Saturday, October 24, 2009

jaga anak orang anak sendiri berbogel

Memang tidak dinafikan lagi realiti kehidupan.. Memang sungguh mencabar dan terasa seperti bahang yang membakar.. Setiap kali dikencam.. Diejek.. Dicaci maki terasa pula mahu membangun dan menerkam siapa sahaja yang berbuat sedemikian..

Berbalik kepada tajuk yang aku kemukakan diatas iaitu masalah PakG yang tiada kesudahannya.. Tiada masalah aku sebenarnya.. Aku cuma BENGANG kat pakG yang menegur aku yang tiada salah apa-apa.. Salah ke aku pakai gelang satu urat bukan kat tangan tapi kat kad pelajar untuk memberatkan sedikit agar tidak terbang ditiup angin.. Waktu dia tegur nah angin aku yang naik..

Aku rasa nak cakap jew...

"PakCik.. PakCik jaga saya yang buat kesalahan yang tak seberat mana pong.. PakCik dah jaga betul-betul anak pakcik entah-entah duk beronggeng ngan lelaki.. Pakcik mana tahu kerja malam2 buta.. Pakcik sial la kalau buat macam nie..

TAPI aku menjawab..

"Ok pakcik saya cabut..."

Dia membalas..

"kalau taknak cabut biar pakcik cabut simpan.."

Situasi BENGANG makin memuncak..

Nak jew aku cakap...

"Hey Setan.. Aku nak cabut la nie.. Pekak ke ape orang tua nie.."

Tapi aku..

"Dah cabut PONG.."

Terus blah dari neraka yang membusy body tuh...

Jadi manusia biar dihormati.. Jadi haiwan biar berguna.. Jangan jadi manusia dan jangan jadi haiwan jika rasa diri tak layak..

Oleh itu saya ada cadangan untuk mengambil PakG sebagai pekerja..

1) Memerlukan Diploma dalam bidang Kesetiausahaan dan mungkin akan datang Diploma PerPakGardan...

2) Buat ujian jaga rumah mayat dahulu..

3) Cari yang pengalaman bekerja sebagai Pramugara dan pramugari kerana ada kesopanan sedikit..

Ada cadangan lagi?? Poskan komen anda.. Hahaha..

*maaf terkasar bahasa dan pustaka..



Friday, October 16, 2009

Aku bukan aku

Pakai aku bukan aku..
makan aku bukan aku..
tidur aku bukan aku..
gaya aku bukan aku..
mandi aku bukan aku..
hidup aku bukan aku..
mati aku bukan aku..
siapa aku??


keutara aku utara jadinya..
keselatan aku selatan jadinya..
ketimur aku timur jadinya..
kebarat aku barat jadinya..
dimana aku??


ditimur aku wanitaku timur...
dibarat aku wanitaku barat..
diutara aku wanitaku utara..
diselatan aku wanitaku selatan..
mana satu pilihan aku??

berlari aku tiada pengejar..
mendaki aku tiada gunungnya..
bernafas aku tiada oksigennya..
mati aku tiada kuburya..
apakah aku??

kekiri aku kekanan dunia..
kekanan dunia kekiri aku..
kedepan aku kebelakang dunia..
kebelakang dunia kekiri aku..
tidakkah sama??

aku masih mencari dunia dan akhirat.. tapi masih belum tahu siapakah aku sebab
aku bukan aku..

Thursday, October 15, 2009

Merindukanmu Marissa

kenapa setiap blog sekarang membahasakan diri penulis dengan perkataan saya??
saya pong rasa nak ber"saya" jugak la..
saya mulakan..

dah lama saya menyepi dari menghupdet blog saya.. maklumla saya agak busy dengan kerja
kat tempat saya ini..

ooo benci la aku guna perkataan saya nie.. tak tenteram nak menaip.. rasa lambat ajew..
tapi aku kagum dengan mereka yang menggunakan 'saya' kerana sedap aku membacanya..
hahaha.. amik kesempatan..

Dalam kesibukan aku megerjakan kerja-kerja yang tak pernah siap seperti membilang bulu kambing ini aku terasa juga inginkan satu hiburan..
hiburan yang telah lama aku tinggalkan sejak aidilfitri iaitu melalak didalam kotak yag diluarnya sunyi..

Memang perasaan teringin itu terus membuak tetapi apakan daya aku mesti terukan perjalanan hidup aku sebagai seorang pelajar disini untuk membina masa depan..

Dalam kesibukkan itu jugalah aku menerima beberapa keping gambar anak saudaraku yang berada nung jauh dimata.. Terasa rindu yang teramat.. Hanya melihat gambar aku rasa dapat memeluknya.. Kami merindukanmu MARISSA...

Marissa.. dah pandai sekarang.. Nanti boleh ajar baby boy cik ma pulak yew.. tapi jangan nakal-nakal kat sana.. Kalau ada rezeki lebih pak alang g sana plak.. hahaha..
*amik kesempatan berjalan-jalan.. huhuhuh


bermain sorang-sorang adalah aktiviti utama marissa.. Walauapapun kami tetap merindukanmu..


Sunday, October 11, 2009

Tangisan 11 Oktober 2009

Seolah tak disangka aku telah mencecah angka yang agak dewasa bagi semua orang.. Seolah-olah aku telah menjalani kehidupan aku ini separuh sudah..
Pagi-pagi lagi aku on9 aku membuka facebook dan melihat notipikesen yang begitu banyak.. Terma kasih yang memberi ucapan besday kepada aku..

Untuk ma dan abah terima kasih kerana mengingati hari bertuah aku ini.. Begitu juga adik ima.. Dan paling mengejutkan aku apabla membuka link dibawah ini..


Tanpa kene mengena aku menrindukan mereka.. Aku rasa aku nak balik kampung.. Aku tak boleh nak tanggung lagi semua ini.. aku tak dapat menahan rasa sedih aku lagi..

terima kasih kak irah.. Oleh kerana aku adalah satu-satunya adik lelakinya maka dialah satu-satunya kakak aku yang aku sayangi..

TErima kasih jugak kat GAFIMMERS yang memberi ucapan melalui sms dan fb.. semangat yang kowang semua bagi InsyaAllah aku akan menjadikan panduan hidup aku..

Doa kalian semua menjadikan aku menjadi semakin kuat..

SELAMAT HARI LAHIR Ahmad Israr Ihsan.. Semua orang sayang engkau.. Jangan hampakan mereka..

Thursday, October 8, 2009

Pengumuman


PENGuMUMAN..PENGUMUMAN SIAPA YANG MAU BANTU TOLONG AKU CARIKAN KEKASIH HATIKU....

EH EH EH.. TERLEBIH SUDAH..

KEPADA GAFIMMERS...

LAGU bengang MEMERLUKAN undian ANDA semua AGAR DAPAT MASUK KE SEPARUH AKHIR MUZIK-MUZIK 24..

CARANYA???

HANYA MENAIP

MM B425 KE 33399..

BERAPA CAS KENE??

ALAH MURAH JEW rm50..

OPS SILAP rm0.50 JEW..

UNDI JANGAN TAK UNDI..

UNDI ITU BuKAN RAHSIA ..

chowwwwwwww... Askum


sumber gambar dari Cikgu Hannan..
"kesian dak nie.. nak undi yer.. huhuhu.. biar kami bagi undi banyak2 ok.."
Gurau ajew..



Perubahan emosi??

dahulu kala

sekarang kali

Betul ke kita ada perubahan emosi?? Mama darwish ada katakan kat blog kakak aku.. owh kalau macam tuh aku dah nak masuk angka 2 ahad ini akan mengalami perubahan emosi?? Patutla blog aku dah berubah muka..

*sengaja mencari alasan untuk mengubah blog yang lebih matang..

Bertatih sebelum berjalan

Pagi yang agak malas aku untuk meneruskan hari khamis yang panas ini.. Dengan iringan muzik membuatkan aku terasa lagi malas nak bangun.. Muzik terus mengulit aku untuk menambahkan syaitan yang berbisa papa mata aku..
AKu lihat dunia hari ini agak suram.. Seperti hari-hari biasanya.. Orang kata kalau kita bangun awal dengan membuka tingkap rezeki akan masuk.. Agak itu lah yang aku lakukan sehingga aku mendapat rezeki tiga hari berturut-turut.
Rezeki murah kata orang.. Berbisa juga hari ini kerana aku akan menghadapi test yang aku tak tahu langsung nak jawab. Susah. Semalaman aku ditemani lagu mencari nota yang aku hilangkan.. Rupanya terselit pada beg yang lama au tak gunakan. Cuai betul la aku nie.
Membelek setiap helaian membuat aku mengantuk sangat.. Macam tahu-tahu ajew aku akan tdur.. Kemungkinan kepenatan memerah otak pada semalamnya untuk mejawab test.. Fuh sungguh mencabar dunia kali ini..
Siap menghiaskan diri aku terus keluar ke kampus.. Nak sambung belajar.. Aku membuka komputer riba aku untuk melihat email dan facebook yang semalaman aku tinggalkan.. Macam-macam ragam.. Ada satu masej terpampang di inbox aku.. Kak lara.. Thanks kak lara mendaftarkan aku kat istana sultan ok.. Jasamu tetap kukenang..
Aku ingin menyambung semuala pengajianku..

teringat anak-anak yang pernah aku ajari mereka tentang kekentalan hidup... SEMANGAT

Wednesday, October 7, 2009

Senarai test aku sem nie selepas HARI RAYA!!

7/10/2009 Fluid Mechanics Test 2 500-600 petang

8/10/2009 Aoerodynamics Test 1 1100-1200 tengahari

12/10/2009 Introduction to Aerospace Test 1 1100-0100 petang

13/10/2009 Aerospace Material Test 2 0800-0930 pagi

15/10/2009 Aircraft Structure Test 1 0400-0500 petang

20/10/2009 Thermodynamics Test 2 1100-0100 petang

Kemungkinan::

20/10/2009 Introduction to Aerospace Test 2 0200-0300 petang

23/10/2009 Aoerodynamics Test 2 0800-o900 pagi

23/10/2009 Aircraft Structure Test 2 0400-0500 petang

Bertaburan test aku macam hujan..

Dalam proses!!

Dalam kesibukkan test..aku juga sibuk wat electric flyer.. oh tidak.. agak susah dan rumit.. doakan aku berjaya k..


wings dan bodydah siap.. cuma nak wat angle dan lekatkan ajew lagi..


proses membuat.. serius beb.. seronok..


doakan kami menjadi engineer yang bertauliah ok.. huhuhu..

ok tak?? bukan orang tuh.. aircraft kitaoang..

gambar kurang jelas.. hahaha..

Bila PakG berkuasa

Dah miskin sangat ke.. Hari ini aku dikejutkan dengan suasana baru ditempat aku belajar.. Sungguh tak kusangka begini rupanya sekali..
Jiran-jiran negara kita diserang tsunami..taufan..gempa bumi.. Apa pula yang terjadi kat kampus aku.. Ribut tak ada.. Hujan ada la..
Eh macam tak percaya pula.. Suasana yang amat beerbeza sepanjang 5 semesta aku disini.. Takut pun ada gak.. Hahaha.. dah agak.. nie mesti kes MISKIN duit nie..
Oh tidak.com betul la..
Hari ini aku hantar buku kat library.. kene cas rm1.60 kerana lewat antar.. huhuhu.. biasa la tuh.. adat belajar kat sini..
Then aku baca paper ngan kawan aku kat sudut paper la.. takkkan kat sudut sejarah lak.. memang tak la..
Kerana kesejukan seperti berada dalam peti ais umah sewa aku yang dah tak boleh digunakan sudah aku keluar mengambil udara panas dari pelajar-pelajar yang lalu lalang kat depn kampus.. huh ramai betul.. Dalam ramai-ramai tuh ada 4 pasang mata yang pakaian lain dari yang laon.. Memegang pen.. Bawak satu buku surat.. berjaga didepan gerai-gerai makan..
Oh tidak.com sekali lagi..
Tangan melambai seperti pelacur memanggil pelanggan.. Setelah memanggil menulis sesuatu dan orang yang dipanggil menerima SURAT Cinta berharga rm50.. Mahal tuh.. Aku nak juga..
Aku rasa dia tuh macm nak sangat duit.. Perlukah aku menderma??
Oh tidak.com sekali lagi..
Dengan muka yang bengis..perut maju kehadapan.. kulit yang agak kehitaman.. memandang orang macam nak makan jew..
aku tak kisah la.. lantak lah di nak buat apa.. asalkan jangan ada kaitan ngan aku sudah.. suasana begini baru sekali terjadi kat kampus aku nie.. beratus jugakla saman yang dikenakan.. Wah hebat benar.. satu saman 50 hengget.. kalau sehari 100 student kene tak ke kayo den??
oh tidak.com la..
takkan aku bagi free2 kat dia macm tuh.. baik aku undi lagu akim lagi ada pekdah.. huh.. dah tak ada kerja agaknya..
menyakitkan hati betul aku tengok.. sorang2 menjadi mangsa keadaan samapi yang baru turun dari bas jugak kene beratur kat tepi jalan macam pelarian.. kesian glew..
kalau aku rancangan nak kenekan senang ajew.. sebenarnya aku takut jgak sih.. rambut aku nie bila tengah panas berwarna warni.. nanti tak pasal2 kene.. susah2.. terpaksa cover ngan buku konon2 panas.. hwahwahwa..
kalau diteruskan begini aku hidup dalam keadaan ketakutan dan keSKEMAan setiap hari.. huhuhu.. tak per la.. dah memang takdir mengadap muka pakG yang rakus tu setiap hari..
aku ada lirik lagu baru untuk pakG.. lagu asal seiring dan sejalan..

berlari berkejaran..
antara kami dan pakG..
diatas bangunan ditengah padang..
tak kira waktu dan tempat..

kalau dapat ditangkap
50 hengget terbang melayang..
PakG senyum panjang
dapat kenekan orang..
kalau boleh kami nak terbang..

pakG...
pakG...
jom lari dia sudah datang..
kami..
kami..
takkan bayar walau satu sen..

pesana penaja :: nampak biru lari lah ke LS ok.!!!


Sunday, October 4, 2009

Cerita sedih

Banyak tul kisah sedih aku nie.. Macam macam aku cuba usahakan agar aku tak sedih..
Pertama pemergian along dan family ke Sabah tengahari tadi.. Aku tak jumpa dorang pong.. 9 bulan mereka ke sana.. pastinya kami merindui gelak tawa tangisan Marissa..
Kedua kucing yang lama dibela umah aku telah mati digilis..
kalau korang nak tambah sedih g la baca blog kakak aku.. aku nak beradu kesedihan sekejap.. Klik jew perkataan sedih itu...

Thursday, October 1, 2009

Aku pendengar yang setia

Perlahan berjalan aku meniti setiap batu dihadapan.. Leteran kawan aku menjadikan aku rasa akulah pendengar yang paling setia... Dalam setiap ungkapan yang penuh makna aku mengerti pandangannya serendah apa yang aku sangkakan. Berbangga dengan apa yang pada diri.. Aku seperti Pak Turut mendengar sahaja kata-kata yang membuat aku sakit hati dah itulah sebenarnya perjalanan hidup aku sejak akhir-akhir ini..

Nak menulis panjang kehabisan dan kekeringan idea.. Nak tulis pendek langsung tak ada idea..

Masa terus menjalakan putarannya tanpa henti dan akan berhenti jika kehabisan bateri.. Itu jam tangan aku la.. Dalam 5 kali Jumaat lagi aku berada diPenang sebelum aku melangkah keluar pulang ke asalku. Sekejap benar.. Kerja menjadi menimbung.. Suasana semakin suram.. Semuanya menjadi serius.. Tapi aku masih seperti dulu..

Lopak air aku langkah satu persatu sambil lagu CInta Dalam Hati disiulkan dimulut. Sayu sahaja lagu itu.. Aku bukan minat sangat lagu itu.. Tetapi bila melalak bersama kawan-kawan dala kotak lagu itu yang pertama aku pilih.. Best juga bila aku nyayikan lagu itu dengan lontaran suara itik bertelur ini.. Hahaha..

Pagi ini sejuk. Rasa malas nak bangun.. Tak ada masej pada telefonku.. Agak pelik.. Lantak lah.. Ada aku kesahkan.. Bukan semua nak masej aku kan..

Rasa malas nak melangkah keluar dari rumah... Keadaan luar yang lembab.. Perjalanan aku juga agak lembab.. Rambut aku kusut masai hari ini.. Mata aku bengakat sebelahnya.. Seluar aku basah bahagian kakinya.. Muka aku masam.. Bukan rasa tapi pada perasaannya.. Apa sudah jadi pada aku hari ini tak tahu..

Smpai dikampus laptop aku dihidupkan.. Aku berhenti disini menulis apa yang berlaku pada paginya...

Tahu sekarang musim apa?

Kalian nak tahu sekarang musim apa kat Penang?? Musim hujan..

Nak pergi kelas HUJAN..
Nak balik kelas HUJAN..
Nak mandi pong HUJAN..
Nak study pong HUJAN..
Nak tidor pong HUJAN..
Bangun tidur pong HUJAN..
Buka radio ada lagu HUJAN..

Saya tak tahu payung ada tak.. Saya tak ada payung untuk meneruskan perjalanan dari rumah sewa ke kampus.. Saya hanya mampu menunggu hujan berhenti..

Tunggu sekejap wahai kasih Kerana hujan masih renyai Tunggu sekejap Dalam pelukan asmara ku Jangan bimbang Walaupun siang akan menjelma Malam ini Belum puas bercumbu dengan kanda

Banyak betul lagu berkisar HUJAN.. Penyayinyakah membuat bumi dibasahi HUJAN?? Atau suara sumbangkah yang menyumbang HUJAN dibumi ini?? Hahaha.. Gurauan sahaja..

HUJAN yang turun bagaikan mutiara.. Berkilau bersinar berkedipan.. Banggalah dengan HUJAN..