Sunday, March 7, 2010

hidup aku dah macam roda

Wah pernah dulu..
Aku berada diatas sekali..
Bangga tapi aku tak ada secalit watak sombong..

Wah pernah dulu..
Aku naik keatas lagi..
Bangga tapi tak ada secalit watak meninggi diri..

Wah pernah dulu..
Aku naik paling atas..
Bangga tapi aku anggap aku masih berada dibawah..

Tapi..

Dan sekarang aku berada paling bawah..
Kerana satu kata yang tiada kebenaran..
Aku redha..

Apakan daya..
mulut manusia tak boleh ditutup..
Nak hindar juga tak boleh..

Watak aku sekarang seperti macam dahulu..
Tiada perubahan..
Cuma diri ini tak lagi seperti yang semua anggapkan..

Setelah secalit dendam ada dihati ini..
aku menjadi bongkak..
Aku menjadi hilang arah..
Dan aku menjadi KEMAAFAN itu satu kepayahan..

Disini coretan untuk yang mengenali..
Aku adalah aku..
Siapa kisah kan..
ADA AKU KESAH..

Sejak dua menjak ini..
Aku terasa kehilangan..
kehilangan besar..
Aku dah rasa sesuatu seperti ini setahun yang lalu..

Dan sebab itulah aku menjadi rajin untuk membantu..
Untuk hilangkan rasa yang hilang iru.
Untuk menghilangkan lagi rasa kesalahan ini..
Buat 'dia'..
Terima kasih menemani aku disisi..
Satu petang bersamamu takkan aku lupakan..
Aku rasakan bahagia..
Aku tahu 'dia' juga merasakan yang sama..
Alhamdulillah..

Walaupun secara rahsia atau tidak..
Aku tahu 'dia' gembira bersama aku..
Terima kasih..
Aku berharap dapat bersama 'dia' lagi selepas ini..

itu mood GELiSAH..
Sekarang mood ceria..

Tampaknya..
Setelah berusaha aku lebih berjaya..
Aku rasa diri aku maju satu langkah lagi secara drastiknya..
Percaya atau tidak..
Aku suka dikenali ramai..
Buka gila popular ok..
Maksud aku bila aku berjalan..
Semua senyum kat aku..
Aku pong macam kurang siuman senyum kat semua orang..

Maaf nya..
Aku tak senyum kat PAK WE..
Aku senyum kat Mak WE aja..
Hahaha..

Oh mengenai program OPKIM kat kuala Kurau perak..
Semua berjalan lancar sekarang..
Jumaat yang lalu baru jew selesaikan mende yang penting..
Dengan ketua program..

Secara jujur..
Aku bangga dengan ketua program..
Kegegehannya itu membuat aku rasa program ini akan berjalan dengan lancar..
Tahniah
Muhammad Syazrin Zulfakar..

Dan terima kasih jugak kepada
Pn. Aizurah kerana membantu kami..
We love u..
Dan saya akan merindui puan selepas ini..
hehehe

Dan masalah satu lagi..
lawatan indusri..
Nak berhubung dengan pihak industri..
MIAT
TUDM
SPIRIT
KELAB AERO PERAK

kami akan buat trip dari
Penang - Perak - Shah Alam - Melaka - Penang

Inilah cinta..
Ops silap..
Inilah perancangannya diawal bulan 4..
Agak busy..

Semalam tepon mama..
Beliau berkata..
"Nak jadi anak derhaka ke takanak balik kampung??"
"Hahahahaha"
Beliau gelak besar..

Aku jawab:
"Abg Is banyak kerja la ma.."
"Nak balik sangat-sangat"
Air mata nak meleleh dah nie..
Lepas jew letak tepon aku tak tahan lagi..

bak kata siti masa AJL
"Tak tahan, tak tahan"

biasalah bila rindu dah menebal kan..
Semua orang macam tuh..
tak kira lelaki atau perempuan..

Aku jugak rindukan anak sedaraku dua orang itu..
siapla aku balik nanti..
Aku akan bawak mereka jalan-jalan..
hehehe..
suh aku jaga takpew aku balik nanti..
jadi penjaga bayi la aku..
hahaha..

k la..
setakat ini saja coretan aku..
Tak sabar tunggu cerpen dari DIERA STONKOL
Aku yang comel.. hohoho
Yehaaa..

Bye..
GO GREEN

No comments: