Friday, February 15, 2013

Officially Graduated Bachelor

15/2/2013

Hari yang ditunggu semua student semester akhir bagi program Bachelor.. Dan tarikh ini termasuk dalam list aku untuk aku tunggu kerana menentukan yang aku akan mara atau kekal atau perlu berundur..

Alhamdulillah.. Dalam masa yang ditetapkan aku bisa meghabiskan pembelajaran aku.. Dan sekarang aku siswazah bertitle Bachelor.. Takpe la.. Bachelor je pun.. Bachelor adalah target aku yang paling tinggi la.. Habis target aku nak sampai bachelor je pun.. Jadi satu impian telah termakbul dah.. So, aku kena bangga la..

Biasa la.. Uitm akan antar result melalui email.. Aku tak der la tertunggu sangat mengadap laptop.. Sebab email masuk akan berbunyi kat aku yer tablet.. So, tak perlu bimbang la.. Siap boleh tidor lagi.. Maklumlah, letih..

Then aku dah dengar bunyi email.. Ini bukan mimpi.. Tapi realiti.. Bukak tab tgk ada email dari uitm.. Dengan mata kabur-kabur aku bukak.. TADAAAA..




Takder yang lain aku panjatkan adalah Alhamdulillah.. Walaupun tak mencapai target aku untuk mendapat 1st class, aku tetap bersyukur sebab aku percaya usaha aku bukan sia-sia.. Adalah dosa yang aku pernah lakukan menyebabkan nikmat aku ditarik.. Tapi aku percaya itu semua takdir dan percaturan dari yang maha Esa..

Dan semestinya aku ingin ucapkan JUTAAN, RIBUAN, BILLION, MILLION dan tak terhingga Terima KASIH kepada:


1) My super duper SV (Mdm Aziani Ahmad)
Terima ksih mdm.. Selama ini mdm banyak membantu bukan dalam my project but anything.. Dan setiap kali saya jumpa mdm nak bincang sesuatu saya rasa selesa.. Sebab tuh segala benda saya cerita kat mdm.. Mendapatkan idea-idea yang bernas dari mdm.. Terima kasih jugak kerana sabar dalam mengajar dan mendidik student yang slow macam saya.. Dan saya cuba yang terbaik untuk masa depan saya.. Dan semoga mdm melahirkan baby yang comel.. :)

2) Lecturer
Sejuta penghargaan kepada semua lecturer yang pernah mengajar saya baik dari kos marine atau bukan.. Semua lecturer marine terbaik.. Ingat lagi masa saya menjadi jemputan untuk audit kos kita, saya pernah cakap kat juruaudit yang lecturer marine adaah yang TERBAIK.. Bukan setakat menjadi lecturer, malah menjadi orang terpenting untuk kami berjaya dimasa hadapan.. Yes we are BIG FAMILY..
Kepada lecturer bukan marine yang paling saya ingat ialah Miss Sharida yang mengajar finance.. Saya nak ucap jutaan terima ksih kerana mengajar satu subjek yang bukan marine paling saya minat.. Hehehe.. Dan lecturer marketing Dr. Sarina yang juga BONDA kepada kami 10 orang masa part 2..

3) Family
Ofcourse family.. They are always give me inspirational and strongest to make sure I can stand without them.. Dan mereka jugalah memberi sokongan moral dan harta benda.. Susah nak gambarkan kebesaran dorang.. I love them so much.. Ini adalah hadiah buat ma, abah dan adik-beradik lain.. dan InsyaAllah lagi 2 tahun, satu lagi hadiah besar untuk kalian.. Aminn..

4) Kawan-kawan
 Classmate, roommate and playmate.. Korang memang the best.. Selalu menjadi television aku untuk terus berjaya.. Dan terima kasih aku kepada semua teman-teman seperjuangan yang membantu aku dalam susah dan membantu aku dalam kelemasan.. Aku sayang korang..
Dan selamat maju jaya

5) Insan istimewa
Chewaah.. ADA KER????

Dan last but not least, tentunya kepada maha Pencipta.. Yang memberi aku kekuatan utnuk menempuh semua ini.. Jahilnya diri ini tetap jua dibantu.. Doa yang diminta sentiasa dimakbulkan.. Sepatutnya aku patut merasa malu dengan semua ini.. Tapi aku percaya, hikmah yang Dia berikan kepada aku penuh rahmat dan kejayaan..

Dan sekarang, masa depan aku adalah........



*Buat hardcover dan daftarkan diri dalam Master di UMT.. Belajar dinegeri sendiri la pulak...............*