Tuesday, September 17, 2013

Bukan milik kita..

Kelakarnya.. Dah lama tak tulis blog ni.. Maknanya dah lama tak mengalami perasaan sedih dan stress.. Akhirnya hari ini tewas dan kembali kepada yang asal..

Assalamualaikum..

Pernah tak dengan ketawa dalam menangis.. Itulah pengorbanan.. Nampak kecil kan.. Tapi ia sebenarnya satu perkara yang sangat terpuji.. Dulu aku berkata semua yang aku dapat pada hari ini adalah yang terbaik.. Dari segi hubungan, talian, persahabatan mahupun harta benda.. Hari ini aku menafikannya.. Walaupun aku yakin hal ini tak pernah dirasai oleh sesetengah manusia..

Banyak betul pengalaman yang pahit dan manis sehingga detik ini menjadi pengajaran dalam hidup aku.. Terutamnya dalam liku-liku persahabatan.. Dan aku sangat menyakini ini bukanlah suatu hal yang tampak mudah.. Masa kan tidak.. Tanpa pertalian darah apa-apa, masing-masing cuba untuk memahami diri masing-masing.. Kadangkala itu mengungkit.. Memang aku tak pernah ditemukan orang yang betul-betul ingin berjuang bersama aku?? Oh pasti itu salah satu sentuhan rasa kecewa..

Tapi bagi aku yang pasti semua itu telah diatur yang maha kuasa.. Malah anjing yang berkeliaran juga sudah ditakdirkan hidupnya.. Sebenarnya kita terlalu manja dengan angan-angan dan perasaan.. Disebabkan itu setiap yang kita buat terlalu taksub.. Kita pernah diberitahu bahawa betapa kita benci sesuatu itu pasti suatu hari nanti wajar kita jatuh cinta sesuatu itu..

Sesekali lihatlah kebelakang.. Walaupun dulu rezeki kita murah, tak mungkin hari ini rezeki itu bukan milik kita.. Redhakan sahaja..

Tapi hari ini fikiran aku begitu serabut.. Dari pagi hinggalah ke petang ditambah dengan masalah yang tak pernah berhenti nak berdepan dengan aku.. Apa salah aku?? Mungkin dulu aku tidak bersyukur, mungkin aku lupa yang gelak ketawa aku itu menyakiti hati insan orang lain.. Mungkin aku angkuh, sombong dan bongkak..

Mungkin aku perlu mencari diri aku yang lain.. :'(