Tuesday, June 3, 2014

Surat untuk Abah

Sesebuah perjalanan kehidupan seseorang yang panjang pasti akan mengalami waktu sukda dan dukanya.. Tak terlepas sedikit pun satu kebahagiaan dan kesedihan dalam kehidupan seseorang itu.. Termasuklah penulis ini yang merasakan tahun 2014 adalah tahun yang sangat mendukacitakan dalam kamus hidupnya..

Sebelum hal ini terjadi aku pernah menyebut satu ayat ini:

"Yang pergi tetap pergi meninggalkan kita.."

Hari ini, kali ini dan saat ini aku mengalaminya.. Tanpa disangka.. Setiap hari aku berdoa agar aku tidak pernah melupakan insan ini.. Tak pernah lupa riak wajahnya.. Walaupun aku dan beliau bukan dalam dunia yang sama..

Episod sedih ini tak akan pernah luput dalam fikiran aku.. Setiap masa, tersentap hati aku setiap kali aku bangun dari tidur, aku anggap semua ini mimpi.. Tapi, ini semua realiti yang aku kena hadapi dan berdepan.. Patut, wajib dan mesti walaupun pahit.. walapun terasa tidak mampu..

6 Jun
Tarikh ini semakin hampir.. Lain.. Lain dari yang kebiasaannya.. Kali ini 6 Jun hanya menjadi hari yang tiada bertuan.. Hari yang akan kami kenang didalam kertas.. Hari yang hanya kami kenang didalam doa.. Hanya itu yang beliau harapkan dari kami.. Ya Allah, cepat benar ujianMu.. Besar sungguh ujianMu.. Ya Allah utuskanlah "surat" ini untuk Abah..


Assalamualaikum..
Kehadapan Abah tersayang..
Is harap Abah bahagia sekarang walaupun Is tak nampak Abah lagi..

Abah.. Abah tahu yang Is sangat rindu Abah.. Abah adalah kekuatan Is.. Walaupun Is tak tunjuk masa Abah masih dibumi Allah tapi untuk pengetahuan Abah, setiap kali Is balik kerja menghadapi hari-hari yang sukar, wajah Abah lah Is nak tatap supaya tambah kekuatan dalam diri Is ini..

Abah.. Is yakin Abah sentiasa disisi Is.. Setelah Abah pergi, kekuatan Is separuh hilang, kekuatan seorang anak lelaki yang masih memerlukan kasih sayang seorang Ayah.. Seorang anak lelaki yang lemah menghadapi dunia ini.. Yang masih perlu pimpinan seorang Ayah seperti Abah.. Setiap kali Is balik rumah, Is tak kuat.. Is merasakan sesuatu yang kosong tanpa Abah.. Abah tak rindu nak balik rumah ke?? 

Abah.. Is masih beruntung.. sebab Abah tinggalkan seorang insan yang sangat setia dan menyayangi Abah dunia dan akhirat.. Abah tinggalkan Is seorang insan yang penuh kemuliaan.. Yang tak putus-putus merindui 
Abah.. Abah nak tahu?? Dah hampir sebulan Abah tinggalkan Is, Is tengok Ma sentiasa ingat kat Abah.. Ma sangat setia kat Abah.. Walaupun beliau tahu setiap kali dia tidur, dia akan merasa kesejukan tanpa pelukan 
Abah.. Bila Is bagitahu ini mesti Abah risau kan? Tapi Abah jangan risau, Is akan jaga insan mulia itu sepenuh hati Is.. Sebab insan itulah sekarang menjadi kekuatan Is sekarang.. Menggantikan aura Abah.. Abah beruntung mempunyai insan yang begitu setia dengan Abah.. Abah mesti bangga kan?? Is terkadang cemburu dengan kehidupan Abah.. Abah mempunyai sifat pemimpin yang sangat disegani..

Abah.. Abah tahu yang 6 Jun akan tiba?? Abah tahu tarikh itu yang Is tunggu dari tahun lepas.. Setelah kami seolah-olah tak sambut harijadi Abah tahun lepas.. Tahun ini Is ingat nak buat besar-besaran untuk menggantikan yang tahun lepas.. Is tak nak Abah berkecil hati kerana melupakan tarikh lahir Abah.. Tahun lepas semua sibuk.. Is pun sibuk sehingga mengabaikan hari penting dalam kalendar keluarga kita.. Tak guna betul Is ni kan.. Tapi tarikh ini akan dilalui kami tanpa Abah.. Tak tahu la macam mana nanti.. Dan perancangan Is tak menjadi lah nampaknya.. Kecewa..

Abah.. Panjang lagi Is nak bercerita ni.. Sejak Abah tiada, Is menjadi seorang yang penyabar.. Is menjadi seorang yang tenang menghadapi segala masalah.. Sebab Is nak jadikan Abah sebagai role-model.. Setiap kali Abah menceritakan kehidupan Abah masa kecik-kecik dahulu, susahnya nak menghadapi.. Tak macam kami adik-beradik, lahir-lahir banyak kemudahan dan kasih-sayang diberi.. Itulah beza Abah dan kami.. Pengalaman masa kecik Abah itulah membuatkan Abah menjadi insan yang kuat dalam segala hal.. Dan melalui inilah Is nak amik sebagai pengajaran.. Abah doakan Is berjaya menjadi macam Abah ok..

Abah.. Sejak Abah tak ada.. Terasa sangat pemergian Abah.. Bukan Is sahaja yang terasa.. Bukan keluarga kita sahaja.. Kawan-kawan Abah.. Rakan-rakan seperjuangan Abah didalam politik.. Saudara mara kita.. Termasuk insan-insan yang banyak Abah bantu.. Mereka juga terasa kehilangan Abah.. Tapi Abah jangan risau, mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan Abah.. 

Oh.. Abah perasan tak cucu-cucu kesayangan Abah?? Mereka sihat-sihat belaka.. Is janji takkan bagi dia lupa akan Abah.. Setiap kali Is akan tanya "Mana Aki??".. Is akan tanya supaya mereka takkan lupa akan Abah.. Marissa, Reezq, Rayyan dan Alaiqa sentiasa ingat akan Abah.. Tapi Abah ada 'jumpa' cucu Abah yang sulung tak kat sana?? Qaireen.. Abah kirimkan salam rindu buat Qaireen ya.. Sekuarang-kurangnya Abah ada peneman kat sana.. 

Abah.. Masa kali terakhir Is mandikan Abah, Is tengok Abah senyum.. Waktu Is cium tangan dan dahi Abah, Is rasa tenang sangat.. Is rasa Abah bahagia.. Bahagia kerana Abah seorang insan yang kuat.. Tidak gentar..Kadang-kadang Is tanya tak boleh ke tangguhkan pemergian Abah.. Sekurang-kurangnya biar Abah tengok Is boleh berjalan sendiri.. Tapi semua itu takdir kan Abah.. Kita kena terima semua itu.. Tak kira la suka atau tidak kan..

Ok lah Abah.. Dah panjang lebar Is tulis.. Nanti penat pulak nak membacanya.. Abah.. Selamat ulangtahun kelahiran.. Walaupun Abah dah tiada, tarikh ini tetap dalam ingatan selamanya.. Semoga Abah tenang disana.. Suatu hari nanti kami akan menyusur Abah.. Sepanjang kami hidup didunia ini, kami akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Abah.. Sebab hadiah yang boleh Abah terima adalah DOA dari anak-anak yang soleh dan solehah..

Salam penuh kerinduan,
Israr Hj Mainong