Saturday, September 5, 2009

Merindui Persahabatan

Benar setiap ketawa itu diakhiri dengan kesedihan. Aku merasakan hal itu membebankan lagi rasa kesedihanku. Aku merinduinya. Saat aku tertawa aku merasakan aku tidak bersamanya. Walaupun jauh disudut hati aku sebenarnya timbul perasaan rindu dan kasih kepadanya. Sahabat. Satu perkataan yang pendek namun pengertian yang besar bagiku. Sungguh aku tudak mampu atas nama seorang sahabat. Aku hanya mampu membuat kamu tersenyum, menangis tetapi bukanlah bahagia. Dari sosialogi, aku mencari sahabat terdahulu. aku merinduimu sahabat. Aku merasakan kerengganan kita semakin melebarkan sayapnya. Sumpah aku merasakan teduhnya persahabatan kita. Apakan daya aku tidak mampu melakukan apa-apa. Aku tidak berpengaruh. Aku manusia biasa. Aku hanya mampu melihat kamu jauh didepan mata.
Semakin hari sayapnya semakin lebar. Aku bangga kerana sahabatku berjaya. Aku menitiskan air mata ketika sahabatku berjaya. Aku masih disini. Menanti penuh rasa dihargai. Nampaknya buah yang aku nanti tiada lagi. Dibawa lari oleh burung yang cemburukan persahabatan kita. Aku tidak mampu. Melihat kita jauh. Melihat kau ketawa. Melihat diri aku seolah tiada lagi rasa disayangi.
Sebertih jagung masa kita bersahabat. Kau meninggalkan memori indah bersama aku. aku merasakan cukup bahagia mengingati hari-hari kita lalui bersama. Sahabat.. semoga kau terus berjaya di medan sana. Aku akan sentiasa menyokongmu walaupun aku terpaksa menunggu saat tua ini sendirian. Hanya doa dan air mata akan menjadi saksi persahabatan kita.
Ya Allah, kuatkanlah hambaMu ini. Sesungguhnya dugaanMu begitu besar buatku keatas insan yang bernama sahabat....

Aku merinduimu "kawan"....

Warkah Pagi::
Mark
(0428 a.m)

3 comments:

cik lubakpink said...

yeah..
citer psal kwan..
sush nk cri kwan yg btol2 kwan..

mashie simple deh said...

tersentuh :)
aku tau sapa kwn 2 . hehehe .

songo said...

kalu rindu kat aku jangan cakap terang2.................. malu...... muahahahahaaaaaaaaaaa