Thursday, October 1, 2009

Aku pendengar yang setia

Perlahan berjalan aku meniti setiap batu dihadapan.. Leteran kawan aku menjadikan aku rasa akulah pendengar yang paling setia... Dalam setiap ungkapan yang penuh makna aku mengerti pandangannya serendah apa yang aku sangkakan. Berbangga dengan apa yang pada diri.. Aku seperti Pak Turut mendengar sahaja kata-kata yang membuat aku sakit hati dah itulah sebenarnya perjalanan hidup aku sejak akhir-akhir ini..

Nak menulis panjang kehabisan dan kekeringan idea.. Nak tulis pendek langsung tak ada idea..

Masa terus menjalakan putarannya tanpa henti dan akan berhenti jika kehabisan bateri.. Itu jam tangan aku la.. Dalam 5 kali Jumaat lagi aku berada diPenang sebelum aku melangkah keluar pulang ke asalku. Sekejap benar.. Kerja menjadi menimbung.. Suasana semakin suram.. Semuanya menjadi serius.. Tapi aku masih seperti dulu..

Lopak air aku langkah satu persatu sambil lagu CInta Dalam Hati disiulkan dimulut. Sayu sahaja lagu itu.. Aku bukan minat sangat lagu itu.. Tetapi bila melalak bersama kawan-kawan dala kotak lagu itu yang pertama aku pilih.. Best juga bila aku nyayikan lagu itu dengan lontaran suara itik bertelur ini.. Hahaha..

Pagi ini sejuk. Rasa malas nak bangun.. Tak ada masej pada telefonku.. Agak pelik.. Lantak lah.. Ada aku kesahkan.. Bukan semua nak masej aku kan..

Rasa malas nak melangkah keluar dari rumah... Keadaan luar yang lembab.. Perjalanan aku juga agak lembab.. Rambut aku kusut masai hari ini.. Mata aku bengakat sebelahnya.. Seluar aku basah bahagian kakinya.. Muka aku masam.. Bukan rasa tapi pada perasaannya.. Apa sudah jadi pada aku hari ini tak tahu..

Smpai dikampus laptop aku dihidupkan.. Aku berhenti disini menulis apa yang berlaku pada paginya...

No comments: