Thursday, January 24, 2013

Ini baru permulaan

Salah satu sebab aku tak mahu mencipta sesuatu yang indah adalah bila tiba saatnya kita akan terpisah.. Ya Allah, aku tak mampu mengulangi sesuatu yang membuat aku duka sekali lagi.. Cukuplah sesuatu yang indah dicipta sesuatu yang dulu telah pergi.. Aku tak mampu.. Bukan aku sedih, tapi aku tak tahu macam mana nak menghadapi semua ini.. Sebab segala susah dan senang kami, kami bersama.. Ya Allah, peliharakanlah kami.. Kami redha..

Bermula..
Aku dah sedaya upaya menguatkan hati ini untuk menghadapi semua ini.. Aku tekad untuk mengendahkan sahaja hal2 yang memang akan berlaku ini.. Semalam, harinya telah tiba.. Dan itu adalah permulaan pertama.. Dan aku telah tewas.. Memang.. Aku tak mampu.. Aku tak boleh berbohong..
Semalam, terjadi lagi perkara yang membuat aku tak suka.. Aku tak suka sangat-sangat perasaan ini.. Permulaan untuk aku berpisah dengan kawan-kawan baik dah bermula.. Realitinya telah bermula.. Padahl baru permulaan, aku dah merasakan satu kelemahan.. Bagaimana hari Isnin, Selasa nanti??

Sebelum semalam, aku ingin ucapkan sejuta terima kasih kepada kawan baik aku.. Memang kita bukan berpisah dunia, tapi segala kenangan, suka dan gelak tawa tetap dalam ingatan ini.. Ko kuat layan karenah aku.. Aku lah orang yang paling cerewet.. Ko jugaklah gigih ajar aku main permainan yang memang tak layak untuk aku dengan badan aku yang kering tandus ini.. Bila aku fikir balik.. kenapalah ko sanggup ajar orang degil dan bangang macam aku.. Hahaha.. Tak tahulah.. Aku nak gelak ke aku nak menangis..

Dan semalam.. Aku dapat rasakan yang kita akan berjumpa lagi.. Halalkan segala makan, minum dan pelajaran yang ko bagi.. Terima kasih jugak aku ucap sebab memenuhi impian aku nak ikut ko g mancing.. Seriusly, walaupun aku marine aku tak suka memancing.. Dan terima kasih jugak untuk ilmu yang ko ajar aku untuk menjadi manusia yang lebih maju dan baik.. Dan aku harap juga kita akan berjumpa lagi lepas ni.. Walaupun perkenalan ko dan aku singkat, aku ingat lagi kepoyoan ko masa main basket.. Aku takkan lupa.. Tak akan.. :'(

Ahh.. aku benci perasaan ini.. Kenapalah sekejap sangat kita semua berjumpa kan.. Ini baru sorang.. aku tak tahulah macam mana nak hadapi ngan classmate aku, kawan-kawan aku yang lain lagi kat sini.. Apa pun, aku minta maaf atas keterlanjuran aku dalam menjalinkan persahabatan kita sepanjang dua tahun setengah ini.. Semoga kita terus dirahmati.. aminn..

Ya Allah, jika kesdihan ini penyembuh kerinduan, jadikanlah ini kesdihan teragung dalam hidup aku.. :'(

No comments: