Monday, August 31, 2009

TerimaKasih yang mengundi

Oleh kerana waktu telah habis segala undian telah ditutup.. Siapakah pelajar yang bakal tersingkir pada malam ini.. Ops silap plak. Bukan Af nie.. Nie projek kedua aku la.. Hahahaha.. Ramai juga yang undi. Nanti aku akan bagitahu yang mana paling banyak diundi.. Hahahhaa.. Rahsia...
Kami dalam proses menyiapkan projek ini. Banyak masalah yang timbul. Aku bukannya nak salahkan sesiapa. Aku cuma nak salahkan P. Huh. Apakah itu. E. Sifat ego masing2 membuatkan aku rasa mual. R. Memang aku geram la. Semua idea aku ditolak. E. Malas aku nak buat lagi. Pandai2 la korang buat ok. Aku takkan sentuh walau 40% pong..M.. Selamat tinggal projek kedua aku.. PUAN... Faham kan??

31 Ogos
Hari ini.
Selamat menyambut kemerdekaan yang ke 52 kepada Malaysia. Tahniah. Dah tua pong malaysia. Jangan sampai umur 80 Malaysia akan mati. Ops...
1 Rasa
1 perpadua
1 etika
1 kejayaan
1 Malaysia
Tahniah Malaysia..

Golongan Taksub agama mengencam aku.
rasa macam hebat pula kita ni apabila dikencam.
Tak dew moody lagi nak cter pada yang taksub agama.
Nanti la aku ceritakan.

Letih
Bosan
Mengantuk

Dah tengok movie ORPHAN??
Pergi tgk.. Best...

K lah...
Kalau dah tgk tahniah..
Sakit jantung jagn tgk ok..

Friday, August 28, 2009

~UNDIAN~Projek KeDua aku sebelum Hari Raya

Bantu aku kawan-kawan yang disukai dan kawan-kawan yang membenci.. Undi Kapal terbang yang korang rasa terbaik untuk aku buat.. Please.. Isi borang yang disediakan.. Pleasee!!!!



1XXX

2XXX

3XXX


4XXX



5XXX



6XXX


7XXX



8XXX

Terima Kasih Atas Sokongan Anda





Friday, August 21, 2009

Makan-makan sebelum Puasa

Ada ke patut macam nie?? Aku pun melakukan perkara yang sama. malam tadi aku pergi makan kat Kapitam (Perda). Kedai mamak. Ok la tempat tuh.
Kami ni suka cuba tempat baru. Sebab itu kami pergi tempat itu.. Aku oder Chicken Cheese Kebab with Roti Naan. Jus Apple.. Kos pong tak dew la mahal sangat. Sebab makanan kat situ best juga sesuai dengan harga.. RM11 jew..


nie aku punyer.. Kenyang la jugak makan kat situ.. Tapi customer services ai boleh bagi 50% jew.. Biasala.. Orang asing kan...


Kawan aku punyer.. Luper lak nama apa.. Macam rendang ayam. Tapi rasa masam2 sikit.


Simple roti naan.. Rm1.50 satu.. Lembut dan tebal..
Kami balik dengan kekenyagan. Tapi kalau ada rezeki lebih kami akan kesana lagi. InsyaAlllah..
Selamat berpuasa semuanya...

Thursday, August 20, 2009

~Doaku Ramadhan~

Kau tempatku mengadu hati

Memberi segala hidup

Dunia dan seisinya milik-Mu

Mencintai-Mu sejati

Ku manusia yang penuh dosa

Berharap ampunan-Mu

Lihat di langit kesempurnaan hati-Mu

Kau cinta pertama dalam hidup

Allahu Akbar Maha Besar

Memuja-Mu begitu indah

Selalu Kau berikan semua

Kebesaran-Mu Tuhan

Kebesaran-Mu Tuhan

*Sumber :: Lagu KebesaranMu by ST12

Kembali kita bersama

Romantik benar tajuk aku hari ini. Bukan aku dilamun cinta. Aku sudah bosan dengan cinta gantung nie. Tidak. So, tajuk aku hari ini bukan berkaitan dengan cinta mahupun apa-apa perasaan cuma ingin mengucapkan selamat datang Ramadhan.
Ramadhan. Kalau difikirkan apa yang terlintas difikiran korang semua tentang Ramadhan? Aku hanya terfikir tidak boleh makan atau minum. Terpaksa menahan lapar dan dahaga. Tapi sebaliknya lebih banyak meksud yang tersirat. Motifnya korang semua kan pernah belajar PAI so tak yah aku nak terangkan semua. Lagi pun ilmu aku belum cukup untuk berkongsi.
Hari ini.. Khamis..
Esok Jumaat..
Malam esok dah tarawih.
Seronok ula-mula nie. Bila dah lama jadi apa yer?
Pengalaman yang lepas-lepas telah mengajar kita. takkan tiap-tiap tahun nak sama jew. Mesti ada perubahan. tapi tak tahu la perubahan baik ke buruk atau sebaliknya.
Wah aku seronok menanti ramadhan. Lagi seronok menanti Aidilfitri. Lagi seronok menanti pulang ke kampung. Tapi semua itu kene la dinanti penuh kesabaran. Ah.. Aku tak dapat meraikan pertama ramadhan aku bersama keluarga. Sudah 3 kali randhan selalu macam ini. Kadang-kadang menyentuh perasaan juga. Aku kenela tabah lagi. Tanpa ketabahan aku rasa minggu nie aku nak balik jew. Tapi aku mempunyai banyak hal yang perlu diuruskan. Aku mesti mengerjakan kerja yang perlu didahulukan. Bila difikirkan balik inilah puasa terakhirku di Penang. Tahun depan aku dah habis belajar. InsyaAllah.

Sahur.. Satu perkara yang aku tak dapat nak berubah. Pada tahun lepas aku tidak pernah sekali pun bangun untuk bersahur. Bukan malas. Aku boleh saja bangun. Tapi bila tengok makanan aku tak ada selra. Bukan salah aku. Mulut ini yang tak mahu terima. Banyak alasan. Manusia. Tahun ini lagi la kemalasan aku bangun bersahur. Lebih-lebih lagi kawan aku yang sudah tiada. Siapa yang akan kejutkan aku nanti. Aku harap sseorang jadi pengejut aku tidur.

Ramadhan..
Aku menanti penuh debaran.. Kenapa yer? Mungkin banyak dugaan aku perlu tempuhi pada Ramadhan kali ini. Aku takut. Aku seronok. Aku rasa macam indah. Tapi itu bukan MOTIV ramadhan kali ini.

Oh yer lupa plak.. Ucapan ramdhan aku dah tujukan kepada Gafimmers n seangkatannya. Aku lupa nak ucap selamat menyambut Ramdhan kepada keluarga aku. Dengan hati yang tulus dan ikhlas Abg Is nak ucapkan ::

*bahasa terengganu larh*
"Selamat berpose kepade ma,aboh,Along ngan kak long, Abg mie, Kak Irah ngan Abg Mizie, Adik aku tersayang yang akang menyambut besday yer esok 21/8..miemah... lupa keluarga sebelah Kak Long..Keluarge sebeloh Abg Mizie.. Sedare mare aku..

dok lupe jugok member 5 serangkai.. Arif...Anis..Noor..Jiejah.. Ayu... Pose yer jangan tak pose.. Lepah rayer kita g karoks kat stesen bah..

Special juga buat anak2 sedare aku.. Boy n gurl.. First..Balzatul Marissa.. Pose jugok ke budok nie??? makang banyok nie.. Second Qaireen Marissa.. Semoga bahagia dialam sana.. Kami sentiasa mengingati mu selamanya. Ketiga bakal dilahirkan adik kepada arwah Qaireen.. lelaki katanya. Jaga diri baik2 dalam perut mama ok..

Dan kepada seluruh umat Islam tak kire dimana anda berada...

Harapan Ramadhan ::

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah…Dengan rahmatMu oh Tuhanku…

Tuesday, August 18, 2009

~~Kekalahan yang patut kami terima~~

Perit gler. Tak tahu nak kata apa. Tak berbaloi. Rasa malu. Rasa macam nak terjun bangunan.. Rasa macam nak bunuh diri... Semua adaa....

Jangan Pernah Berubah ~~ ST12

Biarkan waktu teruslah berputar
Mencintai kamu penuh rasa sabar
sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas tuk bertahan
Cintaku padamu begitu besar
Namun kau tak pernah bisa merasakan
Malah kini kau ucapkan selamat tinggal
Membuat keresahan

Reff:[*]

Meninggalkanku tanpa perasaan
Hingga ku jatuhkan airmata
Kekecewaan ku sungguh tak berarah
Biarkan ku harus bertahan

[**]

Jangan pernah kau coba untuk berubah
relakan yang indah hilanglah sudah
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah

Back to Reff:[*] , [**]

Jangan pernah kau coba untuk berubah Ku
relakan yang indah dalam hatinya

Monday, August 17, 2009

!Jangan Baca..Borink!!!

Hari minggu yang amat memboringkan. Masalah demi masalah timbul. Tapi semuanya aku dapat atasi. Terima kasih yang membantu. Hari Ahad satu hari yang aku suka kerana cuti tapi disebalik kesukaan itu terselit satu perasaan yang tidak dapat dihilangkan.

Boring..

Tiada perkataan lain keluar dari mulutku. Boring.. Aku tidak suka keadaan sekarang. Boring.. Aku mengambil masa ini untuk mengemas bilik aku yang agak berserabut dengan gabus yang aku potong untuk projek aku itu.

Eh lupa pula. Hari selasa ini kumpulan aku akan membentangkan projek yang aku buat itu. Semoga segalanya aman. Aku rasa macam takut juga kerana segala markah diatas tangan aku. Kalau tak menjadi musnahlah impian kawan-kawan aku. Tetapi aku telah lakukan yang terbaik. Hanya doa dan sokongan dari semua aku harapkan. Datanglah sokong aku kawan-kawan yang disukai..

Sambung balik pekerjaan yang aku buat hujung minggu nie.. Kemas bilik. Satu perkara tak asing bagi aku semasa hujung minggu. Aku harap kemasan aku ini berkekalan sampai bila-bila. Nie belum sempat seminggu dah bersepah semuanya. Apa aku nak buat dengan gabus-gabus lebihan ini?? Takkan nak buang. Membazir plak. Hahahaha.. Aku dapat idea. Walaupun aku nie malas nak tulis PERINGATAN aku telah buat papan peringatan test aku. Hahahaha.. Ok tak idea aku??

Kipas aku bersihkan. Semua baju aku basuh. Sambil basuh baju aku kemas bilik. Bukannya susah sangat. Basuh guna mesin. Semuanya enjin yang memutarkan. Bukan pusing dengan tangan.
Semua kerja aku siapkan dalam masa satu jam. Satu jarum masa yang agak cepat tu.

Petangnya..

Boring yang amat. Tak tahu nak buat apa. Hujan kat luar. Guruh berdentum. Kilat memancar. Macam nak menggamit memoirs plak rasanya. Tetiba aku teringat kat family. Angin bertiup. Rasa duduk kat tingkap dirumah. Tetiba rasa hati pilu. Rasa rindu. Aku nak pulang tapi tidak ada waktu. Andai aku dapat menberhentikan masa aku akan habiskan masa yang terhenti itu dengan keluarga aku.

Mata tercelik.

Aku masih di Penang. Urh. Rasa kecewa. Tengok dinding ada perkataan GAFIM yang aku contengkan. Agak cantik. Teringat pula masa gathering. Segala memoirs terikat kemas pada otak aku. Takkan aku lepaskan sampai bila-bila. Nasib baik ada kawan baik aku Marshie. Boleh SMS. Lepas rindu walaupun kami tak pernah bertemu.

Lagu Cukup Sampai Disini-D’masive dialunkan pula. Lagilah bertambah memoirs aku ini. Aku rasanya tak sabar menanti 17 September nanti. Mungkin ya atau tidak. Semua sudah ditentukan oleh tuhan maha Esa.

Terfikir pasal puasa. Sabtu depan ummat Islam akan berpuasa kalau cukup hijabnya. Alhamdulillah. Tapi apakah aku bersedia? Dengan kesihatan yang tidak menentu sekarang. Aku pun selepas sakit tekak aku diserang selsema pula. Aku rasa tiada alasan untuk aku tidak berpuasa.

Untuk pengetahuan semua sebenarnya aku agak kecewa dengan ‘kawan’ aku sekarang. Sampai sekarang aku tidak boleh berhubung dengannya. Adakah aku dihalang?? Aku rasa kecewa dan sedih. Tetapi bila difikir tiada sebab aku nak sedih. Masih ramai lagi kawan-kwan yang disukai. Adakah aku terlalu jahat untuknya? Adakah aku ini terlalu menimbulkan masalah kepadanya? Terima kasih ‘kawan’ kerana menjadi kawan sementaraku. Aku akan pahatkan memoirs terindah bersama kamu. Memang tak dinafikan aku ini terlalu mengharapkan kamu. Aku terima.

Oh Akim pula tak tahu apa yang dilakukan sekarang. Terlalu sibuk kot. Semalam aku ber’yahoo mesengger’ dengan Fasongo. Dia cakap Akim telefon ibu suruh datang Indonesia.
Untuk Akim :: Ko jangan gatal ajak ibu nanti kuih aku tempah tak siap aku kerjakan ko lenyai-lenyai nanti:: Hahahaha. Dengar kata ibu ambil tempahan sedikit sahaja tahun ini. Katanya sibuk dengan Akim la. Bertuah Akim dapat ibu. Aku pun bertuah dapat Mama aku. Family aku. Aku gembira dilahirkan dikalangan meraka. Kalau aku merindukan mereka aku hanya dapat lihat gambar dahulu kala tetapi sekarang family aku bertambah besar kerana GAFIM. Semua adalah family aku. Aku sayang semua.

Aku rasa agak panjang aku mengepost. Maklumlah agak keboringan aku dirumah ini. Internet juga tiada. Bilalah internet aku dapat digunakan. Aku masih menunggu …

*mesti koang boring baca. Aku tak ada post yang menarik. Nanti aku tunjukkan kumpulan aku berentap dengan projek itu ok!!!

Saturday, August 15, 2009

~~belajar menghargai dan dihargai~~

Wah agak berbeda topik aku hari ini. Semua dah tengok VC yang ditunggu-tunggu selama ini tu?? Macam mana puas hati? Apa-apa pun VC yang sesimple itu bukan senang pembikinannya. Dibuat pula masa Akim tengah sibuk dengan shootingnya. Jadi kita peerlu MENGHARGAI apa yang diberi kepada kita dan juga pihak yang terlibat dengan pembikinan ini perlu mengetahui sesuatu perkara yang boleh memuaskan hati seseorang dengan tahu cara DIHARGAI oleh kami peminat Akim. Kebiasaanya aku tidak pernah mendengar rengetan yang dasyhat dari hati jiwa seseorang itu. VC ini telah ditunggu berbulan-bulan. Hasilnya?? Peminat adalah nadi kepada artis dan artis adalah penghibur kepada peminat. Tanpa peminat siapa artis.. Aku coretkan disini bukan menyalahkan artis tetpai menyalahkan pihak pengurusan yang agak tidak konsisten membuat sesuatu perkara. Amatlah hairan.

Kemungkinan atas sebab kos. Fikirkan apabila 4 VC akan ditayang pada hari yang sama. 4 VC ini perlu disiapkan. Kos 4VC ini mencecah berapa? Kita tidak tahu. Stacy..Mawi (Pertama kali namanya disebut dlam blog aku walaupon aku tak .....)...Hafiz....dan Akim sendiri. Semua artis ini bukanlah calang-calang artis. Semuanya mempunyai fans besar. Jadi apabila terlalu banyak kepala dan idea pun banyak la. Disini aku juga bukan menyalahkan pihak pengurusan artis tersebut kerana kami sebagai peminat mahupun keluarga aris itu sendiri mahukan yang terbaik kepada artis yang kami selama ini berhabiskan duit untuk melihat kejayaan dan bakat besar ini ditonjolkan.

Alamak aku macam penulis blog plak. Macam wartawan metro ahad pula.. (Juan jangan marah).. Tapi apa yang boleh dibanggakan adalah artis itu sendiri. Sorry ai pokuskan kepada Akim jew sebab ai fan dia... Akim terlalu sibuk dengan pergambaran filem musicalnya yang akan ditanyangkan October nanti kalau tak silap. Jadi ada baiknya fokus yang lebih besar dulu. VC mengambil masa 3.01 minit ini bukanlan nadi Akim sendiri. perjalanan beliau masih jauh. Dan kita sebagai fannya perlu memberi sokongan moral. Kalau VC pertama gagal tak mungkin VC seterusnya terus gagal. Kita tunggu sahaja. Mungkin rejeki Akim bukan pada BENGANGnya. mungkin pada suatu hari nanti kita akan mendabik dada atas kejayaan idola kita semua.

Friday, August 14, 2009

~~Bila dia datang~~

Dia datang dengan pantasnya
Dia datang tanpa disedari
Dia datang tanpa ada kesan
Dia datang secara rahsia
Dia datang dengan bahayanya
Dia datang dengan sejuta misi
Dia datang selagi kita masih bernyawa
Dia datang tak kira masa
Dia datang menyerang sesiapa
Dia datang tidak kenal paras dan rupa
Dia datang tidak tahu siapa kita
Dia datang mengambil nyawa setiap manusia

Dialah Penyakit

Thursday, August 13, 2009

Apabila Manusia dikaburi Pangkat

Secara umumnya aku tidak pernah hendak mengotakan kutukan aku terhadap sesiapa. Post ini akan menjelaskan suasana apabila pangkat sudah menguasai diri. Kepada yang makan cili akan terasa pedasnya dan apabila terasa pedas dialah yang makan cili.

Alamak terlebih sudah.

Manusia ada pelbagai ragamnya. Apabila yang bawah ditindas dan yang atas enak mengoyangkan kaki bermain gerudi. Susah dan sukar. Kami sebagai pelajar menghormati setiap langkah dan gerak geri pengajar kami. Tidak lintas langsung didada kecil kami untuk mengaburi mata kami dengan kedudukan. Pangkat yang engkau gengam sekarang bukan bermakna kekal sehingga kealam kubur sana. Disana engkau bukan bisa melafazkan kata "kepala otak".. Disana engkau tidak bisa menaggap diri engkau sentiasa banar. Aku kecewa. Kerana merasakan diri itu berkuasa kami yang bawah menjadi mangsa.

Sekian lama kami menghormati sehingga detik dan saaatnya tadi aku berhenti menghormati. Kejutan yang agak berbisa bagi kami untuk menerima. Setipa jiwa manusia dibumi ini ada masalah. Masalah kerja. Masalah belajar. Memang sukar menghilangkan masalah ini selagi nyawa dikandung badan. Sungguh tidak mengerti lagi. Sejauh mana engkau mempunyai pangkat ingatlah Allah lagi berkuasa dari engkau.

Episod yang kami lalui hari ini amat perit. Walaupun tiada kaitannya dengan hidup kami tapi kami agak terasa hirisan luka yang tak berdarah tetapi perit oleh yang dibawah. Berubahlah manusia. Masih belum terlambat......

~~~

Argh tak pernah aku menulis blog pada waktu petang macam nie. Ini adalah satu keluhan jiwa kami sebagai pelajar kepada pihak yang menguruskan kami yang makan gaji tiap-tiap bulan. Ini luahan kami. Harap dapat mengerti. Maafkan jika jiwa terasa gusar kalau aku menghiris kata kata aku pada perangai pihak atasan. Ampun....

~~Projek Pertama~~

Nie la pojek pertama aku sem nie.. ada 2 pojek agi menanti.. Jangan gelak tau.. Tak lawa tapi powerrrrrrr!!!!!

Nie demo yang kedua.. Yang pertama belum sempat amik gambar dah hancur.. Huuuuu.. Yang nie pown dah hancur...

Yang terbaru dan akan dihantar.. Agak laju.. Arini 13/8/09 kami akan membuat percubaan menggerakkanya... Doakan kami berjaya

Yang penting Beg belakang tuh.. Beg yang penuh berjasa membawa barang2 aku kesana kesini.. huhuhuhuhuhuhu
*salah satu promotion*
Ops terlebih sudahh!!

Hasil kerja aku~~Apeng~~Nieza~~~Areteen~~
Apa-apa pun doakan kami berjaya dan akan terus beraya.. Doa kalian semua penentu masa depan kami.. Macam korang doakan UiTM cuti.. Kalau tidak..tak dew peluang aku pergi KLIA aritu.. Alhamdulillahhh




~~~~~~~ Merindukanmu ~~~~~~~

"""Fuhh kangan bangat sih sama blog gue.. Lama benaran gue tidak tatap blog ini. Banyak sih masalah dan hal yang bikin gue pusing"""

Hahahhaha!!!
Sejak bila aku ber'speaking' Indonesia nie. Hanya gurauan semata-mata. Disini aku ingin mengucapkan selamat jalan dan selamat kembali kepada Akim yang berangkat ke Jakarta hampir 2 minggu. Berhati-hati kat sana walaupun murah. Dan terima kasih juga kepada Akim kerana terus berhubung dengan aku.

Sebenarnya lama juga aku tak post cerita baru erk. Aku agak sibuk dengan projek-projek UiTM aku sekarang ini. Aku terharu dan agak terkejut apabila melihat orang yang follow blog ini makin bertambah. Alhamdulillah. Apa -apa pun sekalung terima kasih dari aku.

Sakit tekak... Demam.. Batuk.. Selsema semua aku lalui sepanjang berada di Penang selepas cuti. Al maklumla cuaca yang tidak menentu ramai yang mempunyai masalah yang sama dengan aku. Pagi panas petang hujan dan sebaliknya.

Sepatutnya kita bersyukur kerana cuaca disini tidaklah seteruk negara yang dilanda taufan sekarang.

Sempena Ramadhan yang akan tiba ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut ramdhan almubarak. Puasa jagn tak puasa tau. Aku ingin menceritakan sketsa hidup aku disini berkenaan dengan puasa. Perempuan.. Dalam sebula takkkan cukup puasa. Aku rasalah. Sebab semua dah tahu. Jadi aku ingin ceritakan kisah kawan-kawan yang disukai. Kawan - kawan yang disukai, apa kelebihan ganti puasa lebih awal?? Hahahhaa.. Perli nampak.. Sorry yang terasa.. Kelebihan pertama.. Kita dapat menikmati makananpada waktu siang sebelum ramadhan tiba. Kalau ganti lewat kita tgk jew orang yang makan. Kedua korang dapat teman aku makan. Kalau tak aku keseorangan. Motifnya tahun depan ganti awal - awal nanti tak lah aku makan sorang - sorang..

Mengenai kisah dibawah nama Afiq Hakim Ahmad aku terpaksa stop dahulu kerana masalah inernet. Nanti kalau ada masa aku akan sambung balik. Ada kew orang baca. Huhuh.. Tak pe la aku buat itu simpanan hari tua aku.

Sejuta penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang senarai dibawah kerana telah mencipta satu kenangan terindah buat aku...
~~ Akim n Family
~~ Cik Lin n Family
~~ Juan Danza n Family (Ops da kawin kew??)
~~Abg Bad After 6
~~ Family GAFIMMERS
~~ Family PBAS
~~ Family Akim Fan Chatters
~~Lupe plak kawan baik aku a.k.a driver aku Songo.. (Jangan Marah)
~~Dan yang terlibat secara langsung dan tak langsung..

terimalah KAROKS dari aku :: Kenangan Terindah


Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang t'lah hilang
Darimu yang mampu menyanjungku
Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun aku mampu
Untuk mengenangmu
Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau
Kenangan yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang t'lah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah
Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati

~~
Sayang korang semua!!!!!!!!!!

Saturday, August 8, 2009

Dibawah Satu Nama Afiq Hakim Ahmad (McD Bangsar)

Oh baru aku mendapat idea untuk meneruskan blog aku ini. Hahahaha.. Tidak perlu aku perlukan online. Ok lah kerana tertangguh sudah banyak cerita aku terpaksa meneruskan juga. Post kali ini agak panjang kerana aku nak mengejar cerita baru lagi. Dengan semangat yang aku ada, InsyaAllah bakal siap juga episod yang akan datang ini. Ok lah.. Aku akan meneruskan cerita aku ini.
Sambungan:::
Pada hari Isninnya aku mempunyai program aku sendiri manakala Juan dengan programnya. Dia menghantar aku ke stesen Komuter untuk aku ke tempat dimana Songo akan menjemput aku. Aku sebenarnya akan ke Sogo untuk berjumpa dengan Kak Wawa, Kak Lara, Kak Rere, Eleza, Kak Dila juga Abg Lan. Kitaorang telah berpakat melepak bersama-sama selepas program Akim itu cancel. Aku agak kecewa kerana ‘kawan’ aku itu tidak dapat join. Dia ada masalah. Tak pe la. Mungkin jumpa lagi kot. Akim juga tak dapat join kerana pergi kerumah saudaranya kat Seremban. Rasanya kalau tak silap.
Aku sampai ke Sogo dan Songo telah lama menunggu aku. Maafkan aku kerana lewat sedikit. Hahahaha. Tak pe Songo kawan yang baik. Kami berkaraoke melalak samapai pukul 2. Dipendekkan cerita hidup semua sangat bahagia masa itu.
Yang paling bahagia pada masa itu adalah Kak Lara kerana bakal menyambut hari jadi yang ke berapa entah.. Aku dah lupa plak.. Kami telah merancang satu kejutan kecil pada malam itu. Walaupun kecil.. Aku ingin mengatakan yang hari tersebut adalah hari yang paling bahagia buat Kak Lara. Aku berharap la. Disini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang telah membuat aku tersenyum sepanjang kita berjumpa. Korang adalah pakling best yang pernah aku temuai. Hanya tuhan sahaja yang dapat memadam memori ini dalam ingatan aku.
Hari makin malam. Aku pula tak tahu nak pergi kemana lagi sebab Juan masih belum pulang untuk mengambil aku. Aku jadi serba salah pula. Tapi Juan dah kata tak de pape la..
Selepas itu kami melepak kat McD Bangsar. Aku mengambil peluang masa tu untuk mengecas telefon. Sempat juga bermain masej dengan ‘kawan’ku itu.. Then dalam pukul 1 lebih Juansampai. Kami lepak lagi.. Tgk gambar masa kat Zoo.. Tiba-tiba Kami terhidu asap yang agak membusukkan hidung kami. Kami tengok pekerja McD semua naik keatas denagn pemadam api sekali. Apa lagi kami pon berlari sejuta langkah dengan gerak gaya perlahan jew. Kami terpisah kat situ.. Aku ikut Juan balik. Songo balik ke Gombak n kak Lara alik kerumahnya..

Monday, August 3, 2009

Secara Ringkas

Assalamualaikum..
Sungguh letih aku 2-3 hari ini. Untuk pengetahuan korang.. aku telah balik ke Penang ari Rabu lepas.. Then aku berangkat ke KL pada Khamis malam untuk aktiviti GAFIMMERS yang seterusnya.
Nie perkara yang aku nak cter sebb tak kesuntukan masa..

1) Blog telah tertunggak selama 2 minggu kerana aku telah didatangi penyakit 3 serangkai.. Aku hanya disyaki H1N1.. Bukan positive. Aku telah dimasukkan ke hospital satu malam.

2)Kerana kesukaran ketiadaan Broadband, aku agak susah untuk on9 sekarang. Kalau on9 pon hanya disiang hari di FaceBook..

3) Hari Khamis aku telah berangkat ke KL untuk menghantar Akim ke Jakarta pada hari sabtu.

4) Hari Jumaat aku pegi karaoke dengan dak2 GAFIM.. Agak best walaupun aku tak nyayi

5) Malam tuh aku dengan Faongo lepak dengan Chatters abg Bad. Banyak betul bercerita.. Kami lepak kat Kampung Baru..

6) Selepas itu aku ngan Fasongo pergi ke Bandar Baru Bangi untuk melepak dan makan-makan bersama Chatters Akim plak. Makan jew..

7) Then aku ngan fasongo balik ke Gombak pada jam 400 pagi untuk mandi kat umah kawan Songo.

8) Pukul 5 kami berangkt ke Hotel dimana bebudak GAFIM duk kat situ untuk bermalam..

9) Pukul 700 pagi kami berangkat ke KLIA dan berjumpa akim n family kat mcD..

10) Kami bersurai pada jam 1000 pagi selepas akim menerbangkan dirinya.

11) Kerana sesat dan berpecah kami terpaksa pulang ke Hotel menunngu dorang chek out n pergi makan jat kedai mamak Hassan berdekatan dengan UPM.

12) Pada pukul 530 petang kami semua berangkat ke Nilai untuk menyertai Jelajah era. Kitaorang follow under Abg Bad A6 bersama Didiey AF4.

13) Then kitaorang dengan DD lepak kat McD.

14) Then majlis perpisahan.. Hwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

15) Bersurai...

Aku nak cter lebih panjang tetapi tak dew masa.. tak pew nie rangkanya.. Nanti aku cerita lebih terperinci......