Monday, August 17, 2009

!Jangan Baca..Borink!!!

Hari minggu yang amat memboringkan. Masalah demi masalah timbul. Tapi semuanya aku dapat atasi. Terima kasih yang membantu. Hari Ahad satu hari yang aku suka kerana cuti tapi disebalik kesukaan itu terselit satu perasaan yang tidak dapat dihilangkan.

Boring..

Tiada perkataan lain keluar dari mulutku. Boring.. Aku tidak suka keadaan sekarang. Boring.. Aku mengambil masa ini untuk mengemas bilik aku yang agak berserabut dengan gabus yang aku potong untuk projek aku itu.

Eh lupa pula. Hari selasa ini kumpulan aku akan membentangkan projek yang aku buat itu. Semoga segalanya aman. Aku rasa macam takut juga kerana segala markah diatas tangan aku. Kalau tak menjadi musnahlah impian kawan-kawan aku. Tetapi aku telah lakukan yang terbaik. Hanya doa dan sokongan dari semua aku harapkan. Datanglah sokong aku kawan-kawan yang disukai..

Sambung balik pekerjaan yang aku buat hujung minggu nie.. Kemas bilik. Satu perkara tak asing bagi aku semasa hujung minggu. Aku harap kemasan aku ini berkekalan sampai bila-bila. Nie belum sempat seminggu dah bersepah semuanya. Apa aku nak buat dengan gabus-gabus lebihan ini?? Takkan nak buang. Membazir plak. Hahahaha.. Aku dapat idea. Walaupun aku nie malas nak tulis PERINGATAN aku telah buat papan peringatan test aku. Hahahaha.. Ok tak idea aku??

Kipas aku bersihkan. Semua baju aku basuh. Sambil basuh baju aku kemas bilik. Bukannya susah sangat. Basuh guna mesin. Semuanya enjin yang memutarkan. Bukan pusing dengan tangan.
Semua kerja aku siapkan dalam masa satu jam. Satu jarum masa yang agak cepat tu.

Petangnya..

Boring yang amat. Tak tahu nak buat apa. Hujan kat luar. Guruh berdentum. Kilat memancar. Macam nak menggamit memoirs plak rasanya. Tetiba aku teringat kat family. Angin bertiup. Rasa duduk kat tingkap dirumah. Tetiba rasa hati pilu. Rasa rindu. Aku nak pulang tapi tidak ada waktu. Andai aku dapat menberhentikan masa aku akan habiskan masa yang terhenti itu dengan keluarga aku.

Mata tercelik.

Aku masih di Penang. Urh. Rasa kecewa. Tengok dinding ada perkataan GAFIM yang aku contengkan. Agak cantik. Teringat pula masa gathering. Segala memoirs terikat kemas pada otak aku. Takkan aku lepaskan sampai bila-bila. Nasib baik ada kawan baik aku Marshie. Boleh SMS. Lepas rindu walaupun kami tak pernah bertemu.

Lagu Cukup Sampai Disini-D’masive dialunkan pula. Lagilah bertambah memoirs aku ini. Aku rasanya tak sabar menanti 17 September nanti. Mungkin ya atau tidak. Semua sudah ditentukan oleh tuhan maha Esa.

Terfikir pasal puasa. Sabtu depan ummat Islam akan berpuasa kalau cukup hijabnya. Alhamdulillah. Tapi apakah aku bersedia? Dengan kesihatan yang tidak menentu sekarang. Aku pun selepas sakit tekak aku diserang selsema pula. Aku rasa tiada alasan untuk aku tidak berpuasa.

Untuk pengetahuan semua sebenarnya aku agak kecewa dengan ‘kawan’ aku sekarang. Sampai sekarang aku tidak boleh berhubung dengannya. Adakah aku dihalang?? Aku rasa kecewa dan sedih. Tetapi bila difikir tiada sebab aku nak sedih. Masih ramai lagi kawan-kwan yang disukai. Adakah aku terlalu jahat untuknya? Adakah aku ini terlalu menimbulkan masalah kepadanya? Terima kasih ‘kawan’ kerana menjadi kawan sementaraku. Aku akan pahatkan memoirs terindah bersama kamu. Memang tak dinafikan aku ini terlalu mengharapkan kamu. Aku terima.

Oh Akim pula tak tahu apa yang dilakukan sekarang. Terlalu sibuk kot. Semalam aku ber’yahoo mesengger’ dengan Fasongo. Dia cakap Akim telefon ibu suruh datang Indonesia.
Untuk Akim :: Ko jangan gatal ajak ibu nanti kuih aku tempah tak siap aku kerjakan ko lenyai-lenyai nanti:: Hahahaha. Dengar kata ibu ambil tempahan sedikit sahaja tahun ini. Katanya sibuk dengan Akim la. Bertuah Akim dapat ibu. Aku pun bertuah dapat Mama aku. Family aku. Aku gembira dilahirkan dikalangan meraka. Kalau aku merindukan mereka aku hanya dapat lihat gambar dahulu kala tetapi sekarang family aku bertambah besar kerana GAFIM. Semua adalah family aku. Aku sayang semua.

Aku rasa agak panjang aku mengepost. Maklumlah agak keboringan aku dirumah ini. Internet juga tiada. Bilalah internet aku dapat digunakan. Aku masih menunggu …

*mesti koang boring baca. Aku tak ada post yang menarik. Nanti aku tunjukkan kumpulan aku berentap dengan projek itu ok!!!

6 comments:

IrinaSairah said...

Good Luck for the presentation...

Israr Mainong said...

thanksssss

satu H empat N said...

mark..u nk kejekan akim lenyai2 kalau kiuh tak siap kan...kan..?
jum2..i join..=P

satu H empat N said...

*kuih

songo said...

mark doakan aku nyer business berjaye........... aku tangah penin gler... down pon ade ni.... tak leh nk selesa kan diri..... otak aku nk pecah pikir.... baru aku pham..... cam ne rase carik duit.... ko doakan aku berjaye..... kalu aku untung besar aku blikan ko satu broadband...... huhu.... kalu manyak untung ler....... k la... nti2 kalu aku free .... borak2 lagi... lame tak borak2 ngan ko......

salam..........

Israr Mainong said...

hannan :: boleh jew join.. hahahhaha.. lenyai kita kerjakan..

Songo :: tu la pasal kan.. amin aku doakan ko berjayaa.. aku tolong promokan nanti.. hahhahaha bodband?? ya allah kasi Songo untung besar.. Aminnn