Wednesday, September 9, 2009

Tak Dapat 090909

Lama benar aku tidak menaip patah kata kat blog aku ini. Amat sibuk dengan tugas aku kat UiTM yang amat panas sejak 2 3 hari yang lalu. Keterperasaan aku pada tarikh hari ini adalah menarik hati aku unuk menulis lagi perkataan disini. Tak dapat nak dinafikan bila kita tidak menulis seolah-olah kita tidak memberi binatang peliharaan kita makan.. Adakah anda juga begitu.
Korang perasan tak yang senarai lau-lagu Akim kat sebelah dah tak ada. Aku terpaksa me'remove'kannya kerana laptop aku tidak berfungsi dengan baik.Ini tidak bermakna sokongan aku terhadap GAFIM sudah pudar. Gafim dan aku sudah macam adi-beradik.
Tak dapat.
Melalui perkataan ini aku ingin memohon maaf kepada semua GAFIMMERS yang mengundang aku ke Majlis berbuka Puasa pada 12/9 dan Majlis Rumah Terbuka Akim pada raya ke3 nanti. Aku bukan tidak dapat menyertai. Atas sebab-sebab yang aku rasa aku tak patut pergi. Aku hanya mampu berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar.
Tak dapat.
Aku juga meminta maaf kerana tidak dapat membalas mesej dan komen aku yang ada di MySpace. Bukan diri ini sombong tetapi agak ketiadaan masa menguruskan hal-hal yang perlu didahului. Terima kasih kepada yang terus meng'add' aku disitu.
Dalam Ramadhan yamg mulia ini, aku agak sensitif jika aku merindui seseorang. Sudah tiga malam berturut-turut aku bermimpi bertemu 'kawan'. Bila aku berjaga hati aku berdebar-debar. Ya Allah apakah petanda itu.. Aku bingung. Mungkin terlalu memikirkanya sampai aku terbawa-bawa dalam mimpi. Orang kata mimpi itu mainan tidur. Haraplah.
Tak salah aku hendak merinduinya. Aku manusia juga kan?? Oh lupa plak.. Mengenai glider yang korang undi. Kami telah membentangkannya. Sebelum kami mengambil gambar, dengan jayanya gliger kami telah tersangkut pada bangunan Mekanikal. Alhamdulillah.
Kami mendapat tempat pertama dari belakang. Assyik kalah ajew. Agak sedih dan kecewa. Tapi sudah rezeki kami hanya mekan ditempat terbuang. Aku rasa Ramadhan kali ini sungguh aneh. Sekejap saja rasanya masa berlalu. Dalam diam tak diam aku sudah berada pada hari pengakhirannya.
Dan aku telah mengupload gambar masa hari pertandingan.. So koang layan....

No comments: