Wednesday, April 13, 2011

Assalamualaikum.. Lama benar dah tinggal blog nie.. Hahaha.. maklumlah busy la sikit bila dah akhir sem nie.. Sebenarnya aku baru je balik dari Pulau Perhentian dan itulah tempat terakhir untuk sem ini.. Sekarang nie aku rasa begitu aman sedikit.. Setelah meninggalkan segala titik-titk hitam.. Rasa selesa dan aku memang berharap begini la selamanya.. Hahaha.. Tak payah fikir soal masalah orang.. Fikir diri sendiri.. Just buat apa yang kite suka.. Tak perlu fikir orang yang tak pernah berterima kasih.. Hahaha.. Ops terlebih sudah..

Lagi beberapa minggu aku akan mendapat cuti yang panjang.. Dalam empat bulan.. Selepas raya baru aku kembali kepada pelajaran aku.. Untung cuti lama2 nie.. Banyak aku nak cover balik..

Ok sebelum tuh aku nak ucapkan tahniah kepada abg aku no 2, Ahmad Ieme Ikhwan kerana telah mendapat ikatan tali pertunangan dengan bakal kakak ipar aku, kak za.. Walaupun aku tiada pada majlis tersebut aku yakin majlis tuh mesti mengembirakan hati kedua ibu bapa aku.. Kini hanya tinggal aku dan adik aku sahaja untuk bawah jagaan ibu bapa aku..

Sejujurnya aku bangga denga ma dan abah.. Menjaga, membesarkan kami tanpa pernah kenal jerit dan lelah.. Dan hati seorang ibu mana tidak akan tersentuh anak jagaannya selama 20 tahun akan berdikari suatu hari nanti.. Im proud with my parents..

Dengar kata bulan 6 nie mereka nak lansungkan perkahwinan.. Nasib baik aku cuti masa tuh.. Rasanya dah lama dah tak ada majlis besar2 kat umah aku.. Aku tak sabar menanti hari tersebut.. Teringat masa kakak dan abang sulung aku.. Seronok.. Apa-apa pong tahniah.. Semoga abg mie terus berfikiran matang dan menjaga satu-satunya "harta" yang Allah bagi.. Amin.. Sebab adik is yakin abg mie dapat membimbing keluarga abg mie seperti mana abah dan ma menjaga kita..

Lepas abg mie aku kahwin giliran seterusnya aku adalah AKU.. Alamak.. Takutnya.. Bersediakah aku?? Aku tak tahu macam mana dan apa yang aku cari.. Sebab lidah itu mudah berbicara, perit deritanya tiada yang rasa.. InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja.. :)

No comments: