Monday, May 26, 2014

Abah, aku merinduimu..

Sabtu, 10 Mei 2014

Pagi yang tak disangka.. Kebiasaanya aku akan bangkit awal untuk selesaikan aktiviti-aktiviti seharian.. Lagi-lagi hari sabtu.. Hari semua nak berehat.. Tapi tanpa aku sedari ada insan yang akan "berehat" untuk selamanya.. Abah.. Jikalau aku dapat mengulangi hari itu.. Aku pasti memelukmu.. Pasti..

Sabtu itu, perancangan Allah lebih cepat.. Pagi itu Abah dan aku seolah bangun pada waktu yang sama.. Aku tunggu didapur untuk Abah selesai mandi.. Kenapa yer Abah mandi lewat pada hari itu?? Biasanya Abah akan mandi waktu subuh.. Mungkin Abah penat.. Waktu keluar bilik air, Abah sempat merenung aku dari jauh disatu sudut ruang dapur.. Aku tak pelik.. Itu biasa..

Hari itu, aku kena selesaikan satu tugasan.. Aku ke UMT seperti biasa walaupun hari itu cuti.. Dan pada hari itu, tiada apa yang aku rasa.. Seolah seperti hari-hari biasa.. Dan aku tak tahu renungan Abah pada aku waktu itu adalah yang terakhir.. Pasti aku akan ingati seumur hidup aku.. Pasti..

Perjalanan pulang aku petang itu menerima panggilan dari Ma.. Bermula detik itu, aku kelam.. Aku tak tahu dunia aku dimana.. Aku bergegas pulang kerumah.. Saat aku masuk dalam bilik, aku melihat sekujur badan yang merenung aku pagi tadi kaku.. Aku panik.. Aku kelam.. Perjalanan membawa Abah ke hospital menjadi saksi dimana waktu itu seolah-olah aku berada dialam lain.. Dunia lain..Lebih-lebih lagi apabila mendengar Kalimah Syahadah dari mulut Ma yang berharap Abah mengikutnya.. Lentur hati ini.. Remuk hati ini.. Terlalu cepat masa berlalu masa itu..

Ahad, 11 Mei 2014

Bacaan Yaasin pagi Ahad mengiringi pemergian seorang insan yang banyak membantu semua pihak.. Tepat jam 9.10 pagi, bantuan penafasan Abah berhenti setelah Yaasin habis dibaca..

Abah..
Waktu itu, muka Abah aku tenung.. Aku bertanya...

Abah, Abah ke ini..?
Abah.. kenapa kaku??
Abah.. Abah kuat kan??
Abah.. Abah tinggalkan Ma?
Abah.. Abah  tinggalkan kami?
Abah.. Abah kenapa diam?
Kenapa diam?? Kenapa??

Aku pegang tangan Abah.. Bersalam buat terakhir kali.. Kucup buat terakhir kali.. Perlu ke aku redha dengan semua ini?? Banyak lagi perkara yang aku ingin lakukan dengan Abah.. Pada waktu itu, menyalahkan sesiapa tak dapat kembalikan Abah.. Abah dibawa pulang kerumah.. Rumah Abah.. Tempat Abah berjuang..

Apa yang perlu kami lakukan?? Kami berusaha buat yang terbaik untuk Abah.. Untuk Abah buat kali terakhir.. Itu sahaja kami mampu.. Sepanjang menguruskan Abah, kenangan bersama Abah terus bermain dimata kami.. Seolah Abah bersama kami walaupun jasadnya kaku disebelah kami..

Buat Abah..
Abah tak pernah "mati" buat kami..
Abah tak pernah susahkan kami..
Abah sentiasa dihati kami..
Kami janji akan menjaga Ma sebaik mungkin..
Walaupun kami tak kuat, kami cuba.. Itu yang Abah inginkan..
Abah, damailah Abah dialam sana..
Doa dan amalan sahaja yang kami dapat kirim..
Kasih sayang kami tak pernah lupus buat Abah..

Abah.. Kami pasti merindui bebelan Abah.. Senyuman Abah.. Gurauan Abah.. Kemarahan Abah.. Kegigihan Abah.. Abah bersama kami.. Dan kami sentiasa bersama Abah..

Abah.. Semoga kita berjumpa disuatu hari nanti.. Di Syurga Allah yang indah.. InshaAllah..


 Sempat juga Abah merasa Diploma adn Degree aku.. InsyaAllah aku akan menghadiahkan Abah satu yang lebih besar lagi dari ini.. Itu yang Abah harapkan..













Dedikasi untukmu Allahyarham Haji Mainong bin Ali..

Urat-urat mu..
Denyutan nadi mu..
Hembusan nafas mu..
Tenaga mu..
Adalah untuk kami..

Pergimu membawa kerberkatan..
Pergimu terasa cepat..
Pergimu membawa sinar..
Pergimu meninggalkan satu mutiara dah lima permata..

Abah..
Mutiara mu sentiasa bersinar untukmu..
Mutiara mu sentiasa merinduimu..
Mutiara mu sentiasa menghormatimu..
Mutiara mu bersama kami..

Abah..
Permata mu menyanyagimu..
Permata mu mencontohimu..
Pertama mu sentiasa meningatimu..

Abah..
Kita berpisah dunia..
Terasa lemah.. Terasa kelam.. Terasa sesat..
Setiap hari kami menunggumu..

Abah..
Semoga Allah merahmatimu..
Semoga dikau bersama orang-orang beriman..
Hanya doa yang kudus kami kirimkan..

Untukmu Abah tersayang..
Dan dengari kami.. Kami merinduimu.. Merinduimu..
Al-Fatihah..

Hj Mainong bin Ali (06/06/57 - 11/05/14)

Yang mengirim rindu dan doa buat Abah

Puan Shamsian binti Abdullah
Ahmad Izzaq Idzhar
Ahmad Ieme Ikhwan
Nor Irina Sairah
Ahmad Israr Ihsan
Noor Aima Saimah