Thursday, August 20, 2009

Kembali kita bersama

Romantik benar tajuk aku hari ini. Bukan aku dilamun cinta. Aku sudah bosan dengan cinta gantung nie. Tidak. So, tajuk aku hari ini bukan berkaitan dengan cinta mahupun apa-apa perasaan cuma ingin mengucapkan selamat datang Ramadhan.
Ramadhan. Kalau difikirkan apa yang terlintas difikiran korang semua tentang Ramadhan? Aku hanya terfikir tidak boleh makan atau minum. Terpaksa menahan lapar dan dahaga. Tapi sebaliknya lebih banyak meksud yang tersirat. Motifnya korang semua kan pernah belajar PAI so tak yah aku nak terangkan semua. Lagi pun ilmu aku belum cukup untuk berkongsi.
Hari ini.. Khamis..
Esok Jumaat..
Malam esok dah tarawih.
Seronok ula-mula nie. Bila dah lama jadi apa yer?
Pengalaman yang lepas-lepas telah mengajar kita. takkan tiap-tiap tahun nak sama jew. Mesti ada perubahan. tapi tak tahu la perubahan baik ke buruk atau sebaliknya.
Wah aku seronok menanti ramadhan. Lagi seronok menanti Aidilfitri. Lagi seronok menanti pulang ke kampung. Tapi semua itu kene la dinanti penuh kesabaran. Ah.. Aku tak dapat meraikan pertama ramadhan aku bersama keluarga. Sudah 3 kali randhan selalu macam ini. Kadang-kadang menyentuh perasaan juga. Aku kenela tabah lagi. Tanpa ketabahan aku rasa minggu nie aku nak balik jew. Tapi aku mempunyai banyak hal yang perlu diuruskan. Aku mesti mengerjakan kerja yang perlu didahulukan. Bila difikirkan balik inilah puasa terakhirku di Penang. Tahun depan aku dah habis belajar. InsyaAllah.

Sahur.. Satu perkara yang aku tak dapat nak berubah. Pada tahun lepas aku tidak pernah sekali pun bangun untuk bersahur. Bukan malas. Aku boleh saja bangun. Tapi bila tengok makanan aku tak ada selra. Bukan salah aku. Mulut ini yang tak mahu terima. Banyak alasan. Manusia. Tahun ini lagi la kemalasan aku bangun bersahur. Lebih-lebih lagi kawan aku yang sudah tiada. Siapa yang akan kejutkan aku nanti. Aku harap sseorang jadi pengejut aku tidur.

Ramadhan..
Aku menanti penuh debaran.. Kenapa yer? Mungkin banyak dugaan aku perlu tempuhi pada Ramadhan kali ini. Aku takut. Aku seronok. Aku rasa macam indah. Tapi itu bukan MOTIV ramadhan kali ini.

Oh yer lupa plak.. Ucapan ramdhan aku dah tujukan kepada Gafimmers n seangkatannya. Aku lupa nak ucap selamat menyambut Ramdhan kepada keluarga aku. Dengan hati yang tulus dan ikhlas Abg Is nak ucapkan ::

*bahasa terengganu larh*
"Selamat berpose kepade ma,aboh,Along ngan kak long, Abg mie, Kak Irah ngan Abg Mizie, Adik aku tersayang yang akang menyambut besday yer esok 21/8..miemah... lupa keluarga sebelah Kak Long..Keluarge sebeloh Abg Mizie.. Sedare mare aku..

dok lupe jugok member 5 serangkai.. Arif...Anis..Noor..Jiejah.. Ayu... Pose yer jangan tak pose.. Lepah rayer kita g karoks kat stesen bah..

Special juga buat anak2 sedare aku.. Boy n gurl.. First..Balzatul Marissa.. Pose jugok ke budok nie??? makang banyok nie.. Second Qaireen Marissa.. Semoga bahagia dialam sana.. Kami sentiasa mengingati mu selamanya. Ketiga bakal dilahirkan adik kepada arwah Qaireen.. lelaki katanya. Jaga diri baik2 dalam perut mama ok..

Dan kepada seluruh umat Islam tak kire dimana anda berada...

Harapan Ramadhan ::

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah…Dengan rahmatMu oh Tuhanku…

2 comments:

IrinaSairah said...

Sayu sangat bila teringatkan arwah Qaireen...
Wahai air mata..berhentilah dikau dari mengalir..
Sob..sob..sob...

Israr Mainong said...

tak pew.. ada hikmah disebaliknya.. yang lepas dah lepas.. tunggu yang akan datang