Thursday, June 25, 2009

Kembali Menggamit Memori

Hari Rabu.
Maafkan aku. Aku tidak dapat menghargai hari selasa kerana aku terlalu sibuk pada sebelah malamnya. Aku tidak sempat mencuri masa untuk aku berbicara bersama komputer ini. Maafkan aku.
Rabu. Aku dipelajari dengan perkara yang wajib bagi semua yang ingin berjaya. Jam tujuhnya aku bingkas dan bererai talak 1 dengan katilku untuk menjalankan tugasku sebagai manusia yang ingin berjaya.
Argh.
Sejuknya air sesejuk perut ibu mengandung anak solehah pada kataku.
Oh ya. Mengenai bercerai talak satu. Aku hanya bercerai talak satu pada paginya dan akan kembali pada katilku pada malamnya pula.
Kembali kepada kamus hidupku.

Tau 494.
Siapa sahaja yang ada dikereta itu. Aku masuk untuk pergi ketempat yang ingin aku tujui. Penumpang hadapannya berpaling ke arahku.

Oh.
Macam ku kenal mata ini. Tapi dimana ya.
Israr. Katanya pada ku.

Membuka kembali lembaran lama hidupku. Aku berputar-putar aral hidupku yang lama. Jumpa.

Sarah binti Salleh.
Dulunya dia memang yang chubby. Tetapi sekarang tidak.
Diam sahaja kereta kecil itu dipandu guruku yang agak berusia.

Dalam fikiran aku masih bermain lagi sajak-sajak yang dideklemasikan oleh Sarah. Aku suka pada olahan mulut yang menyebut setiap baris sajak. Nampak keikhlasan dalam dirinya. Aku juga bisa. Detik diriku masa itu.

Jam sepuluhnya aku pulang.
Pergi dulu Sarah.

Berpisah aku dengan memori lama.

Oh ya.
Mengenai pertanyaan seribu persoalan dibawah. Terima kasih yang sudi membaca luahan hati seorang hamba. Setakat ini aku masih mencari.

Jawapan aku untuk 3 barang itu ialah..

Nanti dulu. Aku masih mencari.

p/s ::: memasang pelita di tengahari

Monday, June 22, 2009

Tahniah

Tahniah CB Alohai Terlebih Sudah selamat dirasmikan Oleh MinatSamaAkim (Peminat no1 akim) Jadilah tak dapat akim.

Dirasmikan oleh :: MinatSamaAkim
Disaksikan :: MizChocBery
Pada :: 22 Jun 2009
Hari :: Isnin
Jam :: 845 malam

Ucapan ::
DENGAN LAFAZ BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM..DENGAN KUASA YANG DIAMANAHKAN OLEH MARKDRIVERAKIM SAYA MINATSAMAAKIM DENGAN INI MERASMIKAN CHATANGO ALAHAI LEBIHSUDAH DENGAN RASMINYA.. ••

KuLayan Hari

Hari Isnin.
Selamat Pagi pada diriku.
Bagiku setiap hari adalah sama.
Ahad
Isnin
Selasa
Rabu
Khamis
Sabtu
kemana Jumaat?
Jumaat berbeza pula bagiku.
Hari ini lentera kehidupanku sama seperti hari-hari lainya.
Memang sama.
Selamat pagi Baizatul Marissa binti Ahmad Izzaq Idzhar.
Itulah perkataan pertama aku bingkas dari mimpiku.

Jauh pula pandangan aku hari ini. Hari ini aku tidak lagi bercinta dengan komputer riba dan tilam ku lagi. Cuaca yang terik membuatkan aku bertambah tidak selesa dengan hidupku.

Aku membaringkan tubuh kerdilku di atas tilam dan menghadap titah komputer tetapi aku tidak mampu.
Begitu gelisah.
Panas
Panas
Panas
Aku berhenti menyusun kata seketika.......
Tiada ku layan selain RuangSaya yang menjadi peneman diriku yang berhubung dengan hamba seluruhnya. Terima kasih kawan - kawan yang disukai dan kawan - kawan yang membenci.
Aku buka lamanku.
Dimana?
Dimana lagi kalau bukan disini..
Ada dua pesanan pada CB aku diatas. Terima kasih kerana sudi.
Oh.
Aku ada cerita.
Kawan - kawan tolong berikan pendapat ya.
Terima Kasih
Dalam satu corong radio aku terdengar cerita ini.
Jika anda dihantar kedalam Hutan. Apakah benda yang anda akan bawa bersama. Cuma 3 barang. Sila berikan barang tersebut. Kawan - kawan yang disukai dan kawan-kawan yang membenci aku memerlukan bantuan kalian. Aku seolah-olah pening memikirkan perkara yang sepatutnya tidak difikirkan..
Tamatlah Isninku disini...
p/s ::: dtenpuh nyamuk terbalik ditindih lalat tidak dapat bangkit


:::Tiada lain kucari selain bahagia:::

::: Kegembiraan hidup adalah anugerah:::




Sunday, June 21, 2009

Ada-ada Saja Dunia Ini

Petang Ahad yang agak membuatkan aku terasa bosan. Alah. Apa lagi ini. Mencari sesuatu yang menarik di MySpace atau dimelayukan RuangSaya. Bukan sengaja mencari masalah tetapi mencari sesuatu yang akan membuat angin kita berubah.

Ya Allah. Apakah Lagi ini.
Tertanya aku sendirian.

Membaca setiap patah perkataan tersebut membuat aku tertanya-tanya.

Memang peradaban Dunia sekarang kian nipis bak kain yang dipakai wanita didunia ini. Maafkan aku kepada yang bergelar wanita. Kenapa aku katakan sedemikian?

http://www.myspace.com/MALINGSIA

Bukan mempromosikan link ini. Aku tertanya. Dimanakah kita disaat semua berbicara halus mengenai kita. Ampun aku tidak mengerti. Aku meneliti lagi. Setiap perkataann yang ditulis penulis itu amat menyakitkan hati.

Aku berpesan kepada jiwa dan mata yang membaca MALINGSIA itu. Jangan pernah terlibat akan hal sedemikian.

Siapalah aku untuk berbicara mengenai itu. Aku hanya mempunyai sekeping hati tapi pengaruhnya tidaklah sebesar mereka yang dapat bersuara.

Aku hairan!!
bertambah hairan!!
Selagi itu!!

Kawan-kawan yang membenci dan disukai

Aku mencari jawapan. Kemungkinan buka saudara Islam kita yang menulis itu. Wah!! Mungkin benar kata-ata aku ini. Kemungkinan bangsa lain ingin menduga kita seperti Allah menguji setiap umatnya. Aku hanya berfikiran positif. Harap juga hamba seluruhnya.

Petang itu aku berkongsi pendapat. Jadi. Kepada kawan-kawan yang disukai sila berrikanlah komen-komen yang tepat untuk masalah ini. InsayaAllah aku akan kemukan komen terbaik kawan-kawan pada episod akan datang.

p/s ::: pendusta berdiri tiada berkaki

::::Amanlah Malaysia Indonesia::::

Thursday, June 18, 2009

Episod 3 ::: Celaka kembali lagi..

PUISI - PENAT

Aku penat!
Aku letih!
Terlalu banyak yang harus ku fikirkan!
Terlalu banyak yang harus ku lakukan!

Terlalu kurang...terlalu miskin....
Kurang masa
Kurang kesempatan
Kurang persediaan
Kurang perhatian
Kurang simpati
Dan.....Terlampau kekurangan..!!

Ya Tuhan...!
Yang Maha Sempurna..
Aku serba kekurangan!....serba dhaif..!
Dan aku terlalu penat


Dalam duduk aku menelaah laptop dengan fikiran yang agak menyerabutkan. Aku masih sempat menemui satu sajak ini. Tertarik aku pada byte-byte baris ayatnya. Setiap kata yang menyusun puisi itu mengambarkan kesemua hidup manusia sememangnya bergitu.

Arh celaka sungguh hari ini. Aku menerima berita yang kurang enak oleh halwa telingaku. Tiba-tiba hati aku menjadi bingung. Benarkah itu?

Aku merasa hati seorang ibu yang menyembunyikan perasaan kecewa dan sedih. Aku dapat merasakanya kerana aku lahir dari rahimnya. Aku berfikir lagi.

Dari setiap ungkapan mulutnya tidak seperti biasa. Hati aku makin berdebar-debar. Aku merasakan benda yang tidak baik akan terjadi. Aku tidak mahu semua itu. Ya Allah. Jauhkanlah keuargaku dari semua itu.

Sekali lagi celakanya aku dengar berita yang terbaru. 1.40 petang menjadi saksinya. Aku yang dalam keadaan yang tidak mahu percaya dan mahu percaya.

Kawan-kawan yang disukai..

Aku harap kawan-kawan yang disukai mampu membantu aku. Aku buntu!! Aku makin tersa celaka lagi bila aku tahu yang benda ini benar berlaku.

Kawan-kawan yang dibenci..

Sebelum memulakan perkataan dibibir anda tolonglah anda memahami diri ini.

p/s:::dimana kelintung berbunyi, disitu kerbau tinggal diam.

Monday, June 15, 2009

episod 2 ::: Celakanya Hidup Ini:::Selalu Mengalah

Jelaskan padaku isi hatimu
Seberapa besar kau yakin padaku
Untuk tetap bisa bertahan denganku
Menjaga cinta ini
Pertengkaran yang terjadi
Seperti semua salahku
Mengapa selalu aku yang mengalah
Tak pernahkah kau berfikir
Sedikit tentang hatiku
Mengapa ku yang harus selalu mengalah
Pantaskah hatiku masih bisa bersamamu

Sekali lagi aku ditatapi dengan rasa yang amat mendukakan. walaupun hanya sedetik tetapi meninggalkan kesan yang amat besar kepada diri aku. Setelah mengalamin epilog cinta yang penuh kesahihan, aku menjadi buntu..Ya Allah..Celaka apa lagi aku pada hari ini. Berfikir sejenak merenung bite-bite lagu Selalu Mengalah. Ada benarnya kata-kata juga menghiris sekeping hati yang suci..

Setelah meneliti setiap kata-kata semua kawan yang disukai, aku sebenarnya telah menunjukkan satu kelebihan yang tiada ada pada orang lainya. Ya.. apa lagi yang KAU mahu tunjukan kepada kami tentang kebesaranMU Ya Allah.

Mencari setiap penjuru dimana kita telah disediakan sekeping cinta yang akan membuatkan hidup ini lebih bererti...

kawan-kawan yang membenci..

episod hidup tidak lagi menjadi hebat tanpa kawan-kawan yang membenci. Benarkah benar apa yang dibilang. Ya. benar. Apa yang berlaku sekarang sebenarnya drama yang tidak ada hentinya. Aku bersyukur.

Hari ini aku berdoa di dalam subuhku bahawa aku hendak menagalami peristiwa yang amat mengembirakan aku. Aku harap setiap huruf dan ayat itu sampai diSANA... Amin..

p/s:: ditiarapkan tiada keluar,ditelentangkan tiada masuk

Sunday, June 14, 2009

pencarian BELUM berakhir..

sumpah!!!
bukan aku yang buat itu!!
bukan aku yang lakukan itu...

bodoh..
bangang..


kenapa semua itu wujud dalam mencari kehidupan kita...perjalanan hidup yang amat seksa bagai mencari jarum yang terlekat pada serumpun daun yang berduri..


aduhhh sakit..
satu terkena...
aduh lagi..
dua terkena..


perubahan diriku aku tak akan lupa.. aku pelik kerana sejak dua tiga hari ini aku lebih suka bermadah dan berbahasa-bahasa...


jangan terkejut mungkin hormon pada diriku telah mencari tempat yang sessuai dan inilah diriku.. terimalah diri aku seadanya..


p/s::: salangkah bah kapar tak hayut, inikan pula kemarau panjang..


ku terus mencari!!!!

Episod 1 :: CELAKA hidup ini


argh...bertapa celakanya hidup ini.. segala derita masih menghantui.. aku masih mencari-cari..dah jumpa.. selamat datang kepada semua kawan-kawan yang aku sukai.. kepada semua kawan yang disukai,terlebih dahulu aku ingin merasmikan 1001 blog ini.. alamak celaka pula malm ini kerana segala yang hendak dititip disini hilang..berlari entah kemana..




kawan-kawan yang disukai..



hari ini jalan yang paling sukar aku tempuhi kerana aku dibebani segala masalah yang langsungnya tiada kena mengena dengan hidup aku..celakanya sekali lagi apabila kawan-kawan yang membenci terus menghina diri ini..

madah ini ditulis bukan untuk sesiapa..
hari ini juga aku mengalami keletihan amat sangat.. selalu bercinta dengan laptop dan tilam ini..
kebosanan terus melanda membuka YM agar ada kawan yang dapat makan akan boring ini.. akhirnya aku berjumpa kawan-kawan yang disukai dan kawan-kawan yang membenci..sampai soreh aku menitip laptop tanpa henti.. sekali lagi celakanya kehidupan kerana ada jua rasa yang kurang puas hati..



p/s::masalah oh masalah..tak dapat nak selesaikan