Monday, July 20, 2009

Dibawah Satu Nama Afiq Hakim Ahmad (Studio Cafe 2)

Oleh kerana aku teus dihantiu oleh pertanyaan "tiba-tiba" dan tiba- tiba aku ada moody nak sambung lebih awal. Maafkan aku kalau aku membuatkan korang semua exited (ada kew).. Berhalusinasi sendiri.
Oh sebelum itu ingin aku menyatakan yang UiTM Penang telah disyaki berjangkit penyaki Ifluenza A H1N1. Doakan keselamatan kami disini. 90 orang telah diasingkan atau dikuarantinkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Doa kalian harapan kami. Amin.

Sambungan::
Tiba -tiba..
Satu kereta yang agak laju dengan tanpa segan silunya menyekat kami (aku dengan Juan). Alamk apakah ini. Kebetulan ada park yang kosong disitu. Terus kereta itu meletakkan kenderaan beliau. Suspen nie..
Keluarlah dua manusia yang satunya aku agak kenal dan yang satunya lagi aku tidak sesekali mengenalinya.
Rupa - rupanya Bob Af dengan manager dia. Kawan kepada Juan. Hahahhahaa.. Kasi suspen betul lah.
Dalam keadaan aku yang tidak selesa diajaknya sekali lagi ke studio cafe. Ajakan ditolak tetapi untuk menjaga perasaan mereka kami akur. Wah akur nie. Akur bermakna dengan rela hati. Aku sudah tidak berminat untuk join. Aku hanya lepak di kawasan tangga sambil bermain masej dengan diriku sendiri.

Dalam keadaan aku macam ini aku mendapat idea untuk menghilangkan boring aku. aku pun melayan perasaan yang indah dizoo tadi bersama Ecah. Maksud aku bermain mesej. Hilang jugaklah boring aku itu.
Lebih kurang sejam kemudia Juan dan aku pun kali ini betul - betul inin pulang. Tak dew lagi halangan. Letih. Penat. Semua bercampur jadi satu. Kami sampai umah lebih kurang pukul 1130 malam. Kemana lagi aku kalau tak ketandas masa itu. hahhahhaaha

Tenang jew malam itu aku tidur. Sambil tersenyum. Tapi aku memikirkan 'kawan' aku itu. Hidupkah lagi dia. Aku try antar mesej. Dah tidur rupanya. Letih sangat kew.??

Iklan jap............................................

Selamat pagi.
Agak awal aku bangun. Jam 800. Motip bangun ialah nak pergi ke program seterusnya. Program apa yer? Dengar kata rakaman Ac disini bersama Akim. Aku pun tak tahu. Keluar bilik aku tengok Juan masih membutakan matanya. Kompem tidur lewat layan Zoonya itu. Biarlah. Maybe dia dah biasa.

Terfikir aku bila nak balik Terengganu nie. Susah betul nak buat keputusan. Tetiba Juan bangun.
"Apa rancangan hari ini??"
"Program Ac Disini tu cancel.." Tambah lagi.

"ooo"

Terus aku menaip masej memberitahu kepada Songo. Songo kata tak pew larh. Kita just lepak - lepak lah.
Pada hari itu Juan pergi ke Genting manakala aku pergi jalan - jalan bersama........................


Sunday, July 19, 2009

Dibawah Satu Nama Afiq Hakim Ahmad (Studio Cafe 1)

Uh.. Dalam keboringan yang teramat ini. Aku mengambil peluang aku untuk menulis kisah aku seterusnya. Oh ya. Lupa pula. Untuk pengetahuan semua, blog aku sepatutnya sedikit tidak mencampuri urusan politik negara. Tidak sama sekali. Itu sahaja. Salah kalau memberi pendapat?

Studio Cafe
Jadi jom ambil moody untuk masuk kedunia silam. 1 2 3

Setelah penat satu hari di zoo, aku macam biasa larh dalam kereta aku diam jew. Kalau ada topik baru aku bercakap. Nak bongkarkan rahsia. Aku nie kalau duk dalam kereta suka menyayi lagu yang ada dalam radio. Al maklumlah kereta orang, kalau kereta ayah aku sudah lama meletup suara aku tuh. Tahan aje. Sopan katakan.
Nak pergi mana pula ini. Aku bertanya jew. Tak tanya Juan yang sedang memandu tuh. Tanya hati aku. Aku tak kisah lah. Yang penting kat situ ada.... Hahahhahaha rahsia
Aku merenung. Wah aku merasakan diri aku dengan 'kawan' aku itu jauh sudah. Padahal baru sahaja berjumpa. Aku berasa kesal kerana tidak mengambil peluang bercakap lebih panjang denganya. Sumpah tiada perasaan malu. Tetiba mulut Juan terbuka. Hahahahaha.. Bertanyakan aku soalan seakan - akan AddMath susahnya.
"Ko rasa program nie ok tak??'
Aku terdiam. Nak cari idea jap. Dah la baru lepas melalui kenangan indah itu dia plak tanya pasal kenangan itu.
"Ok larh, ibu ngan ayah pun ok gler.."
"Janji semua happy"

Lebih kurang larh.
Dalam keadaan aku macam tuh tetiba plak tanya pasal dak Akim.
"Aku memang tak berapa campur tadi ngan Akim sebab nak bagi peluang kat orang lain bergambar"
Dalam hati kecewa gila. Kamera tertinggal.
Tapi betul lah aku sebenarnya cuma nak bagi sokongan kat Akim dan hendak berjumpa 'kawan' aku sahaja.
"Tapi ko kan baru pertama kali jumpa Akim??"
"A ah"
Aku rasa kata - kata Juan itu betul.
Termenung....

Eh bila lagi nak cter pasal studio cafe nie.. Kawasan zoo tak habis lagi ke.
Melihat satu Cafe yang agak mewah melalui didepanya. Ramai. Oh maybe inilah yang dikatakan Juan Nita dan Zahid. Alamak. Takkan acara makan - makan lagi. Aku sebenarnya nak ke tandas. Segan plak. Apa lah.
Jauh juga kami park kereta kancil Juan. Kerana jauh terpaksa kami berjalan. Ops yang penting kami datang sebagai peminat no 1 Akim. Pakai baju GAFIM tuh. Hahahhaha.. Macam kembar lain tarikh lahirnya. Ops..

Ya Ampun ramainya. Bising dengan muzik. Dah biasa bising macam tuh. Masuk ikut Juan jew. Lat dalam macam kenal. Hahahhaha. Rupa - rupanya Farish dan Fazli Zainal ada kat dalam. Ok lah. Dapat jumpa gak kan. Salam. Dapat gak berkenalan. Wah gitu.

"Jom"
Kata Juan pendek. aku sebenarnya mencari lambang atau logo kecemasan atau tandas. Tak jumpa. Bantai je la. Tahan je. InsyaAllah tahan. Aku ambil pencuci mulut jew. Tak larat nak makan. Ramainya samapi aku dengan Juan terpaksa duduk di tembok bersebelahan tangga. Tak kisah lah asalkan dapat duduk.
Sambil makan aku melihat ramai juga artis yang datang. Nita dan Zahid ditemuramah oleh krew Melodi dan Astro Awani. Aku cuma pemerhati. aku juga memerhati Farish yang sedang sembang dengan Juan masalah bintang baru. Harap - harap faham.

Siap ditemuramah Nita menegur Juan. Yang penting dia tegur aku juga dah makan ke belum??
Wakakkaka.. Tak bermotip.. Dah aku kata. Pendek. Yang aku cari hanyalah tandas.
Dalam jam 815 malam kami nak benrangkat pulang. Alhamdulillah. Kata aku dalam hati. Berjalan ke tempat parking...
Tiba - tiba................


Saturday, July 18, 2009

Titipan Dunia

Sebelum aku memulakan titipan aku ini, ingin aku meminta maaf jika ada yang terasa atas ayat aku yang bakal tiba nanti. Anggaplah ini hanya satu pohon tunjahan aku untuk mengutarakan suara dan hak aku sebagai hamba dibumi ini. Aku bersyukur lahir dibumi Malaysia.

Indah nama Malaysia seindah buminya yang dipenuhi makhluk. Seperti manusia lain, aku mempunyai hak sendiri untuk mencuba sesuatu yang jarang aku lakukan. Kita manusia memang tidak dapat lari dari situasi nafsu dan kata hati yang agak meruncingkan. Maafkan aku kerana agak boring topik aku utarakan pada kali ini.

Indah. Banyak pepohon yang aku dapat lihat dihiasi dengan ketulan-ketulan hijau dan merah. Memang indah. Dalam keindahan itu terselit juga ketulan coklat yang agak kusam menanti untuk mencium bumi. Apa yang aku maksudkan ialah pepohonan rambutan yang menemani aku sepanjang perjalanan ke Kampung Tembak Kedah. Memang lazat nampaknya. Aku cuba membayangkan apa yang akan aku lakukan jika aku pohon tersebut.

Kolotnya politik
Oh maafkan aku. Aku sungguh kecewa dengan sikap sesetengah penggemar politik. Masing - masing mengutuk untuk menegakkan hak masing - masing. Betulkah ini. Aku sejujurnya mengakui bahawa aku penyokong pemerintah sekarang kerana belum masih ada tandingan yang dapat menggantikan tempat parti ini sekarang. aku menyambung semula luahan aku. Aku maksudkan kolot adalah cakap tak serupa bikin. Akulah penyokong Islam. Akulah yang dapat memerintah melalui Islam. Kita hendaklah bersama maju dengan Islam. Islam setiap perkataaanya. Bagus. Adakalanya aku rasa nama Islam itu sendiri tergadai. Sekarang dengan kata semangat yang baru Islam For All. Astarfirullah. Terpampang gambar semua wakil adun negeri Kedah yang mewakili parti 'Islam' tersebut. Mahu juga aku bertanya kepada sang penghuni. Adakah dengan meletak gambar berkopiah putih itu memberkati rumah yang sang penghuni duduki?
Bingung aku.
Sambil menghirup teh yang dibuat, akhbar sang pembangkang dibaca sang penghuni lalu dikutuknya Parti yang dibencinya. Adilkah kita apabila membaca sebelah pihak sahaja?? Aku sabar. Aku hanya terdiam. Dikatanya bermacam - macam. Islam yang mengajar kita mengutuk sesama ummat? Aku akui semuanya ada kelemahan. Jadi hendaklah kita mencari dan meneroka kelemahan kita dahulu. Jadi setiap yang kita lakukan hendaklah serupa dengan bikin. Kerana kita ini tidak sesempurna yang kita rasakan.
Seperti yang aku bilang, orang yang hendak menjatuhkan musuhnya hendaklah berbaik dengan musuhnya. Jadi tidak mungkin suatu hari nanti musuhnya yang hampir jatuh akan bangkit lalu menjatuhkan dirinya sendiri.

Pengemis Pasar Malam
Letih seharian aku dikebun. Dapatlah juga hasilnya. Terima kasih aku ucapkan kepada tuan kebun berkenaan. Lapar membuatkan aku berfikir untuk mengharungi banjiran manusia di pasar malam Pauh Indah ini. Dengan pakaian Gafim@zoo aku menuruni setiap anak tangga. Dekat saja. Aduh ramai manusia. Macam haiwan mencari makan untuk dimakan. Ada yang berambut pendek dan sebaliknya. Ada yang terpampang muka ditepi - tepi jalan merenung setiap orang yang melalui kawasan itu. Membilang manusia agaknya. Tiada kerja. Mataku terfokus pada seorang laki-laki tua yang duduk ditengah jalan. Apa yang dia lakukan. Membeli? Menjual? Dijual?
Dengan tadahan bakul kecil berwarna biru. Baju yang usang. Terlihat pula seorang kakak menghulurkan sekeping wang biru berangka satu kepadanya. Aku tahu siapa dia. Anda juga tahu kan. Pelik. Buta. Tak bermaya. Pengemis oh pengemis. Anda mampu berjalan sejauh mungkin ke pasar malam. Anda mampu mengambil port yang terbaik ditengah garisan putih. Anda mampu menyimpan tongkat yang digunakan jauh dari pandangan orang. Anda mampu memakai kopiah putih dengan sempurna. Tidak mampukah anda untuk mencari pekerjaan yang lebih baik dari mengemis simpati orang yang lalu disitu?
Aku menghairankan diri aku.

Dunia yang sukar difahami
Dalam tempoh 24 jam aku sudah dapat meneroka dunia hari ini. Dunia semakin sukar difahami. Dunia kita. Apabila satu pergolakkan berlaku, masyarakat selalu menyalah anggapkan sesuatu hal itu. Masyarakat yang paranormal. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Apa bezanya? Apa keistimewaannya masing - masing?
Kembali kepada Kampung Tembak yang mempunyai bulan mengambang setiap hari siang dan malam. Aku terlihat pada dinding suraunya. Diceramahnya bahasa Malaysia akan MUSNAH jika bahasa Inggeris terlalu banyak digunakan. Apa yang menghairankan aku papan tanda yang menunjukkan hari dalam seminggu berejaan Sun Mon Tues Wed Thurs Fry Sat.. Bahasa Melayukah itu. Didalam surau berceramah mengutuk bahasa Inggeris tetapi diluar pening. Cakap tak serupa bikin kata aku lagi. Tergelak aku sorang - sorang.
Memang sukar difahami.


Sebetulya aku hendak menyambung "Studia Cafe" tetapi aku merasakan satu perasaan yang selalu ada pada orang selemah aku. Letih.

Thursday, July 16, 2009

Dibawah Satu Nama Afiq Hakim Ahmad (Gambar@zoo)

Banyak betul gambar.. Nie jw yang melekat kat sini. ThankS a lot 4 penaja peribadi. Hwahwahwa... Gambar kurang berkualiti tetapi mempunyai seribu satu makna. Sekeping gambar membawa sejuta kenangan terindah...

Chatters kat Akim fan. Kami akan sentiasa bersama walau apa jua keadaan. Fren forever.
*termasuk :: minat,mashie,allol,put,isha,sis,mama,az dan semua yang tak dapt ku tulis
bersama ibu tersayang.. Ibu Akim

i'm yours kalau tak silap..


Cabutan yang agak bertuah kerana Akim sendiri yang cabut no. tuh. Thanks to Juan pilih no 135



Baling selipar

meloncat tinggi abg tuh.. Tak sedar ke terkoyak tuh.. Apa-apa pon dapat naib johan ok larh.
berbaloi-baloi..

Baru datang..


Nak mulakan majlis.. nampak tak ai sebelah dak ecah tuh.


Potong kek mengunakan gergaji tebang pokok adalah hobi budak nie


Hentikan gaya anda bergambar dengan menjelirkan lidah.. Gurau jew

Peminat-peminat dak Akim

Merindukanmu daripada Akim


Feeling semuanya.. Fokus

Nak mulakan acara membaling dadu


merah..undur ko ke belakang

Faktor kemengan adalah Songorilaz.. hahhaha..
Kawan aku kat sana..
Kerana terlalu banyak.. Aku hanya memilih yang terbaik sahaja. Lagipun masa tak mengizinkan..
Nantikan sambungan Diari Hidupku kat Studio Cafe..
Hehhehehhehehhe
Peace no War
















Tuesday, July 14, 2009

Sambungan (V) *not new episode*

Samapi petang aku lepak kat Zoo.. Bukan aku je lah. Bersama Esah n the Geng. Macam - macam ragam manusia. Aku tiba - tiba menjadi pemerhati Politik. Oh.

Petang.
Suasana semakin sunyi bila Akim nak berundurkan dirinya. Sedih. Rasa hari-hari itu tidak akan berulang lagi. Aku rasa cukup bertuah. Oh 'kawan'ku. Mana engkau yer. Aku menunggu.

"Mark,aku balik dulu"
Ayat last budak Akim cakap. Aku rasa lah. Dari jauh jew. Yang agak kecewa aku masa itu aku tidak pergi bersalam dengan dia. Adakah aku sombong??
Bukan dowh!!
huhuhuhu
Aku cuma tengok peminat yang asyik pusing sekeliling. Mana sempat nak celah. Hampa. Tak apa.

*keluar cerita kejap untuk buka telefon*

^Sorry tak dapat salam ngan ko tadi^
^k t.q mark.. Dtng jgk ko... Besh ark layan juan??

motip ko tanya tuh?
Motip aku nak tunjukkan yang masej ini adalah untuk Juan.. So kalau Juan baca ini tanya lah aku apa yang aku jawabkan..

Mesyuarat ahli - ahli parlimen Gafimmers bermula. Aku duduk termenung. tebayang peristiwa-peristiwa yang berlaku tadi. Satu hari bagaikan satu impian aku termakbul. Bukan impian aku sahaja. Impian semua yang ada disitu.

Titisan.
Bukan air mata ok. Aku tidak menangis. titisan renyai-renyai saki baki hujan masih ada. Nyaman. dengan bunyian burung..

Aku berfikir. 'Kawan' aku nie cuma bermain jew. Tidak ada aura persahabatan pun. agak sedih.
Tapi aku yakin apabila 'kawan'ku cakap kita akan jumpa lagi nanti.
Dengan doa dan harapan aku menyokong kata-kata 'kawan'ku itu. Amin..

Sebelum aku pulang bersama Juan..
Kami sempat pusing Zoo dengan menaiki kereta bertayar banyak. Rm 3.00 seorang. Train terakhir. Pusing...........

Ada lagi belum habis cerita aku.
Kemana aku selepas ini?
Studio Cafe?
Apa itu?
Tertanya......................................

Dibawah Satu Nama Afiq Hakim Ahmad (V)

Letih.. Itu lah perkataan yang selalu bermain dibibir aku sejak balik ke Pulau Pinang nie. Bertambah letih apabila Broadband yang aku gunakan selama ini terkena jangkitan Selsema Vavi. Sopan benar ayat aku pada kali ini. Banyak yang berlaku pada hari kali ini. Negatif. Positif. Lagi bertambah Ponetif. Ayat baru aku. Oh untuk pengetahua kawan - kawan yang disukai dan kawan- kawan yang membenci, aku akan berangkat ke Sungai Siput Perak pada Jumaat ini. Balik ke Pulau Mutiara ini Ahad itu. So, kalau broadband aku dapat digunakan aku akan online diasan. Oh tidak cukup masa untuk aku berbicaa lama-lama. Ada dua kesan aku berada di Pulau ini. Sangat menakutkan dan mendebarka. Pertama apabila kaki aku berdarah tidak henti kerana terlanggar meja. Ada masalah sedikit pada hari tersebut. Alhamdulillah dah ok semuanya. Thanks jiranku. Kedua apabila telingaku tetiba berdarah tanpa disedari. Begitu menyeramkan apabila berfikir tentang pendarahan dalaman. Mati? tidak aku masih hidup. Kerana cuaca yang tidak menentu dan tubuhku yang keding ini tidak mencukupi air maka terjadilah perkara yang tidak disangka-sangaka. Berbalik pada cerita yang aku karangkan ini. Sebenarnya aku tak tujukan kepada sesiapa cerita ini. So kepada yang terasa maafkan aku kerana inilah perkara yang sebenar berlaku pada aku senpanjang aku berada di Kuala Lumpur. Terutama sekali kepada Afiq Akim. Aku guna namamu bukan untuk meraih populariti. Aku gunakan kerana perkara betul aku pergi ke perjumpaan masyarakat anda. Maafkan aku. Kalau tuan punya badan tak suka mesej aku yer. Aku tak kisah.. Lagipun boleh tukar ini tajuk. Maafkan aku sekali lagi..

Panjang betul mukadimah aku kali ini. Sampai lupa segala cerita yang aku hendak karangkan. Kembali kepada masa lampau....................................................."tandas"

Sambungan::
Tandas yer.
Oh.. Betulah..Aku meneliti tandas yang agak ok jugaklah..
Apa rahsia tandas tu erk.. Membelek telefon yang tiada panggilan or mesej. Menaip mesej tetapi tidak juga dipostkan. Tandas oh tandas. Apa aku buat kat dalam nie. Aku keluar.
'Kawanku masih belum tiba'
Permainan kedua dimulakan. Aku tidak mengambil bahagian. Dah letih. Aku hanya mendermakan tali kasut aku agar kumpulan kami menang acara ini. Aku ditepi.

Oit Akim lah.
Jerit kawan aku. Hahahah..
Tetiba macam semua berpaling.
Berbaju biru gambar mukanya sendiri. Betul larh tu budak aAkim. bersama ibu bapanya.
Ada aku kesah masa itu?
Aku just duk tepi tak ambil apa-apa tindakan kerana bagi aku biasa saja. Sejujurnya memang nak jumpa Akim tuh tapi biarlah dulu. Kasut ku tanpa tali rupanya. Hahahahha..

Terloncat-loncat Akim datang kepada peminatnya. Turut mengambil bahagian dalam aktiviti itu. Almaklumlah peminat ramai. Ada macam-macam ragam. Tersenyum aku. Dalam hatiku untungnya dapat jadi budak ini. Aku tak lah nak jadi macam dia tapi cara dia menghargai peminat dia agak berlainan dengan artis lain. 100 markah kerana memberi pujian. Gurau.

Ops..
Yang penting.
Aku dapat juga bersalaman dengan ibu dan ayah akim. Kebetulan melalui depan aku. Aku tidak dapat bergerak kerana kasutku tiada bertali. Hahahah.. Tak apa. Semua sibuk dengan hal masing-masing. Aku??

Dush..
Berhenti mengelamun. Sambung cerita.

Biar betik??
Aku mengerutkan dahi. Jahatnya aku. Wah rasa macam orang terbesar pula kan bila Akim yang datang jumpa aku. Bukan aku yang jumpa aku. Memang jahat betul aku nie. Hahhahaha.. Ops.. Lupa aku sedang mengikat tali kasut. Patutlah. Pertama kali bersalam biasa jew. Macam dah lama kenal. Maybe kami dah selalu bersembang melalui RuangSaya. Sebab itu macam rasa terbiasa.

Acara-acara lain diteruskan. Aku cuma pandang dari jauh. Nak ambil gambar tak dapat. kamera aku tertinggal. Tak pe lah. Mungkin tak dew rezeki lagi. As long as aku sokong Akim, insyaAllah kami akan jumpa lagi.

Lupa kali ke berapa entah..
Kejutan kedua.
Siapa sangka Akim makan tengahari didalam group kami. Not Porny group. Tapi chatters group. hahhahah.. Apa-apa pun masa itu adalah masa terindah semua perempuan kerana dapat menatap Akim secara lebih dekat. Lapar pula ingat masa itu.. Sempat..

Ayah dan ibu.
Merindukanmu.
Bencinta.

Tetiba terharu mendengar lagu Ayah dan Ibu melihat ibu menitiskan air mata atas kejayaan anaknya. Tiba-tiba aku nak ketandas balik. Ops rahsia tandas ku..

Lupa lagi..
Mana 'kawan'ku ini. Adakah masih mengenal diriku??
Aku dah rasa 'kawan'ku dekat tapi jauh. Menanti penuh kesabaran.....

Tuesday, July 7, 2009

Dibawah Satu Nama Afiq Hakim Ahmad (IV)

Pertama sekali. Aku ingin meminta maaf atas kelewatan mengutuskan diari aku setrusnya. Terima kasih yang mengikuti.

::Sambungan

Lambat juga 'kawan' aku ni datang. Puas menunggu. Aku tak puas tapi terasa macam percaya atau tidak. Sekali lagi aku keliru.
Lantang betul suara kak lara dengan abg man. (Rosmanjalara). Gelaran yang unik. Maafkan aku berbicara.
Apa?
Tarian poco - poco?
Hahahahhaha
Macam pernah aku lakukan. Tapi dah lama dulu. Ingatan aku sudah lupa. Kalau tak silap masa tingkatan 5 di padang besar Perlis. Mengimbau.
Uits..
Bangun.

Dah terbiasa. Mengelamun.
Alunan muzik dapat didengari oleh semua haiwan disitu. Wah kalau haiwan pon pandai menari, sah - sah semua berjoget sama.

Aku memencilkan diri. Mungkin malu. Mungkin memang aku tak diendahkan. Aku membiarkan. Ada aku kesah. Sempat lagi.

Riuh.
Rasa macam sukan sekolah rendah apabila dibahagikan kepada 4 kumpulan. Aku estilah memilih warna yang sama dengan kawan 0 kawan yang disukai. Terima kasih.

P O N Y pony Pon Pon Pon.
hwahwahwahwahw
Lawak pun ada. Tapi kami rasa kami paling matop. Wah.. membanggakan kumpulan adalah tugas semua.
Kerana apa yang penting kerjasama.

Permainan pertama.
Berlangsung dengan jayanya walaupun agak sedikit kecoh.
Yang penting aku ikut sama.
Aku tak kisah.
bukan ada orang kenal aku.
huhuhuhuhuhuh

Permainan kedua.
'Kawan'ku masih belum tiba.
Jom mengimbau.

Baling selipar.
Motif sangat permainan itu apabila selipar baru yang dibeli JUAN berharga RM10 sepasang digunakan.
Kami menang sebagai pengalah tempat kedua.
Tak kisah lah.
Aku dah letih.
Siapa yang suruh.

Selepas permainan itu aku mula dikenali. Tidak sehebat mana pun. Orang bukan semua kenal. Aku tak kisah.
Tandas lagi.

Rahsia tandas.
Aku masuk tandas banyak kali aku berfikir.
Hantar tidak.
Hantarlah.
Tapi biarlah.

Aku....

Friday, July 3, 2009

Dibawah Satu Nama Afiq Hakim Ahmad (III)

Maafkan aku kerana terlambat sedikit menulis episod ini. Kerana malas menguasai diri yang kerdil ini.
Walau macam mana pun, aku akan usaha menyelesaikan episod ini.

28/6/09 (Ahad)

Argh..
Aku dah tidur semalaman. Lebih kurag 5 jam aku beradu dan bercinta di atas katil. Mana Juan?

Kerana aku tetamu, Juan menyediakan aku bilik yang sememangnya selesa. Terima kasih sekali lagi.
Terima kasih aku tidak cukup nak membalas segalanya.

845 pagi.
Bertolak nak pergi.
Uish.
Hati aku tetiba jew macam tak tenteram.
Kenapa erk?
Amat hairan lagi.

Tunggu.
Aku periksa poket aku.
ALAMAK.
Camera aku.
Hwaaaaaaaaaaaaaa

Takper la.
Tak payah lah.
Dengan nada agak kecewa.

Samapi kat zoo aku tak pasti pukul berapa. Memang sememangnya ramai pada ahad itu. Oh. Aku terbagi jawapan aku pergi kemana.
Aku sebenarnya pergi Zoo sebab "kawan" aku yang baik tu ada kat sana. Kalau tak tiada kuasa aku nak pergi.

GAFIMMERS@ZOO

Tertera cantik nama itu pada baju yang aku pakai.
Oh tidak.
Orang tidak mengenali aku masa itu. Nama aku didaftar sebagai Juan. Dorang hanya memanggil aku 'Budak' nie ke yang ko cakap tuh.
Hahahaha.
tergelak hati aku.
Juan punya kerja.
Walaupunsudah tahu nama aku tetap nak berahsia kat dorang. Aku tak kisah.

Tandas jap.

Masuk kat dalam.
Kawan-kwan yang disukai.
Aku mencari.

Mesej

"Aku ada kat belakang kat pokok tengah pasang bendera nie"

Toleh.
Nampak. Mana satu.

Berat yer hadiah cabutan nie. Letak larh.

Kak Wawa. Macam pernah kudengar nama itu.
"Nie larh Mark"
"O nie ker"
"Datang dari terengganu erk"
"A ah"

(korang faham2 jew larh saper yang cakap yer)

"Jom larh"

Kak Wawa. Tak sangka. Terlalu baik. Tak marah aku kew? Hairan. Terima kasih Kak Wawa.

Aku mengundurkan diri apabila melihat mereka sibuk mengatur majlis. Ah pergi kat kawan-kawan yang disukai lah.

"Ecah"
"Mark"

Kami bertemu.

Terasa tanda persahabatan kami. Tuhan merestui. Aku membantu Ecah memasang bendera. Ecah berlalu apabila Along datang.
Motif.
Mana "kawan" aku tuh?

Dengar kata tak sampai agi.

Aku seolah tak terasa berada disitu. Semua mempunyai kawan. Aku?

Keseorangan.
Agak mengecewakan. aku tahu semua ini akan berubah nanti.

Wednesday, July 1, 2009

Dibawah Satu Nama Afiq Hakim Ahmad (II)

27/6/09 (Sabtu)

Pagi yang menyejukkan.
Aku menyiapkan barang-barang aku.
Aku bersedia berangkat mahu pergi ke KL.
Wah.
Biar betik?

Aku selalu macam itu.
tak tahu apa yang aku lakukan.
Naik bas.
Konsortium Ekspres Bergerak meninggalkan Teregganu.

900 malam.

"Juan tunggu kat depan seven E"
"Ok"

Kereta kancil yang dipandu membawa aku ke Petaling Desa. Agak jauh.
Sedetik hatiku menyusahkan orang.

Kami bersembang mengenai 'kawan' aku itu.

Lain.

Motifnya.
Sebelum sampai rumah kami sempat pergi ke tesco membeli sesuatu untuk esoknya.
Apa esoknya??

Aku ikut sahaja walaupun dalam hati aku berkata aku tidak suka.

Kawan-kawan yang disukai tahu aku tidak suka membeli-belah.

Aku mengikut sahaja.

Selepas itu, kami makan disebuah gerai. Memesan mee bandung. Pelik.
Aku rasa aku pelik.
Mee Bandung?

kalau dah lapar sangat aku order itu kew?

Memang aku diselubungi keganjilan.

Malam itu aku mimpi indah lagi.
Rasa berdebar danbersemangat untuk berjumpa 'kawan' aku itu.

Adkah dia mengaggap aku ini adalah kawannya yang betul.

Aku tertanya dan berfikir.

Dibawah Satu Nama Afiq Hakim Ahmad (intro)

26/6/09 (Jumaat)

Pergi
Tak
Pergi
Tak

Fikiran aku buntu.
Aku mencari segala kemungkinan berlaku kalau aku mengikuti acara ini.

Kawan-kawan yang disukai semua melarang aku.
Kenapa?
Mereka sayangkan aku.

Bagaimana kawan-kawan yang membenci?
Aku masih tertanya.

Jumaat yang sungguh panas. Bengang lagi apabila Broadband aku sudah tidak dapat digunakan lagi.

Ya Allah.
Sungguh meletihkan duniawi ini.

Keputusan telah dibuat.
Mengikut perancangan yang baik. Tiada apa-apa bilang hati aku.
Tapi aku yakin semua akan baik-baik belaka.

"KL pudu esok pagi ada kak?"
"Ada"

Lipatan tiket dalam beg aku.
Berdebar menanti hari esok.
Aku nak berjumpa dengan orang yang aku baru kenali.
Belum pernah aku berbuat sedemikian.
Aku rasa ini mungkin permulaan aku untuk meneroka lebih dalam lagi.

J U A N D A N Z A..
Motif?

Inilah hamba Allah yang baik hati ingin mengajak aku berjumpa 'kawan' yang aku kenal melalui RuangSaya. Siapa dia?

Juan,
Seorang wartawan metro Ahad telah mempercayai aku.
Tapi aku masih kurang jelas.
Adakah baik.
Adakah tidak.
Pusing.

Malam itu aku bermimpi indah.