Thursday, September 10, 2009

Kemana Pergi Semuanya..

Dalam keboringan yang amat terlampau ini. Sempat juga aku terfikir untuk menulis satu perenggang ayat. Bukan untuk mengata atau mengeji sesiapa. Tetapi aku hanya ingin meluahkan pendapat aku. 'Post' kali ini bukanlah panjang sangat. Aku hanya ingin meghilangkan keboringan aku sahaja. Aku juga terfikir kalau-kalau ada yang membaca ini akan terus tersinggung.

Aku mencarut pagi-pagi buta. Aku berjalan pagi-pagi buta. Aku marah pagi-pagi buta. Aku rasa aku khilaf. Aku rasa aku berdosa. Aku rasa aku lalai. Kemana semua orang. Aku mencari satu matlamat untuk mencari semua yang hilang. Kau aku dia anda kita kami beta hamba sepatutnya ada. Dimana semua orang. Dia yang jadi begini. Dia yang buat itu. Dia yang buat ini. Semuanya berpunca dari dia. Aku masih tidak mengerti. Aku salah? Aku benar? Aku yang lolos? Bingung..

Fahamkah anda dengan ayat-ayat diatas? Aku faham bukan anda tidak faham. Tapi pemikiran aku yang tidak faham apa yang aku tulis. Ikhlas dari jiwa itulah ayat yang keluar dari mindaku bila aku menaip perkataan pada 'laptop' putihku ini.

Aku sebenarnya mencari mana orang. Bila kita berduka tiada sesiapa. bila kita bergembira mereka bergembira. Sifat menyalahkan orang lain juga aku merasakan begitu besar dalam diri setiap insan. Aku rasa mereka dan aku saling menyalahkan antara satu sama lain. Ah. Sungguh boring 'post' aku hari ini. Korang pernah bercinta??

Cinta??
Jom tukar topik cinta pula..
Indah betul cinta itu kan. Mak saya kata cinta yang abadi adalah percaya antara satu sama lain. Bapa saya kata kalau cinta itu hilang kita cari yang baru.. Apa susah.. (Playboy jugak nie). Abang pertama saya kata cinta yang sekecil zarah dapat membahagiakan manusia. Abang saya yang kedua kata cinta ini susah. Cemburu sana cemburu sini. Kakak saya kata cinta kadangkala membuat kita sedih dan keliru. Mana satu untuk kita pilih. Adik saya kata cinta terukir pada rantai kebahagiaan. Saya kata cinta milik orang lain akan saya jadikan milik saya kerana saya cintakanya.

Dalam satu saat kita bisa mencintai sesorang.. Mudah kan. Lebih mudah dari menjawab soalan 'addmath'. Tapi bila cinta dah rabun.. tesasar jauh.. perit untuk kita melupakan cinta itu. Lebih-lebih lagi cinta pertama. Apalah susah sangat cinta. Orang buta boleh bercinta. orang bisu dah kahwin beranak-pinak. Kita yang normal kenapa susah untuk bercinta. kadangkala bukan kita yang menyusahkan diri kita untuk bercinta tetapi cinta sendiri itu yang tidak datang. Kenapa ditunggu??

Adakah aku mampu untuk mengulangi cinta. Atau aku harus menjadi pendendam cinta dengan menyakiti ramai hati yang tidak berdosa? Tidak. Sudah banyak aku membalasnya. Cukuplah dengan dosa itu untuk aku bawa ke akhirat nanti. Aku benci dengan cinta. Memalukan. Tapi sekarang aku merasakan satu roh cinta datang kepada aku. Aku seolah-olah tidak mampu menanggungnya. Cinta oh cinta.

Oh! Lupa pula kawan-kawan aku sekalian. Aku merasakan aku telah jauh diri aku kepada kawan-kawan sekalian. Aku sebenarnya agak sibuk mengerjakan kerja-kerja untuk mendapat masa depan yang lebih baik. Aku ingin meluahkan rasa aku ini supaya kawan-kawan sekalian tahu aku bukanlah hidung tinggi yang dikatakan sesetengah kawan-kawan yang membenci. Dorang berkata dengan angkuhnya...

"Ko kawan dengan artis ko jadi artis la?? Ko ni songsang ke apa asyik puja budak tuh ajew?? Ramai orang ko mesej sekarang?? Ko ingat dorang kawan dengan ko sebab ko ke?? Sedarlah..ko tu orang biasa tak layak kawan dengan budak tuh.."

Wah banyak persoalan. Kalah soalan PMR sejarah. Betul tak? Agak susah nak jawab. Aku rasa aku fail la paper nie.. Hahahaha.. Gurau sahaja. Best juga soalan tuh. Biar aku menjawabnya.

"Aku kawan dengan artis aku jadi artis la?? Aku nie songsang ke apa asyik puja budak tu ajew?? Ramai orang aku mesej sekarang?? Aku ingat dorang kawan dengan aku sebab aku ke?? Sedarlah..aku tu orang biasa tak layak kawan dengan budak tuh.."

"Aku tidak kawan dengan artis. Aku tidak kawan dengan mana-mana artis pun. Dan aku rasa tiada artis nak kawan dengan aku. Kalau tak percaya tanya semua artis kenal tak Ahmad Israr Ihsan bin Mainong?? Tapi kalau nama Mark tak tahu la sebab ramai jugak yang nama Mark kat dunia nie.. Hahahha"

"Songsang?? hahahaha.. Jap tanya mak aku... Mak aku kata aku lahir normal ajew. Tak bedah ataupun songsang.. Oh maksud anda Gay yew?? Aku mengerti. Biar aku jawab. Pedas betul soalan ini. Sensitip. Sebelum tuh jawab soalan aku adakah peminat Amy Search juga Gay?? Oh jadi siapa yang minat artis lelaki semuanya Gay la.. So jaga-jaga dengan manusia yang minat dengan artis lelaki"

"Aku mesej dengan siapa ikut suka aku la. Kredit tu kredit aku"

"Sahabat yang sejati tidak akan menilai seorang sahabatnya melalui sahabat mereka yang lain. Maksud aku aku cuma berharap mereka berkawan dengan aku yang kurang sempurna ini atas nama sahabat bukan atas nama Afiq Hakim Ahmad. Akim adalah pengantar yang banyak pahalanya menghubungkan kami semua menjadi sebagai satu keluarga. Tak percaya tanya la budak-budak GAFIM.. Kita adalah satu keluarga kan?? AKu harap"

"Aku memang orang biasa. Tetapi suatu hari nanti aku mahu jadi orang yang luar biasa yang bisa mengubah dunia tiada yang biasa dan terlebih biasa"

Aku harap jawapan aku terjawab yer kepada kawan-kawan yang membenci. Lepas ini aku mahu jadikan semua orang menjadi 1 Malaysia.. Besar cita-cita aku..

Cemburu ----> Cinta -----> Persoalan....

3 topik yang agak membuat korang tahu siapa aku sebenar. Kenalilah aku dengan sentiasa menyokong aku setiap tanduk aku tidak akan berjaya tanpa sokongan anda semua. Terima kasih sahabat..!!!!

6 comments:

satu H empat N said...

MARK!~
alorh..lama gile tak sembang2,kaco2 kt FB...aku tau ko bz....takper2....
aku paham sbb penah rase gak...
ko jgn risau....dak2 GAFIM always support each other...~insyaAllah!~
kte sumer dah cm family besar utk Akim kan....so...kte sume mmg ala2 family lar...

ala...biaq p la ape depa kata sume tu....mebi berbau kejelesan yg teramat sgt ker.....
ko wat tak heran je....

mmg la mase memula kte sume tak kenal..dan jadik kawan sbb sama2 support akim dan pd waktu tu..: "ya..aku kawan ko sbb akim.(kire akim sbg jambatan la)*

TAPI!~

lepas dah berkenalan dan beramah mesra.....aku kawan ngn sume bebudak Gafim sbb aku nk kawan ngn diorg/korg....so...tak timbul la persoalan "aku kwn ngn ko hnye sbb akim"

buktinye....event yg akim tak de pun..aku join je kalau tak de aral melintang....

dah la mark...ko jgn pikir sgt....bnyk org banyak ragam....
kte bukan boleh nk puaskan hati sumer org pun.....
asalkan kte wat mende yg kte rasa betul dan menggembirakan kite....lantak la dorg tu....tp kene beringat gak la..asalkan tak langgar hukum agama...

ok mark..panjang plak aku membebel.....
windu sbb dah lama tak sembang kt fb ngn ko punye pasal la neh..
ok....good luck test/exam/project ko..

hepi2 gak..study kte dulukan!...=)

Israr Mainong said...

Hannan..
aku pong rindu koang.. Kesibukan aku memuncak-muncak sekarang.. Lebih-lebih lagi kene ganti kelas sebb nak amik cuti lebih awal..
Thanks sebb doa dan support koang semua.. Harap kita dapat jumpa lagi lepas nie..
Melanggar hukum agama?? oh tidakk??/ maksud tersirat tuh..
ahhahhaha..
memang panjang.. Tapi semua tulisan ko nie ada maksud yang penuh serinu erti..

Motif ! Cer kOmen ... said...

mark ....
rindu ko gak . weeeeee:)
padahal bru ja cll ko . haha
motiv cll ?? hehehe .
ko jgn sedih2 dow .
biasa r 2 mulut owg mmg cm 2 .
rmbut ja sama hitam hati lain2 dow .
depa 2 semua jelez .hahaha .
wat xtau ja ap depa ckp .
owkay !!
berletiaq plak aku ni .hahaha .
ap2 pon ko tke cre k .
gud luck exam .
sebelum 2 . selamat hari raya maaf zahir & batin . maafkan aku klu ad salah & silap . harap dimaafkan .
klu terkasar bahasa ka . ampun . :)
salam !!

Israr Mainong said...

mashie... hahhahah.. rambut sekarang dah warna warni tak sama hitam dah.. Aku pong dah nak tukar kaler biru rambut nie sama ngan baju melayu aku.. hahahhaaha..
memang tak ar... Aku pong nak mintak maaf kalau ada terkasar bahasa... Selamat hari raya juga.. maaf zahir dan tak batin.. sebab kita tak pernah jumpa.. tak dew wat silap tang batin tuh.. hahhahaha
Gurau jew

Motif ! Cer kOmen ... said...

hahaha . gegeh .
mark kt dh besaq xmau wat cm ni . huhuhu .
rmbut wrna biru ?? haha .
style 2 . weeeeeeee:)
owkay gak 2 . kalah akim . haha .
aku ampunkan salah ko .
padahal xdak salah pon . hehe .
a'ah kan salah tang batin 2 xdak .
hahaha . adoyai !!
lawak la ko ni ....
hohohoohh . =p

songo said...

korunk ni kasi komen ke chatin? gler panjang.................