Monday, July 20, 2009

Dibawah Satu Nama Afiq Hakim Ahmad (Studio Cafe 2)

Oleh kerana aku teus dihantiu oleh pertanyaan "tiba-tiba" dan tiba- tiba aku ada moody nak sambung lebih awal. Maafkan aku kalau aku membuatkan korang semua exited (ada kew).. Berhalusinasi sendiri.
Oh sebelum itu ingin aku menyatakan yang UiTM Penang telah disyaki berjangkit penyaki Ifluenza A H1N1. Doakan keselamatan kami disini. 90 orang telah diasingkan atau dikuarantinkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Doa kalian harapan kami. Amin.

Sambungan::
Tiba -tiba..
Satu kereta yang agak laju dengan tanpa segan silunya menyekat kami (aku dengan Juan). Alamk apakah ini. Kebetulan ada park yang kosong disitu. Terus kereta itu meletakkan kenderaan beliau. Suspen nie..
Keluarlah dua manusia yang satunya aku agak kenal dan yang satunya lagi aku tidak sesekali mengenalinya.
Rupa - rupanya Bob Af dengan manager dia. Kawan kepada Juan. Hahahhahaa.. Kasi suspen betul lah.
Dalam keadaan aku yang tidak selesa diajaknya sekali lagi ke studio cafe. Ajakan ditolak tetapi untuk menjaga perasaan mereka kami akur. Wah akur nie. Akur bermakna dengan rela hati. Aku sudah tidak berminat untuk join. Aku hanya lepak di kawasan tangga sambil bermain masej dengan diriku sendiri.

Dalam keadaan aku macam ini aku mendapat idea untuk menghilangkan boring aku. aku pun melayan perasaan yang indah dizoo tadi bersama Ecah. Maksud aku bermain mesej. Hilang jugaklah boring aku itu.
Lebih kurang sejam kemudia Juan dan aku pun kali ini betul - betul inin pulang. Tak dew lagi halangan. Letih. Penat. Semua bercampur jadi satu. Kami sampai umah lebih kurang pukul 1130 malam. Kemana lagi aku kalau tak ketandas masa itu. hahhahhaaha

Tenang jew malam itu aku tidur. Sambil tersenyum. Tapi aku memikirkan 'kawan' aku itu. Hidupkah lagi dia. Aku try antar mesej. Dah tidur rupanya. Letih sangat kew.??

Iklan jap............................................

Selamat pagi.
Agak awal aku bangun. Jam 800. Motip bangun ialah nak pergi ke program seterusnya. Program apa yer? Dengar kata rakaman Ac disini bersama Akim. Aku pun tak tahu. Keluar bilik aku tengok Juan masih membutakan matanya. Kompem tidur lewat layan Zoonya itu. Biarlah. Maybe dia dah biasa.

Terfikir aku bila nak balik Terengganu nie. Susah betul nak buat keputusan. Tetiba Juan bangun.
"Apa rancangan hari ini??"
"Program Ac Disini tu cancel.." Tambah lagi.

"ooo"

Terus aku menaip masej memberitahu kepada Songo. Songo kata tak pew larh. Kita just lepak - lepak lah.
Pada hari itu Juan pergi ke Genting manakala aku pergi jalan - jalan bersama........................


No comments: