Tuesday, September 29, 2009

Mulakan..

Selamat kembali ke Blog kesayangan aku nie.. Aku rasa macam tak lengkap hidup aku kalau tak tulis something.. So dengan azam lepas raya aku mulakan post aku dengan satu artikel yang agak menarik minat aku untuk mengepostkan kepada semua.. Tak tahu kenapa aku berminat untuk menjadi baik ni..
Sebelum tu belum terlambat aku ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Aku sangat berbangga dengan hari raya yang lepas. Aku rasa aku telah berusaha bersungguh-sungguh untuk membuat raya ini yang terbaik..
Berbalik kepada topik asal kita. Dalam aku menghirup udara segar di sebuah taman permainan kanak-kanak.. Mata aku terpandang dan tergelak sorang-sorang membaca tulisan-tulisan yang sepatutnya ditulis atas batu tetapi batunya tiada tulislah atas alat permainan. Ntah apa yang menarik minat aku untuk mengambil gambar dan menunjukan kepada semua bahawa masih ada lagi anak-anak bangsa kita berminat tentang BATU BERSURAT.. Batu bersurat menceritakan tentang undang-undang tetapi "batu bersurat" yang aku temui ini lain daripada yang lain..
"Batu bersurat" ini akan dijadikan santapan buat anak-anak dan cucu kita sebagai sejarahseterusnya. Aku rasa kalau anak-anak kita temui ini mereka akan menghiaskan di muzium-muzium seluruh negara. Hahaha..
Korang mesti terfikir lagi apa yang cuba aku sampaikan.. Kalau nakk lebih faham tengok gambar-gambar dibawah..



nampak tak?? nak aku terangkan??

"Bapak hang tak da ***** mak hang tak da *****"


Bukan polis jew boleh tulis wanted.. Kat sini jugak boleh..

Free of charge..

Artifak sejarah akan datang...






Nak salah siapa?? Sape yang rajin tuh bagila komen...

Wednesday, September 16, 2009

Ye la tu..

Tadi masa kelas bukan main banyak idea nak tulis sampai je depan laptop tetiba semuanya hilang.. Dengan suasana budak part 1 yang bising kat sebelah menyebabkan aku rasa nak jerit.. Aku nak menulis pong susah..
Teruskan...
semalam satu pergaduhan besar berlaku kepada aku. Aku berasa bersalah yang amat sangat kerana telah mengkoflikan dua sahabat yang baik. Tanpa dengan sengaja. TANPA sengaja. Aku mengaku yang aku sekarang lebih kasar berbanding dulu. Tapi aku tidak sedari pula bila aku menjadi sebegini.. Tak pe la. Memang aku nie manusia biasa yang oenuh dengan rasa ingin berhibur..
Maafkan aku teman. Mungkin kita tak boleh berkawan. Kita hanya mampu merenung mata dari jauh sahaja. Bukan ingin membuang sahabat tetapi aku rasa lebih bersalah lagi selepas ini kalau aku meneruskan persahabatan ini. Aku rasa cukup sampai disini.
Untuk sahabat aku..
Jangan sesekali kita kecewakan sahabat kita ok. Cukuplah dengan pengalaman aku ini. Kalau ada jodohnya kalian bisa bersatu lagi. Dia memang istimewa. Baik.. Lemah lembut.. Cukup sifatnya sebagai seorang perempuan. Tetapi dia bukan untuk aku. Aku langsung tak pantas untuk dia. Dia terlalu baik. Biarlah dia bersama orang yang dia sayangi. Tak mampu aku melihatnya.
Sahabat dan kekasih..
Mana satu yang kalian mahu pilih. Dia sahabat. Harapan dia bagi disalah tafsirkan. Bahaya macam tu kawan-kawan. Pilih mana satu. Bila anda bersama kawan-kawan anda, adakah anda lupa kekasih anda?? Bila kekasih anda bertemu di hati anda, fikirKAH anda dimana kawan-kawan anda??
Pilihlah yang terbaik.. Sahabat selalunya benar.. Jangan biarkan sahabat anada hilang kepercayaan terhadap anda. Setiap kita ada kurangnya. Renungkanlah.. Fikirkanlah..
Perempuan memang selalu macam tu. Aku rasa semua perempuan sama. Perempuan lebih pentingkan kekasih. Setiap detik ingin menyebut. Setiap masa. Setiap tempat. Tak salah tetapi bila yang mendengar boleh rasa meluat dan boring.
Aku tak tujukan kepada sesiapa pong ayat-ayat diatas. Cuma yang membacanya perlu berfikir...

Sedang aku asyik mengutuk perempuan.. Aku pun rasa bersalah. Pernah korang melihat cerita PEREMPUAN BERKALUNG SORBAN??
Dalam cerita itu hak wanita diadili setimpalnya. Memang seronok cerita itu. Sebelum aku akhiri kisah aku hari ini yang agak beserabut.... Diminta lelaki menjawab persoalan ini.. Soalan yang aku rasa korang yang bernama lelaki tidak mampu menjawabnya..

1- Jika seorang isteri tidak melayan suaminya hukumnya haram, tetapi jika suami tidak melayan isterinya apakah HUKUMNYA??

2- Jika isteri meminta cerai kepada suaminya hukumnya berdosa..tetapi bagi suami yang menceraikan isterinya tanpa sebab apakah HUKUMNYA??

3- Jika.......

Tak habis sebab soalan ini dibantah Ustaz bagi awatak perempuan yang bertanya soalan itu...

Monday, September 14, 2009

kecewa

makin hari saya hendak pulang ke kampung semakin lambat masa berputar. saya rasa saya dah tak sabar nak balik ke kampung. nak dapat ketenangan. celik mata masih lagi di Penang. hiruk pikuk negeri ini. rasa dah tak tahan sangat nak balik ni..
Inilah perasaan seorang anak muda yang berada di perantauan. Bukan jauh sangat tetapi masih dalam tanah airnya sendiri. Rasa-rasanya dia patut bersyukur dapat mengenali dunia luar yang amat mencabar ini. Dia juga harus merasakan bahagia saat bujangnya diisi dengan pengalaman begitu berharga berada dinegeri orang. Bayangkan anak-anak lain yang masih belum mampu menanggung rasa seksanya berada jauh dari keluarga. Dia patut berasa bangga.
Bagaimana pula dengan perasaan ibu bapanya? Mesti bangga gila kan.. Tapi tipulah kalau mereka tidak merindui dia? Dia yang berada jauh dari mereka membuatkan rasa rindu itu semakin dalam.
Dia yang rasa begitu lama. Dia yang buat benda itu berasa lama. Dia yang merasakan diri dia cemburu dengan 'dia'.
Masukla topik seterusnya.. Kata dia lagi..
Semenjak dua menjak nie dia rasa dia yang terbaik. 'dia' pula menafikannya. Dia rasa dia yang popular. 'dia' juga merasakanya. Dia letih. 'Dia' juga. Dia rasa dirinya tidak mampu dan ingin meluahkan rasa dia kepada 'dia'.. 'dia' masih bingung. Dia juga bingung.
Dia kata baik jauh dari 'dia'.. 'dia' pula mengejar. dia lari tetapi tidak mampu. Dia toleh kebelakang.. Dia pandang depan.. 'Dia' ada..
Selamat lah 'dia'.. Dia meninggalkan 'dia' dengan seribu kenangan. 'Dia' tak sedih.. Dia yang sedih..
Itulah dua makhluk dia dan 'dia'..







Anda gantikan nama anda pada bahagian dia sebagai aku (anda) dan 'dia' sebagai orang yang anda cintai...
Barulah anda faham apa yang aku selami..
Renungkanlahhhhhh

Sementara!!!

Assalamualaikum kawan-kawan..
Selamat pagi kalau anda semua membaca waktu pagi..
Selamat petang kalau pada waktu petangnya..
Dan selamat malam kalau anada membaca pada waktu malamnya..
Bagi aku tiada bezanya waktu-waktu.. Semua sama..
Cuma kita dah terbiasa menyebutnya menyebabkan kita selalu berkata begitu..
Betul bukan??
Wah seronok benar bebudak GAFIM pergi berbuka puasa hari tu..
Aku rasa macam nak pergi jugak .
Tapi apakan daya tiada jodoh bertemu dengan mereka.
Suatu hari nanti.
Oh ya.. pada Rabu malam nanti aku akan pulang ke kampung yang kedua aku.
Maksud aku KL la. Aku beraya kat Terengganu sebenarnya.
Tapi ketiadaan tiket menyebabkan aku akan pulang ke Kl dahulu.
Aku akan menaiki kereteapi Tanah Melayu buat kali ketiganya sorang-sorang..
Dah biasa.. Bukan susah pong..
Kali ini aku kene sediakan baju sejuk yang tebal dah banyak komik kartun supaya aku tidak menjadi Frozen Food yang keboringan..
Huhuhuhu.. Lain lah perjalanan waktu siangnya. Waktu siang tak lah sesejuk yang melampau.. Eskimo betul train nie pada watu malam.
Oh ya satu hal lagi ialah Ecah mengajak aku dan Akim fan yang lain berbuka puasa pada hari Khamisnya. aku boleh sahaja.. Tapi pada malam Khamis tuh semua ahli PBAS nak berkumpul kat karpet Akim Fan. Kitaorang nak buat ucapan raya beramai-ramai. Maybe aku kene lepak kat McD. Baru dapat on9. Dan buat pertama kalinya aku nak drive dalam bandar Kl nanti. Kalau jadi berbuka puasa la. Kalau tak jadi aku main dalam bandar Shah Alam je la. Ajak member lama berbuka. Aku tak kisah mana satu.
Mengenai perjumpaan malam PBAS tuh kami ingin melepaskan rindu yang teramat dalam nie kat situ. Sejak dua menjak ketiadaan budak kentang kapet itu sunyi sepi. Aku masuk gak kalau ada masa terluang. Harap sapa yang membaca ini dapat join kami ok.. Hahahaha.. Saje la nak promo kat sini.
Masih terlalu awal untik ucapkan selamat hari raya. Aku rasa semakin aku nak pulang ke kampung nie waktu makin lama terasa.. Aku tak derk la tertunggu macam orang bodoh. Perjalanan waktu aku terisi dengan pergi ke kelas dan buat assignment yang tidak TERhantar. Alasan je tuh semua.
Banyak berceloteh menyebabkan anda semua boring kan.. Aku pun sama.. Menunggu kelas lagi. Rasa malas pun ada. Malas oh malas..
malas.
malas..
malas...
malas....
malas.....
malas......
Sementara
aku menunggu kelas aku menulis blog.. Eh baru masuk topik yer?? Apela kamu nie..

Friday, September 11, 2009

Malaysia VS Indonesia = ????

p/s:: Jangan baca kalau dah baca kat kosmo ari jumaat ok.. Tapi kalau nak baca-baca la.. Tapi baca la ulasan aku kat bawah ok..!!! Pendapat manusia kerdil berada di Malaysia...

Semua pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Indonesia dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan perkara yang mencetuskan provokasi sehingga mengundang bahaya pada diri sendiri.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihak kementeriannya menerusi Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) telah diminta untuk bekerjasama dengan Kedutaan Malaysia di Jakarta bagi memantau keadaan pelajar dari negara ini.
"Bagi memastikan keadaan di sana tidak berbahaya, saya percaya pihak kedutaan juga sudah menghubungi kerajaan Indonesia untuk menuntut supaya mereka memberi jaminan keselamatan pelajar Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Mesej Daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Hari Raya Aidilfitri di Universiti Putra Malaysia di sini semalam.
Tambahnya, buat masa ini, terdapat hampir 5,000 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di seluruh Indonesia.
Kebimbangan tercetus apabila sekumpulan penunjuk perasaan bersenjatakan buluh runcing bertindak menahan kenderaan di Jalan Diponegoro, Jakarta dalam gerakan yang dipanggil 'Sweeping' Malaysia (sapu Malaysia) bagi mencari dan mengusir rakyat Malaysia.
Sementara itu di Kuching, Konsul Malaysia di Kalimantan, Zairi Basri telah menemui wakil pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berpengaruh di wilayah Indonesia itu bagi membincangkan isu terkini melibatkan hubungan kedua-dua negara.
Menurut Zairi, perbincangan bersemuka tersebut melibatkan wakil daripada Pemuda Panca Sila, Pemuda Melayu Kalbar dan seorang peguam yang menganggotai pelbagai NGO berpengaruh di Kalimantan.
Berdasarkan rekod, terkini terdapat 100 rakyat Malaysia yang tinggal dan bekerja di Kalimantan Barat, kebanyakannya di ladang kelapa sawit.


Emas dibalas tuba.. Inilah yang boleh dianggapkan kepada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab mencetuskan kontrovesi yang memisahkan dua puak yang satu agama. sungguh malang aku membaca ceruta-cerita begni didada akhbar. Aku bukan ingin mencetuskan lagi kontroversi yang sedang hangat ini aku cuma ingin menjadi rakyat yang mengambil berat antara satu sama yang lain.

Sebelum memulakan perbincangan, untuk pengetahuan korang yang belum tahu bahawa Akim selamat disana.. Jauh katanya. Infomation on the spot.. Hahahaha..

Kecetusan bermula apabila satu dokumentari memaparkan kisah tarian yang berasal dari Indonesia. Di dalam dokumentari itu ter'cakapnya' tarian tersebut berasal dari Malaysia. Sesetengah pihak yang cetek akalnya tidak mengerti maksud yang ingin disampaikan dokumentari itu. Dan pihak dokumentari itu telah pun meminta maaf.

Fikirkan..

Rakyatnya yang datang ke Malaysia dilayan bak pelancong. Diberi bekerja di sini. Mencari makan dan minum. Rakyatnya sudah bertapak disini lama tahunya. Apabila ditangkap dihantar pulang tanpa calar satu pun ditubuhnya.. Aku hairan apabila rakyat kita disana dilayan seperti pendatang asing. Aku hanya melihat pada perspektif yang sekarang la.

Kalau difikirkan.. Kita boleh saja bertindak seperti mereka. tapi aku rasa tidak mampu kerana setiap pandangan ada sahaja orang yang berasal dari sana.. Kalau dikumpulkan boleh menjadi satu negeri yang padat penduduknya. Cuba dilihat di Pulau Pinang sudah.. naik sahaja bas pelbagai bahasa kita dapat pelajari. Macam kelas bahasa campuran pun ada.

Aku disini bukan memihak kepada sebelah pihak sahaja. Fikirkanlah..

Adakah kita diperbodohkan oleh kafir supaya kita ini berpecah belah?? Adakah mereka sengaja melakukan perkara tersen=but supaya menjadi tembok peperangan antara Islam dan Islam.?? Betul juga itu. mengapa mereka tidak masuk campur dalam hal ini..

KERANA...

Mereka mengangkat kaki tersenyum melihat kita seolah-olah bodoh dipermainkan mereka. Sungguh kejam. Kita juga janganlah menjadi bodoh sampai tidak kenal mana intan mana permata. Cuba kita bersatu.. Mesti mereka campur tangan. GERENTI!!!

Thursday, September 10, 2009

Kemana Pergi Semuanya..

Dalam keboringan yang amat terlampau ini. Sempat juga aku terfikir untuk menulis satu perenggang ayat. Bukan untuk mengata atau mengeji sesiapa. Tetapi aku hanya ingin meluahkan pendapat aku. 'Post' kali ini bukanlah panjang sangat. Aku hanya ingin meghilangkan keboringan aku sahaja. Aku juga terfikir kalau-kalau ada yang membaca ini akan terus tersinggung.

Aku mencarut pagi-pagi buta. Aku berjalan pagi-pagi buta. Aku marah pagi-pagi buta. Aku rasa aku khilaf. Aku rasa aku berdosa. Aku rasa aku lalai. Kemana semua orang. Aku mencari satu matlamat untuk mencari semua yang hilang. Kau aku dia anda kita kami beta hamba sepatutnya ada. Dimana semua orang. Dia yang jadi begini. Dia yang buat itu. Dia yang buat ini. Semuanya berpunca dari dia. Aku masih tidak mengerti. Aku salah? Aku benar? Aku yang lolos? Bingung..

Fahamkah anda dengan ayat-ayat diatas? Aku faham bukan anda tidak faham. Tapi pemikiran aku yang tidak faham apa yang aku tulis. Ikhlas dari jiwa itulah ayat yang keluar dari mindaku bila aku menaip perkataan pada 'laptop' putihku ini.

Aku sebenarnya mencari mana orang. Bila kita berduka tiada sesiapa. bila kita bergembira mereka bergembira. Sifat menyalahkan orang lain juga aku merasakan begitu besar dalam diri setiap insan. Aku rasa mereka dan aku saling menyalahkan antara satu sama lain. Ah. Sungguh boring 'post' aku hari ini. Korang pernah bercinta??

Cinta??
Jom tukar topik cinta pula..
Indah betul cinta itu kan. Mak saya kata cinta yang abadi adalah percaya antara satu sama lain. Bapa saya kata kalau cinta itu hilang kita cari yang baru.. Apa susah.. (Playboy jugak nie). Abang pertama saya kata cinta yang sekecil zarah dapat membahagiakan manusia. Abang saya yang kedua kata cinta ini susah. Cemburu sana cemburu sini. Kakak saya kata cinta kadangkala membuat kita sedih dan keliru. Mana satu untuk kita pilih. Adik saya kata cinta terukir pada rantai kebahagiaan. Saya kata cinta milik orang lain akan saya jadikan milik saya kerana saya cintakanya.

Dalam satu saat kita bisa mencintai sesorang.. Mudah kan. Lebih mudah dari menjawab soalan 'addmath'. Tapi bila cinta dah rabun.. tesasar jauh.. perit untuk kita melupakan cinta itu. Lebih-lebih lagi cinta pertama. Apalah susah sangat cinta. Orang buta boleh bercinta. orang bisu dah kahwin beranak-pinak. Kita yang normal kenapa susah untuk bercinta. kadangkala bukan kita yang menyusahkan diri kita untuk bercinta tetapi cinta sendiri itu yang tidak datang. Kenapa ditunggu??

Adakah aku mampu untuk mengulangi cinta. Atau aku harus menjadi pendendam cinta dengan menyakiti ramai hati yang tidak berdosa? Tidak. Sudah banyak aku membalasnya. Cukuplah dengan dosa itu untuk aku bawa ke akhirat nanti. Aku benci dengan cinta. Memalukan. Tapi sekarang aku merasakan satu roh cinta datang kepada aku. Aku seolah-olah tidak mampu menanggungnya. Cinta oh cinta.

Oh! Lupa pula kawan-kawan aku sekalian. Aku merasakan aku telah jauh diri aku kepada kawan-kawan sekalian. Aku sebenarnya agak sibuk mengerjakan kerja-kerja untuk mendapat masa depan yang lebih baik. Aku ingin meluahkan rasa aku ini supaya kawan-kawan sekalian tahu aku bukanlah hidung tinggi yang dikatakan sesetengah kawan-kawan yang membenci. Dorang berkata dengan angkuhnya...

"Ko kawan dengan artis ko jadi artis la?? Ko ni songsang ke apa asyik puja budak tuh ajew?? Ramai orang ko mesej sekarang?? Ko ingat dorang kawan dengan ko sebab ko ke?? Sedarlah..ko tu orang biasa tak layak kawan dengan budak tuh.."

Wah banyak persoalan. Kalah soalan PMR sejarah. Betul tak? Agak susah nak jawab. Aku rasa aku fail la paper nie.. Hahahaha.. Gurau sahaja. Best juga soalan tuh. Biar aku menjawabnya.

"Aku kawan dengan artis aku jadi artis la?? Aku nie songsang ke apa asyik puja budak tu ajew?? Ramai orang aku mesej sekarang?? Aku ingat dorang kawan dengan aku sebab aku ke?? Sedarlah..aku tu orang biasa tak layak kawan dengan budak tuh.."

"Aku tidak kawan dengan artis. Aku tidak kawan dengan mana-mana artis pun. Dan aku rasa tiada artis nak kawan dengan aku. Kalau tak percaya tanya semua artis kenal tak Ahmad Israr Ihsan bin Mainong?? Tapi kalau nama Mark tak tahu la sebab ramai jugak yang nama Mark kat dunia nie.. Hahahha"

"Songsang?? hahahaha.. Jap tanya mak aku... Mak aku kata aku lahir normal ajew. Tak bedah ataupun songsang.. Oh maksud anda Gay yew?? Aku mengerti. Biar aku jawab. Pedas betul soalan ini. Sensitip. Sebelum tuh jawab soalan aku adakah peminat Amy Search juga Gay?? Oh jadi siapa yang minat artis lelaki semuanya Gay la.. So jaga-jaga dengan manusia yang minat dengan artis lelaki"

"Aku mesej dengan siapa ikut suka aku la. Kredit tu kredit aku"

"Sahabat yang sejati tidak akan menilai seorang sahabatnya melalui sahabat mereka yang lain. Maksud aku aku cuma berharap mereka berkawan dengan aku yang kurang sempurna ini atas nama sahabat bukan atas nama Afiq Hakim Ahmad. Akim adalah pengantar yang banyak pahalanya menghubungkan kami semua menjadi sebagai satu keluarga. Tak percaya tanya la budak-budak GAFIM.. Kita adalah satu keluarga kan?? AKu harap"

"Aku memang orang biasa. Tetapi suatu hari nanti aku mahu jadi orang yang luar biasa yang bisa mengubah dunia tiada yang biasa dan terlebih biasa"

Aku harap jawapan aku terjawab yer kepada kawan-kawan yang membenci. Lepas ini aku mahu jadikan semua orang menjadi 1 Malaysia.. Besar cita-cita aku..

Cemburu ----> Cinta -----> Persoalan....

3 topik yang agak membuat korang tahu siapa aku sebenar. Kenalilah aku dengan sentiasa menyokong aku setiap tanduk aku tidak akan berjaya tanpa sokongan anda semua. Terima kasih sahabat..!!!!

Wednesday, September 9, 2009

Tambahan Post Bawah

Kengkawan.. nie tambahan untuk pertandingan Glider tuh
... Layannnn...

CENGEL team... Hahahahahaha.. Gembira walaupun kalah..
Apa yang penting.. Kerjasama

Terima kasih walau apa jua halangan kita telah lalui.. tanpa koang Glider tuh takkan boleh siap jugak kan.. Harap salah faham dan terkasar bahasa dilupakan.. Terima kasih sahabat...

Dengan doa korang semua InsyaAllah kami akan menjadi Engineer Malaysia yang POPULAR.. hahahahhaha


-Tamat kisah aku dan kawan-kawan aku di UiTM-

Koang semua.. nie la serba sedikit gambar yang sempat aku curi dari kawan-kawan aku.. ada lagi tapi tak sampai ketangan aku lagi.. Nanti kalau dah dapat aku akan uploadkan jugak.. Dan aku akan uploadkan sekali gambar kami berjalan-jalan kat Penang antaranya Rumah PRamlee..Kebun Bunga..Muzium..dan Queensbay... Tungguuuuuuu..............



ketinggian bertanding

Cuba cari glider kami yang tersangkut kat tingkat dua tuh!!

berdiri tuh mamat macho... kanan sekali Alif follow by Iylia.. Dua2 tuh housemate aku..


3 dara pingitan.. teamate aku la tuh.. Aretin paling kiri follow by Nieza then Apeng..
Aku dengan Glider aku yang tak tersangkut...
Depan sekali DD.. Classmate aku.... Termenung kalah nampaknya aku masa ini..
Kaki si Dias termasuk sekali tuh


Bebudak aerospace yang cantik dan macho semuanya.. hahhahahhaha
"perasaan" kata Ecah dak Mekanikal


Classmate aku la nie... Persiapan terakhir sebelum launching kat tingkat 3..


Yang asal belakang sekali tuh.. Yang tu la lekat kat bangunan.. Yang kecik jugak penyelamat.. Yang baku itam kecuali yang duduk adalah team CENGEL..
Macam kenal baju hitam biru laut tuh.. macam baju gafim @ zoo


Berbincang untuk persiapan terakhir.. Sebelah aku tu Ecah tapi bukan budah aero.. saja menumpang kat kitaorang.. hahahhahah


Serius nie menerangkan kat budak mekanikal..
Walaupuin tak tahu papew...


Sajew promot buku tebal tuh.. masing2 tunggu kelas pukul 4...

Tak Dapat 090909

Lama benar aku tidak menaip patah kata kat blog aku ini. Amat sibuk dengan tugas aku kat UiTM yang amat panas sejak 2 3 hari yang lalu. Keterperasaan aku pada tarikh hari ini adalah menarik hati aku unuk menulis lagi perkataan disini. Tak dapat nak dinafikan bila kita tidak menulis seolah-olah kita tidak memberi binatang peliharaan kita makan.. Adakah anda juga begitu.
Korang perasan tak yang senarai lau-lagu Akim kat sebelah dah tak ada. Aku terpaksa me'remove'kannya kerana laptop aku tidak berfungsi dengan baik.Ini tidak bermakna sokongan aku terhadap GAFIM sudah pudar. Gafim dan aku sudah macam adi-beradik.
Tak dapat.
Melalui perkataan ini aku ingin memohon maaf kepada semua GAFIMMERS yang mengundang aku ke Majlis berbuka Puasa pada 12/9 dan Majlis Rumah Terbuka Akim pada raya ke3 nanti. Aku bukan tidak dapat menyertai. Atas sebab-sebab yang aku rasa aku tak patut pergi. Aku hanya mampu berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar.
Tak dapat.
Aku juga meminta maaf kerana tidak dapat membalas mesej dan komen aku yang ada di MySpace. Bukan diri ini sombong tetapi agak ketiadaan masa menguruskan hal-hal yang perlu didahului. Terima kasih kepada yang terus meng'add' aku disitu.
Dalam Ramadhan yamg mulia ini, aku agak sensitif jika aku merindui seseorang. Sudah tiga malam berturut-turut aku bermimpi bertemu 'kawan'. Bila aku berjaga hati aku berdebar-debar. Ya Allah apakah petanda itu.. Aku bingung. Mungkin terlalu memikirkanya sampai aku terbawa-bawa dalam mimpi. Orang kata mimpi itu mainan tidur. Haraplah.
Tak salah aku hendak merinduinya. Aku manusia juga kan?? Oh lupa plak.. Mengenai glider yang korang undi. Kami telah membentangkannya. Sebelum kami mengambil gambar, dengan jayanya gliger kami telah tersangkut pada bangunan Mekanikal. Alhamdulillah.
Kami mendapat tempat pertama dari belakang. Assyik kalah ajew. Agak sedih dan kecewa. Tapi sudah rezeki kami hanya mekan ditempat terbuang. Aku rasa Ramadhan kali ini sungguh aneh. Sekejap saja rasanya masa berlalu. Dalam diam tak diam aku sudah berada pada hari pengakhirannya.
Dan aku telah mengupload gambar masa hari pertandingan.. So koang layan....

Saturday, September 5, 2009

Kadangkala Perlu

Ketawa. Gembira. Aku mencarinya. Dimana?? Aku masih tertanya-tanya. Bayangkan anda berada dilorong yang dua cabangnya. Satu cabangnya memilih kejayaan. Satu cabangnya sahabat yang menyokong anda senagtiasa. Dimanakah anda meluru??
Sepasang dadu tak mungkin dilempar untuk menentukanya. Pilihan hati kekentalan jiwa dan perasaan angkuh yang akan menemani kita pada hari ini. Allah. Mana satu aku?
Doa dan doa. Aku buntu. kejayaan yang semakin menerangkan sinarnya. begitu juga persahabatan. Sinar memancar penuh rasa ketaaqwaan. Keasyikan. Dimana aku??
Kekiri..
Kekanan..
Kiri...
Kanan...
Sahabat tersenyum. Aku tersenyum. Mukanya penuh rasa bahagia. betulkah sahabat mampu membuat aku bahagia???

Merindui Persahabatan

Benar setiap ketawa itu diakhiri dengan kesedihan. Aku merasakan hal itu membebankan lagi rasa kesedihanku. Aku merinduinya. Saat aku tertawa aku merasakan aku tidak bersamanya. Walaupun jauh disudut hati aku sebenarnya timbul perasaan rindu dan kasih kepadanya. Sahabat. Satu perkataan yang pendek namun pengertian yang besar bagiku. Sungguh aku tudak mampu atas nama seorang sahabat. Aku hanya mampu membuat kamu tersenyum, menangis tetapi bukanlah bahagia. Dari sosialogi, aku mencari sahabat terdahulu. aku merinduimu sahabat. Aku merasakan kerengganan kita semakin melebarkan sayapnya. Sumpah aku merasakan teduhnya persahabatan kita. Apakan daya aku tidak mampu melakukan apa-apa. Aku tidak berpengaruh. Aku manusia biasa. Aku hanya mampu melihat kamu jauh didepan mata.
Semakin hari sayapnya semakin lebar. Aku bangga kerana sahabatku berjaya. Aku menitiskan air mata ketika sahabatku berjaya. Aku masih disini. Menanti penuh rasa dihargai. Nampaknya buah yang aku nanti tiada lagi. Dibawa lari oleh burung yang cemburukan persahabatan kita. Aku tidak mampu. Melihat kita jauh. Melihat kau ketawa. Melihat diri aku seolah tiada lagi rasa disayangi.
Sebertih jagung masa kita bersahabat. Kau meninggalkan memori indah bersama aku. aku merasakan cukup bahagia mengingati hari-hari kita lalui bersama. Sahabat.. semoga kau terus berjaya di medan sana. Aku akan sentiasa menyokongmu walaupun aku terpaksa menunggu saat tua ini sendirian. Hanya doa dan air mata akan menjadi saksi persahabatan kita.
Ya Allah, kuatkanlah hambaMu ini. Sesungguhnya dugaanMu begitu besar buatku keatas insan yang bernama sahabat....

Aku merinduimu "kawan"....

Warkah Pagi::
Mark
(0428 a.m)