Friday, January 4, 2013

Cabaran dalam kesedihan

4 January 2013 

Permainan hati.. Kadangkala aku ingin tahu apa sebenarnya yang terkandung dalam hati ini.. Sebab setiap kali tak sedap mesti ada sesuatu yang nak berlaku.. Kebetulan mungkin kali.. Kali ini, aku menulis dalam keadaan injured.. Kaki aku terseliuh waktu bermain basketball.. Wahh.. Lama benar tak jatuh kaki terpeliuk.. Sakit teramat sangat.. So, untuk tenagkan kesakitan aku ini, biasalah aku terpaksa minum Ducth Lady High Calcium nie.. Walaupun ala-ala nak muntah tapi terpaksa.. Kalau tak.. lambat lah pulih.. 

Hari ini dari pagi cahaya matahari terus terang bumi Arau.. Alhamdulillah.. Dapatlah ummatNya menjalani kehidupan seperti biasa.. Bagi aku.. Terasa suram benar hari ini.. Tak tahu la kenapa.. Suram yang teramat.. Mood pun tak ok.. Dengan bahu dan peha terasa lagi sengal-sengal.. Semalam pukul 4 pagi baru dapat tidor.. Terasa serabai gila.. Ok back to writing..

Assalamualaikum..

Perjalanan sekeping hati tidak mudah.. Setiap keping hati berhak memilih jalan sendiri.. Jalan yang dipilih adalah penentu kepada masa depannya.. Setiap kali keputusan dibuat, setiap kali itulah risiko yang besar menanti.. Tapi sekeping hati ini bukanlah keseorangan.. Akal dan tubuh seiring dengan hati untuk mencapai apa yang diigini.. 

Setelah satu jalan telah dipilih sekeping hati itu, tak mungkin terus berjaya.. Kadangkala mereka perlu berpatah balik ketempat asal.. Bukan bererti pulang ketempat asal, hati itu telah gagal.. Tapi itulah permulaan bagi menempuh kejayaan.. Selangkah lagi..

Hari ini, aku rasa hati aku dah salah memilih jalan.. Salah dipersimpangan yang begitu jauh menyesatkan.. Sehinggakan tiada cahaya langsung untuk aku pandukan.. Hati aku kesal.. Aku perlu berpatah balik untuk mencari jalan kembali.. Mungkin ni dah takdir aku dan hati aku..

Hari ini juga, hati aku kosong gila.. Bukan sekadar kosong tanpa teman, tapi kosong dengan perasaan.. Setiap detik, saat dan waktu hati aku tak mampu untuk mengisi segala kekosongan yang bermain disitu.. Walaupun begitu, hati ini tetap ada satu perasaan dimana perasaan yang tidak boleh dilepaskan.. Iaitu prihatin.. Ya.. Prihatin..




Dan hari ini, aku telah berpatah balik.. Semoga aku terus berjaya!!  

1 comment:

Irwan said...

Still mc lagi ker??
Atau dah ok terseliuh tu??