Tuesday, December 25, 2012

Kecelaruan jiwa

Pernah tak diantara kalian sayang sesuatu/seseorang sehingga sanggup buat apa sahaja untuk mengambil perhatian dan memenuhi keinginan jiwa??

Tipu la kalau aku kata tak pernah.. Tapi aku tak tahu adakah benda yang aku sayang ini akan berkekalan atau memang tak akan pernah menjadi milik aku.. Kerana semua itu adalah mustahil.. Duu memang la aku tak berapa berkenan benda ini.. Tapi bila lama-lama, kenal dan saling berkongsi apa jua, menempuh pahit dan manis, tiba-tiba hati ini rasa lain.. Rasa tak mahu kehilangan.. Walhal suatu hari nanti aku dan benda itu pasti akan berpisah.. tidak hari ini, esok dan hari-hari yang akan datang..


Eeee..
Kenapalah aku kenal kau.. Susah benar rasanya.. Padahal bukan senang nak dekat ngan ko.. Ko pun bukan benda yang suka dekat ngan aku.. Tapi kenapa setiap kali aku tgk ko, aku rasa mcm degupan jantung aku lain.. Tapi tak bermakna aku jatuh cinta.. Mungkin perasaan sayang antara aku dan ko dah terjalin.. Tapi aku je la yang ada perasaan tuh.. Sebab tuh aku ini manusia..

Tapi..
Aku tak tahu macam mana suatu hari nanti, aku akan berjauhan dengan ko.. Aduhh.. Setiap hari kalau tak tgk pun dah rasa lain.. Inikan bila kita dah haluan masing-masing.. Ya Allah, seolah-olah aku tak sanggup semua ini.. Aku bukan lah hamba yang kuat untuk tempuh semua ini..

Hey..
Tolonglah jangan buat aku macam ini lagi.. Walaupun kadangkala ko marah, stress dan gembira, aku tetap nak tgk ko.. Walaupun aku tak dihiraukan pun takper la.. Ish.. Apa la perasaan aku ini.. Bercampur baur..

Dan..
Aku hanya nak kita berkawan selamanya walaupun hanya aku sorang sahaja yang bernyawa.. Aku tak mau kita akhiri semua ini dengan sia-sia.. Sebab, setiap gerak-geri ko mengajar aku menempuh kehidupan.. Dan pasti suatu hari nanti, AKU akan RINDU ko.. :'(

Entah kenapa fikiran aku celaru.. Menghabiskan waktu-waktu yang sedikit bersama ko!! 

:'( 

Dan aku harap, kalau ko ada perasaan rindu, pandanglah langit yang sama..


 Dan aku pasti, perpisahan kita adalah yang termanis

 *Lepas ini tiada lagi budak gila bayang dalam UiTM Perlis.. :'( 

No comments: