Saturday, October 8, 2011

Bila mengundi

DI Malaysia, bila sahaja perkataan mengundi keluar dari bibir rakyatnya, mereka pasti akan fikir satu pesta bendera kerana dipenuhi dengan bendera-bendera, banner-banner dan gambar-gambar wakilnya.. Tapi dalam tak sedar, banyak situasi yang tidak enak dipandang oleh masyarakat yang sedar seperti saya.. Hmmm..Eh..

APA tidaknya, bendera yang diperbuat daripada plastik. Kemana 'mereka' setelah mengundi?? DIsimpan?? tidak mungkin sama sekali.. Lagipun duit banya nak simpan buat apa kan.. Ada yang warna biru, biru muda, hijau, merah dan purple.. Purple?? Part saya kot..

KEDUANYA banner.. Sedar tak sedar ungkapan, ayat yang ditulis berunsur menghasut.. Agama saya tidak mengajar saya menghasut.. Agama saya juga tidak mengajar saya berkata-kata tidak baik walaupun benda itu terbukti.. Perjuangankah itu?? Sia-sia..
Saya bukan berpihak pada mana-mana parti, tapi saya bercakap sebagai saya pro-pendidikan.. Cewahhh..

BUKAN ini yang saya hendak perkatakan pada kali ini.. Tapi saya akan jelaskan 3 situasi yang biasa kite lihat, dengar dan rasa pada setahun sebelum proses pengundian..

Yang pertama:
Banyak dana, duit raya, duit itu dan duit ini akan diberi kepada rakyat.. Tidak kira kulit putih, hitam, coklat, sawo matang (macam saya, perasan.. HAhah) hijau, biru, kuning atau warna apa-apa pun.. Semua dapat.. Tak dapat RM500 dapat RM100..Begitu juga pelajar. Juga mendapat kesannya.. Akan diberi segalanya asalkan balik mengundi.. Selepas setahun menang pilihanraya, hampeh, semua pelajar kebuluran, tak ada duit sebab dah tak dapat bantuan dari mana-mana pihak.. Macam saya.. Saya tak kisah.. Ma ngan abah saya masih ada.. Heheehe..
Pada saya, apa salahnya jika kita terus membantu tanpa mengira waktu usia hendak mengundi.. Bantu tidak kira tempat, masa dan ketika.. Barulah kami yakin yang kami berada dipihak yang betul.. Nak pangkah pun rasa sejuk hati ni..

Yang kedua:
Banyak fatwa, hadis dan hukum dikeluarkan.. Dengar je ura-ura nak ada proses pengundian, adalah pihak yang akan keluarkan fatwa yang berkaitan dengan agama.. Kalau saya, orang mempergunakan agama saya, saya amat marah.. Agama saya bukan untuk ditarik pancing undi.. Agama saya juga tidak suruh menjatuhkan orang dengan menyebarkan sesuatu yang tidak baik..Banyak kes begini berlaku.. Kadang-kadang saya sendiri berasa tidak faham.. Kadang-kala mereka ini bercakap tidak serupa bikin.. Ditempat ibadat, berkata-kata sesuatu yang buruk.. Baikkah itu?? Saya juga pelik.. Mungkin agama dorang ajar dorang macam itu.. Padahal banyak ulama' yang ada untuk dirujuk.. Berbalik pada proses pancing undi.. Saya hairan apabila tibanya musim mengundi, masa itulah keluar topik yang paling hangat seperti Hukum **.. Yang herannya lepas setahun menang.. Tak ada pula topik yang hanagt ini.. Yang ada hanyalah buang 'berhala' penyu yang tak ada kaitan dengan itu.. *Mungkin orang trerengganu faham* Tak nak cakap lebih-lebih.. Saya hanya pro-pendidikan.. Saya mengamalkan apa yang AGAMA saya ajar.. Tak semestinya saya tidak berda pada pihak ini, AGAMA saya abaikan.. Betul tak..?? Hmmmm

Yang ketiga:
Perbalahan sesama kaum.. Hmm.. No komen la.. Nanti saya pula disaman.. Maklumlah.. Dekat-dekat nak mengundi.. Tapi untung jugak. Kalau saya disaman mebi dapat jumpa Perdan Menteri kan.. Jadi hero filem pun jadila.. Hahaha.. Eh, berbalik pada topik.. Untuk pengetahuan saudara-saudari sekalian, kalau kita duk canang keburukan bangsa kita kat bangsa lain, tak malu ka?? Tak rasa macam makan tahi sendiri ke?? Kalau saya bangsa saya buat macam tuh saya selalu la keluar umah pakai topeng.. Nanti malu la saya orang kata bangsa saya tak guna, tak sopan, sama sendiri nak berkelahi.. Logik tak??


Bangsa Malaysiaku, kita boleh nak berparti.. Tapi janganlah terlalu taksub sehingga melibatkan orang yang tidak berdosa.. Dan pada pelajar yang masih berstatus PELAJAR, janganlah kita duk merapu-merapa tentang menda ini.. Yer memang benar kita BAKAL pemimpin negara, tapi kalu duk amik kos MARINE TECHNOLOGY hang nak jadi Perdana Menteri macam mana.. Susah la sikit.. Kita just jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk mengundi.. Kalau kita duk taksub, pembelajaran kemana, semua ke mana.. Contohilah saya.. Hahaha.. Sekali lagi saya perasan.. Ok la.. renungkanlah situasi-situasi diatas.. Mungkin anda juga pernak alaminya kan??


Salam 1Malaysia, Majulah Islam untuk Negara..!!

No comments: