Tuesday, October 4, 2011

kelebihan dalam kekurangan

Malaysia, dalam masyarakat ini sangat tidak menitikberatkan tentang soal maruah.. Bila dapat berita je tak tahu asal usul terus melenting.. Malaysia juga adalah negara saya sendiri.. Saya juga tidak sanggup sehingga Malaysia dilabel sebegini.. Kadang-kala apa yang kita tak tahu ialah banyak kelebihan dalam kekurangan dan banyak kekurangan dalam kelebihan.. Sebagai contohnya:


Contoh pertama:
Dia adalah pelajar terpintar dalam kelas.. Dia dikenali ramai.. Dia juga kelihatan kemas.. Dia juga adalah pembersih yang disegani.. Kita nampak betapa besarnya kelebihannya itu.. Semua orang respek giler ar.. Tapi saya yang satu meja dengan dia dalam kelas tahu apa kekurangannya.. Saya tak la suka jaga tepi kain orang.. Apa yang saya maksudkan sebenarnya gambaran yang orang ramai lihat tak satu gambar dengan apa yang saya alami..
Saya "Awak, boleh awak tgk cara saya menyelesaikan ini dengan senang??"
Dia "Ish, saya lebih pandai dari awak.. Kene la tgk jawapan saya"
So, apa yang anda nampak, dia LANGSUNG tidak boleh terima kepandaian juga kelebihan orang lain.. Itulah kekurangan dalam kelebihan..


Contoh kedua:
Dalam situasi semua orang tengah berduit atau senang dikatakan gaji baru masuk..
Pengarah mestilah berduit banyak kan.. Nama pun pengarah kan.. Akan tetapi kelebihan yang dia itu pengarah adalah kekurangannya..
Staff "Bos, hari ini saya pergi ke bank menggunakan saya punya kereta. Jadi, saya nak claim duit minyak"
Pengarah "ALahh.. setakat sepuluh ringgit pun awak nak mengira.."
Staff "Ok boss"
Situasi yang sama sewaktu pengarahnya makan bersama staffnya di sebuah restoren..
Pelayan:"Harganya RM19.90"
Pengarah:"Nah"
Note RM20 diberikan.. Sedangkan direstoren pada masa itu tiada duit syiling.. Lalu pelayan menyatakan kepada pengarah itu..
PEngarah:"Awak tahu 10 sen adalah duit..... bla bla bla.."
Staff bangun dan berkata:
"Tuan, antara 10 sen dengan minyak kereta saya mana patut lebih mengira??"
Pengarah "Hmm. ermmm.."



Contoh ketiga:
Saya tidaklah sehensem orang lain.. Apatah lagi pandai seperti orang lain.. Nak kata kaya jauh sekali.. Saya seorang pendiam.. Tapi bila sahabat dalam kesusahan saya lah orang pertama yang akan datang.. COntoh pendek tapi besar maknanya.. Kan kan kan?? Kelebihan dalam kekurangan..


Jadi apa yang kita lakukan, apa jua yang terjadi tidak boleh membezakan kita la kekuranan dan kita lah kelebihan sebab yang mengaturnya ada semuanya dari Allah..

^_^

No comments: