Sunday, December 29, 2013

Berjalan sebelah kaki

Assalamualaikum.. Tahun 2013 terasa cepat sangat berlalu.. Setiap hari seolah-olah kosong tiada apa yang mengisi.. Tapi apakan daya, sepatutnya bersyukur masih boleh bernafas tanpa ada masalah.. Hari ini, bangun dari tidur, angin pantai menghempas muka saya.. Aduss nyamannya.. Tamparan angin itu buat saya tersenyum..

Di terengganu, bulan 12 la paling disukai oleh saya.. Kerana cuaca sejuknya dapat menenangkan jiwa.. Apatah lagi melihat ombak pantai yang berhampas pulas memukul deburan pasir dipesisir.. Ramai yang tak suka datang musim tengkujuh kerana kata mereka hujan, banjir Dan tak seronok.. Ahh tu kata mereka.. Sebagai anak jati aku tetap bangga apatah lagu sekarang belajar dinegeri sendiri..

Berjalan sebelah kaki

Lima jari kejang,
Seluruh tapak kebas,
Bukunya lemah,
Uratnya tegang,

Sekali melangkah Aduhhh,
Belum lagi terpijak duri..

Wahai kaki-kaki,
Adakah kau sedar,
Dirimu Hina dipaling bawah,
Adakah kau sedar,
Rendahnya dirimu..

Wahai kaki-kaki,
Tak ada kemuliaan,
Tak ada sanjungan,
Tak ada kenangan,
Kau hanya hina..

Hina sang kaki,
Dia yang membawamu,
Dia yang menampungmu,
Dia yang berjalan,
Menbawa mu ke syurga impianmu..

Hina sang kaki,
Dia yang mendukungmu,
Kemana hatimu nak tuju,
Kemana nafsumu membeku..

Hina atau mulia..

Israr M., 2013

No comments: