Thursday, January 24, 2013

Ini baru permulaan

Salah satu sebab aku tak mahu mencipta sesuatu yang indah adalah bila tiba saatnya kita akan terpisah.. Ya Allah, aku tak mampu mengulangi sesuatu yang membuat aku duka sekali lagi.. Cukuplah sesuatu yang indah dicipta sesuatu yang dulu telah pergi.. Aku tak mampu.. Bukan aku sedih, tapi aku tak tahu macam mana nak menghadapi semua ini.. Sebab segala susah dan senang kami, kami bersama.. Ya Allah, peliharakanlah kami.. Kami redha..

Bermula..
Aku dah sedaya upaya menguatkan hati ini untuk menghadapi semua ini.. Aku tekad untuk mengendahkan sahaja hal2 yang memang akan berlaku ini.. Semalam, harinya telah tiba.. Dan itu adalah permulaan pertama.. Dan aku telah tewas.. Memang.. Aku tak mampu.. Aku tak boleh berbohong..
Semalam, terjadi lagi perkara yang membuat aku tak suka.. Aku tak suka sangat-sangat perasaan ini.. Permulaan untuk aku berpisah dengan kawan-kawan baik dah bermula.. Realitinya telah bermula.. Padahl baru permulaan, aku dah merasakan satu kelemahan.. Bagaimana hari Isnin, Selasa nanti??

Sebelum semalam, aku ingin ucapkan sejuta terima kasih kepada kawan baik aku.. Memang kita bukan berpisah dunia, tapi segala kenangan, suka dan gelak tawa tetap dalam ingatan ini.. Ko kuat layan karenah aku.. Aku lah orang yang paling cerewet.. Ko jugaklah gigih ajar aku main permainan yang memang tak layak untuk aku dengan badan aku yang kering tandus ini.. Bila aku fikir balik.. kenapalah ko sanggup ajar orang degil dan bangang macam aku.. Hahaha.. Tak tahulah.. Aku nak gelak ke aku nak menangis..

Dan semalam.. Aku dapat rasakan yang kita akan berjumpa lagi.. Halalkan segala makan, minum dan pelajaran yang ko bagi.. Terima kasih jugak aku ucap sebab memenuhi impian aku nak ikut ko g mancing.. Seriusly, walaupun aku marine aku tak suka memancing.. Dan terima kasih jugak untuk ilmu yang ko ajar aku untuk menjadi manusia yang lebih maju dan baik.. Dan aku harap juga kita akan berjumpa lagi lepas ni.. Walaupun perkenalan ko dan aku singkat, aku ingat lagi kepoyoan ko masa main basket.. Aku takkan lupa.. Tak akan.. :'(

Ahh.. aku benci perasaan ini.. Kenapalah sekejap sangat kita semua berjumpa kan.. Ini baru sorang.. aku tak tahulah macam mana nak hadapi ngan classmate aku, kawan-kawan aku yang lain lagi kat sini.. Apa pun, aku minta maaf atas keterlanjuran aku dalam menjalinkan persahabatan kita sepanjang dua tahun setengah ini.. Semoga kita terus dirahmati.. aminn..

Ya Allah, jika kesdihan ini penyembuh kerinduan, jadikanlah ini kesdihan teragung dalam hidup aku.. :'(

Friday, January 4, 2013

Cabaran dalam kesedihan

4 January 2013 

Permainan hati.. Kadangkala aku ingin tahu apa sebenarnya yang terkandung dalam hati ini.. Sebab setiap kali tak sedap mesti ada sesuatu yang nak berlaku.. Kebetulan mungkin kali.. Kali ini, aku menulis dalam keadaan injured.. Kaki aku terseliuh waktu bermain basketball.. Wahh.. Lama benar tak jatuh kaki terpeliuk.. Sakit teramat sangat.. So, untuk tenagkan kesakitan aku ini, biasalah aku terpaksa minum Ducth Lady High Calcium nie.. Walaupun ala-ala nak muntah tapi terpaksa.. Kalau tak.. lambat lah pulih.. 

Hari ini dari pagi cahaya matahari terus terang bumi Arau.. Alhamdulillah.. Dapatlah ummatNya menjalani kehidupan seperti biasa.. Bagi aku.. Terasa suram benar hari ini.. Tak tahu la kenapa.. Suram yang teramat.. Mood pun tak ok.. Dengan bahu dan peha terasa lagi sengal-sengal.. Semalam pukul 4 pagi baru dapat tidor.. Terasa serabai gila.. Ok back to writing..

Assalamualaikum..

Perjalanan sekeping hati tidak mudah.. Setiap keping hati berhak memilih jalan sendiri.. Jalan yang dipilih adalah penentu kepada masa depannya.. Setiap kali keputusan dibuat, setiap kali itulah risiko yang besar menanti.. Tapi sekeping hati ini bukanlah keseorangan.. Akal dan tubuh seiring dengan hati untuk mencapai apa yang diigini.. 

Setelah satu jalan telah dipilih sekeping hati itu, tak mungkin terus berjaya.. Kadangkala mereka perlu berpatah balik ketempat asal.. Bukan bererti pulang ketempat asal, hati itu telah gagal.. Tapi itulah permulaan bagi menempuh kejayaan.. Selangkah lagi..

Hari ini, aku rasa hati aku dah salah memilih jalan.. Salah dipersimpangan yang begitu jauh menyesatkan.. Sehinggakan tiada cahaya langsung untuk aku pandukan.. Hati aku kesal.. Aku perlu berpatah balik untuk mencari jalan kembali.. Mungkin ni dah takdir aku dan hati aku..

Hari ini juga, hati aku kosong gila.. Bukan sekadar kosong tanpa teman, tapi kosong dengan perasaan.. Setiap detik, saat dan waktu hati aku tak mampu untuk mengisi segala kekosongan yang bermain disitu.. Walaupun begitu, hati ini tetap ada satu perasaan dimana perasaan yang tidak boleh dilepaskan.. Iaitu prihatin.. Ya.. Prihatin..




Dan hari ini, aku telah berpatah balik.. Semoga aku terus berjaya!!  

Thursday, January 3, 2013

Tak mampu rasanya..

Orang kata, degree adalah satu tahap terakhir kita sebagai seorang pelajar.. betul ker?? Sebab lepas ni tak ada lagi kita sebagai seorang yang masuk kelas, dibimbing oleh seorang lecturer.. Bukan itu sahaja, waktu kita juga berubah.. Dan apa yang aku rasa, aku tak mampu..
Secara jujurnya, aku sebagai Mariners, kali ini ini rasa sungguh mencabar.. Tidak seperti diploma dulu.. Sebab, sejak aku Marine nie, makin banyak suka dan duka aku lalui bersama sahabat-sahabat.. Mana tak nyer, terjun ke kolam sama-sama, terjun laut sama-sama, buat kerja, buat program.. Dan aku tak mampu rasanya nak berdepan masa depan aku tanpa semua ini..
Dikala saat-saat terakhir sebagai student ni, aku nak gunakan masa ini sebagai emas.. Walaupun aku sorang saja yang rasa, mungkin aku dah pernah laluinya masa diploma.. Sehinggakan aku murung tidak tahu nak buat apa bila berpisah dengan sahabat..
Tapi bukan sahabat Marine sahaja, malah semua sahabat yang pernah buat aku senyum, murung dan marah.. Dengan perangai masing-masing.. Bila teringat buat aku tersenyum.. Kadangkala buat aku menyampah.. Tapi aku ambil iktibar semua tu.. Dan, aku telah bangun pagi-pagi buta sebab aku mimpi sesuatu yang indah tapi menyedihkan.. Aku bermimpi PERPISAHAN TERMANIS!! Dan aku rasa tak mampu..

Bila mata tertutup..

Saat celiknya mata,
Kita lupa,
Kita alpa,
Menari atas keseronokan,
Dan tak mencari..

Dikala mata terbuka,
Kita masih leka,
Kita masih berangan,
Kita masih berlari menuju jalan yang sama..

Saat waktu tertutup,
Kita sedar,
Kita belum meraih bintang,
Kita belum menjejak bulan,
Kita belum mampu melindung mentari..

Dan waktu mata tertutup,
Tangan bergerak kaku,
Mulut bisu berbicara,
Telinga tuli mendengar,
Hati buta melulu..

Disaat ini,
Bintang didepan tak bercahaya,
Bulan sejengkal tak dipijak,
Dan,
Kecil matahari hanya mampu dilihat...

(Israr M., 2013)