Friday, April 30, 2010

Cerita minggu depan~~

Minggu depan..
Korang pong tak tahu a=lagi apa yang bakal berlaku kan??
Korang kawin ke..
Korang bertemu jodoh kew...

Aku pong tak tahu apa yang akan terjadi..
Minggu depan punyer cer yang aku tahu adalah aku kene selesaikan 4 paper final 1 speaking test dalam masa seminggu..

Cukup??

oh tidak sama sekali..
Lembu nak minum air pong kene beratur dan mati tak sempat minum..

Aku yang sebesar semut dipijak terus mati..

Lainlah kalau dipijak oleh orang yang berpura-pura..

Kata orang pijak semut pong tak mampos..

Hahahah..
Ungkaan sahaja itu..
Petang yang bingit, panas dan penuh rasa kemalasan,
Aku mengambil sedikit masa untuk berceloteh disini..

Ahad ini..
Petang..
Berjuang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan yang terbaik..
Tapi bukan habis setakat itu sahaja keesokkan harinya plak..
Ada lagi.. Kene perah otak lagi..
Fuh mampos..

Selasa ada satu hari sahaja untuk aku study bagi test ari Rabunnya..

Ape ke mende hidup macam nie kan..
Dah la coursework rendah..
Tertekan aku..

Tapi tak apa..
Boleh dimaafkan..
Yang tak boleh dimaafkan ada speaking test plak pagi tuh..

LAGI MAMPOS>

Hahhahahaha..

Aku dah tak tahu nak buat apa lagi..

So tungggu je lah minggu depan sebab minggu depan minggu last memerah otak anda sebagai pelajar DIPLOMA..

Thursday, April 29, 2010

Antara kebenaran dan kesisihan

Eh betolah orang kata..
Makin banyak kita fikir makin bercelaru fikiran ni..
Inilah yang berlaku pada aku sekarang..
Aku diganggu dan terus rasa tidak dihiraukan lansung..
~
~
~
Dah tak ada orang yang sayang kat aku ke??
Mimpi aku sekarang pong dah pelik-pelik..
Badan selalu lemah tak bermaya..
Letih..
Batuk..
Argh gangguan beginilah aku tak mahu waktu begini..
Mungkin jugak mainan emosi..
~
~
~
Mainan emosi kan..
Suka fikir bukan-bukan..
Buat pong bukan-bukan la..
Syaitan banyak yang menghasut..
~
~
~
Walaupon tahap iman aku tak diketahui..
tapi aku masih merasainya..
Jadi apa yang berlaku ada batasannya..
~
~
~
Oh itulah aku bila merapu..
Tak tahu nak buat apa..
Otak pun dah tepu..
Teringat kembali zaman-zaman sekolah..
Kalau sakit selalu diambil perhatian oleh keluarga..
~
~
~
Disediakan ubat..
Disediakan makan..
Memang indah sakit waktu begitu..
~
~
~
Begitu jugak waktu kita dirumah..
Tak terasa sakit pun..
Sebab bila kita sentiasa dekat dengan yan orang kita sayang..
~
~
~
Aku dah letih..
Aku dah bosan..
Aku tersiksa pendam perkara lama-lama..
aku nak lepaskan semuanya..
Maafkan aku jika ada yang terasa..
~
~
~
Nak berjuang sem nie dah terlambat..
Subjek yang senang nak dapat A pong susah sekarang..
Tak tahu dimana taraf aku sekarang..
Aku rasa macam aku tak belajar..
Aku dah berusaha..
TETAPI..

Tiap kali keluarnya markah..
Kenapa aku paling rendah??
Kerana aku terlalu jujurkah??

Adakah kerana aku tidak menghantar pesanan ringkas kat kawan aku untuk mengetahui jawapan??
Adakah aku tidak ketandas untuk menelefon/masej kawan aku bertanyakan jawapan???
Adakah nota didalam beg aku aku ttidak buka masa menjawab soalan??
Adakah kerana nota-nota tidak berada dibawah meja untuk aku meniru??

Adakah kerana hal-hal diatas seperti yang mereka lakukan??

Mereka bangga bila mereka dapat tinggi..
Mereka gah bila dapat tinggi..
Mereka rasa mereka paling pandai..

mereka juga pandai mencuri markah diwaktu begini tetapi FINAL YEAR EXAM mereka tak mampu..

Nasib baik pensyarah yang mengajar aku tidaklah sebodoh yang mereka sangka..

Pensyarahku hanya senyum bila tgk mereka lakukan..
Pensyarahku menghampiri mereka bukan untuk merampas tapi membiarkan..
Pensyarahku seorang yang pandai menghafal nama-nama mereka yang membuat itu..
Terima kasih pensyarahku..
Itulah sebabnya mereka tinggi tapi masih ada lagi yang tinggi dari mereka..

Bak kata Safuan Mustapa.. (kawan aku nie)

Lantak p la dorang..
Ingat "sir" tak tahu kew??
Hahahaha..
Sama je lelaki dengan perempuan..
Bila dapat tinggi kata subjek tuh best.. Pensyarah dia best..
Bila dapat rendah..
Kutukan plak yang pensyarah itu dapat..

Tetapi terbaik la jugak..
kalau nak dibandingkan nilai kejujuran yang aku ada dengan mereka jauh berbeza..
Sembah Allah 300 kali satu hari pong..
Tak ada guna..

Kenapa ada manusia yang tak sedar diri macam mereka??
Mengikut emosi..

Takpe..
Bila kita dah tahu..
Kita akan kata..

"dapat tinggi pong meniru buat apa"..

Hahahahaha

Tapi..
Macamlah aku tak pernah meniru kan..
Pernah tapi dah berhenti sebab aku lebih suka markah hasil air tangan dan keperahan otak aku sendiri..

Tamat cerita pasal kebenaran..

Kesisihan..
Adalah ayat baru untuk diri aku..
Disisihkan keluarga..
Disisihkan kawan-kawan..
Disisihkan teman-teman..
Disisihkan semua la..
Termasuk diri aku sendiri..

Disini bukan tempat mintak simpati..
DIsini jugak bukan tempat menunjuk siapa benar siapa salah..
Disini jugak bukan tempat mencari kasih sayang..

Tapi mana lagi kan..

Aku tahu sejak kebelakangan ini aku kurang balik kekampung..
Bukan kurang..
Memang tak balik lansung..
Bukan tak nak balik..
Tak ada yang nk tinggalkan rumah sendiri kan..
Tapi
Biarlah aku sahaja yang simpan sebabnya..

Berilah aku peluang..
Aku bukannya jahat sejahat yang semua sangkakan..
Atau lebih baik aku hidup dialam kubur plak..
Mesti semua perkara selesai..


*Itulah luahan hati aku pada jam 2000 waktu tempatan..
Kenapa aku terasa begitu??
Apa yang ada dibenakku??
Mungkin benar..

Bila kita letih, berserabut..
Kita akan merapu setiap masa..
Itulah aku ketika final exam..


So..
Yng baik jadikan tauladan
yang bruk jadikan sempadan..
Salam sayang

Israr Mainong..

Sejak Kenal Mereka..

Sejak kenal mereka-mereka ini hidup saya sedikit sebanyak separuh jiwaku pergi berubah.. Siapa mereka. Bertuah betul dapat masuk blog saya nie.. Maklumalah selalunya yang masuk blog saya orang yang kene hentam sajok.. Wkakaka.. Kau ada..

Dorang ini dianggap betuah masuk blog aku sebab aku rasa dirang telah mengubah sedikit gaya hidup aku.. Manusia. Mana "perfect".. Lainlah aku nie robot.. Memang tak la..

Mereka-mereka ini adalah..

1) Housemate Kolej Zamrud 8.09..
Nung sayup tingkat 8 kolej Zamrud UiTMPP aku diletakkan bersama kawan-kawan aku.. Bilik pula no 9.. So tak heran la kepala kami gila-gila sampai tahap 10.. 10 tuh kira biull tahap nak mampos la..

Yang pertama Iqbal..
OMG.. I miss him so much.. Dia sambung pelajaran dia kat Politeknik.. Semuannya gara-gara aku.. Aku la ajak dia main-main masa final exam..Maklumlah masa tuh darah muda.. Sikit-sikit boling..
Samapi dia nak sambung sem 2 tak dapat. "faham-faham jela erk".. Aku ni dikira bernasib baik ditapis dengan enapis teh dan terlepas dari tersangkut kat jaring penapis tuh.. Untung jugak jadik orang kurus..
Takpela, lagipun dia dah berjaya sekarang..
Eh lupa plak.. Apa yang di ubah tentang hidup aku ialah dia telah memberi aku inspirasi untuk terus meningkatkan semangat untuk sem2.. alangjah malang sem 3,4,5 semuanya hancur.. Sem 2 jew.. hahaha

Yang kedua Zack..
Budak nakal nie masih ada lagi nie.. Selalu wat masalah.. Tpi masalah kaw buat kami senang.. wakakkaka.. Kaw pong banyak ubah dan menyenangkan hidup aku.. Sejak Pak Putih duk ngan aku.. Banyak dia siapkan kerja aku.. Aku buat nie dengan dia.. Bawak dia kesana-kemari.. Hahahhaha..

Yang ketiga Wan..
Inilah budak yang selalu bawak kitaoang main boling.. Jahat-jahat.. Dah la garang. Tinggi dari KlCC ag.. Takot aku.. Takpe.. Aku kawan je ngan semua oranag.. Tinggi ke.. Rendah ke.. Tak dew kaki ke.. Hahahaha..

Itu kesah budak-budak bilik aku..

Mereka mereka yang aku kenal selain budak bilik aku pulak..

1) Acap.
Apabila hendak bercerita pasal dia kita mesti berbahasakan kelantan
"mamat ni aku kenal dio maso pak 1.. Ore yang gege.. tapi aku kawe jugok.. Sebak semangat dio nok blajor.. Lening dio banyok tolong aku.. Aku pong banyok tolong dio.. hahahaha.. Samo-samo tolong.. Sokmo wat kijo lost monot.. hahaha.. takpo.. mu pong banyok totlong aku.. terimo kasih acop"
Korang faham2 sendiri la..

2) Iylia
Dulu dia nie ok.. tapi sekarang mcm sengal plak kan.. Aku tak nak mengaibkan orang dalam blog panas kehijauan aku nie.. mati aku.. dia nie sekarang hosemate aku... Tapi aku dah tak bertegus sapa sebab kejadian yang agak menyakitkan hati aku.. Dah la wat masuk air lam bilik aku.. Selimut aku yang basah dia tak basuh.. Ape kes.. Wat salah tak pandai tanggung.. Bengang jew.. Stop.. hahaha.. nie bukan sesi luah perasaan.. Senyum.. hahhaaha.. Dia orang penang.. So banyak bantu aku merubah aku kejalan jalan yang benar.. Supaya tak sesat contohnya kat pulau.. Jalan kat pulau agak menrwangkan mata.. so dia yang buat kitaoang tak sesat.. hahahaha.. *jgn ingat jalan keimanan sebab diri dia sendiri pong tak seberapa nak pandai eja iman.. hahahha ops sorry..

3) Fatin Nurul Hidayah.
Baru kenal nie budak nie.. Entah apa2 perangai budak nie.. mengamuk tak tentu pasal.. taku nak buat bini.. kalau mengamuk selalu balik kolej.. macam kawan baikknya.. hahahha.. Dia nie banyak gak bantu aku.. So thanks yer.. malas nak tulis banyak2.. nanti aku dicubit..

4) Aca n d geng..
Geng2 nie ala2 geng yang gewdiks2 dalam kau dan aku.. Aku kawan jew.. bantai jew.. sebab dorang tak gewdiks dan baik ngan aku.. Bila aku ngan dorang, aku jugak akan anti "sotong", "Obor-obor" dan "Merah".. Hahahha.. hanya kami yang tahu itu.. Nama yang aku ingat je aku letak nie.. Macam Acharuddin, Haruddin, Wintor Sonato, Aliaruddin, Nadiaruaddin, Aizatruddin dan berapa-berapa DIN lagi la.. tahnks korang selalu buat aku tertwa.. best gler kawan ngan korang.. harap lepas nie kita tetap kawan..

5) Didi fatin..
Dia pong aku baru kenal walaupong kerap kali selisih macam sirap selasih.. Hohoho.. Kami satu group la ngan Acap, Fatin, Wan.. budak2 aerospace.. So DD seorang yang sangat membantu.. Boleh jadii pembantu rumah lepas nie.. Hahahaha.. DD thanks atas bantuan kaw.. semoga kita satu group jumpa lagi.. Lepak sama2.. Hehehehhe

6) Syazrin @ reen @ syaz @ watever la..
Uish, hebat budak nie.. Baru kenal sem nie masuk carta aku.. Hahahha.. Macam Akim la.. Aris baru tapi lagu duk carta no 1.. *bueeerkk..
Okok.. Mula-mula aku kenal dia nie masa GPMS la.. Dia suh aku wat kerja masa cuti midsem.. Ape kes kan.. Aku baru berhajat nak balik.. Hahahha.. Tetiba dapat panggilan dia "suh" aku buat something..
Reaksi mula2..
"Ape kes kan budak nie nak suh aku.. Tak dew orang lain ke.. Kaw kan ketua program.."
Tetapi berubah apabila..
"Israr, boleh tlong tak.. Israr tak balik kan..."
Ropernyer..
Aku dah menghebahkan kat orang aku tak balik.. Amik kaw..
Tapi tak pew.. aku pong berhajat nak tolong.. So aku tolonglah samapai program tuh tamat..
Dia merubah hidup aku dari baby blue ke green..
Faham tak?? hahahaha
Dulu aku bukan main sokong baby blue sebab GAFIM.. Sekarang aku rasa GO GREEN lagi menawan keluarga bahagia..
SO dia memperkenalkan aku kepada GO GREEN.. walaupong kami jumpa kami tak bercakap pong pasal GO GREEN.. hahahha
Sejak dari hal itu aku rasa dia boleh jadi kawan yang baik walaupong kepala kami tak sama.. Sebab dia rambut panjang lepas masuk final.. Aku rambut panjang kene potong untuk masuk final.. GErammmmmm...

7) .......
Akibat terlalu ramai kepala aku dah pusing senang aku cerita semua orang kat penang nie merubah hidupo aku kearah kebaikkan.. Yahoio.com cap google seacrh.. Terima kasih penang.. :)

Monday, April 26, 2010

Perkara Yang Paling Aku takkan Lupakan

Aku nak cerita benda yang korang tak pernah tahu apa yang terjadi sepanjang 3 tahun aku duk Penang nie.. (ni sikit jew)


1) Pertama kali

Wah bangga aku masuk menjejakkan pertama kali kaki aku nie kat UiTMPP.. Masa tuh keluarga aku yang hantar.. Masa dorang dah nak balik masa tuh aku tak sedih.. Sebab semangat aku nak belajar kuat dalam diri ini..
PAstu aku slumber la lepak dalam bilik.. Keluarga aku dah balik Terengganu.. Kawan-kawan pong sempoi habis masa tuh..
Aku apa lagi seronoklah kan..
Biasalah budak baru..
Baldi baru.. Semua baru..
Malam pertama kat sana tetiba aku teringat kat muka Ma dan Abah aku..
Masa tuh cepat2 masuk bilik air..
Entah kenapa aku masa tuh terlalu sensitif..
Baru terasa sedih..
Adakah aku fikir masa tuh aku jauh ngan family aku??
Ye la kan dipisahkan gunung ganang dan beberapa buah negeri..
TAPI..
Aku hanya pendamkan sorang diri saja..
Kakak aku tanya aku nangis ke tak..
Masa tuh macho aku jawab mana ada nangis..
Pada dalam bilik air aku dah menangis.. Air mata satu baldi..
Itulah kisah pertama aku.. kalau kakak aku baca mesti dia tergelak-gelak ingat dia nangis jugak masa kene paksa masuk NURSE kat johor aritu aritu.. hahaaha

2) Selalu berangan nak jadi MPP

Hahahaha.. Lawak sih.. Kalau korang kenal aku memang pelik.. Aku memang anti MPP nie.. Aku berangan saja.. Maklumlah aku yer pointer tak sehebat dan tak dapat nak masuk jadi wakil pelajar..
Hahahaha..
Korang tahu kenapa aku nak jadi MPP??
Sebab aku nak ubah style UiTM.. hahaha.. uBahlah.. yang pertama dari jemput artis nasyid2 nie.. baik jemput artis kaw2 sikit.. aku pernah berangan nak bawak masuk artis2 muda masuk amik engineering.. Tapi apakan daya aku pong sendiri tak berdaya..
Wakakaka.. Tapi sekurang-kurangnya anganan aku nie aku sendiri yang reka.. hahah
Selain itu jugak aku nak buat satu program yang melibatkan semua kawan-kawan aku.. aku ak dorang femes jugak.. hahahha
Last2 aku hanya dilantik sebagai pengerusi LAMAN SISWA oleh kawan-kawan aku..

3) Aku shopping sorang-sorang

Akhir2 nie perkara ni agak terbongkar.. Hahaha.. Aku tak suka keluar kalau nak beli barang ramai2.. sebab OBJEKTIF aku tak akan kesampaian kalau keluar ramai2.. Kalau makan-makan tuh tak pe la.. Dah beratus kali sepanjang 3 tahun nie aku pergi shopping sorang2.. Pelik kan.. Aku selalu ke JUSCO..

Perkara pertama aku buat beli dulu semua barang aku nak macam seluar, baju..

Kedua aku akan beli KEK.. I love kek..

Ketiga akan makan KFC.. Hahaha.. Jugak sorang2..

TU la aku.. Aku sebenarnya tak suka susahkan orang.. hahahha
Ok tak perangai aku??

4) Selalu menyanyi tanpa suara kat lam bilik air..

Disebabkan boring masa mandi dan tak tahu nak buat apa.. aku berangan aku nyayi atas stage besar.. kat bilik air umah aku dan kat kolej.. Kalau aku mandi lama tuh aku bukan buat mende yang bukan2 erk.. Hahaha..
Habislah terbongkar rahsia aku..
Maklumlah.. kita kan jauh dari family.. Hahahaha.. So rasa rindu sikit nak liburkan hati nyayi sorang2.. hahhaha

5) kalau marah atau stress aku akan main game kat tingkat 3 Jusco (sebelah panggung).

Yang nie aku sanggup pergi ke Jusco semata-mata nak lepas marah.. Dan bila aku pergi balik tempat tuh ngan kawan-kawan macam terbayang-bayang aku sensorang ngah main kutip gula-gula tuh.. huhuhu.. kadang-kala kenangan itu buat aku tergelak.. nak nagis pong ada.. Tapi semua tuh bakal aku tinggalkan..

6) Aku akan potong rambut.

Bukan aku ikut rambut tuh panjang ke pendek.. aku akan potong rambut kalau aku berada dalam keadaan kecewa.. Macam kene tolak dek awek ke.. (cerita pasal awek nanti ada jugak).. Hahahaha.. Aku dah banyak kali potong rambut.. so banyaklah aku kecewa sepanjang duk penang nie.. Kecewa ngan "GAFIM" pong ada menyebabkan aku potong.. hahaha
Bodoh tak aku?? Hahahahaha

7) Pernah tak makan 4 hari..

Ni cerita sedih sikit.. Tapi ini dah menjadi kebiasaan bagi setiap pelajar.. aku tak cerita kat orang kalau aku ada duit ke.. Tak ada ke.. Sebab itu adalah peribadi aku.. Huhuh..
Bukan kedekut..
Tapi aku rasa aku tak nak dikasihani..
Nak mintak ngan Ma apatah lagi kan.. Berbunga-bunga siap susun ayat atas kertas nie..
Ngan kakak aku lagi la... Lebih2 lagi dia dah ada baby sekang..
Tak nak susahkan dia lagi..
Aku nie memahami semua orang..
Hahahha.. Tapi aku akan duk dalam bilik termenung depan lappy.. Melihat gambar yang makanan yang sedap2.. Macam Kek ke.. Aku siap ada koleksi gambar kek..
Aku memang suka kek.. Huhuhuhuh.. tapi aku bukanlah pandai buatnya..

8) Nie yang best (cinta cintun)

Banyak sangat aku merahsiakan aku suka kat sape.. yang terbongkar pong 3 jew.. Dua ditolak dan satu tak kesampaian.. huhuhuhu.. Sedihnya..

Yang pertama masa part 1..

Kami memang serasi la.. Tak perlu sebut nama.. Mengaibkan..
Kami memang kelakar.. Selalu bergayut.. Tengok langit dan bintang.. Dan semua perkara cerita masing2..
Masa tuh jugak aku tahu dia telah memilih orang lain.. aku tak kecewa.. tapi agak bengang la kan.. huhuu.. tapi takpew..
Sekarang dia pong bahagia aku pong tetap tak bahagia..
Awak.. saya tetap rindukan gurauan awak.. sampai hari ini saya ingat kita kira bintang sama-sama.. huhuhuh

Yang kedua masa part2..

aku masuk kelas dan aku dengar suara budak nie yang agak lancau.. hahaha.. Memang suara dia tak leh blah.. laju gler.. hahaha.. aku cari gak mana tuannya.. rupanya dia seoarang yang comel..
Dia selalu membuli aku.. (buli manja) wakkakaka
Yang paling aku tak lupakan ialah kita kuar jogging sama2.. makan sama2 kat foodcourt.. hahaha
Awak yang kedua: walaupong sekarang awak hak milik orang lain..Saya tetap ingat awak suruh saya nyanyi lagu DORAEMON kat depan kelas.. Tu sebab sampai sekarang saya suka tengok DORAEMON.. Huhuhuhuh.. semoga awak berbahagia dengan dia kat tempat baru erk.. huhuhuhu

Lepas tuh aku dah malas nak bercintan-cintun nie.. aku rasa aku manusia paling bodoh.. aku lembab.. Hahahaha.. takpelah.. Mebi jodoh saya ngan orang lain kot..

Tak habis lagi.. Cinta yang ketiga:
Cinta ni terjalin sebab kami selalu bersama.. Lagipun dia ada masalah dengan pakwe dia.. Aku pong care la sikit dia.. Selalu msj.. Dia pong selalu cerita masalah-masalah dia..
Tapi cinta aku ni tamat begitu saja.. Sebab walaupong dia sayangkan saya dia lebih sayangkan pakwe dia..
Untuk awak: terima kasih memberi sinar kat saya.. Saya tahu saya nie takde la sesempurna manusia lain.. tapi ayat last awak buat saya terasa sampai sekaang.. takpe mungkin suatu hari nanti awk jugak akan dapat ayat yang sama dengan apa yang saya dpat..

"cinta" keempat:
Kenapa ada ".." ah?? pelikkan?? hahah cinta keempat cinta suka2.. Sebab aku dan kawan aku tengok dia selalu ke library.. rasa comel plak.. tapi dia dah berpunyer.. Pakwenyer lagi beriman dari aku.. takpew la.. aku dah serik dah.. tapi aku akan cuba lagi.. hahha

bak kata orang gagal sekali tak bermakna gagal selamanya kan.. so aku akan mencari yang terbaik dikalangan yang terbaik..
ke ada orang yang cinta aku?? isi borang cepat... hahahhaha :)

Monday, April 5, 2010

hari ini tak sama dengan hari semalam

Sejak kebelakangan ini aku seringkali tergendala untuk menulis sesuatu..
Alasan busy memang terbaik lah untuk diberikan..
Tapi dalam kesibukkan aku tu..
aku tidak pernah miss cerita dan berita yang gembira dan menyedihkan..

Manggamit perasaan seluruh Malaysia apabila berita Allahyarham Din Beramboi telah kembali ke rahmatullah.. Al-Fatihah

Berita yang mengejutkan aku..
Termenung..
Ajal maut ditangan tuhan..
Tak kira umur..
Tak kira tempat..
Dan tak kira masa..

Tapi apakan daya..
Aku hanya mampu menulis itu sebagai kata-kata..
Selagi termampu kita doakan yang terbaik..

Seperti dalam drama-drama..
Tiada tagisan bukan cerita melayu namanya..
Tiada slot makan pagi tengahari dan malam bukan cerita melayu namanya..
Bukan nak mengutuk..
Cuma nak bandingkan..
Ye la..
Hidup kalau tak lengkap macam mana nak berjaya kan..
samala seperti drama melayu..

Bulan tiga meningglkan aku dengan kesan yang cukup mendalam..
mana tak yer..
2 program dalam satu masa..
mampos aku bulan 3..
Letih gler..
Aku tak tahu nak buat macam mana lagi..

Alangkah baiknya berada dirumah..
Eh..
Bercerita mengenai rumah.. Genap 4 bulan aku tak balik kampung..
Apa yang dah jadi kat kampung aku tuh..
Baik ke??
Buruk ker??
Tappi tu la..
Aku tak layak tahu benda macam tuh..

Abah aku perlu..
Sebab dia ada sebab tertentu..

Itu hari semalam..
Aku akan menghadapi hari ini dengan situasi yang lain..
So setakat ini sahaja dulu..
memerah otak memutar idea..
Salam 1 Malaysia dan salam Go Green..

Ingat apa yang kita buat berlandaskan NIAT kita..
Jangan takut pendakwah takutlah Pencipta dakwah itu..