Saturday, July 18, 2009

Titipan Dunia

Sebelum aku memulakan titipan aku ini, ingin aku meminta maaf jika ada yang terasa atas ayat aku yang bakal tiba nanti. Anggaplah ini hanya satu pohon tunjahan aku untuk mengutarakan suara dan hak aku sebagai hamba dibumi ini. Aku bersyukur lahir dibumi Malaysia.

Indah nama Malaysia seindah buminya yang dipenuhi makhluk. Seperti manusia lain, aku mempunyai hak sendiri untuk mencuba sesuatu yang jarang aku lakukan. Kita manusia memang tidak dapat lari dari situasi nafsu dan kata hati yang agak meruncingkan. Maafkan aku kerana agak boring topik aku utarakan pada kali ini.

Indah. Banyak pepohon yang aku dapat lihat dihiasi dengan ketulan-ketulan hijau dan merah. Memang indah. Dalam keindahan itu terselit juga ketulan coklat yang agak kusam menanti untuk mencium bumi. Apa yang aku maksudkan ialah pepohonan rambutan yang menemani aku sepanjang perjalanan ke Kampung Tembak Kedah. Memang lazat nampaknya. Aku cuba membayangkan apa yang akan aku lakukan jika aku pohon tersebut.

Kolotnya politik
Oh maafkan aku. Aku sungguh kecewa dengan sikap sesetengah penggemar politik. Masing - masing mengutuk untuk menegakkan hak masing - masing. Betulkah ini. Aku sejujurnya mengakui bahawa aku penyokong pemerintah sekarang kerana belum masih ada tandingan yang dapat menggantikan tempat parti ini sekarang. aku menyambung semula luahan aku. Aku maksudkan kolot adalah cakap tak serupa bikin. Akulah penyokong Islam. Akulah yang dapat memerintah melalui Islam. Kita hendaklah bersama maju dengan Islam. Islam setiap perkataaanya. Bagus. Adakalanya aku rasa nama Islam itu sendiri tergadai. Sekarang dengan kata semangat yang baru Islam For All. Astarfirullah. Terpampang gambar semua wakil adun negeri Kedah yang mewakili parti 'Islam' tersebut. Mahu juga aku bertanya kepada sang penghuni. Adakah dengan meletak gambar berkopiah putih itu memberkati rumah yang sang penghuni duduki?
Bingung aku.
Sambil menghirup teh yang dibuat, akhbar sang pembangkang dibaca sang penghuni lalu dikutuknya Parti yang dibencinya. Adilkah kita apabila membaca sebelah pihak sahaja?? Aku sabar. Aku hanya terdiam. Dikatanya bermacam - macam. Islam yang mengajar kita mengutuk sesama ummat? Aku akui semuanya ada kelemahan. Jadi hendaklah kita mencari dan meneroka kelemahan kita dahulu. Jadi setiap yang kita lakukan hendaklah serupa dengan bikin. Kerana kita ini tidak sesempurna yang kita rasakan.
Seperti yang aku bilang, orang yang hendak menjatuhkan musuhnya hendaklah berbaik dengan musuhnya. Jadi tidak mungkin suatu hari nanti musuhnya yang hampir jatuh akan bangkit lalu menjatuhkan dirinya sendiri.

Pengemis Pasar Malam
Letih seharian aku dikebun. Dapatlah juga hasilnya. Terima kasih aku ucapkan kepada tuan kebun berkenaan. Lapar membuatkan aku berfikir untuk mengharungi banjiran manusia di pasar malam Pauh Indah ini. Dengan pakaian Gafim@zoo aku menuruni setiap anak tangga. Dekat saja. Aduh ramai manusia. Macam haiwan mencari makan untuk dimakan. Ada yang berambut pendek dan sebaliknya. Ada yang terpampang muka ditepi - tepi jalan merenung setiap orang yang melalui kawasan itu. Membilang manusia agaknya. Tiada kerja. Mataku terfokus pada seorang laki-laki tua yang duduk ditengah jalan. Apa yang dia lakukan. Membeli? Menjual? Dijual?
Dengan tadahan bakul kecil berwarna biru. Baju yang usang. Terlihat pula seorang kakak menghulurkan sekeping wang biru berangka satu kepadanya. Aku tahu siapa dia. Anda juga tahu kan. Pelik. Buta. Tak bermaya. Pengemis oh pengemis. Anda mampu berjalan sejauh mungkin ke pasar malam. Anda mampu mengambil port yang terbaik ditengah garisan putih. Anda mampu menyimpan tongkat yang digunakan jauh dari pandangan orang. Anda mampu memakai kopiah putih dengan sempurna. Tidak mampukah anda untuk mencari pekerjaan yang lebih baik dari mengemis simpati orang yang lalu disitu?
Aku menghairankan diri aku.

Dunia yang sukar difahami
Dalam tempoh 24 jam aku sudah dapat meneroka dunia hari ini. Dunia semakin sukar difahami. Dunia kita. Apabila satu pergolakkan berlaku, masyarakat selalu menyalah anggapkan sesuatu hal itu. Masyarakat yang paranormal. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Apa bezanya? Apa keistimewaannya masing - masing?
Kembali kepada Kampung Tembak yang mempunyai bulan mengambang setiap hari siang dan malam. Aku terlihat pada dinding suraunya. Diceramahnya bahasa Malaysia akan MUSNAH jika bahasa Inggeris terlalu banyak digunakan. Apa yang menghairankan aku papan tanda yang menunjukkan hari dalam seminggu berejaan Sun Mon Tues Wed Thurs Fry Sat.. Bahasa Melayukah itu. Didalam surau berceramah mengutuk bahasa Inggeris tetapi diluar pening. Cakap tak serupa bikin kata aku lagi. Tergelak aku sorang - sorang.
Memang sukar difahami.


Sebetulya aku hendak menyambung "Studia Cafe" tetapi aku merasakan satu perasaan yang selalu ada pada orang selemah aku. Letih.

1 comment:

mashie simple deh said...

mmg bagus ayat ko mark . mmg dunia sukar difahami deh . hurmmm . aku setuju semua yang ko katakan . dunia dh semakim kejam dan wat hal masing2.kutok sana sini . adoyai . xfaham . letih gak !! :((