Sunday, December 29, 2013

Berjalan sebelah kaki

Assalamualaikum.. Tahun 2013 terasa cepat sangat berlalu.. Setiap hari seolah-olah kosong tiada apa yang mengisi.. Tapi apakan daya, sepatutnya bersyukur masih boleh bernafas tanpa ada masalah.. Hari ini, bangun dari tidur, angin pantai menghempas muka saya.. Aduss nyamannya.. Tamparan angin itu buat saya tersenyum..

Di terengganu, bulan 12 la paling disukai oleh saya.. Kerana cuaca sejuknya dapat menenangkan jiwa.. Apatah lagi melihat ombak pantai yang berhampas pulas memukul deburan pasir dipesisir.. Ramai yang tak suka datang musim tengkujuh kerana kata mereka hujan, banjir Dan tak seronok.. Ahh tu kata mereka.. Sebagai anak jati aku tetap bangga apatah lagu sekarang belajar dinegeri sendiri..

Berjalan sebelah kaki

Lima jari kejang,
Seluruh tapak kebas,
Bukunya lemah,
Uratnya tegang,

Sekali melangkah Aduhhh,
Belum lagi terpijak duri..

Wahai kaki-kaki,
Adakah kau sedar,
Dirimu Hina dipaling bawah,
Adakah kau sedar,
Rendahnya dirimu..

Wahai kaki-kaki,
Tak ada kemuliaan,
Tak ada sanjungan,
Tak ada kenangan,
Kau hanya hina..

Hina sang kaki,
Dia yang membawamu,
Dia yang menampungmu,
Dia yang berjalan,
Menbawa mu ke syurga impianmu..

Hina sang kaki,
Dia yang mendukungmu,
Kemana hatimu nak tuju,
Kemana nafsumu membeku..

Hina atau mulia..

Israr M., 2013

Saturday, December 28, 2013

Again (Bintang yang dilupakan)

Kalau diikutkan sy selalu postkan puisi disini.. Eh bukan puisi maksud saya.. Maksud saya coretan.. Antaranya Milo Dan kopi.. Itu antara yang Terbaik saya pernah hasilkan.. Dan hasil kerja itu adalah seratus peratus luahan hati saya.. Hari ini selepas menunaikan tanggungjawab terhadap Ilahi, saya terpanggil untuk menulis coretan dibawah.. Harap kalian menyukainya..

Bintang yang makin dilupakan

Suatu malam bulan tersenyum,
Melihat 2 bintang yang berbeza,
Bulan seolah merestui,
Bintang-bintang bahagia..
Hari demi hari,
Bintang-bintang itu terus membuat bulan tersenyum..
Malam-malam tiada lagi gelita,
Bercahaya,
Terang Dan indah..

Suatu hari,
Kumbang bertanya pada bulan,
"Kenapa wajahmu sayu. Kemana senyum mu?"
Bulan berkata, "kau lihat disana, dua Bintang yang saling menyanyangi tiada lagi sinar"..
Apakah kau sedar??

Jarak antara Bintang semakin jauh,
Satu ke utara Dan satu keselatan,
Satu keatas Dan satu tersungkur dibawah..
Kenapa.......

Bulan masih termenung..

Bintang yang tersungkur,
Perit Dan pedih..
Mencari haluan tanpa arah,
Mencari sinar tanpa cahaya,
Dan
Mendongak keatas melihat bintangnya hilang..

Bintang yang gah,
Berlagak bersama cahaya,
Meninggalkan bintang tanpa menjenguk kebawah..

Bulan menjadi saksi,
dan bulan berkata,
"tak Mungkin Bintang akan bersinar lagi"

(Israr M., 2013)

Allah Maha Adil

Assalamualaikum.. Maafla kalau bercelaru sikit 2-3 bulan ni no.. Sy pun Rasa sekarang masih kosong.. First of all.. Maaflah kalau typo banyak sangat.. Sebab write guna hp.. Maaflah kalau terbuka aib sesiapa sewaktu saya marah.. Sebab itu Islam melarang umatnya menimbulkan syakwasangka.. Syakwasangka ni berat.. Boleh memutuskan silaturahim.n

Bagi semua org, yang ada perasaan syakwasangka ni selalu salah.. Dia je asik yang disalahkan.. Malah sampai kadangkala dihentam teruk oleh orang lain.. Kesian..

Tapi bagi saya, orang yang bertanggungjawab untuk Rasa bersalah adalah orang yang menimbulkan syakwasangka itu sendiri.. Bagi mangsa seperti saya, yakinlah yang Allah itu Maha Adil.. Dia tidak akan menguji umatnya melampau batasan..

Eh Kenapa saya jadi mangsa??

Kepada pemangsa, tak payahlah nak sorok sangat Hal kalian.. Saya tak amik kisah hampa nak bersayang-sayang ka, hampa nak bermasej sampai pebam ka, itu hak kalian.. Tapi perlu ke nak avoid takut saya tahu.. Await? Duk kutuk saya ka??

Inilah sebabnya saya jadi mangsa kepada syakwasangka..

Herankan.. Manusia yg berubah kita akan dapat Rasa tertuma manusia yang rapat dengan kita.. Tapi tak tahu la mereka ini matang atau pura-pura matang.. Hehehe..

Sudah tak nak emosi.. Saya percaya, kawan sejati takkan meninggalkan kawannya walaupun musim berubah walaupun bertemu cahaya yang lain yg Belum tentu akan jadi sebaik yang sebelum.. Ada otak fikir bukan ada otak diikut nafsu..

Pesanan: post ini tak Ada kaitan apa2.. Saja memberi contoh gelagat manusia.. Tapi kalau ada yang terasa tu, muhasabah la diri, mungkin anda memakan cili itu..

Dan saya tetap begini selamanya..