Thursday, June 18, 2009

Episod 3 ::: Celaka kembali lagi..

PUISI - PENAT

Aku penat!
Aku letih!
Terlalu banyak yang harus ku fikirkan!
Terlalu banyak yang harus ku lakukan!

Terlalu kurang...terlalu miskin....
Kurang masa
Kurang kesempatan
Kurang persediaan
Kurang perhatian
Kurang simpati
Dan.....Terlampau kekurangan..!!

Ya Tuhan...!
Yang Maha Sempurna..
Aku serba kekurangan!....serba dhaif..!
Dan aku terlalu penat


Dalam duduk aku menelaah laptop dengan fikiran yang agak menyerabutkan. Aku masih sempat menemui satu sajak ini. Tertarik aku pada byte-byte baris ayatnya. Setiap kata yang menyusun puisi itu mengambarkan kesemua hidup manusia sememangnya bergitu.

Arh celaka sungguh hari ini. Aku menerima berita yang kurang enak oleh halwa telingaku. Tiba-tiba hati aku menjadi bingung. Benarkah itu?

Aku merasa hati seorang ibu yang menyembunyikan perasaan kecewa dan sedih. Aku dapat merasakanya kerana aku lahir dari rahimnya. Aku berfikir lagi.

Dari setiap ungkapan mulutnya tidak seperti biasa. Hati aku makin berdebar-debar. Aku merasakan benda yang tidak baik akan terjadi. Aku tidak mahu semua itu. Ya Allah. Jauhkanlah keuargaku dari semua itu.

Sekali lagi celakanya aku dengar berita yang terbaru. 1.40 petang menjadi saksinya. Aku yang dalam keadaan yang tidak mahu percaya dan mahu percaya.

Kawan-kawan yang disukai..

Aku harap kawan-kawan yang disukai mampu membantu aku. Aku buntu!! Aku makin tersa celaka lagi bila aku tahu yang benda ini benar berlaku.

Kawan-kawan yang dibenci..

Sebelum memulakan perkataan dibibir anda tolonglah anda memahami diri ini.

p/s:::dimana kelintung berbunyi, disitu kerbau tinggal diam.

1 comment:

IrinaSairah said...

tu la kan..
Kak Irah pun sama...tak suka tengok muka insan itu berpura-pura gembira di depan anak-anaknya..huhu...wut should we do erk???