Thursday, October 6, 2011

Ragam dan Jenis

Manusia.. Memang dengan ragamnya sendiri.. CUba bayangkan jika 1 juta manusia berada ditempat anda dan disitu juga anda terpaksa menerima 1 juta jenis ragam.. Tapi pada persekitaran yang pernah saya alami tidaklah sampai 1 juta.. Tapi sepanjang hidup saya yan bakal berada pada angka 22 nanti, banyak jugak la ragam dan jenis manusia yang saya pernah alami.. Jom kita ikuti antara ragam dan jenis yang saya tak akan lupakan seumur hidup saya.. Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan..


Ragam dan Jenis 1:
"Cek dari utara.. Cek tak heran la apa yang orang nak cakap pasal cek.. Kita hidup nie mestila pandai cari peluang.. Apa yang ada depan cek, cek sapu je.. Cek tak kisah la apa orang nak cakap.. Yang penting diri cek ni bahagia.. Cek kalau nak sesuatu tuh pandai cek memujuk.. Sampai cek dapat.. Tapi hangpa jangan cuba pujuk cek nak mintak cek sesuatu.. Memang tak dapat aih.. Barang cek barang cek.. Barang hangpa, barang hangpa ngan cek.. Begitula moto hidup cek.. Jadi hangpa jangan terkejut kalau ramai orang perangai macam cek.. Kasi tembak asal kami bahagia.."


Pertanyaan yang selalu bermain difikiran jenis pertama nie adalah:
"Kenapa orang susah nak tolong cek.."



Ragam dan Jenis 2:
"Aku berupaya menjadi perhatian orang.. Dan akhirnya berjaya.. Aku bukan sahaja dah mengambil hati semua orang..Aku juga dikenali seorang yang serba tahu.. Ye la.. Tanya apa sahaja.. Aku memang tahu.. Aku tahu bagaimana, mengapa, apakah, berapa dan siapa.. Kalau korang nak tahu kan, korang semua berada dibawah aku.. Aku yang menjadi tempat korang bertanya.. Aku lah hebat.. Aku la yang bakal menjadi seorang yang bakal dibanggakan.. Semua kata-kata orang sekeliling aku tak mahu dengar.. Mereka semua bukanlah pandai seperti aku.. Jangan mengada-ngada nak ajar aku macam-macam.. Aku tahu cara aku dan semua perlu ikut cara aku.."

Saya: "Ko salah buat nie.. Boss kita nak plan rumah banglo bukan kandang lembu"
Dia: "Ape plak.. inilah trands zaman sekarang.. AKu tahula apa yang buat.. Menyibuk.."
Boss: "Kalau plan macam kandang kambing nie anak saya boleh buat..."
Dia: "Mbeeekkkk.. Mbeeekkkk"


Pertanyaan yang selalu bermain difikiran orang jenis 2 adalah:
"Kenapa dia nie nak tunjuk pandai lebih daripada aku..??"


Ragam dan Jenis 3:
"I banyak duit.. I nak apa segalanya I boleh beli.. I nak beli lori?? Boleh sahaja.. I nak beli kapal terbang?? Lagi la boleh.. I kalau masalah kewangan ni bukanlah sesuatu yang pernah berlaku dalam hidup I.. Hari ini I nak pergi melancong kat Europe.. Esok nak terbang ke Moscow.. Pastu patah balik ke Singapura.. I tak kesah.. Semuanya I boleh handle..

Penjaga tandas: "Dua puluh sen kak.."
Dia: "Ape masuk tandas pun kene bayar?? Kalau I ada tanah I dah buat tandas merata-rata tau.. FREE plak tuh.. Ingat 20 sen nie tak de harga ke..??"
Saya: "Mungkin itulah sebab dia boleh kaya.."


Pertanyaan yang selalu bermain difikiran orang ketiga ini adalah:
"Mana nak cari tempat percuma dalam dunia ini erk..?"


Jadi.. Tidak menjadi masalah kita untuk kita dekati atau selami kedalam masyarakat begini.. Mereka juga ada kelebihan mereka sendiri.. Cuma dalam sedar atau tidak sahaja mereka menampakkan keburukkan mereka.. Saya berkata-kata begini bukanlah bermakna diri saya perfect.. Tetapi saya berasa amat bertuah kerana Allah sedarkan saya bahawa apa yang kebaikkan mereka untuk saya contohi dan apa keburukkan mereka saya akan sempadani.. Memang la.. Kata orang kita tak tahu keburukkan kita.. Sebenarnya kitalah yang lebih arif tentang diri kita..


Kerana setiap langkah yang kita harungi perlu bertindak menggunakan akal dan turun kehati supaya segalanya ikhlas.. Tidak sewenang-wenangnya tidak berfikir apa hati dan perasaan orang lain.. Kata-kata saya juga ini tidaklah ditujukan kepada teman-teman saya, tapi saya nak teman-teman saya tahu dimana mereka berada sekarang.. Saya juga pernah alami dan saya sendiri yang menjadi orang2 seperti diatas.. Sebab itulah saya berkongsi dengan semua agar semua dapat mengambil iktibar dan sedar atas segala tindak tanduk kita sebelum bertindak..

"Tiada orang perfect tetapi untuk jadi perfect muhasabahlah diri kita setiap malam"
Wasalam..

No comments: