Saturday, March 27, 2010

Bila saya ada 2 ibu!!



Ma, aku merinduimu..




mak, terima kasih atas segalanya..


Yup..
Betul kata orang dulu-dulu..
Kalau ibu sendiri kita tidak hormat..
Tiada orang nak hormat kita kan..

Tapi saya bersyukur kerana dikurniakan 2 orang ibu..

Ibu pertama..
Yang saya cintai selalu..
Yang saya sayangi selalu..
Ma,
Selalu berkorban untuk anaknya..
Harta dan nyawanya sendiri dipertaruhkan..

Untuk besarkan 5 orang anaknya..
Ma,
Bersyukur kerana anak-anaknya berjaya..

Tak bermakna tak memegang IJAZAH anaknya tidak boleh berjaya..
Dia tahu bagaimana menguruskan anaknya..

Ma,
Telah banyak ma harungi semuanya..
Harap ma terus tabah..
Kerana hidup ma akan menjadi kenangan terindah dalam hidup ma..

Untuk ma,
Kerinduan,
Kemesraaan,
Saya amat merinduimu..

Dalam diam tak diam,
Ma,
Seorang insan yang berjaya menghayun dunia..

Walauapapun yang terjadi,

MA,

Saya tetap disisi..



Mak,
Seminggu yang lalu..
Seminggu seolah 21 tahun..

Mak,
Walaupong baru seminggu kita berjumpa..
Tapi..

Mak,
Soerang yang penyayang..
Jauh disudut hati ini untuk memandang harta..
Tidak berkemampuan tidak menjadi penglahang mak untuk besarkan 7 orang anak..

Mak,
Kenangan yang paling indah bersama mak takkan saya lupakan..

Kerana suatu hari nanti saya akan membantu mak..

Itu janji saya..

Ma dan mak..
Dua insan berbeza namun hatinya sama..

Dengarlah janji anakmu disini kerana suatu hari nanti
saya akan mengotakan janji ini...


Coretan anak yang merinduimu..

Monday, March 22, 2010

baru aku tahu!!

Awak..
Hidup memang tak seindah kita sangkakan..
Memang banar..
walaupun kita orang biasa
tapi kita jugak seperti roda..

Tapi bila hati orang tuh dah busuk..
Kita dibawah pong disanggup nak letak kita baeah lagi..

Tapi awak.
saya yakin..
semua nie akan terbalas suatu hari nanti..

Benar..
Percayalah..
Allah itu maha adil dan bijaksana..

Semoga dia mendapat balasan yang setimpal..
Bukan hukuman..
Tetapi PERINGATAN..

Saya yakin Qada' dan Qadar..
Amin..

Saturday, March 13, 2010

Ah, aku dinodai

Satu malam yang penuh kekejaman..
Aku sedang tidur..
Argh tak sanggup aku menceritakannya..
Malu..
Seolah-olah aku tidak mampu untuk hidup lagi..


Ini adalah serius..
Tidak main-main..
Aku rasa hidup aku terasa gelap..


Fu** kau..
Banyak orang dah kau seksa..
Adakah aku jugak??

Kau buat aku terkankang-kankang..
Jalan tak betul..

Kau memusnahkan impian aku..
KAu jangan harap aku dapat maafkan..

hohoho..
Terasa lucah plak post aku kali ini..

Memang betul...
Aku kene


CHARLIE bite kat "tutttt"..

Sakit..
Hilang kemachoan aku..
Bencinya!!!

Friday, March 12, 2010

Kecewa tahap cipan

Dalam dunia nie..
Semua orang melalui kekecewaan..
Malas nak cakap banyak..

Aku kecewa dengan uitm..
Aku kecewa dengan pengurusannya..

Kenapa..
Kenapalah semua nie terjadi..

Kami buat kerja siang dan malam..
Menghabiskan masa dan duit..

Last2..
Tak diluluskan pulak..

Alasannya..
Lawatan yang anda lakukan adalah waktu kelas..

Bapak kaw..
Masalahnya..
Semua lecterer ikut..
Tak faham ke..

Pernat lelah aku rasakan tak berbaloi..
Padahal sebelum ini ada jerk lawatan industri pada waktu kelas..

LULUS jew..

Dan minggu depan budak lain boleh jer pergi lawatan hari KHAMIS DAN JUMAAT..

Ape KES??
Kalau boleh aku nak pengarah baca blog aku nie..

SUMPAH KECEWA TAHAP CIPAN..

Wednesday, March 10, 2010

Bila dah ada..

Bila dah ada buah hati..
Semuanya berubah..

Bila ada buah hati..
Macho sedikit rasanya..

Bila ada buah hati..
Makan dijaga sentiasa..

Bila ada buah hati..
Pakaian semuanya tak ada kedut..

Bila ada buah hati..
Wangi-wanian no 1..

Bila ada buah hati..
Hanphone kene cas sehari sekali..

Bila ada buah hati..
Kedai topup laku gila..

Bila ada buah hati..
Bangun tidur ada masej..

Bila ada buah hati..
Sentiasa nak pergi ke kampus..

Bila ada buah hati..
Penat macam mana pong bersama dia tak terasa itu..

Bila ada buah hati..
Tak pandang yang lain..

Bila ada buah hati..
Semua benda dapat buat..

Itulah perubahan yang anda tidak sedari bila anda mempunyai buah hati..
Tapi saya mengetahui itu..

Kerana buah hati saya sentiasa akan meningatkan saya kepada..

Kekecewaan..
kemarahan..

Tuesday, March 9, 2010

Dongengan Aku Ciptakan

Drama yang penuh dengan aksi akan berlaku tak lama lagi.. Seolah-olah macam dah tua sangat untuk berdrama.. Nantikan saja..

Sangat buruk apabila watak yang kita bawak tidak langsung sama dengan jiwa kita kan..
Rasa macam sengal..

Kalau kat luar buruk berlakon baik macam mana pong..
Aku masuk penggung..

TIDOR..

Tiada keikhlasan..

Panggung tempat kedua untuk aku tidur..
Sekarang aku rasa semua orang mengenali apa itu panggung..

PUNGGUNG??

Tempat duduk sampai lebam kalau cter itu best..
Tapi akan gatal dan gelisah kalau cerita itu memualkan..

Tapi ada juga cerita best orang akan tidor..
Cerita sedih..
Cerita tawa..
Cerita alam..
Semua aku dah lalui..
Ada tidor..
ada tegak sampai habis cerita..

Paling aku kagum drama kisah hidup aku..
Inilah baru masuk post..
Kadangkala terasa sedih dan terharu..
Drama kita sendiri orang lain tak dapat rasakan..

Itulah drama yang sebenar kalau nak dibandingkan..
Cerita diri kita..
Dimana kita..
Dari mana kita..
Susahnya kita..

Lumpuh setiap masalah..
Merangkak..
Meraung..
Menangis..

Luka..
Berdarah..

Semua dah lalui..

Terasa sakit..

Tapi apakan daya..
Semua itu directornya dari Tuhan..

Tiada yang dapat menghalangnya,,
Begitu juga penerbitnya..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Satu persatu alam ini kita renungi..
Hijau..
Biru..
Merah..
Kuning..

kita dah kenal..
Alangkah baiknya jikalau kita tiada didunia..
Tidak pernah wujud..
Tenang fikiran..

Dan alangkah hebatnya..
Kalau kita dilahirkan di Syurga..
Aman..
Bahagia..
Penuh dengan bunga-bunga keputihan..
Tiada secalit dendam..

Kian yang ada pada drama aku kali ini sudah keruh dan lusuh..
Aku yang buatnya..
Aku yang warnanya..

Dan ada jugak tercalit secebis kekotoran yang tak dapat dipadamkan..
Atas kesalahan orang lain kita yang menanggunya..

Malu..
kalau Tuhan tunjukkan sekarang warna kain itu..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sekarang..
Warnanya kembali berseri..
Lunturanya seolah0olah dibaiki..

Cintaku padanya semakin menebal..
Tiada lagi dusta akan aku calitkan disitu..

Maklumlah semuanya akan terselah suatu hari nanti..
Dimana kebenaran akan berpihak pada yang benar..

Kesalahan yang disembunyikan akan timbulkan kekesalan kepada semua..
Kerana semua akan tahu..

AKULAH MANUSIA YANG PERNAH KHILAF KEMBALI BERSERI kerana KEBENARAN..

Peace!!

Monday, March 8, 2010

Butakan mata dan hati

Aku..
Bukan saja-saja membutakan diri aku..
Tetapi..
Aku rasa memang dah buta pong..
Semua kabur jew..
Lebih-lebih lagi hati nie..
Macam tak ada perasaan langsung..

Tak percaya..
aku dapat membuat dua program dalam satu semester..
Semester akhir plak tuh..
Bukan buat..
Tapi tolong..
Ikhlas..
sebab aku rasa enjoy buat tuh semua..
Tak de la nak fikir nama atau pangkat..

Bagi aku..
Semua yang aku lakukan dapat pahala..
Ikhlas..
Lainlah orang salah anggap seperti

KEJADIAN YANG MEMBUATKAN AKU PANAS SEHINGGA SEKARANG..


Ya Allah..
Sekarang manusia tidak lagi takut menyebarkan fitnah.
Apatah lagi memburukkan orang lain..
Semoga tuhan membuka hati mereka-mereka ini..
Dan bukakanlah juga hati mereka yang tersalah anggapkan semua ini..

Aku tahu kebenaran akan terbukti jua..
Ya..
Benar kata sahabat aku..
Apa yang kita lakukan akan dapat balsan
Baik ke..
Buruk ke..

Aku yakin semua itu..
Aku yakin aku benar walaupong masih tidak dapat membuktikan kebenaranya..
Tuhan bersama aku..

Eh..
Korang tahu tak..
Tak kan..
sebab aku pong tak tahu..

Sepanjang hidup aku minggu ini sangat mencabar..
Bebelan..
Gertakkan..
Jeritan..
Semua ada..

Sape tahu??
Aku sahaja yang tahu..

Sape amik kisah??
Aku jugak amik kisah..

Doktor pernah berkata..
Kalau sakit datanglah hospital..
*jap apa kaitan hospital plak nie..

Beginilah..
Aku ada masalah la sikit dengan sorang nie..
Orang kata apa..
Selisih pendapat..
Aku nak wat A
Dia nak wat B

Aku pong dah pening..
Tapi ok jew..
A ke
B ke
Tak kisah..

Sebab aku mampu buat A jew..

Permainan perasaan yang sukar untuk aku sekarang..
Aku berbelah bagi..
'dia' okey ke tak..
Entahla..
Aku rasa macam nak marah pong ada..
Rasa nak makan kerusi pong ada..

'dia'
Saya nak cakap sesuatu..
Tolong dengar cakap saya..
Tapi saya tak tahu nak cakap apa..

Apalah aku malam nie..
Kesemakkan cerita..
Pelbagai..
KAlau korang nak tahu..
Inilah jiwa aku sekarang..

KACAU!!

Ngantok..
Tulis by phone agak lembab..
3G pong lambat..
Tangan letih menaip..
Bateri dah low..

Esok ada kelas..
Maafkan saya..

Untuk "dia"..
Maafkan saya tak dapat jadi sahabat yang kau percayai selama ini.. Kerana secalit nila yang kau dengar dari orang lain terus susu sebelanga kau buang.. Tak patot..

Hihihi..
Sempat lagi luahkan perasaan..

Sunday, March 7, 2010

hidup aku dah macam roda

Wah pernah dulu..
Aku berada diatas sekali..
Bangga tapi aku tak ada secalit watak sombong..

Wah pernah dulu..
Aku naik keatas lagi..
Bangga tapi tak ada secalit watak meninggi diri..

Wah pernah dulu..
Aku naik paling atas..
Bangga tapi aku anggap aku masih berada dibawah..

Tapi..

Dan sekarang aku berada paling bawah..
Kerana satu kata yang tiada kebenaran..
Aku redha..

Apakan daya..
mulut manusia tak boleh ditutup..
Nak hindar juga tak boleh..

Watak aku sekarang seperti macam dahulu..
Tiada perubahan..
Cuma diri ini tak lagi seperti yang semua anggapkan..

Setelah secalit dendam ada dihati ini..
aku menjadi bongkak..
Aku menjadi hilang arah..
Dan aku menjadi KEMAAFAN itu satu kepayahan..

Disini coretan untuk yang mengenali..
Aku adalah aku..
Siapa kisah kan..
ADA AKU KESAH..

Sejak dua menjak ini..
Aku terasa kehilangan..
kehilangan besar..
Aku dah rasa sesuatu seperti ini setahun yang lalu..

Dan sebab itulah aku menjadi rajin untuk membantu..
Untuk hilangkan rasa yang hilang iru.
Untuk menghilangkan lagi rasa kesalahan ini..
Buat 'dia'..
Terima kasih menemani aku disisi..
Satu petang bersamamu takkan aku lupakan..
Aku rasakan bahagia..
Aku tahu 'dia' juga merasakan yang sama..
Alhamdulillah..

Walaupun secara rahsia atau tidak..
Aku tahu 'dia' gembira bersama aku..
Terima kasih..
Aku berharap dapat bersama 'dia' lagi selepas ini..

itu mood GELiSAH..
Sekarang mood ceria..

Tampaknya..
Setelah berusaha aku lebih berjaya..
Aku rasa diri aku maju satu langkah lagi secara drastiknya..
Percaya atau tidak..
Aku suka dikenali ramai..
Buka gila popular ok..
Maksud aku bila aku berjalan..
Semua senyum kat aku..
Aku pong macam kurang siuman senyum kat semua orang..

Maaf nya..
Aku tak senyum kat PAK WE..
Aku senyum kat Mak WE aja..
Hahaha..

Oh mengenai program OPKIM kat kuala Kurau perak..
Semua berjalan lancar sekarang..
Jumaat yang lalu baru jew selesaikan mende yang penting..
Dengan ketua program..

Secara jujur..
Aku bangga dengan ketua program..
Kegegehannya itu membuat aku rasa program ini akan berjalan dengan lancar..
Tahniah
Muhammad Syazrin Zulfakar..

Dan terima kasih jugak kepada
Pn. Aizurah kerana membantu kami..
We love u..
Dan saya akan merindui puan selepas ini..
hehehe

Dan masalah satu lagi..
lawatan indusri..
Nak berhubung dengan pihak industri..
MIAT
TUDM
SPIRIT
KELAB AERO PERAK

kami akan buat trip dari
Penang - Perak - Shah Alam - Melaka - Penang

Inilah cinta..
Ops silap..
Inilah perancangannya diawal bulan 4..
Agak busy..

Semalam tepon mama..
Beliau berkata..
"Nak jadi anak derhaka ke takanak balik kampung??"
"Hahahahaha"
Beliau gelak besar..

Aku jawab:
"Abg Is banyak kerja la ma.."
"Nak balik sangat-sangat"
Air mata nak meleleh dah nie..
Lepas jew letak tepon aku tak tahan lagi..

bak kata siti masa AJL
"Tak tahan, tak tahan"

biasalah bila rindu dah menebal kan..
Semua orang macam tuh..
tak kira lelaki atau perempuan..

Aku jugak rindukan anak sedaraku dua orang itu..
siapla aku balik nanti..
Aku akan bawak mereka jalan-jalan..
hehehe..
suh aku jaga takpew aku balik nanti..
jadi penjaga bayi la aku..
hahaha..

k la..
setakat ini saja coretan aku..
Tak sabar tunggu cerpen dari DIERA STONKOL
Aku yang comel.. hohoho
Yehaaa..

Bye..
GO GREEN

Wednesday, March 3, 2010

saya maju setapak lagi..

hohoho.. dalam diam kita tak sdar akan kelebihan kita..So fikirlah sejenak apa yg telah kita maju walaupong sebesar zarah.Smoga berjaya kawan2 ku..

Tuesday, March 2, 2010

Aku tak akan berpatah lagi!!

Dalam hidup setiap orang ada prinsipnya..
Ada undang-undangnya..
Dan ada jahatnya..
Manakala ada baiknya..
Bukan diri ini nak salahkan siapa-siapa..
Cuma aku rasa aku hanya dipermainkan..

Aku jugak terasa diri aku terlalu bodoh untuk semua ini..
Aku menjadikan kepercayaanku yang kuat ini sebagai penganti diri..
Namun..


Manusia..
Semua dapat simpulkan kesimpulan sendiri..
Sama ada terima pakai oleh manusia lain atau tak..

Manusia lagi..
Kata hatinya lebih benar belaka..
Tak ada dusta kalau ikut jalan masing-masing..
Siapa mangsanya...

Manusia lagi dan lagi..
Tak boleh tengok orang lain senang..
Selalu ada mulut busuk mengatakan sesuatu yang hina.
Perlukah??

Manusia tiada lagi..
Apabila hilang nyawa..
Mulut kemana..
Busuk kemana..
Hanya yang ada roh yang disiksa..


Tapi..

Itu pandangan aku..
Kadangkala aku dapat terima semua ini..
Kadangkala jugak aku rasa aku tak dapat terima..
Apakah sebabnya..

Permasalahan satu-satu hadir..
Tanpa henti bak air terjun..
Rasa tak tenteram selalu berubah
bak pasir dipantai dipukul ombak..


Aku bagaimana??
Terpaksa menelan pahit busuk yang sku kena??

Atau aku yang perlu berlari..
Meninggalkan semua ini??
Atau aku terus dibihingi sehingga titisan darahku yang terakhir..


Ikhlas hati aku tiada siapa tahu..
Busuk hati aku tiada siapa tahu..
Sedih hati aku tiada siapa yang tahu..
Gembira hati aku tiada siapa AMBIL tahu..

Dusta yang semua lemparkan terhadapaku..
Aku terima bersama senyuman yang pahit sekali..
Adakah semua dapat rasakan itu..

Kehilangan aku kali ini bukan lagi satu gurauan..
Kehilangan aku kali ini penuh dendam dan cacian..
Kehilangan aku kali ini tidak sempat aku bersihkan nama aku..
Kehilangan aku kali ini semua orang akan tersenyum..







Seperti yang aku katakan..
Aku TIDAK BERGURAU kali ini..
Bukan untuk cetuskan kontroversi tapi aku BerSUMPAH aku tak akan lagi berpatah KEMBALI..

Walaupun depanku penuh dengan linangan air mata yang aku curahkan..
Terima kasih atas segalanya..





Monday, March 1, 2010

Sayang Kak Sally..

sally_8176 said...
menyampah pong sayang...eleh..i've been in ur situation to be a student lor...jwb soklan ko ade??mmg ade laaaa...

Kak Sally:
"menyampah pong sayang...eleh.."
Tak ada maknanya lagi kak..
Saya rasa tak ada semua nie lagi bagus..
Tapi apakan daya..
Hutang budi dibalas budi..
Nanti lepas pangkah habislah budi tuh..
Tunggu lepas 4 April jew..
Hahaha.. Kan..
Tak ada sayangnya..
Tak pernah pong..
Kalau ingat semua tuh sakit ati ada la..

Aku Saja Yang Tahu - Farhan AF4


"i've been in ur situation to be a student lor"
Kan..
Semua orang macam tuh kan.. hehehe

"jwb soklan ko ade??mmg ade laaaa..."
tanya lagi.. Ada pa?? hahah


"ko ADA"

KeSERABUTAN makin memuncak

Hohoho..
Dalam senyap-senyap aku mencuri tau..
Anugerah punya pasal aku buat dosa yang berfaedah..
Bukan aku sahaja..
Kawan-kawan aku turut membantu aku..
Hahaha..
Nak tahu apa kisahnya..



Ni la..
ABPBH punya pasal..
Aku mencuri a.k.a mengambil paper kat suatu tempat tuh..
Tak leh cakap..
Nanti tertangkap..
Aku tak la mencuri..
Cuma tak mintak izin..
Lagipong dorang bukan nak sangat borang tuh kan..
Nanti Jumaat aku angkat lagi..
Hahaha..
Jumaat berkat sikit kata orang tuh..



Sekarang masalahnya pulak SLOGAN..
Tak tahu aku nak buat slogan apa..
Dah habis idea..
1 Malaysia..
2 Malaysia..
3 Malaysia..
Semua dah buat..
Hohohoh..
Perlu ke bagitahu semua orang kan..



Ada orang tanya aku undi sape..
Adala..
yang penting aku dah undi sorang tuh..
Menyampah tahap cipan..
Hoohoho..
Dari dulu lagi aku menyampah..
Saje buat-buat minat..
Hahaha..



Dalam serabut memangkah..
Serabut pulak dengan kerja-kerja yang tak selesai-selesai nie..




Entah bila semua serabut ni akan berkakhir..



Dalam diam-diam aku dan melangkah satu depan lagi..
Dengan 'dia' yang aku sayangi..
Sekarang aku tak lagi marah-marah tak tentu pasal..
Tapi kadang-kala 'dia' membuat aku naik menyampah..



Nasib baik ada kawan-kawan di sini..
Ada jugak penghibur kan..
Nak harapkan keluarga jauh dimata dekat dihati..
Macam tv9 plak..



Sekarang aku bertarung dengan test plak..
Hohoho..
Susah..
Senang..
Semua ada kat situ..
Hanya student jew dapat rasakan itu..
Hohoho,..
Korang pernah jadi student kew??
Bak kata Reza..
"ko ada??"

Hahahah..
Suka benar..




Entri kali ini tak ada perasaan ok..
Tak macam sesetengah orang..
Meluahkan perasaan sedih, cinta, gembira dalam lagu..
Tapi kalau lagu tuh ditujukan untuk orang yang pandai hargai muzik..

TAK ADA PEKDAHnya..


Kannn..
Tapi dalam serabut ini aku juga bersyukur kerana..
kerana..
kerana..
kerana..







Aku pergi..