Wednesday, April 13, 2011

Perhentian Island, we LOVE you!!

Ok la.. dalam masa terluang nie.. aku nak post sedikit cerita tentang Pulau perhentian.. Bukan nak cerita pong.. Nak tunjukkan gambanr jer.. Apa-apa pun kami happy kat sana.. Betul tak kawan-kawan?? Selepas korang tengok ni kalau ada sape2 nak buat jugak sile la.. Saya sokong anda 100%.. Hehehe..





Nie aku with my buddy, masa nie kedalaman dia 18 meter.. tak dalam pong.. Tapi sempuk jugak nak ke sampai bawah sana.. Hahaha.. Yang paling seronok kami jumpa kehidupan yang hanya selama nie kami melihat ikot buku jer.. Tu yang seronoknyer.. Keempat-empat dive, aku suka dive yang ketiga dimana aku dapat melihat seekor ikan warna kuning yang bentuknya petak.. Hahaha.. nanti aku try cari apa nama ikan tuh.. Berbaloi bayar mahal pong.. Hahaha..





Ni masa dah habis empat-empat dive.. masa bersuka ria sebab dah dapat lesen.. Lepas nie tak la mahal gedebok nak bayar.. Someday aku akan merantau seluruh pulau kat terengganu.. Sesungguhnya negeri aku itu cantik.. Aku cuma tidak sedar.. Bila kita datang sebagai pelawat barula kita sedar yang negeri kita tuh memang menarik.. Bak kata orang hujan batu dinegeri sendiri..




Nie bersama orang kuat jgak dalam program nie.. Bersama kapten Amri.. Hehehe.. Yang mana?? Ala.. yang jari bawah bibir tuh.. Hahaha.. Kelakar kan.. Nie adalah group B.. Dibawah instructor mr. Azwar.. Dia memang ajar kami habis-habisan.. Hhaaha.. Kelakar plak tuh bila cik Azwar nie bercerita tentang pengalaman dia.. Melalui pengalaman dialah kami tahu macam mana kami nak lebih advanced dalam dive mengdive ne.. hahaha





Sebelum kami masuk laut.. Kami akan masuk pool dulu.. Ye la.. Di laut cabaran lebih getir kan.. So, kenelah belajar kat dalam pool dulu..




Akhirnya kami berjaya menamatkanya!! Yeahaaaaaa!!!

No comments: