Wednesday, July 1, 2009

Dibawah Satu Nama Afiq Hakim Ahmad (intro)

26/6/09 (Jumaat)

Pergi
Tak
Pergi
Tak

Fikiran aku buntu.
Aku mencari segala kemungkinan berlaku kalau aku mengikuti acara ini.

Kawan-kawan yang disukai semua melarang aku.
Kenapa?
Mereka sayangkan aku.

Bagaimana kawan-kawan yang membenci?
Aku masih tertanya.

Jumaat yang sungguh panas. Bengang lagi apabila Broadband aku sudah tidak dapat digunakan lagi.

Ya Allah.
Sungguh meletihkan duniawi ini.

Keputusan telah dibuat.
Mengikut perancangan yang baik. Tiada apa-apa bilang hati aku.
Tapi aku yakin semua akan baik-baik belaka.

"KL pudu esok pagi ada kak?"
"Ada"

Lipatan tiket dalam beg aku.
Berdebar menanti hari esok.
Aku nak berjumpa dengan orang yang aku baru kenali.
Belum pernah aku berbuat sedemikian.
Aku rasa ini mungkin permulaan aku untuk meneroka lebih dalam lagi.

J U A N D A N Z A..
Motif?

Inilah hamba Allah yang baik hati ingin mengajak aku berjumpa 'kawan' yang aku kenal melalui RuangSaya. Siapa dia?

Juan,
Seorang wartawan metro Ahad telah mempercayai aku.
Tapi aku masih kurang jelas.
Adakah baik.
Adakah tidak.
Pusing.

Malam itu aku bermimpi indah.



2 comments:

Ilyana Kaleela said...
This comment has been removed by the author.
Ilyana Kaleela said...

semoga kita semua akn jdk kwn selamanya...
amin...