Saturday, August 15, 2009

~~belajar menghargai dan dihargai~~

Wah agak berbeda topik aku hari ini. Semua dah tengok VC yang ditunggu-tunggu selama ini tu?? Macam mana puas hati? Apa-apa pun VC yang sesimple itu bukan senang pembikinannya. Dibuat pula masa Akim tengah sibuk dengan shootingnya. Jadi kita peerlu MENGHARGAI apa yang diberi kepada kita dan juga pihak yang terlibat dengan pembikinan ini perlu mengetahui sesuatu perkara yang boleh memuaskan hati seseorang dengan tahu cara DIHARGAI oleh kami peminat Akim. Kebiasaanya aku tidak pernah mendengar rengetan yang dasyhat dari hati jiwa seseorang itu. VC ini telah ditunggu berbulan-bulan. Hasilnya?? Peminat adalah nadi kepada artis dan artis adalah penghibur kepada peminat. Tanpa peminat siapa artis.. Aku coretkan disini bukan menyalahkan artis tetpai menyalahkan pihak pengurusan yang agak tidak konsisten membuat sesuatu perkara. Amatlah hairan.

Kemungkinan atas sebab kos. Fikirkan apabila 4 VC akan ditayang pada hari yang sama. 4 VC ini perlu disiapkan. Kos 4VC ini mencecah berapa? Kita tidak tahu. Stacy..Mawi (Pertama kali namanya disebut dlam blog aku walaupon aku tak .....)...Hafiz....dan Akim sendiri. Semua artis ini bukanlah calang-calang artis. Semuanya mempunyai fans besar. Jadi apabila terlalu banyak kepala dan idea pun banyak la. Disini aku juga bukan menyalahkan pihak pengurusan artis tersebut kerana kami sebagai peminat mahupun keluarga aris itu sendiri mahukan yang terbaik kepada artis yang kami selama ini berhabiskan duit untuk melihat kejayaan dan bakat besar ini ditonjolkan.

Alamak aku macam penulis blog plak. Macam wartawan metro ahad pula.. (Juan jangan marah).. Tapi apa yang boleh dibanggakan adalah artis itu sendiri. Sorry ai pokuskan kepada Akim jew sebab ai fan dia... Akim terlalu sibuk dengan pergambaran filem musicalnya yang akan ditanyangkan October nanti kalau tak silap. Jadi ada baiknya fokus yang lebih besar dulu. VC mengambil masa 3.01 minit ini bukanlan nadi Akim sendiri. perjalanan beliau masih jauh. Dan kita sebagai fannya perlu memberi sokongan moral. Kalau VC pertama gagal tak mungkin VC seterusnya terus gagal. Kita tunggu sahaja. Mungkin rejeki Akim bukan pada BENGANGnya. mungkin pada suatu hari nanti kita akan mendabik dada atas kejayaan idola kita semua.

2 comments:

songo said...

mark......... drama musical....bukan filem... huhu

MarkDriver~~~~ said...

silap dehh hahahhaha