Friday, September 11, 2009

Malaysia VS Indonesia = ????

p/s:: Jangan baca kalau dah baca kat kosmo ari jumaat ok.. Tapi kalau nak baca-baca la.. Tapi baca la ulasan aku kat bawah ok..!!! Pendapat manusia kerdil berada di Malaysia...

Semua pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Indonesia dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan perkara yang mencetuskan provokasi sehingga mengundang bahaya pada diri sendiri.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihak kementeriannya menerusi Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) telah diminta untuk bekerjasama dengan Kedutaan Malaysia di Jakarta bagi memantau keadaan pelajar dari negara ini.
"Bagi memastikan keadaan di sana tidak berbahaya, saya percaya pihak kedutaan juga sudah menghubungi kerajaan Indonesia untuk menuntut supaya mereka memberi jaminan keselamatan pelajar Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Mesej Daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Hari Raya Aidilfitri di Universiti Putra Malaysia di sini semalam.
Tambahnya, buat masa ini, terdapat hampir 5,000 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di seluruh Indonesia.
Kebimbangan tercetus apabila sekumpulan penunjuk perasaan bersenjatakan buluh runcing bertindak menahan kenderaan di Jalan Diponegoro, Jakarta dalam gerakan yang dipanggil 'Sweeping' Malaysia (sapu Malaysia) bagi mencari dan mengusir rakyat Malaysia.
Sementara itu di Kuching, Konsul Malaysia di Kalimantan, Zairi Basri telah menemui wakil pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berpengaruh di wilayah Indonesia itu bagi membincangkan isu terkini melibatkan hubungan kedua-dua negara.
Menurut Zairi, perbincangan bersemuka tersebut melibatkan wakil daripada Pemuda Panca Sila, Pemuda Melayu Kalbar dan seorang peguam yang menganggotai pelbagai NGO berpengaruh di Kalimantan.
Berdasarkan rekod, terkini terdapat 100 rakyat Malaysia yang tinggal dan bekerja di Kalimantan Barat, kebanyakannya di ladang kelapa sawit.


Emas dibalas tuba.. Inilah yang boleh dianggapkan kepada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab mencetuskan kontrovesi yang memisahkan dua puak yang satu agama. sungguh malang aku membaca ceruta-cerita begni didada akhbar. Aku bukan ingin mencetuskan lagi kontroversi yang sedang hangat ini aku cuma ingin menjadi rakyat yang mengambil berat antara satu sama yang lain.

Sebelum memulakan perbincangan, untuk pengetahuan korang yang belum tahu bahawa Akim selamat disana.. Jauh katanya. Infomation on the spot.. Hahahaha..

Kecetusan bermula apabila satu dokumentari memaparkan kisah tarian yang berasal dari Indonesia. Di dalam dokumentari itu ter'cakapnya' tarian tersebut berasal dari Malaysia. Sesetengah pihak yang cetek akalnya tidak mengerti maksud yang ingin disampaikan dokumentari itu. Dan pihak dokumentari itu telah pun meminta maaf.

Fikirkan..

Rakyatnya yang datang ke Malaysia dilayan bak pelancong. Diberi bekerja di sini. Mencari makan dan minum. Rakyatnya sudah bertapak disini lama tahunya. Apabila ditangkap dihantar pulang tanpa calar satu pun ditubuhnya.. Aku hairan apabila rakyat kita disana dilayan seperti pendatang asing. Aku hanya melihat pada perspektif yang sekarang la.

Kalau difikirkan.. Kita boleh saja bertindak seperti mereka. tapi aku rasa tidak mampu kerana setiap pandangan ada sahaja orang yang berasal dari sana.. Kalau dikumpulkan boleh menjadi satu negeri yang padat penduduknya. Cuba dilihat di Pulau Pinang sudah.. naik sahaja bas pelbagai bahasa kita dapat pelajari. Macam kelas bahasa campuran pun ada.

Aku disini bukan memihak kepada sebelah pihak sahaja. Fikirkanlah..

Adakah kita diperbodohkan oleh kafir supaya kita ini berpecah belah?? Adakah mereka sengaja melakukan perkara tersen=but supaya menjadi tembok peperangan antara Islam dan Islam.?? Betul juga itu. mengapa mereka tidak masuk campur dalam hal ini..

KERANA...

Mereka mengangkat kaki tersenyum melihat kita seolah-olah bodoh dipermainkan mereka. Sungguh kejam. Kita juga janganlah menjadi bodoh sampai tidak kenal mana intan mana permata. Cuba kita bersatu.. Mesti mereka campur tangan. GERENTI!!!

1 comment:

miss hannan said...

kta mmg perlu memihak kpd sebelah pihak shj..sbb kta warga MALAYSIA yg tercinta!~