Sunday, July 19, 2009

Dibawah Satu Nama Afiq Hakim Ahmad (Studio Cafe 1)

Uh.. Dalam keboringan yang teramat ini. Aku mengambil peluang aku untuk menulis kisah aku seterusnya. Oh ya. Lupa pula. Untuk pengetahuan semua, blog aku sepatutnya sedikit tidak mencampuri urusan politik negara. Tidak sama sekali. Itu sahaja. Salah kalau memberi pendapat?

Studio Cafe
Jadi jom ambil moody untuk masuk kedunia silam. 1 2 3

Setelah penat satu hari di zoo, aku macam biasa larh dalam kereta aku diam jew. Kalau ada topik baru aku bercakap. Nak bongkarkan rahsia. Aku nie kalau duk dalam kereta suka menyayi lagu yang ada dalam radio. Al maklumlah kereta orang, kalau kereta ayah aku sudah lama meletup suara aku tuh. Tahan aje. Sopan katakan.
Nak pergi mana pula ini. Aku bertanya jew. Tak tanya Juan yang sedang memandu tuh. Tanya hati aku. Aku tak kisah lah. Yang penting kat situ ada.... Hahahhahaha rahsia
Aku merenung. Wah aku merasakan diri aku dengan 'kawan' aku itu jauh sudah. Padahal baru sahaja berjumpa. Aku berasa kesal kerana tidak mengambil peluang bercakap lebih panjang denganya. Sumpah tiada perasaan malu. Tetiba mulut Juan terbuka. Hahahahaha.. Bertanyakan aku soalan seakan - akan AddMath susahnya.
"Ko rasa program nie ok tak??'
Aku terdiam. Nak cari idea jap. Dah la baru lepas melalui kenangan indah itu dia plak tanya pasal kenangan itu.
"Ok larh, ibu ngan ayah pun ok gler.."
"Janji semua happy"

Lebih kurang larh.
Dalam keadaan aku macam tuh tetiba plak tanya pasal dak Akim.
"Aku memang tak berapa campur tadi ngan Akim sebab nak bagi peluang kat orang lain bergambar"
Dalam hati kecewa gila. Kamera tertinggal.
Tapi betul lah aku sebenarnya cuma nak bagi sokongan kat Akim dan hendak berjumpa 'kawan' aku sahaja.
"Tapi ko kan baru pertama kali jumpa Akim??"
"A ah"
Aku rasa kata - kata Juan itu betul.
Termenung....

Eh bila lagi nak cter pasal studio cafe nie.. Kawasan zoo tak habis lagi ke.
Melihat satu Cafe yang agak mewah melalui didepanya. Ramai. Oh maybe inilah yang dikatakan Juan Nita dan Zahid. Alamak. Takkan acara makan - makan lagi. Aku sebenarnya nak ke tandas. Segan plak. Apa lah.
Jauh juga kami park kereta kancil Juan. Kerana jauh terpaksa kami berjalan. Ops yang penting kami datang sebagai peminat no 1 Akim. Pakai baju GAFIM tuh. Hahahhaha.. Macam kembar lain tarikh lahirnya. Ops..

Ya Ampun ramainya. Bising dengan muzik. Dah biasa bising macam tuh. Masuk ikut Juan jew. Lat dalam macam kenal. Hahahhaha. Rupa - rupanya Farish dan Fazli Zainal ada kat dalam. Ok lah. Dapat jumpa gak kan. Salam. Dapat gak berkenalan. Wah gitu.

"Jom"
Kata Juan pendek. aku sebenarnya mencari lambang atau logo kecemasan atau tandas. Tak jumpa. Bantai je la. Tahan je. InsyaAllah tahan. Aku ambil pencuci mulut jew. Tak larat nak makan. Ramainya samapi aku dengan Juan terpaksa duduk di tembok bersebelahan tangga. Tak kisah lah asalkan dapat duduk.
Sambil makan aku melihat ramai juga artis yang datang. Nita dan Zahid ditemuramah oleh krew Melodi dan Astro Awani. Aku cuma pemerhati. aku juga memerhati Farish yang sedang sembang dengan Juan masalah bintang baru. Harap - harap faham.

Siap ditemuramah Nita menegur Juan. Yang penting dia tegur aku juga dah makan ke belum??
Wakakkaka.. Tak bermotip.. Dah aku kata. Pendek. Yang aku cari hanyalah tandas.
Dalam jam 815 malam kami nak benrangkat pulang. Alhamdulillah. Kata aku dalam hati. Berjalan ke tempat parking...
Tiba - tiba................


1 comment:

satu H empat N said...

tiba2????
cepat2 sambung....=P