Sunday, December 2, 2012

persoalan yang mungkin tiada jawapannya

02 Dec 2012

Soalan.. Sesuatu yang normal bagi kehidupan manusia.. tak kira la mereka gila atau tidak.. yang penting setiap kehidupan makhluk atas muka bumi ini memang mempunyai persoalan.. bezanya sukar atau senang, banyak atau sedikit..

Bagi aku pula, persoalan memang banyak dan kadangkala sukar difikirkan jawapannya.. sehingga aku tak sanggup mencari jawapan terpaksa aku menggunakan kepercyaan orang untuk menjawab soalan aku.. yang pasti aku sukar..

hurm.. satu soalan bukanya murah.. terpaksa membeli satu jiwa yang penuh dengan pengalaman.. soalan untuk dicari jawapan lagi la kan.. tiba-tiba sahaja soalan begini muncul.. lebih-lebih lagi bila tekanan dari belakang, depan, kiri, atas dan bawah.. Sehingga tak sanggup nak menghadapinya lagi.. tak sanggup..

hari ini, saat ini aku berfikir sejenak,
sebenarnya persoalan yang berada diminda adalah untuk menguji kesyukuran seseorang kepada penciptanya.. tak tahu la setakat mana kebenarannya..

Kenapa..
Kenapa kita perlu berdepan dengan benda yang kita tidak suka??
Kenapa setiap perjlanan hidup kita tiada cahaya sepanjangnya??
Kenapa tatkala kita nak berpegang pada seseorang, tapi hilang??
Kenapa kita perlu hadapi sorang-sorang??
Kenapa pencarian kita tak pernah selesai??
Kenapa kita yang dilahirkan??
Kenapa kita yang perlu merasakan tangisan??
Kenapa kita yang perlu merasakan kesakitan??
Kenapa kita wujud untuk memilih??
Kenapa kita tak dapat apa yang kita mahukan??
Kenapa kadang-kadang dunia kejam??
Kenapa kita juga yang perlu merasakan sepi??
Kenapa sukar mencari??
Kenapa kita perlu berharap??

Kenapa persoalan semua ini timbul??
Tiadakah bahagia yang mudah dalam hidup ini??

-masih tertanya-tanya-

No comments: