Sunday, October 9, 2011

Kisah Nila dan Susu

Semalam, kat kawasan rumah saya ada kenduri oleh bangsa lain.. Mungkin kenduri kahwin bagi kaum itu la.. Biasala bila dah kenduri kawin nie, ramai la etamu yang datang.. Dan secara tidak lansung rumah saya sekarang juga terlibat.. Terlibat secara tidak lansung la maknanya.. Ramai plak yang datang dengan kereta-kereta mewah nie.. Memang penuh la sampai ke rumah saya.. Sebab itulah rumah saya terlibat.. Tapi saya tak terlibat pun.. Saya tidak dijemput.. Hehehe..

OK, untuk dijadikan cerita, jalan raya kerumah saya ni tersangatlah sempit muat untuk kereta sebiji je.. Bayangkan kalau kereta kita bertembung?? Menyasaarla kami mencari jalan siapa yang nak beralah.. Tapi kebiasaannya saya yang mengalah la.. Sebab saya memang suka mengalah.. Hahaha.. Boleh plak kan..

JADI, sewaktu saya adan cikTAN nak keluar, banyak kali jugakla bertembung dengan kereta-kereta yang nak pergi ke kenduri itu.. Saya tak kisah.. Sebab cikTAN saya seorang yang diet.. Kecik je.. Macam tuan dia.. -------

DALAM saya memberi laluan adala beberapa cerita:

Cerita pertama: Bangsa saya
Setelah saya memberi jalan kepada seorang mamat yang tersangat control macho yang bawak kereta lebih mewah dari kereta saya, saya pun tunjuklah baik angkat tangan.. Tapi brother dalam kereta mewah dia tuh buat bodoh je.. Takper2.. Saya bertembung lagi dengan bangsa saya.. Naik motor.. Saya angkat tangan, dia balas sengan angkat tangan siap senyuman.. Saya rasa nak brek kereta keluar pergi bersalam cium tangan je.. Nasib baik ada jugak bangsa saya yang begitu ikhlas..

Cerita kedua:Bangsa lain
Dah la bawa kereta laju.. Tahulah diri itu nampah gagah dan perkasa.. Tapi dah tahu jalan kampung janganlah tunjuk diri itu ego.. Sebenarnya tiada masalah pon kalau anda nak tunjuk anda pandai bawa kereta.. Sekali lagi perkara pertama saya buat ialah angkat tangan, memang tak dilayannya la.. Hahaha.. Ada aku kesah.. Lepas tuh ada bangsa dia perempuan yang agak old memakai pakaian traditionalnya berjalan kaki.. Saya angkat tangan.. Saya dapat dengan senyuman.. Sejuk ati saya..



Masyarakat Malaysia, hidup dalam satu jajahan hendaklah memahami antara satu sama lain.. Bila terjadinya perkara macam nie saya terfikir satu ayat...

"ANGAKT TANGAN BUKAN KENE BAYAR PUN..!!!"




Peace-No-WAR

Saturday, October 8, 2011

Bila mengundi

DI Malaysia, bila sahaja perkataan mengundi keluar dari bibir rakyatnya, mereka pasti akan fikir satu pesta bendera kerana dipenuhi dengan bendera-bendera, banner-banner dan gambar-gambar wakilnya.. Tapi dalam tak sedar, banyak situasi yang tidak enak dipandang oleh masyarakat yang sedar seperti saya.. Hmmm..Eh..

APA tidaknya, bendera yang diperbuat daripada plastik. Kemana 'mereka' setelah mengundi?? DIsimpan?? tidak mungkin sama sekali.. Lagipun duit banya nak simpan buat apa kan.. Ada yang warna biru, biru muda, hijau, merah dan purple.. Purple?? Part saya kot..

KEDUANYA banner.. Sedar tak sedar ungkapan, ayat yang ditulis berunsur menghasut.. Agama saya tidak mengajar saya menghasut.. Agama saya juga tidak mengajar saya berkata-kata tidak baik walaupun benda itu terbukti.. Perjuangankah itu?? Sia-sia..
Saya bukan berpihak pada mana-mana parti, tapi saya bercakap sebagai saya pro-pendidikan.. Cewahhh..

BUKAN ini yang saya hendak perkatakan pada kali ini.. Tapi saya akan jelaskan 3 situasi yang biasa kite lihat, dengar dan rasa pada setahun sebelum proses pengundian..

Yang pertama:
Banyak dana, duit raya, duit itu dan duit ini akan diberi kepada rakyat.. Tidak kira kulit putih, hitam, coklat, sawo matang (macam saya, perasan.. HAhah) hijau, biru, kuning atau warna apa-apa pun.. Semua dapat.. Tak dapat RM500 dapat RM100..Begitu juga pelajar. Juga mendapat kesannya.. Akan diberi segalanya asalkan balik mengundi.. Selepas setahun menang pilihanraya, hampeh, semua pelajar kebuluran, tak ada duit sebab dah tak dapat bantuan dari mana-mana pihak.. Macam saya.. Saya tak kisah.. Ma ngan abah saya masih ada.. Heheehe..
Pada saya, apa salahnya jika kita terus membantu tanpa mengira waktu usia hendak mengundi.. Bantu tidak kira tempat, masa dan ketika.. Barulah kami yakin yang kami berada dipihak yang betul.. Nak pangkah pun rasa sejuk hati ni..

Yang kedua:
Banyak fatwa, hadis dan hukum dikeluarkan.. Dengar je ura-ura nak ada proses pengundian, adalah pihak yang akan keluarkan fatwa yang berkaitan dengan agama.. Kalau saya, orang mempergunakan agama saya, saya amat marah.. Agama saya bukan untuk ditarik pancing undi.. Agama saya juga tidak suruh menjatuhkan orang dengan menyebarkan sesuatu yang tidak baik..Banyak kes begini berlaku.. Kadang-kadang saya sendiri berasa tidak faham.. Kadang-kala mereka ini bercakap tidak serupa bikin.. Ditempat ibadat, berkata-kata sesuatu yang buruk.. Baikkah itu?? Saya juga pelik.. Mungkin agama dorang ajar dorang macam itu.. Padahal banyak ulama' yang ada untuk dirujuk.. Berbalik pada proses pancing undi.. Saya hairan apabila tibanya musim mengundi, masa itulah keluar topik yang paling hangat seperti Hukum **.. Yang herannya lepas setahun menang.. Tak ada pula topik yang hanagt ini.. Yang ada hanyalah buang 'berhala' penyu yang tak ada kaitan dengan itu.. *Mungkin orang trerengganu faham* Tak nak cakap lebih-lebih.. Saya hanya pro-pendidikan.. Saya mengamalkan apa yang AGAMA saya ajar.. Tak semestinya saya tidak berda pada pihak ini, AGAMA saya abaikan.. Betul tak..?? Hmmmm

Yang ketiga:
Perbalahan sesama kaum.. Hmm.. No komen la.. Nanti saya pula disaman.. Maklumlah.. Dekat-dekat nak mengundi.. Tapi untung jugak. Kalau saya disaman mebi dapat jumpa Perdan Menteri kan.. Jadi hero filem pun jadila.. Hahaha.. Eh, berbalik pada topik.. Untuk pengetahuan saudara-saudari sekalian, kalau kita duk canang keburukan bangsa kita kat bangsa lain, tak malu ka?? Tak rasa macam makan tahi sendiri ke?? Kalau saya bangsa saya buat macam tuh saya selalu la keluar umah pakai topeng.. Nanti malu la saya orang kata bangsa saya tak guna, tak sopan, sama sendiri nak berkelahi.. Logik tak??


Bangsa Malaysiaku, kita boleh nak berparti.. Tapi janganlah terlalu taksub sehingga melibatkan orang yang tidak berdosa.. Dan pada pelajar yang masih berstatus PELAJAR, janganlah kita duk merapu-merapa tentang menda ini.. Yer memang benar kita BAKAL pemimpin negara, tapi kalu duk amik kos MARINE TECHNOLOGY hang nak jadi Perdana Menteri macam mana.. Susah la sikit.. Kita just jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk mengundi.. Kalau kita duk taksub, pembelajaran kemana, semua ke mana.. Contohilah saya.. Hahaha.. Sekali lagi saya perasan.. Ok la.. renungkanlah situasi-situasi diatas.. Mungkin anda juga pernak alaminya kan??


Salam 1Malaysia, Majulah Islam untuk Negara..!!

Thursday, October 6, 2011

Ragam dan Jenis

Manusia.. Memang dengan ragamnya sendiri.. CUba bayangkan jika 1 juta manusia berada ditempat anda dan disitu juga anda terpaksa menerima 1 juta jenis ragam.. Tapi pada persekitaran yang pernah saya alami tidaklah sampai 1 juta.. Tapi sepanjang hidup saya yan bakal berada pada angka 22 nanti, banyak jugak la ragam dan jenis manusia yang saya pernah alami.. Jom kita ikuti antara ragam dan jenis yang saya tak akan lupakan seumur hidup saya.. Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan..


Ragam dan Jenis 1:
"Cek dari utara.. Cek tak heran la apa yang orang nak cakap pasal cek.. Kita hidup nie mestila pandai cari peluang.. Apa yang ada depan cek, cek sapu je.. Cek tak kisah la apa orang nak cakap.. Yang penting diri cek ni bahagia.. Cek kalau nak sesuatu tuh pandai cek memujuk.. Sampai cek dapat.. Tapi hangpa jangan cuba pujuk cek nak mintak cek sesuatu.. Memang tak dapat aih.. Barang cek barang cek.. Barang hangpa, barang hangpa ngan cek.. Begitula moto hidup cek.. Jadi hangpa jangan terkejut kalau ramai orang perangai macam cek.. Kasi tembak asal kami bahagia.."


Pertanyaan yang selalu bermain difikiran jenis pertama nie adalah:
"Kenapa orang susah nak tolong cek.."



Ragam dan Jenis 2:
"Aku berupaya menjadi perhatian orang.. Dan akhirnya berjaya.. Aku bukan sahaja dah mengambil hati semua orang..Aku juga dikenali seorang yang serba tahu.. Ye la.. Tanya apa sahaja.. Aku memang tahu.. Aku tahu bagaimana, mengapa, apakah, berapa dan siapa.. Kalau korang nak tahu kan, korang semua berada dibawah aku.. Aku yang menjadi tempat korang bertanya.. Aku lah hebat.. Aku la yang bakal menjadi seorang yang bakal dibanggakan.. Semua kata-kata orang sekeliling aku tak mahu dengar.. Mereka semua bukanlah pandai seperti aku.. Jangan mengada-ngada nak ajar aku macam-macam.. Aku tahu cara aku dan semua perlu ikut cara aku.."

Saya: "Ko salah buat nie.. Boss kita nak plan rumah banglo bukan kandang lembu"
Dia: "Ape plak.. inilah trands zaman sekarang.. AKu tahula apa yang buat.. Menyibuk.."
Boss: "Kalau plan macam kandang kambing nie anak saya boleh buat..."
Dia: "Mbeeekkkk.. Mbeeekkkk"


Pertanyaan yang selalu bermain difikiran orang jenis 2 adalah:
"Kenapa dia nie nak tunjuk pandai lebih daripada aku..??"


Ragam dan Jenis 3:
"I banyak duit.. I nak apa segalanya I boleh beli.. I nak beli lori?? Boleh sahaja.. I nak beli kapal terbang?? Lagi la boleh.. I kalau masalah kewangan ni bukanlah sesuatu yang pernah berlaku dalam hidup I.. Hari ini I nak pergi melancong kat Europe.. Esok nak terbang ke Moscow.. Pastu patah balik ke Singapura.. I tak kesah.. Semuanya I boleh handle..

Penjaga tandas: "Dua puluh sen kak.."
Dia: "Ape masuk tandas pun kene bayar?? Kalau I ada tanah I dah buat tandas merata-rata tau.. FREE plak tuh.. Ingat 20 sen nie tak de harga ke..??"
Saya: "Mungkin itulah sebab dia boleh kaya.."


Pertanyaan yang selalu bermain difikiran orang ketiga ini adalah:
"Mana nak cari tempat percuma dalam dunia ini erk..?"


Jadi.. Tidak menjadi masalah kita untuk kita dekati atau selami kedalam masyarakat begini.. Mereka juga ada kelebihan mereka sendiri.. Cuma dalam sedar atau tidak sahaja mereka menampakkan keburukkan mereka.. Saya berkata-kata begini bukanlah bermakna diri saya perfect.. Tetapi saya berasa amat bertuah kerana Allah sedarkan saya bahawa apa yang kebaikkan mereka untuk saya contohi dan apa keburukkan mereka saya akan sempadani.. Memang la.. Kata orang kita tak tahu keburukkan kita.. Sebenarnya kitalah yang lebih arif tentang diri kita..


Kerana setiap langkah yang kita harungi perlu bertindak menggunakan akal dan turun kehati supaya segalanya ikhlas.. Tidak sewenang-wenangnya tidak berfikir apa hati dan perasaan orang lain.. Kata-kata saya juga ini tidaklah ditujukan kepada teman-teman saya, tapi saya nak teman-teman saya tahu dimana mereka berada sekarang.. Saya juga pernah alami dan saya sendiri yang menjadi orang2 seperti diatas.. Sebab itulah saya berkongsi dengan semua agar semua dapat mengambil iktibar dan sedar atas segala tindak tanduk kita sebelum bertindak..

"Tiada orang perfect tetapi untuk jadi perfect muhasabahlah diri kita setiap malam"
Wasalam..

Tuesday, October 4, 2011

kelebihan dalam kekurangan

Malaysia, dalam masyarakat ini sangat tidak menitikberatkan tentang soal maruah.. Bila dapat berita je tak tahu asal usul terus melenting.. Malaysia juga adalah negara saya sendiri.. Saya juga tidak sanggup sehingga Malaysia dilabel sebegini.. Kadang-kala apa yang kita tak tahu ialah banyak kelebihan dalam kekurangan dan banyak kekurangan dalam kelebihan.. Sebagai contohnya:


Contoh pertama:
Dia adalah pelajar terpintar dalam kelas.. Dia dikenali ramai.. Dia juga kelihatan kemas.. Dia juga adalah pembersih yang disegani.. Kita nampak betapa besarnya kelebihannya itu.. Semua orang respek giler ar.. Tapi saya yang satu meja dengan dia dalam kelas tahu apa kekurangannya.. Saya tak la suka jaga tepi kain orang.. Apa yang saya maksudkan sebenarnya gambaran yang orang ramai lihat tak satu gambar dengan apa yang saya alami..
Saya "Awak, boleh awak tgk cara saya menyelesaikan ini dengan senang??"
Dia "Ish, saya lebih pandai dari awak.. Kene la tgk jawapan saya"
So, apa yang anda nampak, dia LANGSUNG tidak boleh terima kepandaian juga kelebihan orang lain.. Itulah kekurangan dalam kelebihan..


Contoh kedua:
Dalam situasi semua orang tengah berduit atau senang dikatakan gaji baru masuk..
Pengarah mestilah berduit banyak kan.. Nama pun pengarah kan.. Akan tetapi kelebihan yang dia itu pengarah adalah kekurangannya..
Staff "Bos, hari ini saya pergi ke bank menggunakan saya punya kereta. Jadi, saya nak claim duit minyak"
Pengarah "ALahh.. setakat sepuluh ringgit pun awak nak mengira.."
Staff "Ok boss"
Situasi yang sama sewaktu pengarahnya makan bersama staffnya di sebuah restoren..
Pelayan:"Harganya RM19.90"
Pengarah:"Nah"
Note RM20 diberikan.. Sedangkan direstoren pada masa itu tiada duit syiling.. Lalu pelayan menyatakan kepada pengarah itu..
PEngarah:"Awak tahu 10 sen adalah duit..... bla bla bla.."
Staff bangun dan berkata:
"Tuan, antara 10 sen dengan minyak kereta saya mana patut lebih mengira??"
Pengarah "Hmm. ermmm.."



Contoh ketiga:
Saya tidaklah sehensem orang lain.. Apatah lagi pandai seperti orang lain.. Nak kata kaya jauh sekali.. Saya seorang pendiam.. Tapi bila sahabat dalam kesusahan saya lah orang pertama yang akan datang.. COntoh pendek tapi besar maknanya.. Kan kan kan?? Kelebihan dalam kekurangan..


Jadi apa yang kita lakukan, apa jua yang terjadi tidak boleh membezakan kita la kekuranan dan kita lah kelebihan sebab yang mengaturnya ada semuanya dari Allah..

^_^

Menjeling

Menjeling sangat sinonim dengan mata.. Mata kita berfungsi pelbagai reaksi termasuklah menjeling.. Tapi tak sama dengan Fatimah Juling ok.. Itu hanyalah cerita karut zaman-zaman sekarang.. Menjeling bermaksud anda melihat sesuatu atau manusia atau haiwan atau hantu atau segalanya dengan hanya mengalihkan anak mata yang warna hitam tanpa memalingkan muka.. Faham??

Sebenarnya menjeling membawa kepada pelbagai maksud..

Maksud pertama:
Saya seorang yang bijak dalam kelas.. Semua cikgu sayangkan saya.. Apa jua soklan yang dibagi saya jawab dengan senyuman.. Belakang saya ada seorang pelajar yang tidak kurang hebatnya.. Cuma tak pandai dalam seni lukis.. Apabila saya dapat no 1 dia dapat no 2.. Apabila saya menang lumba lari pingat Emas dia akan dapat pingat Perak.. Apabila saya menang dalam pertandingan melukis poster AntiDadah, dia.... hmmm.. dia.. dapatt... hmmmmm..
saya: Kenapa hang jeling kat aku??
Subjektifnya, dia selalu nak bersaing dengan saya dan saya faham jelingannya itu.. Satu yang positif..


MAksud kedua:
Makcik A: Weyh banyopknye gelang mah mung nie.. Laki mung beli blake ke Kioh??
[[Translate: Wah.. Banyaknya gelang emas awak nie.. Suami awak ke yang beli Kiah??]]

MakCik B: Ho la.. Suami aku sayang kat aku.. Mung nie, tengok suami mung keje tanang sayor wape sen ngat dapat..
[[Translate: Ye la.. Suami aku sayang kat aku.. Awak ni, suami kerja tanam sayur je, brapa ringgit la dapat]]

MakCik A menyinsing lengan sampai ke siku maka ternampaklah barang kemasnya yang berlingkar-lingkar mengalahkan MakCik B..
MakCik A: Bakpe mung jeling ke aku??
[[Translate: Kenapa awak menjeling kat saya??]]
Menjeling cemburu.. Satu yang negatif..


Maksud 3:
Satu kumpulan besar mengdakan jamuan pada meja yang kecik.. Orang yang paling besar akan DIJELING oleh semua..
Satu kumpulan askar sedang menjalani ujian ketahanan mental.. Orang yang paling kecil akan DEJELING oleh semua..
Satu kumpulan penyanyi nasyid sedang membuat persembahan.. Orang yang Overshadow dengan gaya walaupun dia hanya backup vocal akan DIJELING oleh semua..
Dan..
Satu kumpulan pelajar yang sedang makan, dengan tiba-tiba saya lalu disitu dan saya DIJELING keranan saya yang paling hensem dikalangan mereka..
TUT..



Nak menjeling biarlah mempunya niat yang baik.. Selalunya orang yang suka menjeling akan menggambarkan diri mereka adalah tidak sempurna kerana tidak senang oleh kesempurnaan orang lain..
Hehehehe...




Menjeling kat makan jugak tak baik tau..!!! Hahahahahaha..

Sunday, October 2, 2011

Ambil Perhatian

Memang banyak cara untuk mengambil perhatian.. Terbahagi pula kepada dua.. Ada yang positif ada yang negatif.. Hari ini saya tak nak sentuh yang positif.. Saya nak sentuh yang negatif.. Negatif ni mestila bermaksud perkara yang burukkan..?? Mungkin..

Pertama:Situasi ditempat awam
Dia selalu membuat perkara yang kurang sopan.. Contohnya dengan memakai pakaian yang entah apa-apa.. Tak pun caranya dapat membuat semua orang tengok kat dia.. Cuba bayangkan didepan anda ada orang masukkan baju dalam seluar sampai ke dada.. Anda tengok tak?? Mesti anda tengok kan.. Bukan anda je.. Semua orang juga akan tengok.. Tapi apa yang anda fikir.. Dalam hati saya hanya kata....
"Fesyen zaman sekarang ker" sambil ambil2 gambar nak wat masuk dalam majalah maskulin.. Hahahaha


Kedua:Didalam meeting
Dia tak lah sehebat mana pun.. Jawatannya hanyalah AJK paling bawah.. Tapi dia yang bersuara mengalahkan pengerusi majlis atau pengarah..
"Okay bulan ni kita akan buat program yang berbentuk ilmiah agar semua staff kita akan menghargai hidup didunia yang tak lama lagi akan kiamat.. bla.. bla.. bla.."
Dalam hati pengarah
"Tahun depan harap dia disingkirkan dari apa-apa jawatan"
Dalam hati saya
"Kalau dia jadi pembancuh kopi untuk meeting jugak dia kan bersuara"
Kalau dia pembancuh kopi
"Kopi yang perlu kite sediakan pada abad ini mestilah setaraf dengan hotel2 5 bintang yang ada di Perlis ini...."
Erk.
Hmmm
Ada ke hotel 5 bintang kat Perlis nie..??


Ketiga: Datang lambat
Hmmm.. Datang.. Lambat.. Lambat yer.. Hmmmm.. Saya.. Pernah jugak lam..
Hmmm.
...
..
...
...
..

Keempat: Serba tahu
Serba tahu juga negatif.. Dalam maksud lain mereka-reka cerita..
Saya "Brand A sangat hebat kan.."
Dia "Dulu saya dah beli dah pakai semua ni.. tak ada yang elok yer.."
Kat tangan dia Nokia 3310..
hmmm
hmmm



Ambil perhatian ni bergantung pada niat kite.. Kalau bagusnya niat kita ambil perhatian nie akan bagusla.. Sebenarnya tak perlulah kita mengambil perhatian orang sangat sebab Allah telah meletakkan level dimana kita berada.. Jadi bersyukur dengan apa yang ada..

FUSKET BALL

Kih kih kih..
Banyak sangat topik sepanjang saya berada beberapa jam dengan kawan-kawan.. Petang tadi kami telah menerima ahli baru kami.. Hahaha.. COmel.. Perempuan plak tuh.. Cute je.. Tak cayer nanti saya postkan gambarnye..


FUT+SKET ball..
JAdah ape plak ni..?? Maklumlah saya ni bukanlah dikategorikan sebagai atlet mahupun raja sukan.. Main suker2.. Kalau Basket tuh saya dah ceburi sem lepas lagi.. Tapi Futsal nie.. Baru nak ceburi.. Ish tak suke la.. Ape tak yer tendang depan pergi kelain.. Adoiii.. Malu pun ada.. Nasib baiklah support dari kawan-kawan membina saya untuk terus bermain..


Sebenarnya apa permainan yang kita main adalah sama.. Cuma caranya berlainan.. Kalau futsal banyak pakai kaki.. Kalau basket banyak pakai tangan.. Hmmm.. Kaki plak kemana kalau kite main basket????
?
?
?
?
?

Kedua.. Berdasarkan niat kite.. kite turun petang-petang untuk main atau nak bertanding?? Kalau kami sengaja nak saiko masing-masing.. Sapa kalah belanja la minum.. Baru ada semnagat kesukanan kan.. Tapi malangnya hari ni ramai turun esop hanya saya dan bola..
dum
dum
dum
dum
dum
dum
GOAL.. (Main sorang-sorang)


Ketiga.. Kalau nak cuba kasut baru.. Kasut baru?? Hahahaha.. Nie bagi orang yang ada kasut baru la.. Tapi kalau saya nak cuba kasut baru kat kedai kasut saya dah try..
"Amacam ok tak kasut nie.. bak sini bola tuh.."
Pang
Pang
Ha ha
Tak tahu...


Keempat..Taksub.. Semalam saya pergi main beadminton..
"Awak"
Hari ini main basket..
"Awak lagi??"
Esok main bola baling..
"Awak jugak."
Dan..
Awak
Awak
Awak
Awak


Seperti yang kite sedia maklum.. Bersukan atau lebih dikenali riadah adalah satu benda yang bukan asing lagi.. Tak kira la seminggu sekali ke.. setiap hari ker.. Tiap2 malam ke............
tettttttttttt

siaran tertunda..


Inila perempuan yang bakal buat semua kerja rumah kami.. Welcome to d Club Sayed eh Raini eh Roni.. Eh Rama eh Rina.. ikutla apa nak panggil pun.. Hahahaha

Saturday, October 1, 2011

Gila coolblog..

Menatang ape plak tu kan.. Hahaha.. Kalau sape2 pernah dengar mesti rasa nak g beli nie.. Wakaka.. Saje je kan.. Maklumlah.. bukan nak buat promosi atau memfemeskan diri.. Tapi sini aje la tempat untuk berkongsi dengan korang semua.. Dia dengan cara dia ---->> Mat Luthfi eh knape mamat ni plak kan.. Wakaka..

Ok.. Apa itu Coolblog..
-Cool blog adalah satu minuman yang aisnya dihancurkan.. Ditambah dengan 25 perisa asli dan setiapnya ada 'toping' tersendiri..

Apa yang aku paling minat..
-Hahaha,.. Kalau aku mestila Blue Coral.. Rasanya macam aku minum bayu laut.. Wahh.. Sangat menawan hati..

'Toping' yang ada suka??
Asalnya ini la yang menyebabkan aku minum mende ini.. Toping inilah yang membuat aku mengigau-ngigau..
Aku suka 'Black Pearls'.. Sedap woo.. Ni kompem kalu kawan aku yang dengar ni nak minum jugak.. Hahaha..

Sesuai tak minum ngan awek??
Ehemmm.. Ape punye soklan nie?? Bagi aku tak sesuai.. sebab aku suka makan sorang-sorang.. Lagipun mende ni bukan romantik pon.. bukan macam salji kan..

Apa yang anda tak suka..?
Hmmm.. Bila nak belinya.. ALAMAK.. Bukan main ramai..
Cerita bermula:
Makcik: Ni macam ais kacang ke dik..??
Gadis: Tak la mak cik.. Ini ice blended..
Makcik: Ada kacang tak kat dalam..

*Aku kat belakang ternganga!!

Gadis: Abg nak apa??
Dengan bangga aku balas:
Aku: Blue Coral toping Black pearls RM3.10 satu..

Makcik: MEnjeling..

Hahaha.. Bukan aku nak bangga.. tapi kalau dah lambat sangat orang lain yang beratus sampai dalam C-Mart pong marah..

*Maaf ampun makcik.. Hahhaha*


Kalau ada orang belanja nak??
Mestila nak kan.. Orang belanja.. Tapi kalau nak belanja tolong belikan saya..
"Blue Coral toping Black pearls RM3.10 satu"



Majulan coolblog untuk Negeri Perlis..!!