Thursday, June 25, 2009

Kembali Menggamit Memori

Hari Rabu.
Maafkan aku. Aku tidak dapat menghargai hari selasa kerana aku terlalu sibuk pada sebelah malamnya. Aku tidak sempat mencuri masa untuk aku berbicara bersama komputer ini. Maafkan aku.
Rabu. Aku dipelajari dengan perkara yang wajib bagi semua yang ingin berjaya. Jam tujuhnya aku bingkas dan bererai talak 1 dengan katilku untuk menjalankan tugasku sebagai manusia yang ingin berjaya.
Argh.
Sejuknya air sesejuk perut ibu mengandung anak solehah pada kataku.
Oh ya. Mengenai bercerai talak satu. Aku hanya bercerai talak satu pada paginya dan akan kembali pada katilku pada malamnya pula.
Kembali kepada kamus hidupku.

Tau 494.
Siapa sahaja yang ada dikereta itu. Aku masuk untuk pergi ketempat yang ingin aku tujui. Penumpang hadapannya berpaling ke arahku.

Oh.
Macam ku kenal mata ini. Tapi dimana ya.
Israr. Katanya pada ku.

Membuka kembali lembaran lama hidupku. Aku berputar-putar aral hidupku yang lama. Jumpa.

Sarah binti Salleh.
Dulunya dia memang yang chubby. Tetapi sekarang tidak.
Diam sahaja kereta kecil itu dipandu guruku yang agak berusia.

Dalam fikiran aku masih bermain lagi sajak-sajak yang dideklemasikan oleh Sarah. Aku suka pada olahan mulut yang menyebut setiap baris sajak. Nampak keikhlasan dalam dirinya. Aku juga bisa. Detik diriku masa itu.

Jam sepuluhnya aku pulang.
Pergi dulu Sarah.

Berpisah aku dengan memori lama.

Oh ya.
Mengenai pertanyaan seribu persoalan dibawah. Terima kasih yang sudi membaca luahan hati seorang hamba. Setakat ini aku masih mencari.

Jawapan aku untuk 3 barang itu ialah..

Nanti dulu. Aku masih mencari.

p/s ::: memasang pelita di tengahari

No comments: