Wednesday, September 16, 2009

Ye la tu..

Tadi masa kelas bukan main banyak idea nak tulis sampai je depan laptop tetiba semuanya hilang.. Dengan suasana budak part 1 yang bising kat sebelah menyebabkan aku rasa nak jerit.. Aku nak menulis pong susah..
Teruskan...
semalam satu pergaduhan besar berlaku kepada aku. Aku berasa bersalah yang amat sangat kerana telah mengkoflikan dua sahabat yang baik. Tanpa dengan sengaja. TANPA sengaja. Aku mengaku yang aku sekarang lebih kasar berbanding dulu. Tapi aku tidak sedari pula bila aku menjadi sebegini.. Tak pe la. Memang aku nie manusia biasa yang oenuh dengan rasa ingin berhibur..
Maafkan aku teman. Mungkin kita tak boleh berkawan. Kita hanya mampu merenung mata dari jauh sahaja. Bukan ingin membuang sahabat tetapi aku rasa lebih bersalah lagi selepas ini kalau aku meneruskan persahabatan ini. Aku rasa cukup sampai disini.
Untuk sahabat aku..
Jangan sesekali kita kecewakan sahabat kita ok. Cukuplah dengan pengalaman aku ini. Kalau ada jodohnya kalian bisa bersatu lagi. Dia memang istimewa. Baik.. Lemah lembut.. Cukup sifatnya sebagai seorang perempuan. Tetapi dia bukan untuk aku. Aku langsung tak pantas untuk dia. Dia terlalu baik. Biarlah dia bersama orang yang dia sayangi. Tak mampu aku melihatnya.
Sahabat dan kekasih..
Mana satu yang kalian mahu pilih. Dia sahabat. Harapan dia bagi disalah tafsirkan. Bahaya macam tu kawan-kawan. Pilih mana satu. Bila anda bersama kawan-kawan anda, adakah anda lupa kekasih anda?? Bila kekasih anda bertemu di hati anda, fikirKAH anda dimana kawan-kawan anda??
Pilihlah yang terbaik.. Sahabat selalunya benar.. Jangan biarkan sahabat anada hilang kepercayaan terhadap anda. Setiap kita ada kurangnya. Renungkanlah.. Fikirkanlah..
Perempuan memang selalu macam tu. Aku rasa semua perempuan sama. Perempuan lebih pentingkan kekasih. Setiap detik ingin menyebut. Setiap masa. Setiap tempat. Tak salah tetapi bila yang mendengar boleh rasa meluat dan boring.
Aku tak tujukan kepada sesiapa pong ayat-ayat diatas. Cuma yang membacanya perlu berfikir...

Sedang aku asyik mengutuk perempuan.. Aku pun rasa bersalah. Pernah korang melihat cerita PEREMPUAN BERKALUNG SORBAN??
Dalam cerita itu hak wanita diadili setimpalnya. Memang seronok cerita itu. Sebelum aku akhiri kisah aku hari ini yang agak beserabut.... Diminta lelaki menjawab persoalan ini.. Soalan yang aku rasa korang yang bernama lelaki tidak mampu menjawabnya..

1- Jika seorang isteri tidak melayan suaminya hukumnya haram, tetapi jika suami tidak melayan isterinya apakah HUKUMNYA??

2- Jika isteri meminta cerai kepada suaminya hukumnya berdosa..tetapi bagi suami yang menceraikan isterinya tanpa sebab apakah HUKUMNYA??

3- Jika.......

Tak habis sebab soalan ini dibantah Ustaz bagi awatak perempuan yang bertanya soalan itu...

No comments: