Thursday, August 13, 2009

Apabila Manusia dikaburi Pangkat

Secara umumnya aku tidak pernah hendak mengotakan kutukan aku terhadap sesiapa. Post ini akan menjelaskan suasana apabila pangkat sudah menguasai diri. Kepada yang makan cili akan terasa pedasnya dan apabila terasa pedas dialah yang makan cili.

Alamak terlebih sudah.

Manusia ada pelbagai ragamnya. Apabila yang bawah ditindas dan yang atas enak mengoyangkan kaki bermain gerudi. Susah dan sukar. Kami sebagai pelajar menghormati setiap langkah dan gerak geri pengajar kami. Tidak lintas langsung didada kecil kami untuk mengaburi mata kami dengan kedudukan. Pangkat yang engkau gengam sekarang bukan bermakna kekal sehingga kealam kubur sana. Disana engkau bukan bisa melafazkan kata "kepala otak".. Disana engkau tidak bisa menaggap diri engkau sentiasa banar. Aku kecewa. Kerana merasakan diri itu berkuasa kami yang bawah menjadi mangsa.

Sekian lama kami menghormati sehingga detik dan saaatnya tadi aku berhenti menghormati. Kejutan yang agak berbisa bagi kami untuk menerima. Setipa jiwa manusia dibumi ini ada masalah. Masalah kerja. Masalah belajar. Memang sukar menghilangkan masalah ini selagi nyawa dikandung badan. Sungguh tidak mengerti lagi. Sejauh mana engkau mempunyai pangkat ingatlah Allah lagi berkuasa dari engkau.

Episod yang kami lalui hari ini amat perit. Walaupun tiada kaitannya dengan hidup kami tapi kami agak terasa hirisan luka yang tak berdarah tetapi perit oleh yang dibawah. Berubahlah manusia. Masih belum terlambat......

~~~

Argh tak pernah aku menulis blog pada waktu petang macam nie. Ini adalah satu keluhan jiwa kami sebagai pelajar kepada pihak yang menguruskan kami yang makan gaji tiap-tiap bulan. Ini luahan kami. Harap dapat mengerti. Maafkan jika jiwa terasa gusar kalau aku menghiris kata kata aku pada perangai pihak atasan. Ampun....

No comments: