Tuesday, September 29, 2009

Mulakan..

Selamat kembali ke Blog kesayangan aku nie.. Aku rasa macam tak lengkap hidup aku kalau tak tulis something.. So dengan azam lepas raya aku mulakan post aku dengan satu artikel yang agak menarik minat aku untuk mengepostkan kepada semua.. Tak tahu kenapa aku berminat untuk menjadi baik ni..
Sebelum tu belum terlambat aku ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Aku sangat berbangga dengan hari raya yang lepas. Aku rasa aku telah berusaha bersungguh-sungguh untuk membuat raya ini yang terbaik..
Berbalik kepada topik asal kita. Dalam aku menghirup udara segar di sebuah taman permainan kanak-kanak.. Mata aku terpandang dan tergelak sorang-sorang membaca tulisan-tulisan yang sepatutnya ditulis atas batu tetapi batunya tiada tulislah atas alat permainan. Ntah apa yang menarik minat aku untuk mengambil gambar dan menunjukan kepada semua bahawa masih ada lagi anak-anak bangsa kita berminat tentang BATU BERSURAT.. Batu bersurat menceritakan tentang undang-undang tetapi "batu bersurat" yang aku temui ini lain daripada yang lain..
"Batu bersurat" ini akan dijadikan santapan buat anak-anak dan cucu kita sebagai sejarahseterusnya. Aku rasa kalau anak-anak kita temui ini mereka akan menghiaskan di muzium-muzium seluruh negara. Hahaha..
Korang mesti terfikir lagi apa yang cuba aku sampaikan.. Kalau nakk lebih faham tengok gambar-gambar dibawah..



nampak tak?? nak aku terangkan??

"Bapak hang tak da ***** mak hang tak da *****"


Bukan polis jew boleh tulis wanted.. Kat sini jugak boleh..

Free of charge..

Artifak sejarah akan datang...






Nak salah siapa?? Sape yang rajin tuh bagila komen...

Wednesday, September 16, 2009

Ye la tu..

Tadi masa kelas bukan main banyak idea nak tulis sampai je depan laptop tetiba semuanya hilang.. Dengan suasana budak part 1 yang bising kat sebelah menyebabkan aku rasa nak jerit.. Aku nak menulis pong susah..
Teruskan...
semalam satu pergaduhan besar berlaku kepada aku. Aku berasa bersalah yang amat sangat kerana telah mengkoflikan dua sahabat yang baik. Tanpa dengan sengaja. TANPA sengaja. Aku mengaku yang aku sekarang lebih kasar berbanding dulu. Tapi aku tidak sedari pula bila aku menjadi sebegini.. Tak pe la. Memang aku nie manusia biasa yang oenuh dengan rasa ingin berhibur..
Maafkan aku teman. Mungkin kita tak boleh berkawan. Kita hanya mampu merenung mata dari jauh sahaja. Bukan ingin membuang sahabat tetapi aku rasa lebih bersalah lagi selepas ini kalau aku meneruskan persahabatan ini. Aku rasa cukup sampai disini.
Untuk sahabat aku..
Jangan sesekali kita kecewakan sahabat kita ok. Cukuplah dengan pengalaman aku ini. Kalau ada jodohnya kalian bisa bersatu lagi. Dia memang istimewa. Baik.. Lemah lembut.. Cukup sifatnya sebagai seorang perempuan. Tetapi dia bukan untuk aku. Aku langsung tak pantas untuk dia. Dia terlalu baik. Biarlah dia bersama orang yang dia sayangi. Tak mampu aku melihatnya.
Sahabat dan kekasih..
Mana satu yang kalian mahu pilih. Dia sahabat. Harapan dia bagi disalah tafsirkan. Bahaya macam tu kawan-kawan. Pilih mana satu. Bila anda bersama kawan-kawan anda, adakah anda lupa kekasih anda?? Bila kekasih anda bertemu di hati anda, fikirKAH anda dimana kawan-kawan anda??
Pilihlah yang terbaik.. Sahabat selalunya benar.. Jangan biarkan sahabat anada hilang kepercayaan terhadap anda. Setiap kita ada kurangnya. Renungkanlah.. Fikirkanlah..
Perempuan memang selalu macam tu. Aku rasa semua perempuan sama. Perempuan lebih pentingkan kekasih. Setiap detik ingin menyebut. Setiap masa. Setiap tempat. Tak salah tetapi bila yang mendengar boleh rasa meluat dan boring.
Aku tak tujukan kepada sesiapa pong ayat-ayat diatas. Cuma yang membacanya perlu berfikir...

Sedang aku asyik mengutuk perempuan.. Aku pun rasa bersalah. Pernah korang melihat cerita PEREMPUAN BERKALUNG SORBAN??
Dalam cerita itu hak wanita diadili setimpalnya. Memang seronok cerita itu. Sebelum aku akhiri kisah aku hari ini yang agak beserabut.... Diminta lelaki menjawab persoalan ini.. Soalan yang aku rasa korang yang bernama lelaki tidak mampu menjawabnya..

1- Jika seorang isteri tidak melayan suaminya hukumnya haram, tetapi jika suami tidak melayan isterinya apakah HUKUMNYA??

2- Jika isteri meminta cerai kepada suaminya hukumnya berdosa..tetapi bagi suami yang menceraikan isterinya tanpa sebab apakah HUKUMNYA??

3- Jika.......

Tak habis sebab soalan ini dibantah Ustaz bagi awatak perempuan yang bertanya soalan itu...

Monday, September 14, 2009

kecewa

makin hari saya hendak pulang ke kampung semakin lambat masa berputar. saya rasa saya dah tak sabar nak balik ke kampung. nak dapat ketenangan. celik mata masih lagi di Penang. hiruk pikuk negeri ini. rasa dah tak tahan sangat nak balik ni..
Inilah perasaan seorang anak muda yang berada di perantauan. Bukan jauh sangat tetapi masih dalam tanah airnya sendiri. Rasa-rasanya dia patut bersyukur dapat mengenali dunia luar yang amat mencabar ini. Dia juga harus merasakan bahagia saat bujangnya diisi dengan pengalaman begitu berharga berada dinegeri orang. Bayangkan anak-anak lain yang masih belum mampu menanggung rasa seksanya berada jauh dari keluarga. Dia patut berasa bangga.
Bagaimana pula dengan perasaan ibu bapanya? Mesti bangga gila kan.. Tapi tipulah kalau mereka tidak merindui dia? Dia yang berada jauh dari mereka membuatkan rasa rindu itu semakin dalam.
Dia yang rasa begitu lama. Dia yang buat benda itu berasa lama. Dia yang merasakan diri dia cemburu dengan 'dia'.
Masukla topik seterusnya.. Kata dia lagi..
Semenjak dua menjak nie dia rasa dia yang terbaik. 'dia' pula menafikannya. Dia rasa dia yang popular. 'dia' juga merasakanya. Dia letih. 'Dia' juga. Dia rasa dirinya tidak mampu dan ingin meluahkan rasa dia kepada 'dia'.. 'dia' masih bingung. Dia juga bingung.
Dia kata baik jauh dari 'dia'.. 'dia' pula mengejar. dia lari tetapi tidak mampu. Dia toleh kebelakang.. Dia pandang depan.. 'Dia' ada..
Selamat lah 'dia'.. Dia meninggalkan 'dia' dengan seribu kenangan. 'Dia' tak sedih.. Dia yang sedih..
Itulah dua makhluk dia dan 'dia'..







Anda gantikan nama anda pada bahagian dia sebagai aku (anda) dan 'dia' sebagai orang yang anda cintai...
Barulah anda faham apa yang aku selami..
Renungkanlahhhhhh