Sunday, December 23, 2012

Bagaimana nak habiskan sesebuah cerita..

23/12/2012

Malam tadi macam biasa aku keluar dengan besty aku untuk bercerita tentang apa yang akan berlaku selepas kami semua habis belajar.. Bila dah bukak cerita, maka lama la kami dikedai makan tuh.. Samapai terbawa-bawa kisah silam.. Dan kisah-kisah lama ni bring me and us to more matured for the future..

Kehidupan aku ni mula-mula masuk Marine adalah keseorangan.. Tanpa teman mahupun kenalan.. Aku hanya berserah pada Allah untuk tentukan sahabat-sahabat aku disini.. Dan syukur Ahamdulillah, Allah itu maha kuasa.. Maka aku tidak tersilap memilih kawan.. Kadangkala, aku merasakan sesuatu yang aneh untuk berkongsi.. Untuk apa aku menceritakan jika semua ini masih belum habis.. Bagaimana aku nak habiskan..

Maksud aku, selepas bulan satu tahun hadapan, masing-masing akan meneruskan perjuangan bersendirian.. Tanpa sokongan teman-teman yang sedia ada.. Mungkin ada yang kembali kepada jalan dahulu.. Mungkin ada yang melangkah ke simpang lain.. Mungkin ada yang akan meneruskan perjalanan asal dan mungkin yang ada memilih untuk mencari kehidupan baru..

Hidup aku disini bagai sebuah drama yang saling tak tumpah mempunyai saat-saat membanggakan, sedih, ketawa, kelakar, annoying, menyampah dan tersisih.. Dan aku sebagai salah seorang watak yang ada dalam drama ini sepatutnya bersyukur tidak tersingkir awal untuk melangkah kebelakang.. Dan aku percaya sokongan kawan-kawanlah juga membuat aku jatuh dan bangun..

Sepanjang drama ini, bukan sahaja aku mempunyai satu watak.. Kadangkala aku jahat, baik, skema dan nakal.. Biasalah manusia, tak lari dari menjadi apa yang mereka nak.. Tetapi aku masih tidak melupakan kisah aku.. Masih berada dalam lingkungan yang benar..

Bukannya aku tidak pernah melalui semua ini.. Pernah la masa diploma dulu.. Tapi waktu itu kematangan masih tumpul.. Sekarang, bila dah ketawa bersama, menangis bersama (eh macam lagu plak),  ia membuat aku untuk terus bersama pelakon-pelakon dalam drama ini.. Walaupun kadangkala mereka tidak sekepala, mereka menyatakan hak masing-masing, mereka tidak matang, mereka terlebih matang dan macam-macam lagi, tapi itulah watak yang ada dalam drama ini..

Serius, satu keajaiban dan satu hikmah untuk aku menukar jalan dan berada pada jalan ini.. Tak mungkin aku dapat menimba semua ini jika aku tidak bertukar arah.. Kemungkinannya hanya Allah yang tahu..

Dan sini aku nak beri sedikit perasaan dan jiwa aku untuk kita berkongsi sepanjang hayat kita..

"Aku tidak pandai bersiul, untuk memikat sang burung-burung.. Malah aku tidak pandai menyanyi untuk menghiburkan sang Raja.. Tapi ada sekelumit dihati ini rasa kasih-sayang untuk dikongsi.. Kerna setiap kali lafaz kita yang membuat kita suka dan duka, itulah yang kita dapat lupakan.. "

"Aku tidak fasih berbicara untuk menjadi seorang pendeta.. Aku tidak fasih melukis untuk menjadi seorang seni.. Tapi ada sekelumit jiwa untuk menyajikan satu jalan kejayaan bersama kalian.. Kerna jika kita berada pada satu jalan, cerita kita masih ada untuk dikenang.."

"Dan aku tidak bijak untuk mengatur langkah.. Aku juga tidak bijak mencari sesuatu yang hilang.. Tapi dengan sedikit ruang dalam hati ini, IsnyaAllah cukup untuk aku menyimpan wajah-wajah kalian yang memberi aku siulan, nyanyian, bicara dan lukisan dalam hidup aku.."

(Israr M.,2012) 

No comments: