah untuk part 6 berjalan dengan ada yang tangan tak basuh, mulut tengah penuh (aku la tuh) dan macam-macam lagi.. ini sebab Mdm Nani nak balik awal.. anaknya, Qaseh kurang sihat..

Sampai la turn nak bagi hadiah untuk Anugerah dekan.. Nebes2!! Ye la.. Ko berusaha satu semester nak tunjuk kat family yang ko berjaya, mahu tak mahu dihargai.. Dah nama pun majlis anugerah dekan.. but something wrong somewhere.. Ada orang dapat dekat tapi tak ada nama naik kepentas (aku jugak la tuh). hah.. ko tak pelik?. Aku duk pikir, aku dekan tipu-tipu ke semester lepas.. troll apa yang sedang berlaku?? Aku macam rasa down and down.. sedih dowh.. kawan-kawan dah cam muka aku cam lain.. eh bukan aku sorang tau, ada la lagi.. Nak buat persembahan pun mcm dah spoil.. ibarat kaca terhempas dibatu, kaca tak pecah, penutup yang hilang..

Persembahan wajib dari new students as usual. Part 1 buat persembahan yang membuat kita semua berfikir panjang utuk mencari apa sebenar motif persembahan dorang. Something kreatif i tell u.. cos seni bukan sahaja buat orang gelak, tapi mematangkan kita. Dengan laungan 'gangguan' sebanyak 100 kali, persembahan dorang diakhiri dengan 'gangguan' yang diperli pengacara.. so kelakar..

Part 2 from diploma students. Persembahan nyanyian yang merdu dari 3 marinners ini ok ok je la.. sama cam kami part 2 dulu.. Dan what a surprise, marinners are very kreatif and inovatif..

Persembahan part 6 diiringi video yang aku sendiri tak tahu sebab we as dancers kena ready back of stage.. dengar dorang gelak, bala apa yang dipancarkan dihadapan.. and then, satu kekecewaan telah brlaku, how many time i told to the ajk multimedia the arrangement of our persembahan. Tetap salah.. nasib baik kami pandai cover.. persembahan kami nak kata meriah tak la sangat.. sebab sound system is very worst.. sangat mengecewakan..

Sound system, aku dah dapat kesan dari kami rehearsal lagi.. step kami berterabur sedikit sebab tak dengar bunyi rentak (padahal menari memang kenkang)!! Tapi kami tak salahkan organizers, kami salahkan uitm. Pergi la simpan semua peralatan yang hasil dari kami.. jangan bagi kami guna..cuma nasihat aku, organizers should be peka dengan environments..

Antara yang lain-lainnya adalah biasa seperti dinner semester lepas.. tapi, ada sesuatu yang nak kata surprise tak jugak.. malu pun ada.. mcam mengada-ngada pun ada. My name dipanggil terima hadiah dekan.. sorang plak tuh.. orang lain macam mana?? Bala apa yang menimpa aku nie.. bukan apa, i dont want anybody talk about me.. maybi dorang kata aku merayu sangat-sangat nak naik pentas.. but, seriously, i dont know what happens..

So, itulah point-point yang aku nak cerita.. walau apa pun, thanks to the martech for hargai kami.. thanks sangat-sangat.. just kena peka dan lebih berhati-hati dalam menguruskan satu majis bsar.. malam back to school i give u 6/10 for idea, 8/10 for the foods and 3/10 for technical and protocol.. berjaya la tuh kan.. hikhikhik.. yang penting makan sedap dan keyang..

Thursday, December 6, 2012

Semua impian bukan milik kita..

Salah satu faktor untuk manusia hidup adalah untuk memenuhi impian.. Tanpa impian mereka akan mati.. Begitulah kata-kata orang yang memberi seribu inspirasi kepada manusia lain..Sekali manusia dapat memenuhi impian, adalah satu mimpi menjadi kenyataan bagi diri mereka.. Tapi, kesukaran dan kesusahan yang mereka alami untuk mencapai yang mereka alami..

Berlainan pula bagi aku.. Aku bukanlah manusia yang penuh dengan impian.. Aku manusia mati yang hanya menunggu nasib apa yang menanti dihadapan.. Salah ke?? Tapi kalau nasib aku condong kearah yang tidak berjaya, nasib aku bukanlah seperti sekarang.. Bagi aku, setiap yang berlaku ada nasib dan tuah masing-masing.. Dan setiap langkah aku diiringi dengan doa dan berkat.. InsyaAllah..

Dan mereka masing-masing mencari keinginan masing-masing..

Wednesday, December 5, 2012

Dikatakan penting diri

Ah aku letih dengan hidup yang penuh pura-pura seperti sekarang.. kehidupan yang tidak penuh dengan kejujuran.. menyebabkan aku meluat.. Bayangkan situasi yang aku alami dianggap mementingkan diri.. Ya, setiap orang ada hak untuk mempertahankan diri sendiri.. Tapi relevenkah apa yang kita nak pertahankan??

Adakah ini penting diri?? (Contoh cerita)
Sesuatu kerja yang diberikan sebagai cagaran untuk mendapatkan sesuatu.. Sebagai contoh bila ada presentation daripada Lecturer..
Memang semuanya stress bila kerja diberi masa yang singkat.. Untuk mengadilkan semua orang, terpaksalah buat undian pada hari untuk presentation.. Tetapi dikencam.. Dikatakan penting diri..
Namun aku masih tersenyum.. mungkin budak-budak tak faham sangat apa yang dilakukan budak terencat akal nie.. Budak SKEMA katakan.. Budak skema kenalah present first.. kenalah buat dulu dalam masa singkat.. Tapi budak SKEMA ni tak pandai jugak.. bila ada exam dia tak score macam kawan-kawan lain.. mungkin dia dilahirkan bodoh.. takpe la.. mungkin jugak dia jujur kot.. sKEMA katakan..

Okla.. Bukan habis cerita setakat tuh je cerita nie.. Aku ngan kawan aku nie buatlah takot kumpulan kami naik untuk present esoknya.. Buat sampai pagi.. Tak tidor.. KENAPA??
Sebab aku dan kawan aku fikir kalau kawan-kawan lain tak siap tak der group nak present.. Nanti dimarahi lecturer.. Kami paksa diri kami buat jugak.. Sampai tekanan yang kami terima bukan saja dari luar, malah dalaman.. Tapi tekanan kami diiringi doa sebab kami buat ikhlas.. Bukan untuk menunjuk..

TAPI..
Bila sampai waktu presentation, ramai plak tak dtg takot kena present.. Lecturer pun macam suam-suam kuku.. kami nak present dia tak mahu sbab tak ramai yang datang.. secara matangnya aku dituduh PENTINGKAN DIRI..

So, terima kasih kawan.. aku sedar cara aku ni penting diri.. MULA hari ini aku akan tunjukkan yang aku 'tak penting diri'.. apa nak jadi lantaklah..

Satu lagi aku nak mintak maaf.. Manusia ada tahap kesabarannya.. Kalau kita tak dapat terima cabaran dimuka bumi ini, jangan harap nak hidup dengan fikirkan orang lain..

Nak tgk aku pentingkan diri?? Kita tengok..

Sunday, December 2, 2012

persoalan yang mungkin tiada jawapannya

02 Dec 2012

Soalan.. Sesuatu yang normal bagi kehidupan manusia.. tak kira la mereka gila atau tidak.. yang penting setiap kehidupan makhluk atas muka bumi ini memang mempunyai persoalan.. bezanya sukar atau senang, banyak atau sedikit..

Bagi aku pula, persoalan memang banyak dan kadangkala sukar difikirkan jawapannya.. sehingga aku tak sanggup mencari jawapan terpaksa aku menggunakan kepercyaan orang untuk menjawab soalan aku.. yang pasti aku sukar..

hurm.. satu soalan bukanya murah.. terpaksa membeli satu jiwa yang penuh dengan pengalaman.. soalan untuk dicari jawapan lagi la kan.. tiba-tiba sahaja soalan begini muncul.. lebih-lebih lagi bila tekanan dari belakang, depan, kiri, atas dan bawah.. Sehingga tak sanggup nak menghadapinya lagi.. tak sanggup..

hari ini, saat ini aku berfikir sejenak,
sebenarnya persoalan yang berada diminda adalah untuk menguji kesyukuran seseorang kepada penciptanya.. tak tahu la setakat mana kebenarannya..

Kenapa..
Kenapa kita perlu berdepan dengan benda yang kita tidak suka??
Kenapa setiap perjlanan hidup kita tiada cahaya sepanjangnya??
Kenapa tatkala kita nak berpegang pada seseorang, tapi hilang??
Kenapa kita perlu hadapi sorang-sorang??
Kenapa pencarian kita tak pernah selesai??
Kenapa kita yang dilahirkan??
Kenapa kita yang perlu merasakan tangisan??
Kenapa kita yang perlu merasakan kesakitan??
Kenapa kita wujud untuk memilih??
Kenapa kita tak dapat apa yang kita mahukan??
Kenapa kadang-kadang dunia kejam??
Kenapa kita juga yang perlu merasakan sepi??
Kenapa sukar mencari??
Kenapa kita perlu berharap??

Kenapa persoalan semua ini timbul??
Tiadakah bahagia yang mudah dalam hidup ini??

-masih tertanya-tanya-