Tuesday, October 16, 2012

4 Tahun yang lalu.. Salam Hari Lahir untuk AWAK!!

Selamat hari lahir awak.. (walaupun lambat).. 

Dahulu.. hadir sebuah hati yang sangat memberi aku inspirasi untuk aku hidup.. Diwaktu itu, tidak pernah berasa gugar kerana hati itu sangat dekat dengan aku.. Memahami aku.. Mengambil hati aku yang kering itu.. Sumpah.. Aku benar-benar merasakan kebahagian yang teramat masa itu.. masa itu bukan lagi aku berpijakpada bumi nyata.. aku seolah terbang kedunia lain.. walaupun hati itu tak pernah menjadi milik aku, melihat beliau tersenyum, ketawa dan membuat muka comel dalam kelas sudah cukup.. betul.. aku sangat merindui hati itu..

Dulu.. hati itu membuli diri aku.. tak patut.. awak suh saya nyanyi depan kelas.. sebab awak tak faham sepatah haram apa saya cakap.. lama saya fikir nak nyanyi lagu apa.. akhirnya saya membodohkan diri saya nyanyi lagu doraemon.. Hahaha.. awak masih ingat?? sejak dari itu saya selalu nak sangat awak mengacau saya.. hahaha.. comel kan kita gelak sama-sama.. hahaha..

Dan selepas itu, saya mengetahui yang birthday kita pada bulan yang sama.. Beza saya dan awak adalah satu hari jer.. Aloo.. Sweetnyer.. Kalau awak nak tahu, pada hari jadi awak saya pernah nak bagi kad ulangtahun.. Tapi tak sempat.. Sebab awak dah pergi dari tempat kita.. Sedihnya.. Sampai sekarang saya simpan kad tu.. Walaupun tak jadi bagi kat awak.. :'( 

Dulu.. saya selalu berjoging seorang diri.. sebelum kenal awak.. lepas saya dibuli dan dikacau.. awak selalu tebman saya berjoging.. padahal kita berdua dah kurus kan.. buat apa joging lagi kan.. lepas joging makan sama-sama pulak.. Ya Allah.. sesungguhnya saya merindukan saat itu..

Tapi.. itu tak selamanya kan.. saya malu nak admit perasaan saya.. saya pun bodoh masa tuh.. kerana fikir perbezaan taraf kita.. awak seorang yang cerdik.. saya kurang pandai.. Lepas tuh awak tukar tempat belajar awak.. Lagi la saya tak dapat tgk awak.. Sehingga hari ini perasaan masa awak nak tukar saya dapat rasakan.. Dan banyak cerita yang saya dengar awak disana.. Awak dah dimiliki oleh sebuah hati yang lagi baik dari saya.. Saya terima itu.. Sebab awak pun bukan milik saya.. :'(

Lepas dari kejadian tuh, saya terus berusaha untuk mengejar saya punya cita-cita.. Saya pun nak membuktikan saya berjaya.. UNTUK PENGETAHUAN AWAK.. saya berada disini hari ini sebagai siswazah ijazah adalah sebab awak.. Sumpah tak tipu.. Dan kalau awak nak tahu lagi, setiap kali menjelang hari lahir kita, saya termenung, bila lah saya dapat sambut sama-sama dengan awak..

Tapi, bila tengok awak dan kawan-kawan awak gembira, saya pun turut gembira.. Awak membuat pilihan tepat untuk diri awak.. Dan doa saya agar awak gembira disamping orang yang awak sayangi.. Dan saya juga berdoa agar saya mendapat pengganti macam awak.. yang selalu memahami, sempoi dan tak kesah apa adanya diri saya.. dan saya harap kita berjumpa suatu hari nanti untuk saya tengok awak betul-betul senyum tanda bahagia didepan saya..

H, Selamat hari lahir.. Semoga kenangan yang kita kecapi akan tersemat didalam hati saya buat selamanya.. :')


*Ahh.. ape la duk perasan sorang-sorang nie.. Bukannya dapat faedah. tapi ni je la satu caranya nak luah perasaan.. sape kata lelaki tak ada perasaan.. perasaan lelaki la yang paling jujur..*


Jangan berharap pada masa silam kerana mungkin kini harapan itu sedang mengecapi kebahagiaan.. Jangan sesekali merosakkan kebahagiaan orang yang kita sayangi.. :'(

No comments: