Saturday, August 8, 2009

Dibawah Satu Nama Afiq Hakim Ahmad (McD Bangsar)

Oh baru aku mendapat idea untuk meneruskan blog aku ini. Hahahaha.. Tidak perlu aku perlukan online. Ok lah kerana tertangguh sudah banyak cerita aku terpaksa meneruskan juga. Post kali ini agak panjang kerana aku nak mengejar cerita baru lagi. Dengan semangat yang aku ada, InsyaAllah bakal siap juga episod yang akan datang ini. Ok lah.. Aku akan meneruskan cerita aku ini.
Sambungan:::
Pada hari Isninnya aku mempunyai program aku sendiri manakala Juan dengan programnya. Dia menghantar aku ke stesen Komuter untuk aku ke tempat dimana Songo akan menjemput aku. Aku sebenarnya akan ke Sogo untuk berjumpa dengan Kak Wawa, Kak Lara, Kak Rere, Eleza, Kak Dila juga Abg Lan. Kitaorang telah berpakat melepak bersama-sama selepas program Akim itu cancel. Aku agak kecewa kerana ‘kawan’ aku itu tidak dapat join. Dia ada masalah. Tak pe la. Mungkin jumpa lagi kot. Akim juga tak dapat join kerana pergi kerumah saudaranya kat Seremban. Rasanya kalau tak silap.
Aku sampai ke Sogo dan Songo telah lama menunggu aku. Maafkan aku kerana lewat sedikit. Hahahaha. Tak pe Songo kawan yang baik. Kami berkaraoke melalak samapai pukul 2. Dipendekkan cerita hidup semua sangat bahagia masa itu.
Yang paling bahagia pada masa itu adalah Kak Lara kerana bakal menyambut hari jadi yang ke berapa entah.. Aku dah lupa plak.. Kami telah merancang satu kejutan kecil pada malam itu. Walaupun kecil.. Aku ingin mengatakan yang hari tersebut adalah hari yang paling bahagia buat Kak Lara. Aku berharap la. Disini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang telah membuat aku tersenyum sepanjang kita berjumpa. Korang adalah pakling best yang pernah aku temuai. Hanya tuhan sahaja yang dapat memadam memori ini dalam ingatan aku.
Hari makin malam. Aku pula tak tahu nak pergi kemana lagi sebab Juan masih belum pulang untuk mengambil aku. Aku jadi serba salah pula. Tapi Juan dah kata tak de pape la..
Selepas itu kami melepak kat McD Bangsar. Aku mengambil peluang masa tu untuk mengecas telefon. Sempat juga bermain masej dengan ‘kawan’ku itu.. Then dalam pukul 1 lebih Juansampai. Kami lepak lagi.. Tgk gambar masa kat Zoo.. Tiba-tiba Kami terhidu asap yang agak membusukkan hidung kami. Kami tengok pekerja McD semua naik keatas denagn pemadam api sekali. Apa lagi kami pon berlari sejuta langkah dengan gerak gaya perlahan jew. Kami terpisah kat situ.. Aku ikut Juan balik. Songo balik ke Gombak n kak Lara alik kerumahnya..

2 comments:

miss hannan said...

skang baru tau ape la kes mcd terbakar yg diperkatakan selama ini...

Ash said...

wahahhaa...motip ahkak baru dpt bacew entry neh pas dah berbulan suda..

Thanx dik Mark..hope we'll stay fren 4eva..^_^ huhu..