Sunday, October 21, 2012

Ia takkan mungkin berulang lagi

21 October 2012

Sudah beberapa hari ini tak update blog kesayangan nie.. Sibuk tak jugak.. Tapi cuma merenungkan sesuatu yang takkan berulang..

Tipu kalau aku katakan yang tiada perkara yang lepas yang saya tak mahu ulang semula.. Baik dari segi positif dan negatinya.. Banyak benda saya nak ulang.. Perkara pertama ialah bersama keuarga saya.. Keluarga tercinta.. Kalau saya dapat ulang saat ketawa, menangis dan risau bersama-sama.. Alangkah indahnya.. Manusia mana yang tak pernah melalui suka duka kan.. Tak logik la saya katakan semua yang saya lalui adalah indah.. :)

Keduanya, saya ingin ulang saat saya ketawa tanpa henti.. Tak kira la dimana saya waktu itu.. Sewaktu bersama kawan-kawan ke.. Masa bermain basketball ker.. Sewaktu bersama orang tersayang ker.. Memang terukir indah didalam benak ini kalau nak dikira dengan senyuman dan ketawa yang telah saya kecapi sehingga hari ini.. Bahagia sangat-sangat..

Dan yang ketiga, saya ingin ulang semua saat-saat indah rahsia saya.. Rahsia yang orang lain tak pernah tahu.. Hanya saya dan Maha Esa sahaja tahu.. Melihat rahsia saya ketawa, melihat rahsia saya marah, melihat rahsia saya risau, sungguh menakjubkan.. Walaupun ini adalah hanya rahsia, setiap kali rahsia ini wujud depan saya, saya jadi menggelabah.. Saya sangat merindui sewaktu saya dan rahsia saya rapat sangat-sangat.. Tapi kalau diikutkan bodoh jugak kalau saya dan rahsia saya bersama.. Macam tak mungkin.. taraf sangat berbeza.. :'(

Kalau anda mempunyai masa silam yang indah, mesti anda nak mengulanginya kan.. Saya selalu berdoa agar semua yang terindah ini akan berkekalan selamanya.. Saya rindu kamu ayng duu-dulu.. Walaupun kita hanya kawan yang tak begitu rapat, saya tetap akan mendoakan kamu berjaya dalam bidang yang kita ceburi sama-sama ini.. :')

Kadangkala, masa saya bersendirian, saya termenung, adakah ia sia-sia??

Tapi terpaksalah berlakon tiada apa-apa.. Menipu diri sendiri itu pahit tau..

Kalau la hati aku dan kau dapat memahami antara satu sama lain.. Mesti kita jadi sahabat baik selamanya.. :'(

No comments: