Thursday, October 25, 2012

AidilAdha + Cuti = Masalah

25 October 2012

Cuti midterm sedang berlaku sekarang ni.. Biasanya bila cuti student akan bergembira sama seperti aku.. Tapi kali ini seolah-olah tiada apa-apa yang menarik untuk aku berasa gembira.. Masalah demi masalah dan permainan perasaan yang datang kepada aku.. Tiada kudrat aku nak melawan ini semua.. Tiada sokongan dan tiada peneman untuk aku setiap kali aku terjatuh.. Jatuhan kali ini benar-benar membebankan aku.. Sehingga aku tidak mampu lagi untuk berdiri.. Ya Allah, aku adalah hambaMu yang tersangat lemah.. Dugaan Mu cukup kuat kali ini..

Hari Raya
Hari raya Qurban.. Tak lama lagi.. Mungkin esok.. Sangatlah dinantikan semua.. Persiapan yang sangat lengkap dari semua orang.. Macam kami, tiada apa-apa yang menarik.. Cuma kali ini berbeza, sebab kami tak menyambut bersama Abah tersayang yang sekarang berniat haji di Makkah.. Tinggalah dirumah Syurga ini Ma dan Adik perempuan aku.. tapi seperti sebelum ini, masih tiada apa yang special.. Hurm.. Mungkin lagi special jika ada orang tersayang dinegeri tersayang ini.. Menyambut raya bersama-sama.. Mungkin suatu hari nanti..

Cuti
Hurm.. Cuti yang paling kosong aku pernah rasakan sepanjang aku menjadi pelajar.. Tidak pernah sebelum ini jiwa terasa kosong.. Balik tanpa senyuman.. Tapi tipulah tanpa gembira kan.. Bertemu keluarga tercinta.. Ataupun cuti ini akan tidak menjadi kosong kalau ada kawan-kawan yang pernah tinggal diTerengganu dulu..

Kawan-kawan
Aku.. Berdosa.. Kawan lama aku tinggalkan demi kawan-kawan baru.. Bila tiada kawan-kawan baru, barulah aku mencari mereka.. jahat kan.. Aku sedar kejahatan aku tuh.. Cuma aku terpaksa sekali lagi memilih antara dua kebahagiaan.. Mereka memberi aku cinta, bahagia, suka dan duka bersama-sama.. Mana bisa aku tinggalkan mereka..
Kawan-kawan baru..
Sejak mereka pergi dari negeri aku, alah terasa kosong yer negeri ini.. Tiada lagi gelak tawa yang pernah membuat negeri ini hidup selama tiga bulan.. Tapi sekarang, sepanjang perjalanan aku pulang keTerengganu, terbayang mereka ditempat-tempat yang pernah kami lawati.. Ya Allah, rindunya.. Mungkin ini menyebabkan cuti aku terasa kosong kali ini.. :'(
Kawan-kawan lama
Maafkan aku.. Bukan niat untuk melupakan.. Aku tetap rindu mereka.. Merekalah yang ada tika aku dalam gentir.. Susah bersama-sama, senang bersama-sama.. Sebab.. Dari kecil lagi kita tak pernah bertelingkah.. Menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing.. Bila duduk sorang-sorang, terkenang cita-cita kita.. Dulu.. Selalu berebut nak jadi cikgu.. Siapa yang jadi murid tu siaplah kena belajar.. Hahaha.. Sampai semua nak jadi cikgu.. Ada masa tuh bilangan cikgu ramai dari muridnya.. Hahahha.. Aku rindu.. Bila kita besar sikit banyaklah perancangan kita kan.. Masing-masing dah ada tanggungjawab sendiri.. Nak jumpa pun dah susah.. Tapi antara kita, aku tunggu siapa yang kawin dulu.. Hahaha.. Aku tunggu.. Aku mau jadi yang terakhir.. Hehehehe.. Kenangan yang paling buat aku teringat adalah masa kita dah nak berpisah.. Aku, dia, dia dan dia akan bertukar sekolah.. Tingkatan 4 tinggalah dia seorang diri disekolah lama.. tapi kami tetap berhubung.. Kalau balik hujung minggu tak sah tak lepak sampai pagi kat tangga rumah.. :'(

Kawan, jangan biarkan tangan saya tergapai keseorangan dijalanan yang penuh dengan duri kematian..

Tapi Allah selalu ada untuk HambaNya yang tidak pernah melupakanNya.. 

Kalaulah saya dapat kembali pada masa lalu saya.. :'(

Saya akan ubah masa depan saya..

Sebab, mereka akan menarik saya jika saya lalai.. :"(

"Salam Lebaran Aidil Adha" - Israr Mainong



Tuesday, October 23, 2012

Pilih Antara Dua Kebahagian

23 Oktober 2012

Hari semalam sahaja banyak hal yang tak sangka berlaku pada diri ini.. Sedikit demi sedikit metentramkan jiwa yang gundah ini.. Semalam, aku ketawa, melihat orang ketawa, aku hairan dan aku tidak menentu.. Bukan masalah cinta.. Tapi terasa masih diperlukan.. Aku hanya berdoa agar ia akan selalu begini..

Dan hari semalam juga aku terpaksa memilih dua situasi.. Padahal keduanya aku sangat menyanyangi dan merindui.. Tapi aku hanya dapat memilih satu.. Satu dah lama menunggu satu lagi adalah mungkin masa depan.. Dahulu dan masa depan.. Mana satu harus aku pilih.. :'(

Keliru...

Masa dahulu?

Atau masa depan??

Siapa yang tentukan??

 *Actually, seronok bermain basketball bersama master yang banyak tolong saya.. Terima kasih ajar saya dalam permainan yang penuh emosi ini.. Jasamu dikenang.. :') - -Nur Hakim-

 *Dan hati-hati jugak buat yang balik ke Kampung.. Salam Lebaran Aidiladha.. Kesian tren kena bawak orang ramai dan BESAR seperti Zana.. 



Sunday, October 21, 2012

Walau serba kekurangan..

Mengakui kekurangan diri itu adalah cara terbaik untuk menujukkan sifat rendah diri.. Kadangkala kekurangan yang ada pada diri ini buat aku berasa malu.. Malu berdepan dengan semua orang.. Apaah saja kekurangan yang ada pada diri ini.. Kadangkala ia datang secara tidak sedar.. Apabila kita dilayan seperti tidak kena, maka nampaklah kekurangan kita tu.. Banyak sudah pengalaman sebegini sepanjang aku bergelar manusia.. Baik sahabat, saudara-mara malah keluarga sendiri..

TAPI..

Itu untuk apa?? Untuk kita sedar bahawa yang kita masih berada jauh dalam dunia ini.. Banyak yang kita kena pelajari.. Itu pendapat saya la.. Tapi aku juga bingung pada insan yang selalu berasa dirinya terlalu hebat, termasuk diri ini..  Maksud aku, dalam sesuatu yang kita ceburi, bukan untuk meninggi diri... Tapi untuk kita ketahui mana tahap kita sebenarnya..

Sahabat, maafkan aku kalau kekurangan aku ini buat sahabat bersa kurang selesa sengan aku.. Aku sedar, kekurangan yang ada pada aku ini bukan sahaja menyusahkan semua sahabat, tapi membuat sahabat semua malu untuk mengakui saya ini sahabat kalian.. :'(
Buka menagih simpati atau mencari populariti, tapi hakikatnya sangat jelas..

Kadangkala, aku ingin belajar sangat sesuatu benda itu.. Mengharapkan sahabat yang membantu.. Seperti bermain badminton, basketball dan lain-lain..  Dikala itu yang aku perlukan, terdetik pada hati ini, aku ini menganggu kehidupan mereka kah?? Tetiba aku menjadi tidak senang, aku minta maaf banyak-banyak kepada sahabat sekalian.. Terima kasih atas tunujuk ajar kalian..




*Melampau juga dua post arini.. Banyak sangat nak luahkan.. Sebab semakin hari aku rasa semakin jauh.. :'(


Ia takkan mungkin berulang lagi

21 October 2012

Sudah beberapa hari ini tak update blog kesayangan nie.. Sibuk tak jugak.. Tapi cuma merenungkan sesuatu yang takkan berulang..

Tipu kalau aku katakan yang tiada perkara yang lepas yang saya tak mahu ulang semula.. Baik dari segi positif dan negatinya.. Banyak benda saya nak ulang.. Perkara pertama ialah bersama keuarga saya.. Keluarga tercinta.. Kalau saya dapat ulang saat ketawa, menangis dan risau bersama-sama.. Alangkah indahnya.. Manusia mana yang tak pernah melalui suka duka kan.. Tak logik la saya katakan semua yang saya lalui adalah indah.. :)

Keduanya, saya ingin ulang saat saya ketawa tanpa henti.. Tak kira la dimana saya waktu itu.. Sewaktu bersama kawan-kawan ke.. Masa bermain basketball ker.. Sewaktu bersama orang tersayang ker.. Memang terukir indah didalam benak ini kalau nak dikira dengan senyuman dan ketawa yang telah saya kecapi sehingga hari ini.. Bahagia sangat-sangat..

Dan yang ketiga, saya ingin ulang semua saat-saat indah rahsia saya.. Rahsia yang orang lain tak pernah tahu.. Hanya saya dan Maha Esa sahaja tahu.. Melihat rahsia saya ketawa, melihat rahsia saya marah, melihat rahsia saya risau, sungguh menakjubkan.. Walaupun ini adalah hanya rahsia, setiap kali rahsia ini wujud depan saya, saya jadi menggelabah.. Saya sangat merindui sewaktu saya dan rahsia saya rapat sangat-sangat.. Tapi kalau diikutkan bodoh jugak kalau saya dan rahsia saya bersama.. Macam tak mungkin.. taraf sangat berbeza.. :'(

Kalau anda mempunyai masa silam yang indah, mesti anda nak mengulanginya kan.. Saya selalu berdoa agar semua yang terindah ini akan berkekalan selamanya.. Saya rindu kamu ayng duu-dulu.. Walaupun kita hanya kawan yang tak begitu rapat, saya tetap akan mendoakan kamu berjaya dalam bidang yang kita ceburi sama-sama ini.. :')

Kadangkala, masa saya bersendirian, saya termenung, adakah ia sia-sia??

Tapi terpaksalah berlakon tiada apa-apa.. Menipu diri sendiri itu pahit tau..

Kalau la hati aku dan kau dapat memahami antara satu sama lain.. Mesti kita jadi sahabat baik selamanya.. :'(

Wednesday, October 17, 2012

Sudah Cukup Sudah!!

17 October 2012

Cukuplah aku berharap sesuatu yang tak akan pasti aku dapat.. Setelah penat 2 tahun menjadi seorang penipu tegar.. Akhirnya aku tewas.. Sebab tak mungkin ia akan membawa sesuatu kebahagiaan walaupun sedikit.. Kepada dia yang pernah dilukai oleh saya, sejuta keampunan saya mohon.. Sesungguhnya kemaafan sebuah kedukaan tidak layak menjadi milik saya.. 

Cukuplah aku menjadi duri dalam setiap hubungan yang pernah aku jalani.. Penat dan tak bermaya.. Terpaksa menjadi pelakon yang tak pernah menang di dunia realiti.. Aku menyatakan ini bukan aku serik atau aku akan berhenti untuk mencari sebuah kebahagiaan, tapi cukuplah setakat ini dahulu.. Aku juga mempunyai cita-cita yang perlu aku kecapi.. Sebab dimana aku berdiri, disitulah rezeki aku.. Setiap kata, tingkah laku aku, nyawa aku, akan aku serahkan pada takdir.. Cukuplah dengan menjadi pendusta keatas satu kebahagiaan..

Tapi perlu ingat, setiap yang kita lakukan ada hikmahnya.. Mungkin bukan didunia, diakhirat yang kekal nanti akan dibalas.. Sebesar zarah perlakuan kita akan dihintung juga.. Tapi keyakinan aku untuk hidup dialam yang bahagia belum kuat.. Aku seolah seorang yang kerdil yang hanya inginkan kemahuan dan kehendak diri.. Untuk melayari bahtera kebahagiaan jauh sekali untuk aku fikir.. Persoalan yang bermain diminda, bilakah aku akan matang dalam membuat keputusan.. Seolah keputusan yang aku lakukan itu tiada kena dengan diri aku.. 

Ya Allah, jika dia bukan jodohku, abadikan aku sebuah kebahagiaan bersama keluarga aku.. Jika dia bukan untukku, jadikkan keluargaku keutamaanku.. Jika aku jatuh, maka hantarlah satu jiwa yang bisa mengangkat aku walaupun aku sudah tiada apa-apa untuk dia.. Dan kurniakanlah seorang yang sanggup jatuh dan bangun bersama aku selamanya.. Jika sudah tertulis tiada, aku terima takdirku.. Sesungguhnya aku telah dikurniakan keluarga dan saudara (kawan-kawan) yang sentiasa menyokong, menjadi tongkat dalam hidup..

Ya Allah, kekalkanlah persahabatan dan kekeluargaan kami selamanya.. :')

Kegagalan hari ini adalah suatu permulaan untuk kejayaan yang baru.. 

still...........

Bila untuk menjadi penyelamat sebuah percintaan.. :')


Tuesday, October 16, 2012

4 Tahun yang lalu.. Salam Hari Lahir untuk AWAK!!

Selamat hari lahir awak.. (walaupun lambat).. 

Dahulu.. hadir sebuah hati yang sangat memberi aku inspirasi untuk aku hidup.. Diwaktu itu, tidak pernah berasa gugar kerana hati itu sangat dekat dengan aku.. Memahami aku.. Mengambil hati aku yang kering itu.. Sumpah.. Aku benar-benar merasakan kebahagian yang teramat masa itu.. masa itu bukan lagi aku berpijakpada bumi nyata.. aku seolah terbang kedunia lain.. walaupun hati itu tak pernah menjadi milik aku, melihat beliau tersenyum, ketawa dan membuat muka comel dalam kelas sudah cukup.. betul.. aku sangat merindui hati itu..

Dulu.. hati itu membuli diri aku.. tak patut.. awak suh saya nyanyi depan kelas.. sebab awak tak faham sepatah haram apa saya cakap.. lama saya fikir nak nyanyi lagu apa.. akhirnya saya membodohkan diri saya nyanyi lagu doraemon.. Hahaha.. awak masih ingat?? sejak dari itu saya selalu nak sangat awak mengacau saya.. hahaha.. comel kan kita gelak sama-sama.. hahaha..

Dan selepas itu, saya mengetahui yang birthday kita pada bulan yang sama.. Beza saya dan awak adalah satu hari jer.. Aloo.. Sweetnyer.. Kalau awak nak tahu, pada hari jadi awak saya pernah nak bagi kad ulangtahun.. Tapi tak sempat.. Sebab awak dah pergi dari tempat kita.. Sedihnya.. Sampai sekarang saya simpan kad tu.. Walaupun tak jadi bagi kat awak.. :'( 

Dulu.. saya selalu berjoging seorang diri.. sebelum kenal awak.. lepas saya dibuli dan dikacau.. awak selalu tebman saya berjoging.. padahal kita berdua dah kurus kan.. buat apa joging lagi kan.. lepas joging makan sama-sama pulak.. Ya Allah.. sesungguhnya saya merindukan saat itu..

Tapi.. itu tak selamanya kan.. saya malu nak admit perasaan saya.. saya pun bodoh masa tuh.. kerana fikir perbezaan taraf kita.. awak seorang yang cerdik.. saya kurang pandai.. Lepas tuh awak tukar tempat belajar awak.. Lagi la saya tak dapat tgk awak.. Sehingga hari ini perasaan masa awak nak tukar saya dapat rasakan.. Dan banyak cerita yang saya dengar awak disana.. Awak dah dimiliki oleh sebuah hati yang lagi baik dari saya.. Saya terima itu.. Sebab awak pun bukan milik saya.. :'(

Lepas dari kejadian tuh, saya terus berusaha untuk mengejar saya punya cita-cita.. Saya pun nak membuktikan saya berjaya.. UNTUK PENGETAHUAN AWAK.. saya berada disini hari ini sebagai siswazah ijazah adalah sebab awak.. Sumpah tak tipu.. Dan kalau awak nak tahu lagi, setiap kali menjelang hari lahir kita, saya termenung, bila lah saya dapat sambut sama-sama dengan awak..

Tapi, bila tengok awak dan kawan-kawan awak gembira, saya pun turut gembira.. Awak membuat pilihan tepat untuk diri awak.. Dan doa saya agar awak gembira disamping orang yang awak sayangi.. Dan saya juga berdoa agar saya mendapat pengganti macam awak.. yang selalu memahami, sempoi dan tak kesah apa adanya diri saya.. dan saya harap kita berjumpa suatu hari nanti untuk saya tengok awak betul-betul senyum tanda bahagia didepan saya..

H, Selamat hari lahir.. Semoga kenangan yang kita kecapi akan tersemat didalam hati saya buat selamanya.. :')


*Ahh.. ape la duk perasan sorang-sorang nie.. Bukannya dapat faedah. tapi ni je la satu caranya nak luah perasaan.. sape kata lelaki tak ada perasaan.. perasaan lelaki la yang paling jujur..*


Jangan berharap pada masa silam kerana mungkin kini harapan itu sedang mengecapi kebahagiaan.. Jangan sesekali merosakkan kebahagiaan orang yang kita sayangi.. :'(

Monday, October 15, 2012

Alahai malunyer!!

15/10/2012

Kadangkala bila kita rindukan seseorang, walau apa pun halangan dan cabaran kita tetap akan cari alasan untuk melihat dia walau seketika.. Bila dah dapat lihat, tak puas hati lagi selahi tak dapat tgk dia senyum.. bila dia senyum masih lagi ragu-ragu jika belum dapat mendengar suaranya.. itulah kemaruk manusia sekarang.. bukan tak pernah berlaku pada diri aku.. tapi biarlah aku belajar dari kesilapan.. memilih jalan yang salah untuk mencintai.. ada orang anggap cinta dan rindu ni wajib.. kalau tiada mesti dikatakan tak laku.. terutamnya perempuan.. bila bercinta bagai nak rak.. meletakkan 100% kepercayaan kepada pasangannya.. bila dah tertulis tiada jodoh barulah menonggeng dan merapu tak tentu hala.. ini nasihat dari aku je..
Ya Allah.. Aku benar-benar berharap agar perasaan mimpi aku ini menjadi nyata.. tapi halangan banyak dihadapan.. tak mungkin begitu senang untuk dapatkan.. mungkin tiada langsung peluang itu.. Aku terlalu yakin dengan diri ini dan menyebabkan aku sendiri yang menanggung perasaan yang sakit tanpa luka berdarah.. Ya Allah, hilangkanlah rasa ini agar aku juga berhak untuk berasa bahagia.. Sekali aku melihat, aku berasa tak tenteram.. Aku keliru.. Aku tak tahu apa yang patut aku lakukan..

*Tu dia.. jiwang eh.. nasib tak karat je lagi.. actually itu adalah rumusan dari satu lagu indonesia yang best.. Betul la kata orang.. penrebutan bahagia adalah perkara paling sukar didunia ni.. tapi bila dah dapat dialah orang paling bertuah.. harap bahagia tak akan padam lagi..

Sunday, October 14, 2012

Mereka menyambut saya!!

11 Oktober lalu..
Saya nak ucap terima kasih kepada semua kawan-kawan saya yang buat suprise pada petang besday saya dan "suprise" pada malam harinya pula.. Semester lepas kena simbah ngan "ehem" tahun ni dapat potong 2 kek yang sama dan disimbah dengan air sabun yang wangi.. Saya suka.. Terima kasih kawan-kawan.. Dan penghargaan jugak yang wish besday tak kira a dimana-mana..
*saya percaya sahabat yang baik tak akan berubah hati walaupun musim silih berganti.. *


Thanks atas kek yang sangat sedap nie.. Actually kek yang sama masa classmate saya sambut pada petang tuh.. Hehehe.. Apa-apa pun, ia tetap satu kenangan terindah disemester akhir saya!!

Anas, salah sorang yang banyak membantu saya tak kira apa masalah yang saya hadapi.. Terima kasih Anas.. :)

Sesi memotong kek yang sedap tuh.. "Suprise" gile masa nie.. Hekhekehk.. Takper walaupun dah terkantoi, sejuta penghargaan untuk kalian.. :)

With Zana.. Dia pun selalu banyak tolong saya.. Walaupun dia "tak gem*k" tapi dia baik hati.. kalau tgk dia memang la macam diva, tapi hati dia baik.. (Ikhlas giler).. Hahahaha.. Terima kasih Zana!!

Gambar rosak.. (Sibuk je tangan syamil nie).. Kena upload jugak sebab gambar ni je nampak Bel.. Ala yang tepi sekali nampak pipi je tuh.. Gambar lain tak ada dia.. Hahaha.. Apa-apa pun thanks Bel.. 

Eh lagi.. Walaupun dorang ni junior, kami amalkan tiada perasaan junior-senior. Zaman dah berubah la beb.. Kita pun kene ikut arus zaman kan.. Harap kamu tak serik nak datang Terengganu lagi.. Bila ingat Terengganu, saya ingat waktu Ma antar kita balik Arau.. Saya rasa dia sedih nak berpisah ngan korang.. Dia macam menangis kan.. Harap korang datang Terengganu lagi.. :'(

Mr. Anas, Mr. Syamil dan Mr. Saleh.. 3 sahabat dikira rapat sepanjang saya di Arau.. Nak berkenalan boleh.. Yang tengah je tak boleh.. Sebab dah berpunya.. Huhuhu.. :)

Mr. Effni.. Our leader in our class.. Tak pernah rasa gusar bekerja bawah beliau.. Thanks Ef.. :)

Puan Fida ngan Puan Faz.. Lagak mereka selalu kena kacau ngan saya.. Tapi mulut masing-masing boleh tahan.. tapi tu la yang buat kita selalu gelak kan.. Thanksss!!

Sorang lagi yang datang agak lewat.. MRS. FIONA.. Dia datang lewat time orang nak balik dah.. Hahaha.. *Ampun.. Kawe lari dulu yer.. Hahaha*


Nie gambar pada sebelah malam.. Pada petangnya saya tak bergambar sebab teruja.. Terima kasih kepada classmate saya.. Semoga kehidupan kita diberkati Allah dan sentiasa diberi kekuatan untuk kejayaan didunia dan diakhirat..  Aminnn <3 nbsp="nbsp" p="p">

11/10/2012

Asslamualaikum..
Dah kembali kepada asalnya.. Ye la.. Manusia.. Kalau ada masalah jiwa ke, masalah lain ke, tempat asal juga yang dicari.. Apa khabar my bloggers?? Sihat?? Poyo kan..
11 October dah berlalu.. Maknanya setahun lagi pertambahan umur saya.. Suka ada.. Duka ada.. Yang suka kita buat kenangan.. yang duka kita buat pengalaman.. Kita kan dapat belajar mana yang baik dan mana yang buruk kan.. Dah besar kan.. Hikhikhik..
Apa pun.. 23 tahu dimuka bumi Allah ini, saya merasakan kebahagiaan lebih banyak dari penderitaan.. Alhamdulillah.. Tidak semua manusia layak mendapat apa yang saya dapat kan..    Cuma impian yang terbuku kat hati ini belum tercapai.. masih muda.. Kejarlah ia lagi termampu.. Selama 23 tahun ini juga saya dikurniakan keluarga yang sangat memahami dan sangat penuh dengan kasih sayang.. Sumpah.. Tak pernah sedikit pun terasa terasing.. Sebab keluarga adalah manusia pertama yang saya lihat apabila saya lahir kedunia ini.. Saya dikurniakan seorang ayah/abah yang tegas tapi ketegasan dia mengajar saya berjalan dimuka bumi ini.. Beliau tidak pernah membiarkan saya terus berjalan sendirian.. Abah saya memang seorang yang tegas.. Kadangkala perasaan takut pada beiau membuak-buak.. Tapi hasilnya dimana saya sekarang berbanding rakan-rakan saya yang lain.. Bukan beliau sahaja, dibantu pula dengan ibu yang penyanyang.. Kasih saya seorang ibu tak pernah lupus terhadap lima orang anaknya.. Saya merasa bangga kerana saya lahir sebagai zuriat ibu dan abah saya.. Semua orang pun macam tu kan.. Ibu bapa sendiri adalah yang terbaik.. Hidup saya diwarnai pula dengan adik-beradik saya yang lain.. 5 orang adik-beradik ada ima ragamnya.. Hahahaa.. Macam sesi memperkenalkan keluarga plak rasanya.. Hahaha.. Takper.. Serba sedikit sahaja..

Ma dan Abah adalah insan yang paling mulia dimuka bumi ini.. Sangat merindui kalian.. :') 

Family kakak.. Terima kasih atas perjuangan adikmu ini.. :)

My little warriors.. :)      
 Ok.. Pok Alang sangat merindui kalian.. Doakan kejayaan pok alang dunia dan akhirat yer..