Tuesday, June 3, 2014

Surat untuk Abah

Sesebuah perjalanan kehidupan seseorang yang panjang pasti akan mengalami waktu sukda dan dukanya.. Tak terlepas sedikit pun satu kebahagiaan dan kesedihan dalam kehidupan seseorang itu.. Termasuklah penulis ini yang merasakan tahun 2014 adalah tahun yang sangat mendukacitakan dalam kamus hidupnya..

Sebelum hal ini terjadi aku pernah menyebut satu ayat ini:

"Yang pergi tetap pergi meninggalkan kita.."

Hari ini, kali ini dan saat ini aku mengalaminya.. Tanpa disangka.. Setiap hari aku berdoa agar aku tidak pernah melupakan insan ini.. Tak pernah lupa riak wajahnya.. Walaupun aku dan beliau bukan dalam dunia yang sama..

Episod sedih ini tak akan pernah luput dalam fikiran aku.. Setiap masa, tersentap hati aku setiap kali aku bangun dari tidur, aku anggap semua ini mimpi.. Tapi, ini semua realiti yang aku kena hadapi dan berdepan.. Patut, wajib dan mesti walaupun pahit.. walapun terasa tidak mampu..

6 Jun
Tarikh ini semakin hampir.. Lain.. Lain dari yang kebiasaannya.. Kali ini 6 Jun hanya menjadi hari yang tiada bertuan.. Hari yang akan kami kenang didalam kertas.. Hari yang hanya kami kenang didalam doa.. Hanya itu yang beliau harapkan dari kami.. Ya Allah, cepat benar ujianMu.. Besar sungguh ujianMu.. Ya Allah utuskanlah "surat" ini untuk Abah..


Assalamualaikum..
Kehadapan Abah tersayang..
Is harap Abah bahagia sekarang walaupun Is tak nampak Abah lagi..

Abah.. Abah tahu yang Is sangat rindu Abah.. Abah adalah kekuatan Is.. Walaupun Is tak tunjuk masa Abah masih dibumi Allah tapi untuk pengetahuan Abah, setiap kali Is balik kerja menghadapi hari-hari yang sukar, wajah Abah lah Is nak tatap supaya tambah kekuatan dalam diri Is ini..

Abah.. Is yakin Abah sentiasa disisi Is.. Setelah Abah pergi, kekuatan Is separuh hilang, kekuatan seorang anak lelaki yang masih memerlukan kasih sayang seorang Ayah.. Seorang anak lelaki yang lemah menghadapi dunia ini.. Yang masih perlu pimpinan seorang Ayah seperti Abah.. Setiap kali Is balik rumah, Is tak kuat.. Is merasakan sesuatu yang kosong tanpa Abah.. Abah tak rindu nak balik rumah ke?? 

Abah.. Is masih beruntung.. sebab Abah tinggalkan seorang insan yang sangat setia dan menyayangi Abah dunia dan akhirat.. Abah tinggalkan Is seorang insan yang penuh kemuliaan.. Yang tak putus-putus merindui 
Abah.. Abah nak tahu?? Dah hampir sebulan Abah tinggalkan Is, Is tengok Ma sentiasa ingat kat Abah.. Ma sangat setia kat Abah.. Walaupun beliau tahu setiap kali dia tidur, dia akan merasa kesejukan tanpa pelukan 
Abah.. Bila Is bagitahu ini mesti Abah risau kan? Tapi Abah jangan risau, Is akan jaga insan mulia itu sepenuh hati Is.. Sebab insan itulah sekarang menjadi kekuatan Is sekarang.. Menggantikan aura Abah.. Abah beruntung mempunyai insan yang begitu setia dengan Abah.. Abah mesti bangga kan?? Is terkadang cemburu dengan kehidupan Abah.. Abah mempunyai sifat pemimpin yang sangat disegani..

Abah.. Abah tahu yang 6 Jun akan tiba?? Abah tahu tarikh itu yang Is tunggu dari tahun lepas.. Setelah kami seolah-olah tak sambut harijadi Abah tahun lepas.. Tahun ini Is ingat nak buat besar-besaran untuk menggantikan yang tahun lepas.. Is tak nak Abah berkecil hati kerana melupakan tarikh lahir Abah.. Tahun lepas semua sibuk.. Is pun sibuk sehingga mengabaikan hari penting dalam kalendar keluarga kita.. Tak guna betul Is ni kan.. Tapi tarikh ini akan dilalui kami tanpa Abah.. Tak tahu la macam mana nanti.. Dan perancangan Is tak menjadi lah nampaknya.. Kecewa..

Abah.. Panjang lagi Is nak bercerita ni.. Sejak Abah tiada, Is menjadi seorang yang penyabar.. Is menjadi seorang yang tenang menghadapi segala masalah.. Sebab Is nak jadikan Abah sebagai role-model.. Setiap kali Abah menceritakan kehidupan Abah masa kecik-kecik dahulu, susahnya nak menghadapi.. Tak macam kami adik-beradik, lahir-lahir banyak kemudahan dan kasih-sayang diberi.. Itulah beza Abah dan kami.. Pengalaman masa kecik Abah itulah membuatkan Abah menjadi insan yang kuat dalam segala hal.. Dan melalui inilah Is nak amik sebagai pengajaran.. Abah doakan Is berjaya menjadi macam Abah ok..

Abah.. Sejak Abah tak ada.. Terasa sangat pemergian Abah.. Bukan Is sahaja yang terasa.. Bukan keluarga kita sahaja.. Kawan-kawan Abah.. Rakan-rakan seperjuangan Abah didalam politik.. Saudara mara kita.. Termasuk insan-insan yang banyak Abah bantu.. Mereka juga terasa kehilangan Abah.. Tapi Abah jangan risau, mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan Abah.. 

Oh.. Abah perasan tak cucu-cucu kesayangan Abah?? Mereka sihat-sihat belaka.. Is janji takkan bagi dia lupa akan Abah.. Setiap kali Is akan tanya "Mana Aki??".. Is akan tanya supaya mereka takkan lupa akan Abah.. Marissa, Reezq, Rayyan dan Alaiqa sentiasa ingat akan Abah.. Tapi Abah ada 'jumpa' cucu Abah yang sulung tak kat sana?? Qaireen.. Abah kirimkan salam rindu buat Qaireen ya.. Sekuarang-kurangnya Abah ada peneman kat sana.. 

Abah.. Masa kali terakhir Is mandikan Abah, Is tengok Abah senyum.. Waktu Is cium tangan dan dahi Abah, Is rasa tenang sangat.. Is rasa Abah bahagia.. Bahagia kerana Abah seorang insan yang kuat.. Tidak gentar..Kadang-kadang Is tanya tak boleh ke tangguhkan pemergian Abah.. Sekurang-kurangnya biar Abah tengok Is boleh berjalan sendiri.. Tapi semua itu takdir kan Abah.. Kita kena terima semua itu.. Tak kira la suka atau tidak kan..

Ok lah Abah.. Dah panjang lebar Is tulis.. Nanti penat pulak nak membacanya.. Abah.. Selamat ulangtahun kelahiran.. Walaupun Abah dah tiada, tarikh ini tetap dalam ingatan selamanya.. Semoga Abah tenang disana.. Suatu hari nanti kami akan menyusur Abah.. Sepanjang kami hidup didunia ini, kami akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Abah.. Sebab hadiah yang boleh Abah terima adalah DOA dari anak-anak yang soleh dan solehah..

Salam penuh kerinduan,
Israr Hj Mainong




Monday, May 26, 2014

Abah, aku merinduimu..

Sabtu, 10 Mei 2014

Pagi yang tak disangka.. Kebiasaanya aku akan bangkit awal untuk selesaikan aktiviti-aktiviti seharian.. Lagi-lagi hari sabtu.. Hari semua nak berehat.. Tapi tanpa aku sedari ada insan yang akan "berehat" untuk selamanya.. Abah.. Jikalau aku dapat mengulangi hari itu.. Aku pasti memelukmu.. Pasti..

Sabtu itu, perancangan Allah lebih cepat.. Pagi itu Abah dan aku seolah bangun pada waktu yang sama.. Aku tunggu didapur untuk Abah selesai mandi.. Kenapa yer Abah mandi lewat pada hari itu?? Biasanya Abah akan mandi waktu subuh.. Mungkin Abah penat.. Waktu keluar bilik air, Abah sempat merenung aku dari jauh disatu sudut ruang dapur.. Aku tak pelik.. Itu biasa..

Hari itu, aku kena selesaikan satu tugasan.. Aku ke UMT seperti biasa walaupun hari itu cuti.. Dan pada hari itu, tiada apa yang aku rasa.. Seolah seperti hari-hari biasa.. Dan aku tak tahu renungan Abah pada aku waktu itu adalah yang terakhir.. Pasti aku akan ingati seumur hidup aku.. Pasti..

Perjalanan pulang aku petang itu menerima panggilan dari Ma.. Bermula detik itu, aku kelam.. Aku tak tahu dunia aku dimana.. Aku bergegas pulang kerumah.. Saat aku masuk dalam bilik, aku melihat sekujur badan yang merenung aku pagi tadi kaku.. Aku panik.. Aku kelam.. Perjalanan membawa Abah ke hospital menjadi saksi dimana waktu itu seolah-olah aku berada dialam lain.. Dunia lain..Lebih-lebih lagi apabila mendengar Kalimah Syahadah dari mulut Ma yang berharap Abah mengikutnya.. Lentur hati ini.. Remuk hati ini.. Terlalu cepat masa berlalu masa itu..

Ahad, 11 Mei 2014

Bacaan Yaasin pagi Ahad mengiringi pemergian seorang insan yang banyak membantu semua pihak.. Tepat jam 9.10 pagi, bantuan penafasan Abah berhenti setelah Yaasin habis dibaca..

Abah..
Waktu itu, muka Abah aku tenung.. Aku bertanya...

Abah, Abah ke ini..?
Abah.. kenapa kaku??
Abah.. Abah kuat kan??
Abah.. Abah tinggalkan Ma?
Abah.. Abah  tinggalkan kami?
Abah.. Abah kenapa diam?
Kenapa diam?? Kenapa??

Aku pegang tangan Abah.. Bersalam buat terakhir kali.. Kucup buat terakhir kali.. Perlu ke aku redha dengan semua ini?? Banyak lagi perkara yang aku ingin lakukan dengan Abah.. Pada waktu itu, menyalahkan sesiapa tak dapat kembalikan Abah.. Abah dibawa pulang kerumah.. Rumah Abah.. Tempat Abah berjuang..

Apa yang perlu kami lakukan?? Kami berusaha buat yang terbaik untuk Abah.. Untuk Abah buat kali terakhir.. Itu sahaja kami mampu.. Sepanjang menguruskan Abah, kenangan bersama Abah terus bermain dimata kami.. Seolah Abah bersama kami walaupun jasadnya kaku disebelah kami..

Buat Abah..
Abah tak pernah "mati" buat kami..
Abah tak pernah susahkan kami..
Abah sentiasa dihati kami..
Kami janji akan menjaga Ma sebaik mungkin..
Walaupun kami tak kuat, kami cuba.. Itu yang Abah inginkan..
Abah, damailah Abah dialam sana..
Doa dan amalan sahaja yang kami dapat kirim..
Kasih sayang kami tak pernah lupus buat Abah..

Abah.. Kami pasti merindui bebelan Abah.. Senyuman Abah.. Gurauan Abah.. Kemarahan Abah.. Kegigihan Abah.. Abah bersama kami.. Dan kami sentiasa bersama Abah..

Abah.. Semoga kita berjumpa disuatu hari nanti.. Di Syurga Allah yang indah.. InshaAllah..


 Sempat juga Abah merasa Diploma adn Degree aku.. InsyaAllah aku akan menghadiahkan Abah satu yang lebih besar lagi dari ini.. Itu yang Abah harapkan..













Dedikasi untukmu Allahyarham Haji Mainong bin Ali..

Urat-urat mu..
Denyutan nadi mu..
Hembusan nafas mu..
Tenaga mu..
Adalah untuk kami..

Pergimu membawa kerberkatan..
Pergimu terasa cepat..
Pergimu membawa sinar..
Pergimu meninggalkan satu mutiara dah lima permata..

Abah..
Mutiara mu sentiasa bersinar untukmu..
Mutiara mu sentiasa merinduimu..
Mutiara mu sentiasa menghormatimu..
Mutiara mu bersama kami..

Abah..
Permata mu menyanyagimu..
Permata mu mencontohimu..
Pertama mu sentiasa meningatimu..

Abah..
Kita berpisah dunia..
Terasa lemah.. Terasa kelam.. Terasa sesat..
Setiap hari kami menunggumu..

Abah..
Semoga Allah merahmatimu..
Semoga dikau bersama orang-orang beriman..
Hanya doa yang kudus kami kirimkan..

Untukmu Abah tersayang..
Dan dengari kami.. Kami merinduimu.. Merinduimu..
Al-Fatihah..

Hj Mainong bin Ali (06/06/57 - 11/05/14)

Yang mengirim rindu dan doa buat Abah

Puan Shamsian binti Abdullah
Ahmad Izzaq Idzhar
Ahmad Ieme Ikhwan
Nor Irina Sairah
Ahmad Israr Ihsan
Noor Aima Saimah




Sunday, April 6, 2014

Long Beach Perhentian Island

Assalamualaikum..
Bulan lepas dapat jugak bercuti untuk hilangkan stress yang ada.. Dapat pergi untuk kedua kalinya ke Long Beach Perhentian Island. Last aku g masa tahun 2011 diamana aku buat lesen diving kat sana.. Tapi kali ini aku pergi untuk bercuti dan curi idea sikit-sikit... Kali ini aku pergi berempat.. Nabel (Songo), Kak Yatie dan Kak Aryn (Semua Gafimmers).. Ini pun rancang last minit.. I think seminggu sebelum kami pergi.. So semua yang rancang last minit akan menjadi biasanya..

Oh.. Hidup aku dan laut tak dapat dipisahkan.. Bak orang kata kalau taksentuh air laut boleh gila lah.. Percutian kali ini aku pergi hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.. Naik kat Kuala Besut.. Kos untuk semua +-250RM.. So ok la.. Takderlah mahal sangat.. Hujung minggu kan.. Kali ini aku manfaatkan betul-betul percutian ini.. Ingin melupakan kisah-kisah duka.. Kisah-kisah yang meruntum jiwa.. Wah sampai gitu sekali.. SUDAH.. Korang layan lah gambor yang kat bawah ni.. Dan ini adalah tempat wajib pergi as MALAYSIAN.. :P


Hari pertama, lepak dan nikmati view Perhentian yang lawa tu.. Tak buat aktiviti mana lagi.. Hahaha.. Lepak dan bernafas..

 
Ni masa kat Romantic Beach.. The most beautiful beach in my life.. Air jernih dan pasir halus dan putih.. 

Ni masa mula-mula sampai kot.. 

Long Beach..

Long Beach

Mandi kat Long Beach.. 

Bersiap nak g Snokerling..

Romantic Beach

Romantic Beach

Disebabkan aku dah hitam, so tak kesahlah berjemur pun.. Hahahaa..

Bilis(Kak Aryn) dan Dugong(Songo) berjemur

Permandangan dari Chalet

Capture

Bersama kak Yatie

Last Day..
 So, percutian ni saya bagi 4 bintang.. Yeayyyyyy

Sunday, March 16, 2014

ok sangat busy!!

Assalamualaikum.. Tahun ni InsyaAllah aku akan tamatkan master aku.. Kene kerja kuat sikit la.. Dalam kerje kuat tu aku tak lupa nak buat ni.. Dalam mood tengah siapkan kerja, writting thesis, untuk menghilangkan tension dan tegangan aku juga ada menulis sebuah cerita yang berepisod.. hahaha.. Nak tahu?? Nanti aku past kan episod by episod k.. Macam biasalah, masa degreee writing dulu pun aku ada buat jugak satu cerita ni.. Yang ni pula aku namakan dia "KRONOLOGI SEBUAH PERSAHABATAN".. Mengenai kisah suka duka seorang insan dalam bersahabat.. Why?? aku rasa aku dah cukup matang untuk bercerita supaya menjadi moral kat semua orang.. Dengan kelebihan yang Allah bagi kat aku.. Aku akan usahakan supaya peminat-peminat blog aku dapat baca.. Ada ker?? Hahaha..

Satu lagi.. Jangan lupa doakan abah aku selamat menjalani pembedahan hujung bulan ni.. Aku tahu abah tengah risau tu.. Setiap kali aku balik umah aku tatap wajah dia, banyak kerisauan kat muka dia.. Ini adalah first time dia nak kena bedah.. Dalam doa aku, sujud aku pun selalu mendoakan ma dan abah dalam keadaan sihat sentiasa.. Aku masih muda untuk berjalan sendirian tanpa mereka.. Aku masih perlu pimpinan mereka walaupun aku dah berumur 25 tahun..

Berbalik kepada peristiwa yang lepas, aku bersyukur sangat aku masih dapat bertahan sehingga sekarang.. Aku dah kenal manusia mana yang bertopeng manusia mana yang muka hitam.. Dan aku serik untuk berkawan rapat lagi.. SERIK.. Terima kasih bro sebab tunjuk aku cara berkawan yang betul.. Orang kata apa.. Mudahnya kau menduakan persahabatan.. Menduakan takper.. Ni menipu.. Hikhihkik.. Takpe la.. Bahagialah kau.. Aku doakan kau selalu berjaya.. Aku tak mahu ada dendam dan sedikit rasa benci kat sesiapa pun.. Tapi setiap kali aku tgk kau dengan dia, berapi jugak kepala ni.. Sebab? Kau tak pernah penuhi janji kau.. Sebab tu berapi.. eh asal masuk topik ni plak.. Aku tak nak fikir dah.. Makin serabai ke..

Lets do and succes..

Monday, March 10, 2014

Puaskah? Tolong jawab.. :'(

Kepada yang terasa.. Tolong jawabkan pertanyaan aku.. Yang membenggu setelah sekian lama.. KAdangkala hati dan perasaan itu terlalu letih untuk mencari apa salah,dan kekurangan diri ini.. Kawan.. Harapanku utnuk kau menyambutku dikala aku terjatuh, tapi kau membenam aku aku dengan sikapmu yang tak pernah berubah..

Puaskah kau lukaiku?Puaskah kau sakitiku?Puaskah khianatiku?Puaskah? 
Kawanku..

Di manakah nuranimu?Di mana akal sehatmu?Sekarang kau campakankuSetelah kau dapatkanku
Mungkin hanya bila ku matiKau 'kan berhenti 'tuk menyakitiSampai kapan aku begini?Terus beginiTerus engkau lukai

Ingatlah saat yang laluSaat kau peluk dirikuTapi kini semua laluKau tega khianatiku

Jika kau ada jawapannya, tolong bagitahu aku.. Jika tiada, tolong tinggalkan aku.. Tolong tinggalkan segala kenangan kita bersama.. Binalah hidup baru.. Aku deritaku.. Kau dengan bahagiamu bersama orang lain yang kau mangsakan.. Jangan pernah mengulangi perkara yang sama terhadap orang lain termasuk kasih-sayangku..





Bercoba untuk bertahan..

Wednesday, March 5, 2014

Yeah.. Backkkk..

Hola holi holu.. Assalamualaikum..

Hampir sebulan sy silentkan blog saya.. Hanya orang tertentu boleh baca.. Maafkan saya terpaksa membuat keputusan yang agak bodoh itu.. Sepatutnya blog saya ikut suka saya la nak tulis apa kan.. Tak ada kaitan dengan sape2 pun.. Kalau ang terasa pi mampus kat ang la.. Ang kire macam buat salah la tu.. hikhihik..

Sedar tak sedar, klita dah sampai bulan 3 pada tahun ini.. Kemajuan saya dalam hidup Alhamdulillah nampak baik.. Dengan sokongan family, sahabat-sahabat yang setia dengan saya (yang tak setia? non hade).. dan jugak student2 yang memberi kerjasama.. Hikhihik..

Hish banyak nak story mory ni..Banyak benda nak tulis.. Sampai mencurah-curah tak tahu nak start yang mana dulu.. Tolonggg... Hahaha..

Actually la kan.. Kehidupan kita ini banyak pilihan.. Kita boleh pilih antara berikut:

Menjadi seorang yang berguna?
Orang berguna, kalau dicampak dimana sahaja akan menjadi pulau.. Tapi pulau itu hendaklah cantik dan berjasa.. Kalau jadi pulau yang terbiar buat apa kan.. Inilah orang yang berguna.. Bersifat terbuka sepanjang masa.. Walaupun dia dikhianati, disakiti dan dibenci, dia hanya meneruskan langkah dia tanpa hairan dengan hal-hal negatif yang dicampak orang kiri, kanan atas dan bawah.. Saya berharap saya akan menjadi orang yang berguna, orang yang senang dengan kita, kalau dia tak senang ngan kita, adalah tu dosa yang belum terampun.. Setakat ini saya tidak mencipta musuh, tapi orang ramai nak menjadi musuh saya.. Kenapa erk?? Satu hal menjadi tanda tanya saya.. :)


Menjadi orang yang mempergunakan?
Yang ini adalah gunting dalam lipatan.. Luaran nampak cantik, baik dan kemas, tapi dalam tajam setajam lidah yang berkata-kata.. Hah kau.. Macam tu sekali.. Orang yang macam ini selalu mencari peluang yang ada.. Kalau dia dah rasa susah, mulalah cari mangsa yang baru.. Orang ini jugak sama perumpamaan seperti Habis Madu Sepah Dibuang.. Hikhihik.. Jugak Kacang Lupakan Kulit.. Alhamdulillah, setiap hari saya berdoa agar saya dijauhkan orang yang macam ini.. Dan jugak saya berdoa agar saya tidak menjadi orang yang macam ini.. Perhatikan sekeliling anda, adakah anda mempergunakan orang lain?? Kalau ada orang terasa saya mempergunakan dia, cepat-cepat bagitahu.. Saya nk mintak maaf.. Dan saya nak tahu jugak, sebab apa saya mempergunakan anda.. Hikhikhik.. Kalau adalah..

ATAU

Menjadi orang yang digunakan?
Hikhikhik.. Biasanya orang yang begini adalah orang kesunyian atau baru putus cinta.. Selalu jadi mangsa.. Atauapun orang yang baru nak belajar mengenal dunia berkawan.. Tipulah kalau saya kata saya tak pernah jadi orang yang digunakan.. hikhikhik.. Anda jugak kan.. NOW, sedar, anda sekarang digunakan oleh siapa.. Cepat.. Tapi orang mcm ini mempunyai hati yang sangat rendah.. Nice person.. Tapi janganlah terlalu merendah diri sehingga menjadi bodoh dan dungu.. Padahal, jikalau ang stay alone, mungkin banyak hikmah yang terjadi.. hikhikhik.. takpelah, manusia berhak untuk jadi apa yang dia selesa.. Pengalaman saya menjadi orang yang digunakan sangat menyakitkan.. Sehingga hari ini terasa lagi kesannya.. Hurm.. Takper la.. Didunia ini kita tak boleh la nak tentukan dia ikhlas atau tak kan.. Mungkin akhirat mereka-mereka ini akan mencari saya mungkin..


Artikel aku tulis ini adalah untuk diri aku.. kalau rasa sesuai, gunakanlah, kalau tak sesuai, lupakan, dan jangan buka lagi blog ini.. Yeay,, Haters always be haters.. Tak gituuwwwwww... Satu lagi.. perhatikan diri anda jangan menjadi mangsa kerana ketandusan nak berkawan.. Tak berkawan tak matilah orang kata.. Kenalilah sahabat yang kita mula-mula kenal, jgnlah lupa mereka.. Sebab nanti kita akan kembali pada mereka..

Ok la.. Setakata ini sahaja dulu.. Settle kan hal yang mana patut dulu.. Hikhihkikhik.. Maaflah, dalam blog ni saya tak tuju kat sapae2.. Saya just share pengalaman hidup saya.. Kalau terasa, ADA AKU KESAH?? Hikhikhik..


Rindunya kat team basketball.. lama tak throw bola.. bola ada tapi semua member tak main basketball.. inilah faktor saya nak balik uitm perlis.. :'(


Wednesday, January 15, 2014

Sejarah Mungkin Berulang

Assalamualaikum..

Hari itu saya kata semua gembira dah kan?? Hohoho.. Saya masih gembira.. Cuma masih diawan-awangan.. Teruk.. Macam Sejarah nak berulag kembali ni.. TIDAKKK.. Tolong brainwash saya.. Saya perlukan orang brainwash saya..

EH lupa, kalau anda online sambil baca blog saya ini.. Dah ada muzik balik.. Hehehe.. Lagu Berganti Hati tu kena dengan saya sekarang yang hidup dalam kepura-puraan sangat.. Jap saya paste kan lirik dia kat sini..


Satu persatu telah kuhapus
Cerita lalu di antara engkau dan aku
Dua hati ini pernah percaya
Seribu mimpi tanpa ragu tanpa curiga

Ku tak ingin lagi
Menunggu, menanti
Harapan tuk hidupkan cinta yang telah mati
Ku tak ingin coba
Hanya tuk kecewa (Ku telah kecewa)
Lelah ku bersenyum lelah ku bersandiwara
Aku ingin pergi
Dan berganti hati

Satu persatu telah kuhapus
Nada dan lagu yang dulu kucipta untukmu
Rasa yang dulu pernah ada
Kini berdebu terbelenggu dusta dan noda

Kini ku sadari diri ini
Ingin berganti hati
Cinta yang tlah pergi
Harus berganti hati

Harus ku ganti hatiku kini
Ini harus ku ganti
Tak perlu ini lagi harus berganti…


Bestkan lirik dia kan?? Ok la.. Nak sambung buat paper.. Saja singgah jap bagitahu blog dah ada muzik.. Hahahahaha..

Monday, January 13, 2014

Antara Sahabat dan Kawan

Assalamualaikum..
Ada orang bertanyakan saya apakah perbezaan sahabat dan kawan??
**Sebelum tuh tenangkan hati supaya tidak menulis mengikut nafsu dan perasaan supaya tidak mengaibkan sesiapa yang membaca.. Dan semua artikel ini adalah 100% dari saya, dari hati saya bukan diciplak dari mana-mana.  Dan penulisan ini jugak untuk peringatan diri saya juga.**
(Kena tulis nanti ada orang yang terasa dan perasan pulak kan)
Sebelum itu mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada sahabat kakak saya yang terkorban akibat kemalangan jalan raya yang turut mengorbankan suami dan dua anaknya.. Dan juga Cikgu sekolah rendah yang disanjung Cikgu Si Dayang yang telah kembali kerahmatullah.. Al-Fatihah....

****

Melihat kepada perkataan, sahabat itu lebih sopan berbanding kawan.. Dalam pemikiran, jika kita menyebut sahabat, ia merasakan lebih rapat dan selesa dan apabila menyebut kawan, seolah-olah orang yang biasa-biasa bagi kita.. Betul?? (Hentam je) Hentam pun saya rasa point saya ada betulnya..

Berbalik kepada pertanyaan tadi (bagi saya);
SAHABAT - Seorang insan yang dikurniakan tuhan untuk menggantikan keluarga.. Maksud disini bukan gantikan terus keluarga, tapi contohnya jarak antara kita dan keluarga jauh, sahabatlah yang menjadi orang pertama dimana kita mengadu masalah, berkongsi cerita dan menerima baik dan buruknya...

KAWAN- Kemungkinan ramai.. Sebab bak kata pepatah, kawan biar beribu.. Sebab kawan ni macam-macam akalan yang timbul.. Ada yang berkawan dengan kita bersebab.. mengambil kesempatan atas kesenangan kita.. Maksud saya kawan ini ada yang baik dan ada yang jahat..

Seperti kata sahabat saya seorang ini, "Kawan baik kita adalah kawan sekolah rendah sebab semasa mereka berkawan dengan kita waktu itu hati masing-masing suci, dan berkawan keranan untuk berkawan"

Ya, saya ada seorang sahabat sejak sekolah rendah.. Betul lah kata sahabat saya tadi.. Kami bersahabat sejak darjah 3.. Tak pernah sedikit dihati kami ada niat nak bermusuhan.. Sebab saya rasa dialah paling baik.. Dan orang yang baik selalu diberkati Allah..

Mohd Arif bin Musa.. Sahabat saya sehingga sekarang dan selamanya.. Walaupun sekarang jarang bertemu sebab dia dah jadi engineer sekarang.. Aku jugak yang masih menatap benda alah nak habiskan belajar.. Dia seorang yang pandai.. Satu yang boleh saya banggakan, dia tak pernah buat saya rasa menjadi seorang yang jahat.. Dia jugak tak pernah membuat saya menimbulkan syakwasangka.. walhal perangai saya ni teruk.. teruk berdooh.. Tapi dia slumber je.. Dan kami rapat sebab kami tahu matlamat hidup kami masing-masing..
Sahabat terima kasih.. Aku akan terus mengingatin mu.. Hahahaha..

Dan bagi korang, sahabat atau kawan, hargailah sebelum mereka berkecil hati..

Kalau dulu dia yang selalu mengingati kamu tentang semua hal, hargailah..
Kalau dulu dia yang selalu mengatur kamu makan, hargailah..
Kalau dulu dia yang bagi semangat untuk berjaya, hargailah..
Kalau dulu dia yang bersusah-payah untuk kamu, hargailah..
Kalau dulu dia yang membawa senyuman sewaktu kamu keseorangan, hargailah..
Kalau dulu dia selalu menuruti segala permintaan kamu, hargailah..
Kalau dulu dia yang membawa kamu ke alam persahabatan, hargailah..

kerana..

Jika kamu terlepas sekali semua itu, tak mungkin kamu akan dapat sekali jikalau hatinya telah beku dengan perangai kamu yang tak pernah menghargai.. tak mungkin kamu akan dapat semua semua itu.. tak mungkin..


P/s: Hati saya telah beku.. Beku sebeku-bekunya..

Thursday, January 9, 2014

Alhamdulillah.. Aku gembira dan semua gembira..

Assalamualaikum..
Macam episod akhir pulak bila semua orang gembira.. Takper anggaplah habis cerita.. tapi blog ini masih berfungsi,, Jangan ingat terkubur terus ya..

Alhamdulillah, sejak pulang dari KL aku rasa lebih tenang lepas menatap wajah-wajah kesayangan yang sentiasa jujur dalam apa jua keadaan aku.. Membuat aku bertambah semangat.. Membuat aku bertambah rajin untuk teruskan hidup..

Eh..
Hari ini ada satu ungkapan buat sy bertambah semangat.. Dan tiada kena mengena dengan sape-sape pun.. Post ini tak ada nak mengaibkan sape2.. Post lepas telah sy delete yang mengaibkan orang sangat tuh.. DELETE diblog tapi tak dihati.. Hehehehe..

"Kawan sejati takkan pernah berubah walau musim berubah"

Kalau orang baca sekali lalu memanglah tak logik sebab mana ada musim lain kat Malaysia kan.. Hahahaha.. Jangan jadi bongok sangat boleh.. Hahaha.. Biar saya terangkan..

Kawan sejati (kawan yang ada dalam suka dan duka) dan dia takkan berubah walaupun dia telah mendapat ramai kawan baru.. Tetap melalui dengan kita walau suka dan duka.. Faham??

Dan hari ini saya telah berada satu tahap dimana saya nak menjadi matang.. Saya tak nak fikir lagi kawan sejati ni.. Saya tetap berkawan dengan semua orang.. Jadi tak perlulah nak mengelak atau menyorok.. Setelah saya fikir, kawan-kawan lama saya lagi jujur.. Hehehehehe..


Eh, eh lagi..
Satu lagi.. Saya memang tak pandai main badminton.. Ada sape2 boleh tolong ajarkan?? Sebab kalau main dengan amatur yang hebat-hebat (hebatlah sangat) mereka macam tak nak main je dengan saya.. Tak mau satu team pun ngan saya.. Sedihnyerrrrr.. (Tak sedih pun) sebab sy tahu major saya dimana.. Tapi saya tak pernah abaikan/ buat muka kalau kawan saya tak pandai berenang.. kan3.. Dan saya percaya Allah itu memberi kelebihan kat kita supaya kita mengajar orang yang kurang dari kita.. Bukan menghina atau menghindarkan..

TAPI ADA KISAH AKU??

Hahahaha.. Sumpah post ini tak der kena mengena atau untuk mengaibkan sesiapa.. Saya memang orang kurang dalam semua hal.. memerlukan korang2 yang "pandai" ni la ajar.. Janganlah buat saya melukut ditepi gantang.. FAHAM?? tak jugak?? Ada aku kesah. Hahahaha..

Sebenarnya kepala tingtong ni.. Banyak sangat baca journal and paper.. Ye la kan.. Nak berjaya bukan senang.. Kena selalu rajin.. Tak boleh menenangguh atau melarikan diri.. Hahahaha.. Dan sekarang saya sangat bahagia dengan diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan..

*saya tak tahu la kenapa manusia susah sangat nak muhasabah diri.. Tak baca ayat kursi erk sebelum tidor??*